WIRA
Bab 10
Genre: Fantasi
Kategori: Novelet
Paparan sejak 22 November 2016
Mengisahkan tentang 5 anak muda menggalas tanggungjawab sebagai Wira demi mempertahankan manusia dari Listari.
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
169

Bacaan






Setiap perkara yang penting yang perlu dilakukan, mesti ada cabaran yang melanda. Itulah keadaan yang ditimpa oleh Faizal. Keretanya pula mengalami kerosakkan ketika dalam perjalanan ke Bandar Batu Putih.

“Sial!” Faizal yang marah ketika cuba membaiki keretanya.
“Sabar Faizal. Sekarang dah larut malam. Jauh kalau nak ke pekan. Lagipun, mana ada bengkel buka sampai lewat malam.” kata Saiful yang cuba menenangkan keadaan.
“Aku risaukan Laila.” kata Faizal.
“Kami faham. Tapi nak buat macam mana. Malam ni kita tidur dulu. Esok kita kereta sampai pekan.” kata Khairul.
“Aku dah biasa guna jalan ni. Lebih kurang 3 km lagi, akan jumpa stesen minyak. Di stesen minyak tu ada mekanik.” kata Faizal.
“Faizal, kalau kamu risaukan Laila, kamu telefonlah dia.” cadang Nek Timah.

Faizal hanya mengangguk. Maka, mereka terpaksa bermalam di dalam kereta Faizal pada malam itu. Jam telah menunjukkan pukul 12 malam. Angin malam yang sejuk membuatkan Faizal tidak lelap untuk tidur. Ketika itu, dia teringat untuk menelefon Laila namun dia fikir mungkin Laila sudah tidur kerana sudah malam. Namun, tangannya asyik mencapai telefon bimbitnya. Dia pun cuba menelefon Laila. Kedengaran bunyi berdering di telefon bimbitnya. Entah kenapa Faizal berasa berdebar ketika itu.

“Faizal?” kedengaran suara Laila yang menjawab telefon.
“Laila. Tak tidur lagi?” soal Faizal.
“Belum. Kau dah nak sampai?” tanya Laila pula.
“Kereta ada masalah pula. Esok, baru nak cari mekanik. Malam ni kami tidur dalam kereta dulu.” balas Faizal.
“Kau nak esok aku telefonkan mekanik?” tanya Laila.
“Tak apa. Esok kami tolak kereta sampai ke stesen minyak yang ada bengkel. Tak jauh pun.” balas Faizal.
“Kau tidur dulu. Esok kau nak tolak kereta pula. Aku tak apa-apa.” kata Laila yang menasihatkan Faizal.
“Sebenarnya, kau marahkan aku lagi?” tanya Faizal.
“Marah ada. Sedih pun ada. Tapi aku faham. Kau tertekan.” jelas Laila.
“Tapi aku buat semua ni sebab kau. Aku pernah cakap yang aku sukakkan kau. Tapi mungkin kau boleh lupakan saja kalau kau betul tak sukakan aku. Aku boleh terima. Tapi, aku tetap akan tolong kau sebagai kawan.” kata Faizal.
“Faizal, kau betul lupa apa yang kau pernah cakap kau aku waktu semua masalah ni terjadi?” tanya Laila.

Ketika itu, Faizal hanya berdiam diri. Dia cuba untuk mengingati apa yang dicakap olehnya kepada Laila. Tapi langsung dia tidak ingat. Laila terus meletakkan telefonnya. Faizal terkejut dengan perbuatan Laila.

“Apa yang aku kata?” fikir Faizal sendiri. Dia cuba untuk mengingat kembali apa yang dikatakan olehnya ketika semua masalah ini terjadi. Tiba-tiba, Faizal teringat yang dia pernah beritahu Laila….
“..aku akan lindungi kau kalau apa-apa terjadi.” Kata Faizal ketika dia tekad untuk berlawan Listari kerana dia sudah jadi Wira.
Faizal juga tidak pasti adakah itu yang Laila maksudkan. Faizal cuba menelefon Laila semula tapi Laila pula menghiraukan panggilannya. Kerap kali Faizal cuba untuk menelefonnya tapi panggilannya tidak dijawab. Faizal terpaksa tidur untuk rehatkan badannya. Dia berharap agar Laila dapat menelefonnya semula.

Akhirnya, matahari pun terbit. Mereka pun bangun dari tidur. Tanpa bersarapan, mereka menolak kereta hingga ke stesyen minyak. Nek Timah berasa kasihan melihat mereka menolak kereta sepanjang jalan, namun apakan daya, Nek Timah telah pun berusia dan tak mampu melakukannya. Setelah lama menolak kereta itu, akhirnya tibalah di bengkel yang terletak di stesen minyak. Pemeriksaan pun dilakukan oleh mekanik. Dalam masa itu, mereka hanya boleh bersarapan dan menunggu hingga kereta itu siap dibaiki. Faizal pula kerap kali cuba menelefon Laila namun tidak dijawab.

Laila yang baru bangun dari tidur. Dia melihat banyak panggilan dari Faizal di skrin telefon bimbitnya. Namun, Laila mengendahkannya. Bukan niat hatinya untuk merajuk akan perkara remeh itu, cuma Laila terkilan atas tindakan Faizal. Dia pun terus perkemaskan dirinya dan bersarapan. Dia juga tidak dapat lakukan apa-apa. Hanya menanti mereka sampai.
Sementara itu, Listari kelihatan sudah bertenaga semula selepas rehat pada malam hari.

“Listari? Kau sudah sembuh?” tegur Ban yang melihat Listari tegak berdiri di muka pintu.
“Ya. Aku sudah sembuh. Tapi tak seluruhnya. Ban, aku sudah lama tidak mendengar jeritan manusia. Aku mahu dengarnya lagi.” kata Listari.
“Jadi, adakah kau mahu lakukannya?” tanya Ban.
“Ya. Aku mahu amuk semula. Beritahu Ringa untuk bersiap sedia. Kita akan bertolak selepas semuanya siap.” kata Listari.

Ban mengangguk dan terus bertemu dengan Ringa. Maka, setelah mereka bersiap mereka pun bergerak ke pusat bandar.
Setelah lama kereta Faizal dibaiki, akhirnya keretanya telah siap. Mereka tanpa membuang masa meneruskan perjalanan mereka ke Bandar Batu Putih. Ketika itu, Laila bertungkus lumus mengemas rumahnya. Dia tidak mahu mereka melihat rumahnya tidak bersih. Dari ruang tamu hingga ke dapur, dikemasnya dengan teliti. Tiba-tiba terdetik hatinya untuk menyediakan sesuatu.

“Mereka pasti lapar apabila sampai ke sini” fikirnya.
Namun, di dalam kabinet dapurnya, tiada apa yang mampu dihidangkan. Hanya terdapat biskut kering dan mi segera.

“ Takkan nak makan mi segera? Nampaknya, kena pergi beli baranglah jawabnya” fikirnya lagi.

Laila pun keluar untuk ke pasaraya untuk beli sedikit bahan untuk masak makanan untuk mereka apabila sampai.


Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku