WIRA
Bab 14
Genre: Fantasi
Kategori: Novelet
Paparan sejak 22 November 2016
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
67

Bacaan






Hahaha! Listari yang asyik ketawa apabila dirinya sudah kuat. Merasakan aura tenaga yang kuat menghuni dirinya. Ban dan Ringa juga turut gembira dengan keadaan Listari yang sudah pulih.


“Ban, Ringa. Selepas ini aku tak akan lemah lagi. Dengan hanya secalit darah perempuan itu, dah mampu pulihkan tenaga aku. Bayangkan kalau seluruh darah dalam tubuhnya milik aku. Hahahahaha! Aku akan berkuasa!” kata Listari dengan gembira.
“Jadi, apa langkah kita seterusnya Listari?” tanya Ban.
“Aku mahu lakukan sesuatu. Sudah lama aku terfikirkan hal ini.” kata Listari sambil memandang pengemis yang tidur di penjuru rumah usang itu.


Di rumah Faizal pula, mereka perkemaskan diri kerana dari perjalanan jauh mereka. Kelihatan Faizal asyik termenung di ruang tamu dan tidak langsung berkata-kata. Hairan Khairul melihat perangai Faizal


“Faizal, kau asyik termenung saja kenapa?” tanya Khairul.
“Aku tak apa-apa.” balas Faizal walaupun jelas di riak wajahnya tidak.
“Faizal, sekarang kita nak makan apa? Perut aku dah berbunyi.” tanya Saiful pula.
“Kalau lapar, dekat dapur ada mi segera. Pandai-pandailah masak. Malam nanti baru kita pergi rumah Laila. Nenek aku sediakan makan malam. Dia ada telefon tadi beritahu.” jelas Faizal.


Saiful terus ke dapur tanpa berlengah. Memang kelihatan lapar dia ketika itu. Mereka pun hanya menunggu beberapa jam sebelum makan malam.


“Kau sukakan dia kan?” tanya Khairul pada Faizal.
“Siapa?” balas Faizal.
“Laila… Siapa lagi. Kau ni janganlah risaukan sangat pada dia. Perempuan kadang kala perlukan ruang. Mereka ni bukan suka sangat kalau lelaki selalu risaukan mereka. Mereka lagi bertambah risau.” kata Khairul yang menasihati Faizal.
“Wah.. Cakap macam pernah ada pengalaman bercinta.” kata Faizal.
“Memang ada dulu. Tapi, dia dah tak ada.” kata Khairul.
“Dia pergi mana? Sambung belajar di luar negara?”tanya Faizal pula.
“Dia meninggal. Kemalangan.” kata Khairul dengan tenang.
“Maaf Khairul. Aku tak tahu.” kata Faizal dengan rasa bersalah.
“Tak apa. Aku ke dapur dulu.” balas Khairul lalu terus ke ruang dapur.


Jam tepat pukul 8 malam.Faizal dan yang lain tiba di rumah Laila. Agak janggal keadaan Faizal dan Laila. Tidak bertegur satu sama lain. Mereka pun menikmati makan malam mereka bersama.


“Terima kasih Nek Timah, sebab tolong masak dan bawakan makanan untuk kami. Sedap Nek Timah masak” kata Saiful.
“Sama-sama. Selepas makan, kita semua ke ruang tamu. Ada perkara nenek nak beritahu kamu semua.” kata Nek Timah.


Selepas selesai makan, maka mereka semua berkumpul diruang tamu. Ternanti-nanti perkara yang hendak diberitahu oleh Nek Timah.


“Baiklah semua. Kalau diikutkan, kamu semua adalah Wira. Walaupun Ramli masih belum menjadi wira, jangan kamu semua risau. Satu masa nanti dia akan menjadi seorang wira.” kata Nek Timah.
“Itu ke perkara yang Nek Timah nak beritahu?” tanya Saiful.
“Tidak. Sebenarnya tiba masa nenek bawa seseorang yang penting ke sini. Dia boleh membantu kita.” kata Nek Timah.


Mereka kelihatan hairan dengan perkara itu. Apakah yang dimaksudkan Nek Timah? Itulah persoalan bermain di fikiran mereka.


“Siapa nenek?” tanya Faizal pula.
“Nama dia Pak Megat. Dia tinggal di sebuah rumah lama di Gunung Saru. Dia adalah keturunan Pendita Guwasira.” jelas Nek Timah.


Mereka terkejut mendengar perkara itu. Namun, itu serba sikit memberi harapan kepada mereka berlima untuk menumpaskan Listari dan konco-konconya.


“Bila kita nak berjumpa dengan dia?” tanya Khairul.
“Nenek rancang esok kita berjumpa.” jelas Nek Timah.
“Nenek, saya rasa kita semua tak boleh pergi bersama. Dengan keadaan Listari yang dah kuat, dia pasti akan membuat serangan lagi. Apa kata kalau kita dibahagi?” kata Ramli.
“Betul kata Ramli. Begini, Nek Timah, Faizal dan Laila pergi ke Gunung Saru dan jumpa Pak Megat. Biar kami bertiga di sini. Kalau Listari cuba menyerang, sekurang-kurangnya saya dan Saiful boleh cuba berlawan.” kata Khairul.


Mereka pun sebulat suara dengan cadangan Ramli. Selepas perbincangan, Nek Timah dan Laila pulang ke rumah Laila. Mereka pun bermalam. Namun, hati mereka tidak tenteram kerana asyik memikirkan Listari. Selepas mereka tidur merehatkan badan mereka, akhirnya pagi yang dinantikan tiba. Selepas bersarapan, Nek Timah dan Laila terus ke rumah Faizal. Faizal dan yang lain-lain sudah bersedia dengan tugas masing-masing.


“Faizal, biar aku bawa kereta.” tegur Laila.
“Tak. Biar aku.” kata Faizal sambil mengambil kunci kereta Laila yang dipegang Laila.
“Khairul, ini kunci kereta aku. Kalau ada apa-apa, kau guna kereta aku.” kata Faizal sambil memberikan kunci keretanya kepada Khairul.


Faizal, Laila dan Nek Timah pun bertolak ke Gunung Saru. Manakala, Khairul, Saiful dan Ramli pula berada di rumah Faizal.

Ketika dalam perjalanan ke Gunung Saru, Nek Timah cuba mengusik Laila dan Faizal agar berbaik semula. Entah kenapa Faizal berperangai seperti budak. Itulah yang difikir Nek Timah. Namun, Laila hanya berdiam. Sepatah perkataan langsung tidak keluar dari mulut Laila. Begitu juga Faizal dengan riak wajah yang tidak ceria langsung.


“Sampai bila kamu nak jadi macam ini Faizal? Bermasam muka saja.” tanya Nek Timah.
“Saya tak ada apa-apa nenek. Saya okay.” balas Faizal.
“Janganlah berdalih. Selagi kamu berdua tak berbaik, lagi susah kamu nak tewaskan Listari.” kata Nek Timah.


Mereka berdua hanya berdiam diri. Nek Timah hanya bergeleng kepala dengan perangai mereka berdua.


“Faizal, boleh kamu berhenti di stesen minyak kalau ada? Nenek nak pergi tandas.” pinta Nek Timah.

“Hah? Baru setengah jam kita bertolak. Kenapa tak buang saja di rumah tadi?” balas Faizal.
“Nenek ini orang tua.” kata Nek Timah.


Faizal terus memandu dan akhirnya tiba di sebuah stesen minyak. Nek Timah pun pergi ke tandas. Tinggallah hanya mereka berdua di dalam kereta. Masing-masing tidak bertegur langsung. Nek Timah memerhatikan dari jauh. Alasan Nek Timah untuk ke tandas bukannya benar. Dia cuma mahu mereka berbaik semula.


“Kenapa dengan kau Faizal?” tanya Laila yang cuba bercakap dengan Faizal.
“Maaf. Aku terlalu ikutkan perasaan. Sebelum ini aku cuma anggap kau kawan aku. Tapi, aku rasa sekarang bukan lagi. Aku dah mula sukakan kau. Tapi, aku terkilan sebab dengan perbuatan kau ikut cakap nenek aku. Kau patut beritahu aku yang kau Wira. Kenapa berdiam diri?” kata Faizal.
“Terpaksa aku diam diri. Kalau Listari tahu aku keturunan adik dia, nyawa aku dalam bahaya. Tapi, semalam waktu Listari buat serangan, aku cuma nak selamat budak yang dia nak cederakan. Cincin sakti tiba-tiba menyala dan aku terus jadi Wira. Bukan niat aku.” jelas Laila.
“Sekarang Listari dah kuat. Mungkin bila-bila masa dia boleh datang serang.” kata Faizal.
“Faizal, aku nak kita jadi macam dulu. Kau dengan aku boleh berbual. Kita lupakan dulu soal hati perasaan. Aku tak boleh fikir hal itu kalau Listari masih ada.” kata Laila.


Faizal hanya mengangguk namun terkilan lagi. Fikir Faizal benar apa yang dikatakan Laila. Dia sendiri juga harus perkuatkan diri untuk melawan Listari.


“Maafkan aku Laila sebab selama ini terlalu risaukan kau.” kata Faizal dan kelihatan senyuman terukir di bibir Faizal.
“Boleh senyum pun. Asyik masam muka saja.” balas Laila.


Nek Timah dari jauh dapat melihat mereka sudah boleh berbual seperti biasa.


“Anak-anak muda sekarang..” fikir Nek Timah sendirian.


Nek Timah pun terus ke kereta Faizal dan masuk. Nek Timah hanya senyum melihat mereka. Mereka pun membalas senyuman. Seperti tidak apa-apa yang berlaku, Nek Timah tahu bahawa mereka telah cuba berbaik sesama sendiri.


Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku