WIRA
Bab 08
Genre: Fantasi
Kategori: Novelet
Paparan sejak 22 November 2016
Mengisahkan tentang 5 anak muda menggalas tanggungjawab sebagai Wira demi mempertahankan manusia dari Listari.
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
196

Bacaan






Saiful yang duduk di anak tangga rumah Nek Timah, menunggu Faizal yang dalam perjalanan pulang. Walaupun rancangan mereka untuk pergi ke hutan pada waktu pagi, namun Faizal yang terpaksa menghantar Laila pulang ke rumahnya, ditundakan pada waktu petang untuk ke hutan.

“Saiful, Faizal tak sampai lagi? Dah pukul 2 petang ni.” tegur Khairul yang tiba di situ.

“Belum lagi. Kita tunggu sekejap dulu.” balas Saiful.

Selepas beberapa minit, kelihatan kereta Faizal menghampiri mereka.

Sorry. Lambat. Jom kita pergi ke hutan.” kata Faizal.

“Kau baru saja sampai. Makanlah dulu.” kata Saiful.

“Tak boleh. Kita tak boleh buang masa.” jelas Faizal.

“Faizal, memang sekarang waktu yang sukar bagi kita. Tapi, kau kena isi perut juga. Nanti kalau sakit dalam hutan macam mana? Lagi susah nanti.” kata Khairul yang menasihati Faizal.

Faizal pun naik ke rumah dan menjemput mereka berdua bersama. Kelihatan makanan pun terhidang di atas meja. Nasi putih dan lauk pauk dihidangkan di atas meja oleh Nek Timah.

“Eloklah kamu semua ada di sini. Jemput makan semua. Nenek masakkan untuk kamu semua. Nak pergi ke hutan, kena ada tenaga.” kata Nek Timah sambil mempelawa mereka untuk duduk dan menikmati juadah.

Mereka pun duduk dan menikmati juadah yang disediakan oleh Nek Timah. Setelah selesai makan, Khairul dan Saiful pun masuk ke dalam kereta Faizal dan terus ke hutan itu.

“Faizal, tadi aku dah jumpa Ramli. Aku tak tahu apa masalah dia. Tapi, aku dah beri cincin sakti itu pada dia.” kata Khairul.

“Kau bagi cincin pada dia? Boleh ke? Dia tak boleh berubah menjadi Wira walaupun dia pakai cincin sakti tu. Macam mana kalau dia bukan keturunan Wira?” tanya Faizal kepada Khairul.

“Aku yakin Ramli itu memang keturunan Wira Gaj’a. Kalau tak, macam mana cinicn sakti pergi pada dia. Mungkin cincin itu belum memilih dia. Dia macam ada masalah. Aku dah cuba bercakap dengan dia. Tapi, dia macam mengelak. Entah apa yang dia pendam.” jelas Khairul.

Mereka terpaksa melupakan hal Ramli itu dahulu. Tanpa berfikir panjang, mereka pun bertolak kehutan itu semula. Setelah 15 minit perjalanan, akhirnya mereka tiba di hutan itu. Mereka terus melangkah masuk ke hutan itu. Di setiap pelusuk hutan itu dicari, namun tidak terlihat langsung Listari.

Ketika itu dia gua tempat Listari berlindung, Listari rasakan seperti ada yang cuba mengganggunya. Firasatnya kuat mengatakan ketika dia sedang duduk berehat di atas batu dalam gua itu.

“Ban, Ringa.” Listari memanggil mereka.

Bergegas Ran dan Ringa mengadap Listari.

“Kita tidak boleh lama di sini. Ban sudahkah kau mendapatkan budak kampung yang aku suruh?” tanya Listari.

“Belum lagi Listari.” jawab Ban.

“Kita lupakan dia. Kita tidak punya masa. Mereka menghampiri kita. Kita masih boleh melawan mereka. Tapi, dengan tenaga yang aku ada, belum cukup mengalah mereka. Aku juga mahu lakukan sesuatu dengan tenaga yang aku ada.” kata Listari.

Ketika itu, Listari mengajak mereka duduk bersama dan saling berpegang tangan. Dibacanya satu mentera dan mereka lenyap dari gua itu. Listari membawa mereka jauh dari gua itu. Akhirnya, mereka tiba di suatu kawasan.

“Di mana kita sekarang?” Ringa bertanya kepada Listari.

“Aku munculkan kita dimana aku dapat merasakan banyak aura manusia. Aku rasakan disinilah di mana manusia menetap. Banyak aura manusia yang aku rasakan di sini.” kata Listari.

Ban dan Ringa melihat sekeliling mereka. Kelihatan bangunan sekeliling mereka. Jalan juga menggerutu. Mereka sebenarnya berada di sebuah bandar dan mereka sedang berdiri di kawasan lorong belakang sebuah bangunan perusahaan. Ketika itu, mereka dihampiri oleh seorang manusia. Buruk pakaiannya dan tubuh juga berbau busuk. Dia adalah seorang pengemis.

“Kamu semua siapa? Pakai macam orang gila... Hahahaha!” Pengemis itu bertanya sambil ketawa terbahak-bahak melihat cara pakaian Listari dan konco-konconya.

Ban sangat marah akan kata-kata pengemis itu. Ingin sahaja dia menembak pengemis itu namun dihalang oleh Listari.

“Manusia, kami sebenarnya tiada tempat tinggal. Bolehkah kami singgah ke rumah kamu. Akan dibalas jasa kamu nanti.” kata Listari.

“Hah? Kamu orang nak ke rumah aku? Boleh sangat. Tapi apa yang aku akan dapat?.” kata pengemis itu.

Ketika itu Listari membaca mentera. Pengemis itu terkejut kerana tiba-tiba banyak duit yang jatuh dari langit. Dia mengutip satu demi satu dengan gembira.

“Bagaimana? Boleh bawa kami ke rumah kamu?” tanya Listari.

Pengemis itu mengangguk dan lalu membawa mereka ke rumahnya. Namun, rumahnya itu amatlah buruk. Terbiar dan usang. Tidak berpintu, tidak bertingkap dan bumbung berlubang. Banyak contengan pada dinding-dinding rumah. Listari, Ban dan Ringa melihat rumah itu.

“Kami mahukan tempat ini.” kata Listari.

“Boleh. Boleh sangat. Tapi aku nak duit lagi.” kata pengemis itu yang duduk mengira duit kertas dengan asyik.

“Boleh. Tapi kau perlu sujud pada kaki aku.” kata Listari.

Pengemis itu tanpa berkata apa-apa terus sujud di kaki Listari.

“Hahahahaha!” ketawa Listari melihat pengemis sujud dikakinya.

“Dengar sini! Sini adalah tempat kita sekarang. Kubu Listari. Dan kau orang muda adalah pengikut aku.” kata Listari.

Pengemis itu mengangguk sahaja tanpa berfikir apa.

“Ban, Ringa. Aku utuskan kamu berdua pergi ke penempatan manusia dan porak-perandakan keadaan di sana.” kata Listari.

“Baiklah Listari. Ayuh Ringa. “ kata Ban lalu meninggalkan tempat itu.

Selepas Ban dan Ringa beredar, Listari tiba-tiba rebah. Pengemis itu melihat Listari rebah. Namun, dia tidak peduli ketika itu, lalu terus mengira duitnya tadi.

Ketika itu, Faizal dan yang lain meneruskan pencarian mereka di hutan itu namun masih tidak menemui tanda-tanda Listari dan konco-konconya di situ.

“Faizal, dah lama kita mencari. Jom kita berehat dahulu.” kata Saiful dengan termengah-mengah.

Mereka pun berehat di bawah sebatang pokok dihutan. Kerana kehausan, mereka minum sebentar air mineral yang dibawa oleh mereka.

“Kita cari untuk 1 jam lagi. Kalau tiada apa-apa, kita sambung esok.” kata Khairul.

Setelah lama berehat, mereka meneruskan pencarian mereka namun masih lagi tidak menemui apa-apa selepas satu jam. Dengan perasaan hampa, mereka terus pulang semula ke kereta Faizal.

“Faizal, kita singgah ke rumah Ramli sekejap.” kata Khairul.

Faizal hanya mengangguk lalu mereka terus ke rumah Ramli dengan menaiki kereta Faizal. Selepas 20 minit, mereka sampai di rumah Ramli. Ketika itu, kelihatan Ramli yang dihadapan rumahnya sambil memotong kayu dengan kapaknya.

“Ramli, kau sihat?” tanya Faizal.

Namun, tiada perkataan yang dibalas oleh Ramli.

“Orang susah macam aku memang orang tak sangka yang aku keturunan wira.” Ramli bersuara dengan tiba-tiba.

“Jangan begitu Ramli..” balas Faizal.

Ramli tetap dengan kerjanya. Memotong kayu dan langsung tidak memandang wajah mereka apabila bercakap.

“Ramli, apa masalah kau sebenarnya? Kau sedar tak yang dengan sikap kau sebegini, macam mana kami nak faham kalau kau tak bercerita.” kata Khairul.

“Baiklah. Aku akan cerita apa yang terbuku dihati aku. Pertama aku nak tahu, kau semua datang dari mana?” tanya Ramli dengan agak marah.

“Kami dari hutan. Cari tempat persembunyian Listari.” jelas Saiful.

“Kononnya Wira bersatu. Tapi pergi tanpa beritahu aku. Sebab aku orang susah, kamu semua tak nak bercampur dengan aku.” kata Ramli.

“Janganlah emotional sangat.” kata Saiful.

Khairul terus ke arah Ramli dan menumbuk dia. Tersungkur jatuh di atas tanah Ramli ketika itu. Faizal dan Saiful cuba menahan dan menenangkan Khairul ketika itu.

“Kau pentingkan diri! Kami pun tak fikirkan hal peribadi kami sebab asyik fikirkan apa yang Listari akan buat pada manusia!” Khairul berkata dengan marah sehingga suasana menjadi tegang.

“Sudahlah! Tak perlu bergaduh...” kata Faizal yang cuba untuk menenangkan keadaan.

“Jom kita pergi. Kita kena berehat. Esok kita kena pergi ke hutan itu semula.” kata Khairul dan terus ke kereta Faizal.

“Aku tak pernah ada kawan.” kata Ramli.

Langkah Khairul, Faizal dan Saiful terhenti apabila Ramli bersuara.

“Aku hidup susah dari kecil. Selepas mak ayah aku meninggal aku, tiada siapa nak menjaga aku. Aku cuba cari rezeki sendiri sampai aku tak berpelajaran. Tiada siapa nak dekati aku. Aku pernah dipanggil sebagai pengemis di kampung. Orang kampung langsung tak ambil tahu pasal aku. Mungkin bagi kau adalah masalah kecil. Tapi bagi aku amatlah besar. Aku nampak Faizal berubah jadi Wira. Aku pun nak jadi Wira, tapi tak dapat. Datuk aku pernah cerita bahawa Wira dipilih dari keturunan. Mungkin aku ni anak kutip.” kata Ramli dengan sebak sambil menitis air matanya.

“Ramli, sebab aku tak ajak kau ikut kami ke hutan, sebab aku nak kau tenangkan fikiran kau. Aku yakin satu masa nanti kau akan luahkan apa yang terbuku.” kata Khairul.

“Darah wira masih mengalir dalam diri kau. Kami yakin dengan kau sebab cincin sakti itu datang pada kau. Itu jelas yang kau adalah keturunan Wira.” jelas Faizal.

Khairul pun menghulurkan tangannya. Ramli enggan berjabat tangan dengan mereka.

“Maafkan aku semua. Mungkin betul apa kau semua cakap.” kata Ramli.

Ramli telah pun menyatakan apa yang terbuku di hatinya selama ini. Kadangkala, kita sebagai manusia perlu luaskan pandangan agar kita tidak mementingkan tentang masalah diri kita sahaja. Masih ramai diluar sana yang hadapi masalah yang lebih buruk dari kita.

Mereka pun pulang ke rumah masing-masing untuk berehat selepas penat mencari Listari di dalam hutan.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku