WIRA
Bab 18
Genre: Fantasi
Kategori: Novelet
Paparan sejak 22 November 2016
Mengisahkan tentang 5 anak muda menggalas tanggungjawab sebagai Wira demi mempertahankan manusia dari Listari.
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
176

Bacaan






Listari dan Kibra tiba di kubu.


“Ke mana kau pergi Listari?” tanya Ban.

“Aku dapatkan ini.” jawab Listari sambil menunjukkan cincin sakti Wira Gaj’a kepada Ban dan Ringa.

“Kau memang hebat Listari.” kata Ringa.

“Aku akan berubah menjadi Wira Rimau hitam bila-bila masa saja. Tetapi, Ban kau ambil cincin ini. Gunakan kuasa cincin ini.” kata Listari sambil memberikan cincin sakti Wira Gaj’a kepada Ban.


Ban menyarungkan cincin sakti Wira Gaj’a dijarinya.


“Ban, kau harus tumpukan perhatian. Kumpulkan segala kuasa kau dan tumpukan pada cincin sakti sakti itu. Rosakkan kuasa di dalam cincin sakti itu dengan kuasa gelap yang kau ada.” kata Listari.

“Baiklah Listari.” kata Ban lalu terus dia mencari kawasan yang tenang untuk dia menumpukan kuasanya.

“Apa Ban tidak akan apa-apa?” bisik Ringa kepada Listari

“Jika dia kuat, dia akan kuasa cincin sakti itu. Kalau dia gagal, nyawa dia jadi ganti. Kau tak perlu risau Ringa. Aku ada disini kalau Ban sudah tidak ada.” jelas Listari.



Ringa hanya tersenyum sinis.



“Aku akan kuasai kau…” fikir Ban sendirian.

Sementara itu di hospital, akhirnya doktor memberitahu tentang keadaan Ramli kepada Khairul dan Saiful.

“Kawan kamu tak apa-apa. Kesan tikaman agak dalam. Tapi kami dah berjaya merawat dia. Sekarang keadaan dia agak lemah. Saya nasihatkan biarkan dia berehat dahulu.” kata Doktor itu.

“Baiklah doktor. Terima kasih.” balas Khairul.

Mereka pun masuk ke bilik Ramli. Kelihatan Ramli yang terlantar. Sedih mereka melihat Ramli ketika itu.

“Dah call Faizal?” soal Saiful.

“Banyak kali aku cuba tapi tak dapat.” jelas Khairul.

“Maaf…” kedengaran seseorang menegur mereka.



Mereka melihat ke arah suara yang menegur mereka. Teguran itu datang dari seorang jururawat.



“Maaf. Saya Fathia. Saya jururawat pelatih. Saya ditugaskan untuk jaga pesakit dari masa ke semasa.” kata jururawat Fathia.

“Baiklah. Kami pun nak beredar. Kami akan biarkan dia berehat dulu.” jelas Saiful.

Nurse,ini nombor telefon saya. Kalau kawan saya sedarkan diri, tolong telefon saya dulu.” kata Khairul sambil menghulurkan sekeping kertas bertulis nombor telefonnya.



Mereka berdua pun melangkah pergi. Walaupun berat dihati mereka meninggalkan Ramli di hospital, namun tiada apa dapat mereka lakukan. Biarkan Ramli berehat adalah keputusan yang terbaik.

Faizal dan yang lain pula masih dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas mereka siap mengemas barangan dan peralatan Pak Megat. Khairul dan Faizal pula dalam perjalanan pulang ke rumah Faizal juga.



“Faizal, kau tak telefon Khairul? Tanya macam mana keadaan disana?” tanya Laila.

“Aku lupa. Tapi Khairul tak telefon aku pun. Rasanya semua okay.” kata Faizal yang sambil memandu.

“Khairul tu Wira apa?” tanya Pak Megat.

“Khairul ialah Wira Helang, Saiful adalah Wira Krabau dan Ramli ialah Wira Gaj’a walaupun Ramli sekarang belum berubah jadi Wira lagi. Tapi, saya yakin yang Ramli memang Wira Gaj’a.” jelas Faizal.

“Antara kesemua cincin sakti, cincin sakti Wira Gaj’a yang paling degil.” kata Pak Megat.

“Apa maksud kau Megat?” tanya Nek Timah yang juga ingin tahu.

“Menurut catatan Pendita Guwasira dahulu, cincin sakti Wira Gaj’a adalah digelar cincin hidup.” jelas Pak Megat lagi.

“Cincin hidup? Maksudnya?” Laila yang keliru.

“Ketika semua cincin sakti berjaya diwarisi, pemakai cincin sakti Wira Gaj’a dahulu selalu tidak dapat berubah menjadi Wira secara sempurna. Menurut catatan Pendita Guwasira, ini kerana Wira Gaj’a adalah tulang belakang golongan Wira. Dengan menggunakan kuasa naluri Gajah dan teknologi Pendita Guwasira, cincin sakti itu perlu memilih pemakainya dengan bijak.” jelas Pak Megat.

“Walaupun Ramli memang keturunan Wira Gaj’a?” tanya Faizal.

“Ya, walaupun dia adalah keturunan Wira, cincin sakti dia tidak boleh bertimbang rasa.” jelas Pak Megat.



Banyak perkara yang mereka bualkan ketika dalam perjalanan. Namun, mereka tidak tahu tentang keadaan Ramli ketika itu yang terlantar di katil hospital. Khairul dan Saiful pula hanya mampu menunggu panggilan dari pihak hospital dan menunggu kepulangan Faizal.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku