WIRA
Bab 13
Genre: Fantasi
Kategori: Novelet
Paparan sejak 22 November 2016
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
74

Bacaan






Laila cuba sedaya upaya memandu kereta Faizal walaupun dalam keadaan cedera.


“Laila, maaf. Aku tak tahu memandu.” kata Ramli cuba menjelaskan keadaan sebenarnya.

“Tak apa. Aku pun bukan sakit sangat. Aku boleh pandu kereta ni.” jelas Laila yang mengerti.


Sementara itu, Faizal, Khairul dan Saiful yang berubah sebagai wira masih berlawan dengan Listari, Ban dan Ringa. Faizal agak terkejut dengan kekuatan Listari yang luar biasa. Hampir semua serangannya dipatahkan oleh Listari. Khairul pula hanya berbalas panahan dan dibalas tembakan dengan Ban. Saiful juga begitu yang sedaya upaya berlawan dengan Ringa yang lincah pergerakkan dan serangannya.


“Kau bertambah kuat. Tapi, aku takkan biarkan kau bermaharajalela. Aku akan kurung kau balik!” kata Faizal kepada Listari.

“Aku tak ada masa nak berlawan dengan kau. Kau bukan lawan aku.” kata Listari sebelum dia berjaya lepaskan satu tumbukan di wajah Faizal.


Kesakitan terasa oleh Faizal walaupun berperisai wira.

“Ayuh! Kita beredar. Cukup untuk hari ini.” kata Listari dan dia ghaib bersama-sama Ban dan Ringa.


Faizal dan yang lain agak terkilan kerana Listari masih bebas. Tapi apakan daya, mereka telah ghaibkan diri. Mereka pun berubah menjadi manusia semula.


“Faizal, jom kita beredar sekarang, sebelum pihak berkuasa datang.” kata Khairul.


Mereka pun beredar dari situ dan terus ke rumah Laila walaupun terpaksa berjalan kaki. Laila pula yang baru sahaja sampai di rumahnya, dipapahnya Nek Timah hingga ke sofa ruang tamu.


“Ramli, kau pergi ke dapur. Di atas kabinet dapur ada peti ubat.” pinta Laila kepada Ramli.


Ramli terus ke dapur dan mengambil peti ubat. Nek Timah mengelap kesan luka di siku, lengan dan wajah Laila yang luka. Mengalir air mata Nek Timah melihat keadaan Laila. Namun, Laila menjelaskan bahawa Nek Timah tidak bersalah dalam hal ini. Ramli pada ketika itu juga terkilan kerana dia masih tidak dapat berubah menjadi wira. Dia mungkin dapat membantu jika dia sudah menjadi seorang wira.


“Faizal dan yang lain macam mana?” tanya Ramli kepada Laila.


Laila dan Nek Timah juga tidak tahu. Hanya berdiam diri saja. Nek Timah hanya mampu berdoa agar
mereka selamat. Kira –kira 30 minit selepas itu, Faizal, Khairul dan Saiful akhirnya tiba di rumah Laila.


“Faizal? Kamu tak apa-apa?” tanya Nek Timah.


Pertanyaan Nek Timah tidak langsung dijawab oleh Faizal. Terus direntapnya lengan Laila.


“Kenapa dengan kau?! Kami dah tahu kau keturunan Wira juga. Tapi kenapa bertindak sendiri?! Kau ingat kau boleh menang lawan Listari?!” pelbagai pertayaan datang dari Faizal dengan marah.


Terkejut Laila melihat Faizal ketika itu. Keadaan menjadi tegang. Nek Timah cuba menenangkan cucunya. Namun, Faizal masih berkeras dengan Laila.


“Aku….a….aku…” tergagap Laila ingin menjawab pertanyaan Faizal.

“Sudah Faizal. Tenang. Kita semua masih letih hari ini. Kita berehat dulu untuk hari ini. Esok kita bincang.” cadang Khairul untuk menenangkan keadaan.


Nek Timah terus membawa Laila ke bilik tidur Laila. Faizal pula cuba menarik nafas dalam untuk menenangkan diri.

“Faizal. Aku bukan nak campur urusan kau dengan Laila. Tapi, kau berkeras sangat dengan dia. Tenangkan sikit diri kau. Mungkin dia ada sebab dia berubah jadi WIra dan lawan Listari.” jelas Saiful.

“Sekurang-kurangnya cincin sakti dah pilih dia. Aku masih belum.” Ramli berkata dengan sambil membelek cincin saktinya.

“Ramli, percayakan cincin sakti. Mungkin ada sebab kenapa di antara kita semua, kau masih belum terpilih. Bersabar. Untuk hari ini, kita berehat saja, esok kita berbincang.” kata Khairul.


Faizal dan yang lain pun beredar ke rumah Faizal. Nek Timah perlu tinggal bersama Laila jika terjadi apa-apa yang tak diingini .Nek Timah yang menemani Laila di bilik tidurnya, menanyakan pada Laila sebab dia berubah menjadi Wira dan berlawan Listari. Namun, Laila hanya berdiam diri.

“Laila, kamu berehatlah hari ini. Faizal dan yang lain akan bermalam di rumah Faizal. Nenek temankan kamu malam ini.” kata Nek Timah.

“Nek, kenapa Faizal jadi begitu? Cepat marah. Dulu dia tak begitu.” tanya Laila.

“Faizal risaukan kamu Laila. Nenek pula rahsiakan pada dia yang kamu ini keturunan Wira. Dia cuma nak kamu selamat. Dia marah bila lihat kamu cedera begini. Kamu lihat tadi bagaimana dia berlawan Listari tadi? Bersungguh-sungguh.” jelas Nek Timah.


Laila hanya tersenyum mendengar penjelasan Nek Timah.

“Apa hubungan kamu dengan Faizal?” usik Nek Timah.

“Kami kawan saja Nek.” balas Laila.

“Kawan? Dia risaukan kamu sampai marah-marah, kamu kata kawan saja? Budak-budak sekarang.” kata Nek Timah.

“Nek, kita lupakan pasal hal ini dulu boleh? Sebenarnya, sebab Laila jadi Wira sebab Laila cuba selamatkan kanak-kanak perempuan dari diserang Listari. Laila tak dapat kawal perasan Laila waktu itu. Cincin sakti terus bercahaya dan Laila berubah jadi Wira. Tapi, Laila lemah Nek. Laila tak kuat.” jelas Laila dengan perasaan hampa.

“Nenek dah agak. Mesti ada sebab kamu berubah jadi wira. Tak mengapa. Esok kita jelaskan pada mereka. sekarang kita berehat dahulu.” kata Nek Timah.




Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku