WIRA
Bab 11
Genre: Fantasi
Kategori: Novelet
Paparan sejak 22 November 2016
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
94

Bacaan






Pandangan mata Faizal tidak lari langsung. Pandangannya tepat ke arah jalan. Dia memandu dengan cermat.

“Jauh lagi ke Faizal nak sampai?” tanya Nek Timah.

“Tak jauh. Lagi setengah jam kita sampai.” balas Faizal.

Di Pasaraya Batu Putih, Laila pula sedang sibuk membeli bahan-bahan untuk dimasak. Diambilnya sepaket spaghetti di rak pasar raya. Cadangnya untuk memasak spaghetti untuk mereka. Ketika sampai di kaunter pembayaran, dia terdengar bualan orang tentang serangan di pusat bandar semalam. Masih ramai yang takut untuk keluar dari rumah mereka. Laila pun terus membuat pembayaran barang yang dibelinya dan terus cuba untuk pulang dengan cepat.

“Tolong!!!!!!” kedengaran suara orang minta pertolongan. Laila yang baru keluar dari pasar raya itu terus menjejaki suara itu. Kelihatan ramai orang lari lintang pukang. Kedengaran huru hara dihadapannya. Tergamam Laila melihat Listari dan konco-konconya memporak perandakan keadaan di kawasan itu. Jejak Laila mengundur sedikit demi sedikit. Jantung berdegup dengan kencang ketika itu. Hampir gugur jantungnya kerana takut.

“Manusia lemah!” kata Ban sambil memukul seorang orang awam yang tidak bersalah.

Laila melihat keganasan yang mereka lakukan. Perasaan takut menyelubunginya lagi.

Ketika itu, Listari juga ketawa melihat manusia yang lemah. Ditumbuk, ditendangnya mereka satu persatu. Tiba-tiba, dia terlihat seorang kanak-kanak perempuan yang menangis. Kelihatan ibu budak itu cuba mengambil anaknya semula tapi takut melihat rupa Listari yang bengis itu. Listari cuba menghampiri budak itu. Laila yang melihat situasi itu berlari kearah kanak-kanak itu tanpa diduga.

“Kenapa? Kenapa aku berlari ke arah mereka?” Itulah yang difikir Laila ketika itu. Dibalingnya beg berisi bahan masakkan yang dibelinya ke arah Listari. Listari terkejut apabila beg itu dibaling tepat ke mukanya. Laila terus memeluk kanak-kanak itu dan membawanya ke ibunya.

“Akak, bawa anak akak pergi sekarang” kata Laila kepada ibu kanak-kanak itu.

Ibu kanak-kanak itu menangis sambil mengucapkan terima kasih kepada Laila tak terhingga. Mereka terus beredar dari situ dengan pantas. Listari yang agak marah apabila dia dibaling dengan beg plastik itu.

“Kau! Kau adalah teman Wira Harimau Belang! Tak guna!” kata Listari dengan marah.

“Apa masalah kamu semua?! Tak berperikemanusiaan langsung!” kata Laila yang marah juga ketika itu.

“Peduli apa aku dengan manusia! Manusia selalu fikir yang mereka hebat. Aku dulu pun manusia. Dilahirkan sebagai manusia sangat jijik buat aku. Kini aku lebih berkuasa dari manusia. Aku akan buat manusia sujud pada aku!” balas Listari.

“Aku tak tahu kenapa aku perlu berdepan dengan kau. Mungkin ini takdir aku.” kata Laila sambil mengeluarkan benda yang disimpan di kocek baju.

“Tak mungkin! Kau adalah…” kata Listari yang tergamam melihat benda yang dipegang oleh Laila.

Pada masa itu, Nek Timah terjaga kerana terlelap dalam perjalanan, dikejut oleh cucunya Faizal.

“Nenek, kita dah sampai.” kata Faizal.

Mereka pun berdiri dihadapan pintu pagar rumah Laila. Beberapa kali memberi salam tapi kelihatan tiada orang di rumah.

“Nak cari siapa?” kedengaran suara wanita yang bertanya.

Mereka menoleh apabila mendengar teguran itu. Rupa-rupanya jiran Laila yang menegur mereka.

“Mak cik, tumpang tanya. Laila ada di rumah?” tanya Faizal.

“Dia tak ada di rumah. Dia keluar ke pasar raya.” kata mak cik itu.

“Lama tak dia keluar mak cik?” tanya Faizal lagi.

“Kalau ikutkan, lama juga. Mungkin sebab mak cik kirimkan barang sekali pada dia untuk dibeli. Maklumlah, semalam ada serangan pengganas di bandar. Ramai orang takut nak keluar rumah.” jelas mak cik itu.

Nek Timah tiba-tiba merasa tidak sedap hati.

“Faizal, jom kita ke pasar raya cari dia.” kata Nek Timah sambil menarik Faizal ke keretanya.

Faizal hairan melihat neneknya yang kelam-kabut ketika itu. Kelihatan riak wajah yang risau ditunjukkan oleh neneknya. Faizal dan yang lain pun masuk ke kereta. Dan Faizal memandu ke pasar raya.

“Kenapa nenek Nampak risau sangat?” tanya Faizal.

“Cepat Faizal. Laila mesti dalam bahaya sekarang.” kata Nek Timah yang mengelak pertanyaan Faizal.

Kreeek!!! Bunyi brek kereta Faizal. Faizal yang menekan brek keretanya secara tiba-tiba.

“Kenapa kau brek Faizal?” tanya Khairul yang terkejut dengan tindakan Faizal.

“Aduh! Muka aku..” keluh Saiful kerana mukanya terhempap pada kerusi pemandu.

“Nenek. Apa yang nenek rahsiakan dari Faizal? Nenek tak pernah gelabah macam ni. Apa yang nenek rahsiakan?” tanya Faizal sambil merenung tajam ke arah neneknya.

“Tak. Nenek tak rahsiakan apa-apa.” kata Nek Timah sambil mengelak pandangannya ke arah lain.

Faizal keluar dari keretanya. Khairul, Saiful Ramli juga turut keluar dari kereta.

“Kenapa dengan kau Faizal?” tanya Saiful pula namun tiada balas kata darinya.

“Nenek! Faizal kenal nenek. Nenek ada rahsiakan sesuatu bukan?” tanya Faizal.

“Maafkan Nenek Faizal. Nenek tak berniat nak rahsiakan perkara ini dari kamu.” kata Nek Timah.

“Apa lagi yang nenek rahsiakan pasal Wira?!” tanya Faizal lagi dengan anda agak marah.

“Sabar Faizal... Hormat sikit nenek kau.” kata Khairul.

“Nenek akan jelaskan pada kamu semua. Tapi sekarang kita pergi cari Laila dulu.” Jelas neneknya.

“Faizal tak akan pergi selagi nenek tak jelaskan sekarang.” kata Faizal yang berkeras dengan kepututusannya.

Nek Timah tiada pilihan. Dia terpaksa jelaskan satu rahsia tentang wira yang tidak diceritakannya.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku