PROJEK SERAM ORGAN: VALENTINE BERDARAH
Bab PROLOG
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novelet
Paparan sejak 23 November 2016
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
597

Bacaan






“AKU takkan jadi mangsanya. Aku harus keluar dari sini hidup-hidup. Aku takkan mempertaruhkan nyawa aku demi kegilaannya. Aku harus kuat dan terus kuat.”

Norazwana meraung di dalam sebuah rumah apabila mengenangkan nasibnya bagaikan nyawa di hujung tanduk ketika berada di Bandar Fussia itu.

Norazwana mengesat air matanya dan cuba membina keyakinan diri sendiri demi pertaruhan nyawanya sama ada selamat mahupun tidak. Sejujurnya dia semakin lemah. Dia takut kehilangan, dia takut keseorangan. Dengan itu dia tidak boleh putus semangat dan terpaksa berlagak kuat.

“Noraz, aku tahu kau seorang gadis yang kuat. Kau boleh berhadapan dengannya. Malah, kau boleh berhadapan dengan kegilaannya. Apa yang perlu kau lakukan, kau harus kentalkan jiwa kau untuk menentang dia. Jika kau tersungkur, nyawa kau akan jadi taruhan.”

Norazwana menarik nafasnya dalam-dalam sebelum menghelanya keluar. Dia membina semangat dan keyakinan diri yang terlalu tinggi.

“Aku harap Shirwan dapat melepaskan diri. Demi aku dia harus selamat. Aku yakin, kami mampu bersama-sama menentang dia. Shirwan, aku harap kau tunaikan janji kau.”

Sekali lagi Norazwana berkata pada dirinya sendiri.

Dengan sisa semangat yang semakin menipis, Norazwana melangkah keluar dari rumah itu dan terus berlari untuk menyelamatkan diri. Dia tahu mereka berada di Bandar Fussia yang sangat pelik dan dia tidak mungkin mampu minta perlindungan mahupun pertolongan daripada mereka. Dia harus bergerak sendiri demi menyelamatkan nyawanya dari menjadi tawanan si dia.

Angin sepoi-sepoi bahasa menampar wajahnya dengan rakus dan kedinginan yang dirasainya sungguh luar biasa sekali. Hatinya tiba-tiba dipanah dengan rasa yang tidak enak. Segala macam rasa bertamu di dalam jiwanya. Namun, dia terpaksa berlagak kuat pada saat-saat genting begini. Dia tidak boleh putus asa, dia harus perjuangkan nyawanya sehingga ke titisan darah yang terakhir.

“Ya ALLAH, hanya pada-MU aku serahkan jiwa dan ragaku. Hidup dan matiku KAU yang tentukan. Aku mohon agar KAU perliharalah diri aku dari segala keburukkan. Aku berjanji aku akan bertaubat dari segala kemungkaran sebaik saja aku dapat keluar dari sini. Aku takkan ingkar lagi pada suruhan-MU. Ya ALLAH, KAU berikanlah aku kesempatan buat terakhir kali untuk melihat dunia ini lagi.” Dalam berlari Norazwana masih mampu memohon doa.

Hatinya sangat berdebar dan dia cukup takut sekiranya dia tidak diberi kesempatan untuk bertaubat. Hidup manusia kini semakin singkat dan berharap agar dia sempat meminta maaf pada semua orang yang telah disakiti hatinya sama ada secara sedar mahupun tidak sedar. Masih banyak lagi perlu dia perbaiki sebelum menghadap Yang Maha Esa.

Norazwana bermohon dengan bersungguh-sungguh.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku