WIRA
Bab 12
Genre: Fantasi
Kategori: Novelet
Paparan sejak 22 November 2016
Mengisahkan tentang 5 anak muda menggalas tanggungjawab sebagai Wira demi mempertahankan manusia dari Listari.
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
175

Bacaan






“Bukan niat nenek nak rahsiakan daripada kamu semua, tapi nenek terpaksa.” jelas Nek Timah.


Riak wajah mereka agak keliru ketika itu namun mereka cuba memberi perhatian kepada Nek Timah untuk jelaskan satu rahsia tentang Wira. Riak wajah Faizal agak muram ketika itu. Dia amat tidak sangka neneknya sanggup berahsia lagi daripadanya.


“Seperti yang kamu semua tahu bahawa Listari adalah salah satu daripada 5 wira yang dikurniakan cincin sakti Pendita Guwasira. Ketika Listari keluar dari Wira, dia membawa cincin sakti bersama. Tapi… Tapi..” kata Nek Timah yang teragak-agak ketika itu.

“Tapi apa nenek?!” Faizal yang mencelah dengan nada suara yang marah.

“Sabar Faizal. Kita dengar apa yang Nek Timah nak sampaikan.” kata Ramli kepada Faizal.

“Tapi, kamu semua mesti fikir yang 5 cincin sakti yang dijadikan kunci kurungan Listari adalah kelima-lima cincin sakti wira termasuk cincin Listari bukan?” jelas Nek Timah.


Mereka semua bertambah keliru mendengar penjelasan Nek Timah.


“Sebenarnya, ketika Listari dikurung, cincin sakti yang dipakai Listari tidak dijadikan kunci kurungan. Ada satu lagi cincin sakti yang dicipta oleh Pendita Guwasira.” jelas Nek Timah Lagi.

“Jadi, maknanya ada satu lagi Wira? Siapa pemakai cincin Wira satu lagi?” Khairul bertanya pada Nek Timah.

“Adik lelaki Listari. Namanya Kastari. Dia pemakai cincin sakti Wira keenam dan dia digelar Wira Rimau Putih. Menurut kisah turun temurun, Kastari berjumpa dengan Pendita Guwasira dan memohon maaf akan tindakan abangnya. Namun, Pendita Guwasira berkata bahawa abangnya telah terpesong jauh. Kastari bersumpah ketika itu akan menumpaskan abangnya sendiri. Jadi, Pendita Guwasira ciptakan sebentuk cincin sakti untuk Kastari.” jelas Nek Timah.

“Kenapa nenek rahsiakan perkara ini?” tanya Faizal.

“Nenek tak mahu rahsiakan daripada kamu. Tapi sebab terpaksa. ” kata Nek Timah sambil mengimbas kembali kejadian di rumahnya tempoh hari ketika hari Listari bebas.


Pada malam hari ketika Faizal dan Laila bermasam muka tentang rasa bersalahnya mereka yang menyebabkan Listari bebas, Laila yang sedang mengemas beg pakaian di dalam bilik di rumah Nek Timah.

“Laila belum tidur lagi?” tegur Nek Timah di muka pintu bilik.

“Belum nenek. Laila kemas baju dalam beg.” balas Laila.

“Mari nenek tolongkan.” kata Nek Timah sambil bersimpuh disebelah Laila dan tolong mengemas pakaiannya.

“Kamu jangan risau pasal cincin sakti yang hilang. Pastikan akan dipermudahkan untuk kita.” kata Nek Timah untuk menenangkan Laila.

“Laila cuma rasa terkejut dengan semua ini. Macam tak logik. Tapi, hakikatnya benar.” jelas Laila.


Laila bangun dan mengambil beg galasnya ketika meneroka hutan untuk diletakkan di hadapan almari bilik. Ketika itu, sesuatu yang terjatuh dari beg pakaiannya. Mata mereka tertumpu pada benda yang terjatuh itu. Nek Timah terkejut dan mengambil benda itu.


“Nenek, itu kan cincin sakti…” kata Laila yang terkejut melihat cincin sakti yang berada dalam beg pakaiannya.

“Laila, kamu sama seperti Faizal. Kamu adalah waris cincin sakti. Kamu keturunan Wira.” jelas Nek Timah sambil membelek cincin sakti itu.

Laila bangun untuk ke bilik Faizal untuk beritahu tentang hal itu, namun dihalang oleh Nek Timah. Ketika itulah, Nek Timah menjelaskan tentang cincin sakti yang dimiliki oleh Laila.

“Laila, kamu adalah waris kepada Wira Rimau Putih. Mengikut kisah cincin sakti, Wira Rimau putih adalah adik kandung Listari. Ini bermakna kamu keturunan adik Listari.” jelas Nek Timah selepas melihat ukiran pada cincin sakti Laila.


Laila terkejut mendengar penjelasan Nek Timah. Masakan Nek Timah nak berbohong ketika itu.


“Laila, kamu jangan risau. Kamu mungkin keturunan adik Listari, tapi kamu adalah darah daging Wira Rimau Putih. Kastari bersama dengan wira-wira lain mengurung Listari. Nenek nasihatkan kita rahsiakan dari Faizal dulu pasal perkara ini.”kata Nek Timah lagi.

“Kenapa kita harus rahsiakan?” tanya Laila yang hairan dengan tindakan Nek Timah.

“Faizal mesti tak setuju kalau kamu adalah Wira. Sebab dia tak nak kamu dalam bahaya.” jelas Nek Timah.

“Kenapa pula Faizal perlu risau. Kalau cincin sakti pilih Laila, Laila akan terima.” balas Laila.

“Nyawa kamu dalam bahaya juga kalau Listari tahu kamu adalah keturunan adik kandung dia. Listari amat bencikan Kastari. Dan untuk pengetahuan kamu, darah Kastari adalah sumber tenaga untuk dia kerana Kastari adalah darah dagingnya. Jadi, jangan sesekali guna cincin sakti ini sehingga semua wira-wira telah berjaya diwarisi dan bersatu. Kalau kamu guna cincin sakti ini, Listari akan tahu yang kamu keturunan adiknya. Ingat pesan nenek.” jelas Nek Timah.



Maka, itulah yang terjadi pada malam itu. Faizal yang mendengar penjelasan nenek amatlah terkilan sekali. Perasaan marah yang amat pada neneknya. Dia cuba mengawal perasaannya ketika itu. Mereka yang lain juga terkejut apabila tahu tentang hal itu.


“Jadi, Laila adalah Wira?!” tanya Faizal pada Nek Timah.

“Ya... Kamu boleh marah pada nenek. Tapi, nenek buat ini semua untuk keselamatan dia. Mulanya, nenek senang hati bila kamu hantar Laila pulang ke rumahnya. Tapi, lepas dengar berita tentang Listari berada di sini, nenek jadi risau. Nenek tak nak kamu rasa apa yang kamu lakukan adalah sia-sia.” jelas Nek Timah.

“Sekarang kita perlu pergi ke pasar raya tu. Laila mungkin masih ada di sana. Lagipun, kita tak pasti sama ada Listari sudah mulakan langkahnya.” Khairul mencadang pada mereka.

Faizal pun bergegas masuk ke dalam keretanya. Mereka yang lain pun begitu. Dihidupnya enjin kereta dan dipandu dengan pantas ke pasar raya tersebut. Faizal juga sudah biasa dengan selok belok jalan di Bandar Batu Putih.

Di hadapan pasarraya tersebut, Listari amat marah melihat benda yang dipegang oleh Laila. Laila memegang cincin sakti Wira milik moyangnya, Kastari ketika itu.


“Listari! Aku tahu kau amat marahkan aku sebab aku ada cincin ini. Kalau kau tak berhenti lakukan semua ini, aku sendiri akan habiskan hayat kau.” kata Laila dengan berani tiba-tiba.


Ringa dan Ban ketika itu yang berdiri di sisi Listari, memulakan langkah dengan berlari pantas ke arah Laila dan ingin menyerangnya.

Laila ketika itu terfikir mengapa dia terlalu berani. Dia tidak tahu bahawa Faizal dan yang lain tahu dia memiliki cincin sakti itu.


“Kalau aku boleh kalahkan mereka, Faizal akan senang.” fikirnya.


Tiba-tiba, keluarlah cahaya di cincin sakti yang dipegang oleh Laila. Langkah Ban dan Ringa terhenti kerana silauan cahaya itu. Laila menyarung cincin sakti itu di jari manisnya. Maka, tanpa disedari, tubuh Laila disaluti dengan cahaya putih. Kelihatan perisai menutupi tubuhnya. Akhirnya, lengkaplah dari kepala hingga ke kaki Laila memakai perisai Wira. Listari bertambah marah melihat Laila sebagai Wira Rimau Putih. Namun lain pula bagi Laila yang terkejut melihat dirinya memakai perisai Wira.

Ban dan Ringa terus menyerang Laila apabila silauan cahaya cincin sakti hilang. Laila berlari keliling kawasan itu dan mengelak serang mereka. Dia cuba untuk menyerang mereka tetapi mereka terlalu handal. Kelam kabut tindakkan Laila ketika itu. Dan kecuaiannya juga, dia tersilap langkah dan terjatuh tersungkur. Ban dan Ringa ketawa melihat telatah Laila yang begitu.


“Ini yang kau kata bahawa kau akan hapuskan aku?! Hahahaha!” kata Listari sambil ketawakan Laila.

“Listari, mudah kerja kita untuk ini.” kata Ban.


Dalam sekelip mata, Listari berada di hadapan Laila yang jatuh tadi. Tapak tangan Listari hinggap di leher Laila. Lalu, dihumbannya Laila. Laila kesakitan yang teramat, tapi cuba untuk berdiri. Sekali lagi, Listari dihadapan Laila. Disepaknya Laila pula berkali, dia cuba menahan sakit tapi tidak mampu. Kerana tenaga dalam diri Laila terlalu sedikit, akhirnya Laila berubah menjadi manusia semula. Kelihatan darah mengalir dari mulut Laila. Listari mendekati Laila lagi. Laila terkaku melihat Listari. Listari mengesat darah di mulut Laila dengan jariya kemudian dijilat jarinya.


“Tenaga aku kembali!!! ” kata Listari dengan gembiranya.

“Bagaimana pula?” tanya Ban kepada Listari.

“Pemilik cincin sakti yang dipakainya adalah milik adik kandung aku. Darah daging aku sendiri. ” jelas Listari.

“Darah keturunan dapat kembalikan kuasa Listari.” fikir Ringa.


Kedengaran bunyi kenderaan menghampiri mereka. Faizal dan yang lain pun tiba. Faizal melihat Laila yang kesakitan di situ.


“Tak guna kau Listari!!!” kata Faizal dengan marah dan dia terus berubah menjadi Wira Rimau Belang dan melawan mereka.

“Ramli, aku dan Saiful akan uruskan Ban dan Ringa. Biar Faizal uruskan Listari. Kau tolong larikan Laila dan Nek Timah ke rumah Laila.” kata Khairul.


Ramli mengangguk. Khairul dan Saiful pun berubah menjadi Wira dan melawan Ban dan Ringa. Ramli mendekati Laila dan perlahan-lahan membawa Laila pergi bersama Nek Timah. Ramli cuba membawa Laila dan Nek Timah pergi tetapi Nek Timah mencadangkan mereka pergi menggunakan kereta Faizal. Ramli yang tidak tahu memandu dan mujur Laila boleh memandu kereta. Timbul rasa bersalah ketika itu dalam diri Ramli. Sedangkan Laila yang masih kesakitan cuba membawa Nek Timah ke tempat yang selamat, tetapi Ramli pula tidak mampu berbuat apa-apa. Ramli hanya berdiam diri ketika itu.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku