WIRA
Bab 15
Genre: Fantasi
Kategori: Novelet
Paparan sejak 22 November 2016
Mengisahkan tentang 5 anak muda menggalas tanggungjawab sebagai Wira demi mempertahankan manusia dari Listari.
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
213

Bacaan






Di rumah usang iaitu kini digelar kubu Listari, Listari sedang berbincang dengan dua orang kanannya iaitu Ban dan Ringa.


“Ban, Ringa. Sudah tiba masanya kita kembangkan kumpulan kita.” kata Listari

“Maksud kau?” tanya Ban yang tidak tahu akan maksud yang disampaikan oleh Listari.

“Sebelum itu, ambil ini.” kata Listari sambil memberi kepada Ban dan Ringa botol kaca kecil yang berisi sejenis air berwarna keunguan.

“Apa ini Listari?” tanya Ringa. Ban juga tidak tahu air apakah itu.

“Ini air kebangkitan. Campuran air dan tenaga aku. Telah aku manterakan air itu. Kau boleh gunakan air itu jika nyawa kau dalam saat-saat akhir. Dengan meminumnya, kau akan peroleh kekuatan yang kuat hasil dari gabungan tenaga aku. Tetatpi, jika kau masih tewas dalam pertarungan, nyawa jadi ganti. Ingat jangan sesekali tewas pada Wira.” jelas Listari.

“Apa kau tidak percayakan pada kekuatan kami berdua?” Ban menanya dengan rasa agak terkilan.

“Tidak. Lebih baik bersedia dari awal. Aku dapat rasakan Wira sudah hampir bersatu. Kerana itu, aku akan menambah pengikut kita.” balas Listari.

“Bagaimana?” tanya Ringa Pula.


Listari terus memanggil pengemis yang berada di penjuru ruang kubu mereka. Dengan pantas pengemis itu datang dengan duit yang masih dipegangnya hasil dari pemberian Listari. Listari memberikan air kebangkitan kepada pengemis itu dan suruh dia meminumnya. Pada mulanya, pengemis itu enggan tetapi dengan kuasa Listari, semua duit yang dimilikinya ghaib dari pandangan pengemis itu. Akhirnya, pengemis itu terpaksa meminum air kebangkitan itu. Tiba-tiba, pengemis itu menjerit kesakitan. Menggelupur tubuhnya tidak tentu arah. Ban dan Ringa terkejut melihat hasil air kebangkitan itu. Ketika itu mereka melihat tubuh pengemis itu kelihatan berubah. Pengemis itu yang dulunya berbadan kering, terlihat sasa. Namun, tubuhnya tidak seperti manusia. Bersisik tubuhnya, kukunya menjadi tajam dan besar. Rupanya pula kelihatan seperti seekor ular. Akhirnya, berubahlah pengemis itu menjadi sejenis makhluk.



“Kenapa semua ini terjadi Listari?” tanya Ban.

“Tak perlu risau. Dia menjadi salah seorang daripada kita. Aku gelarkan kau Kibra. Sekarang, pergi ke penemapatan manusia dan huru-harakan keadaan di sana. Pergi!” kata Listari.

Kibra iaitu pegemis yang menjadi makhluk jadian menurut arahan Listari terus bergerak keluar dari kubu terus ke penempatan manusia.

“Listari, kau sangat bijak. Dengan ini, kita dapat menambah pengikut kita seperti dulu. Malah, pengikut kita akan lebih kuat dari yang dulu.” kata Ringa.
“Itulah matlamat aku. Tapi, aku perlu lihat hasilnya dahulu.” balas Listari.



Sementara itu, Faizal, Laila dan Nek Timah telah pun tiba di Gunung Saru.


“Ayuh, kamu berdua ikut nenek.” kata Nek Timah sambil berjalan di kaki Gunung Saru sedikit demi sedikit hingga masuk di dalam kawasan hutan di Gunung Saru.


Mereka berdua hanya mengikut Nek Timah tanpa berkata apa-apa. Mereka tahu bahawa Nek Timah lebih tahu selok-belok jalan di hutan Gunung Saru. Setelah lebih kurang setengah jam berjalan, kelihatan sebuah rumah usang di hadapan mereka.



“Ini ke rumah Pak Megat?” tanya Laila.

“Ya. Inilah rumahnya.” kata Nek Timah dan lalu memberi salam tetapi tiada siapa yang menyahut.



Tiba-tiba belakang Faizal dan Laila ditolak dengan kuat. Tersungkur mereka. Nek Timah melihat mereka berdua tersungkur. Faizal bangkit dan melihat sekeliling. Terkejut Faizal tiba-tiba dihadapannya muncul seorang lelaki tua dan terus menumbuk perut Faizal. Tercungap-cungap Faizal dibuatnya. Laila tak mampu berbuat apa-apa ketika melihat kejadian itu. Pandangan lelaki tua itu tajam memerhatikan Laila. Laila kaku.



“Megat! Sudahlah tu…”tegur Nek Timah.

“Ini baru sikit Timah. Macam mana mereka akan melawan musuh kalau aku pun tak dapat nak dilawan.” kata Megat, lelaki tua itu.



Faizal cuba untuk berdiri. Begitu juga dengan Laila. Pak Megat hanya senyum melihat mereka. Pak Megat ialah keturunan Pendita Guwasira. Berumur linkungan 80 tahun. Walaupun dia kelihatan tua, namun tubuhnya masih tegap dan tenaganya amat kuat seperti orang muda. Dia juga mempunyai ilmu dalam pertempuran kerana pernah berkhidmat dalam tentera ketika usia muda. Dia juga adalah orang yang tahu segala hal tentang cicnicn sakti Wira.

Akhirnya, mereka dipelawa masuk ke rumahnya yang usang.


“Faizal, Laila. Inilah Pak Megat. Kalau kamu nak tahu apa-apa tentang Wira, kamu boleh tanya dia.” kata Nek Timah.

“Hmmm.. Cucu kau agak lembik Timah. Tapi, semangat dia tinggi.” kata Pak Megat.

“Pak Megat sindir saya ke?” Faizal bersuara agak terkilan.

“Sindir atau pembina semangat? Pilihlah antara satu.” balas Pak Megat.

“Sudahlah Megat. Sekarang kita ada masalah lebih besar. Listari dah bebas. Aku nak minta tolong dari kau. Kau sahaja boleh bimbing cucu aku dan kawan-kawan dia.” kata Nek Timah.

“Semua kawan-kawan kau dah boleh berubah jadi wira?” tanya Pak Megat pada Faizal.

“Tak Pak Megat. Cuma seorang lagi saja.” kata Faizal.

“Wira Gaj’a bukan?” tanya Pak Megat lagi.

“Ya. Bagaimana Pak Megat tahu?” tanya Faizal semula.

“Banyak lagi yang kamu tak tahu pasal Wira dan cincin sakti mereka. Biar aku ceritakan. Lagipun, kamu perlu tahu juga. Pada mulanya, Pendita Guwasira mempunyai 6 anak murid yang berminat dengan ilmu teknologi yang dimiliki oleh Pendita Guwasira. 6 anak murid itu ialah moyang kamu, moyang kawan-kawan kamu dan Listari dan adiknya, Kastari. Cincin Sakti Wira pertama yang dicipta ialah Cincin Sakti Wira Rimau Hitam. Asalnya, kuasa cincin itu nak digunakan sebagai pertahanan dari ancaman luar, tetapi Listari gunakannya untuk menakluk dunia. Moyang kamu Faizal, tak boleh duduk diam. Dia bertungkus lumus mencipta cincin saktinya sendiri tetapi gagal. Akhirnya, Pendita Guwasira membantu. Cincin yang kamu pakai sekarang adalah hasil ciptaan moyang kamu dan Pendita Guwasira. Tetapi, adik Listari tidak puas hati dengan tindakan abangnya. Dan dia juga meminta bantuan Pendita Guwasira untuk mencipta cincin sakti juga. Akhirnya 3 cincin sakti utama siap.” jelas Pak Megat.

“Sebab itu kuasa cincin sakti Faizal, Laila dan Listari adalah sama. Iaitu Harimau.” kata Laila.

“Ya. Waktu itu, Pendita Guwasira fikir hanya dengan kekuatan Wira Rimau Belang dan Wira Rimau Putih, dah cukup mengalahkan Listari. Tetapi tidak. Listari bertambah kuat dengan ilmu sihirnya. Ketika itu, Pendita Guwasira membantu 3 lagi anak muridnya mencipta cincin sakti. Maka, lahirlah kesemua 5 Wira cincin sakti. Dengan kuasa mereka berlima dan bantuan dari Pendita Guwasira, mereka berjaya mengurung Listari.” jelas Pak Megat lagi.

“Kenapa kurung? Kenapa tak kalahkan Listari?” tanya Faizal.

“Wira dan Pendita Guwasira teruk dikalahkan oleh Listari. Mereka tidak mempunyai tenaga yang banyak. Pendita Guwasira menggunakan seluruh tenaganya mengurung Listari dalam sebuah perigi kurungan ciptaannya. Dengan gabungan kuasa cincin-cincin sakti dan tenaga Pendita Guwasira, dia terpaksa mengorbankan dirinya. Meninggalkan isteri dan anak-anaknya demi kesejahteraan hidup mereka ketika itu.” jelas Pak Megat.


Menitis air mata Laila mendengar kisah itu.


“Kenapa kau menangis?” tanya Faizal kepada Laila.

“Kita dah sia-siakan pengorbanan keturunan Pak Megat.” kata Laila sambil menangis teresak-esak.

“Pak Megat tak rasa kamu sia-siakan pengorbanan dia. Lihatlah kamu sekarang. Kamu adalah Wira. Kamu sanggup tinggalkan kehidupan kamu sebagai seorang anak muda dan berlawan Listari. Kamu dan kawan-kawan kamu patutnya jangan rasa begitu.” Pak Megat berkata untuk menenangkan hati Laila.

“Baiklah Pak Megat. Kami akan bersedia untuk berdepan Listari. Cuma sekarang kami nak tahu, apa yang harus kami lakukan untuk kalahkan Listari?” tanya Faizal.

“Maaf. Pak Megat kurang pasti tentang cara mengalahkan Listari. Kalau cara kurungkan dia semula, mungkin pak megat boleh tolong.” balas Pak Megat.

“Cadangan saya memang nak cuba kurungkan dia semula. Tetapi, saya takut generasi kami akan pikul tanggungjawab kami. Saya tak mahu jadi begitu.” jelas Faizal.

“Kalau semua kuasa wira bersatu, pasti boleh kalahkan dia. Kekuatan Listari bergantung kepada tenaga dalamannya. Setakat ini, sudahkah Listari berubah jadi Wira Rimau Hitam?” tanya Pak Megat.


Mereka menggeleng kepala mereka.


“Tapi Pak Megat, Listari bertambah kuat selepas dia ambil secalit darah saya. Saya adalah keturunan Kastari.” kata Laila.

“Bila-bila masa dari sekarang dia akan berubah jadi Wira Rimau Hitam.” kata Pak Megat dengan risau.



Mereka juga risau jika Listari mampu berubah menjadi Wira Rimau Hitam. Dia akan bertambah kuat.




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku