WIRA
Bab 09
Genre: Fantasi
Kategori: Novelet
Paparan sejak 22 November 2016
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
94

Bacaan






Laila bersendirian di rumah. Ibu dan ayahnya ke luar negara kerana urusan syarikat. Kebanyakkan masa Laila sendirian sahaja. Laila adalah anak tunggal dalam keluarga.

Tidak tentu arah perasaan Laila. Asyik memikirkan keselamatan Faizal. Tapi, kadangkala dia juga berasa marah kerana tindakan Faizal yang menghantar dia pulang. Namun, jauh di sudut hatinya dia berasa gembira dan tidak percaya bahawa Faizal menyimpan perasaan terhadapnya. Tersenyum dia sendiri. Tapi dia agak terkilan kerana Faizal tidak ingat kata-katanya.

“Betul ke Faizal langsung tak ingat apa yang dia katakan pada aku?” fikir Laila sendirian.

Jam menunjukkan pukul 8 malam. Dia pun ke dapur dan membancuh secawan kopi dan ke ruang tamu semula. Dia pun membuka televisyen kerana bosan.

“Berita Utama. Kejadian serangan ke atas orang awam yang melibatkan sekurang-kurang 56 cedera parah di pusat Bandar Batu Putih petang tadi. Serangan dilakukan oleh dua orang yang kelihatan agak pelik. Salah seorang daripada mereka berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan bandar. Dan seorang lagi amuk di dalam kawasan pusat bandar. Jumlah kerosakkan dicatat amat tinggi. Berikut ialah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat bandar. Identiti pengganas belum dikenal pasti.”

Laila terkejut mendengar berita di kaca televisyen. Dilihatnya rakaman CCTV itu dan dia berasa amat takut melihat serangan itu. Melihat orang yang melakukan serangan itu, dia tahu bahawa mereka adalah orang-orang Listari.

“Kring!! Kring!!” Terkejut Laila ketika itu mendengar bunyi telefon rumahnya. Dia terus mengangkat panggilan itu.

“Laila? Laila? Kau ada di rumah? Ini aku Faizal.” kedengaran suara Faizal di ganggang telefon.

Faizal juga telah mendengar berita di televisyen di rumah Nek Timah.

“Ya. Faizal.” jawab Laila dalam keadaan ketakutan.

“Kau dah tengok berita? Jangan takut. Kau duduk sahaja dalam rumah. Tunggu kami sampai.” kata Faizal lalu terus meletakkan telefon.

Laila pun tidak tahu kenapa dia berasa sedih. Melihat semula kaca televisyen, ramai manusia menjadi mangsa keganasan mereka.

“Apa yang mereka nak? fikir Laila.

Faizal yang berada di rumah Nek Timah, dengan pantas mengemas beg pakaiannya. Nek Timah yang melihat Faizal dalam keadaan tergesa-gesa amat hairan.

“Faizal nak ke mana?” tanya Nek Timah.

“Nenek, sekarang Listari dah tak ada di sini. Dia di Bandar Batu Putih. Tempat tinggal Laila. Faizal kena pergi.” jawab Faizal dengan tergesa-gesa mengemas beg pakaiannya.

Ketika itu, Khairul dan Saiful bergegas ke rumah Ramli dan mengajak dia ikut bersama ke Bandar Batu Putih. Mereka bertiga pun cuba untuk pantas berlari ke rumah Nek Timah dengan membawa beg galas iaitu beg pakaian mereka.

“Faizal! Kami dah sampai!” Khairul yang memanggil Faizal di rumah Nek Timah.

Faizal pun keluar dan terus membuka pintu keretanya. Mereka pun menyimpan beg pakaian mereka di dalam kereta.

“Tunggu!” Nek Timah bersuara.

“Nenek? Kenapa nenek bawa beg?” tanya Faizal dengan hairan.

Nek Timah terus menutup pintu rumahnya dan dikunci.

“Jangan tanya banyak Faizal. Nenek ikut kamu ke bandar.” kata Nek Timah yang terus masuk dan duduk di kerusi keretanya.

“Nenek? Bahaya… Biar kami saja pergi.” kata Faizal yang berkeras untuk nenek ikut pergi bersama.

“Masa berjalan. Cepat.” kata Nek Timah.

“Bagus juga nenek kau ikut. Nanti kalau lapar boleh nenek kau masakkan.” gurau Saiful.

“Diamlah!” balas Faizal pada Saiful.

Saiful hanya tersengih kerana guraunya. Mereka tiada pilihan iaitu membawa Nek Timah bersama. Faizal pun memandu keretanya terus ke Bandar Batu Putih.

Sementara itu, Ban dan Ringa pulang ke tempat persembunyian mereka selepas puas mereka memporak-perandakan pusat bandar. Amatlah terkejut apabila mereka melihat Listari rebah tak bermaya. Ban dan Ringa terus berlari ke arah Listari yang rebah.

“Listari! Listari! Kenapa dengan kau?” kata Ban yang cuba membangunkan Listari.

“Dia masih lemah. Dia gunakan tenaga yang banyak untuk membawa kita ke sini.” jelas Ringa.

“Woi! Pengemis! Kenapa kau tak jaga dia?” kata Ban dengan marah kepada pengemis yang sedang makan pelbagai makanan hasil dari duit yang diberi oleh Listari.

“Dia tidur. Biarkan dia saja.” kata pengemis itu sambil makan dengan gelojohnya.

Ban marah dengan kata-kata pengemis yang ambil mudah akan perkara itu.

“Benar kata dia Kanda. Biar Listari rehat dahulu.” kata Ringa.

Mereka pun mengangkat Listari dan biarkan dia berehat secukupnya.

“Kita tidak boleh biarkan keadaan Listari begini. Dia kerap kali rebah selepas menggunakan tenaganya. Dia telah gunakan banyak tenaga termasuk menghidupkan kita semula. Kanda mahu balas jasa Listari.” kata Ban kepada Ringa.

“Apa yang boleh memulihkan tenaga Listari? Mungkin itu yang kanda boleh berikan padanya tanda membalas jasa.” tanya Ringa.

“Jika dia minum darah keturunan dia sendiri, lagi berkuasa jadinya. Dengan seteguk sahaja, Listari akan jadi kuat. Tapi, mustahil kerana Listari tidak ada keturunan dia.” jelas Ban.

Ban terlihat pengemis itu dan terfikir untuk membunuh pengemis itu hanya untuk memuaskan hatinya. Namun, niatnya dihalang oleh Ringa.

“Kenapa dinda?” Ban bertanya kepada Ringa yang menghalangnya.

“Listari sukakan pengemis itu kerana dia satu-satunya manusia yang sujud kepada dia. Biarkan dia hidup.” jelas Ringa.

Ban terpaksa mengikut kata-kata Ringa. Malam itu, mereka berehat secukupnya. Mereka berharap agar Listari pulih pada esok hari.

Pada malam itu juga, Faizal yang masih memandu untuk ke Bandar Batu Putih.

“Faizal, kalau kau mengantuk, biar aku memandu pula.” kata Khairul.

“Aku masih boleh memandu. Tak mengantuk pun.” jelas Faizal.

Laila pula tidak senang duduk di rumahnya. Perasaannya bercampur aduk. Perasaan risau dan takut menyelubunginya.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku