Encik Strawberi, Miss Durian (Mistik Cinta)
Bab 25
Genre: Fantasi
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 Disember 2016
Penilaian Purata:
(9 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
245

Bacaan






BOLEH tak kalau awak bawa saya tinggalkan tempat ni?” pinta Arysa.

Dari riak wajahnya Adam tahu dia benar-benar mahu tinggalkan tempat itu. Dia tidak sanggup lagi berpura-pura di hadapan kawan-kawan yang lain. Tindakkan Ilham tadi telah membantutkan kegembiraanya pada malam ini dan menambah kebencianya terhadap Ilham.

“Adam awak dengar tak? Tolong bawa saya pergi dari sini” ulang Arysa.

Kali ini kedua-dua tanganya menggenggam erat tangan kiri Adam sambil anak mata menatap tepat ke dalam mata Adam, Adam menghela nafas panjang, dia tidak sanggup untuk menolak permintaan Arysa.

“Takkan awak nak tinggalkan majlis ni?” soal Adam.

“Takkan awak nak tengok Ilham apa-apakan saya?” soal Arysa pula.

“Saya tak nak. Tapi, saya juga tak mahu awak tinggalkan majlis ni macam tu je. Nanti kawan-kawan awak cakap apa?” ujar Adam dengan serius.

Arysa terdiam, dia melepaskan genggaman tanganya dari tangan Adam. Dia tidak sangka Adam akan berfikir seperti itu dalam keadaan Arysa yang terdesak untuk pergi. Tanpa berkata apa-apa Arysa terus beredar dari situ dengan perasaan yang kecewa terhadap Adam.

“Hanna Arysa! Awak nak ke mana?” panggil Adam.

Arysa tidak memperdulikan suara Adam yang memanggilnya.

“Dia ni. Suka buat aku risau” keluh Adam kepala digelengkan lalu meninggalkan tempat itu.

Arysa terus berjalan perlahan-lahan keluar dari lobi Hotel Delight. Perasaan sedih dan marah masih menghantui dirinya. Pelbagai soalan bermain dalam dirinya. Jika Ilham tidak melakukan perkara bodoh itu tadi, dia mungkin akan pertimbangkan untuk kembali semula kepada lelaki itu.

Kini sisa cinta yang masih tertinggal telah terbakar menjadi abu. Apa yang tinggal dalam hatinya hanya parut yang akan kekal berbekas dan dia percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidupnya pasti ada hikmat disebaliknya.

“Bodoh! Macam mana aku boleh cintakan lelaki tak guna tu? Aku takkan berharap lagi dengan dia. Aku boleh teruskan hidup tanpa dia. Aku tak tercipta untuk dia. Jadi Aku kena buang semua perasaan ni” luah Arysa sambil mengesat air mata yang mengalir jatuh ke pipi.

Tidak lama kemudian, sebuah motosikal berhenti di hadapanya. Seorang lelaki turun lalu menyarungkan topi keledar ke kepalanya.Perlahan-lahan kepala diangkat untuk melihat pemilik motosikal yang berdiri didepanya. Adam Fitri sedang sibuk mengikat tali topi keledar yang tersarung kemas di kepala.

“Dah, jom ikut saya” kataAdam tersenyum.

“Kita nak pergi mana?” soal Arysa hairan.

“Tinggalkan tempat ni” ringkas sahaja jawapan yang keluar dari mulutAdam.

“Tinggalkan tempat ni?”

“Yalah, kan awak yang nak pergi dari sini”

Arysa tunduk lalu tersenyum. Cepatnya dia ubah fikiran, tak sangka dia akan datang semula untuk bawa aku pergi. Ternyata Adam Fitri seorang lelaki yang baik. Tanpa berfikir panjang dia naik ke atas motosikal lalu tersenyum memandang Adam. Kedua-dua tangan merangkul erat pinggangAdam lalu dagu diletakkan di atas bahu kirinya.

“Awak dah sedia?” soal Adam menoleh sedikit ke kiri.

“Ya” balas Arysa ringkas.

“Okay let’s go!” balas Adam mula memecut laju meninggalkan Hotel Delight.

Orang yang berada di sisinya sekarang langsung tidak kelihatan seperti Hanna Arysa yang menjengkelkan. Tapi, dia seperti orang lain yang lemah dan akur dengan ketentuan takdir Tuhan sama seperti Adam yang terpaksa menerima pemergian Eryna untuk selama-lamanya.

Motosikal bergerak menyusuri lebuh raya Kuala Lumpur yang masih sibuk dengan kenderaan ringan dan berat. Arysa pula masih sama seperti tadi, pinggang Adam didakap seeratnya-eratnya sambil mata terpejam cuba menahan air mata yang belum lagi terhenti.

“Hanna… Hanna Arysa” kejut Adam leher ditolehkan ke kiri.

Terbit senyuman dibibirnya ketika melihat Arysa sedang tidur. Tangan kiri menyentuh lembut tangan Arysa yang merangkulnya dengan erat. “dia ni memang pelik atas motosikal pun dia boleh tidur” ujar Adam tersenyum.

Hemnusan dingin bayu malam buatkan suasana terasa dingin. Moto yang ditunggang Adam masih lagi menyelusuri jalan menuju ke Taman Tasik Titiwangsa. Hanya tempat itu yang mampu menenangkan fikiranya kerana suasananya yang seakan-akan berada di Sungai Han.

“Eryna kenapa budak ni ingatkan aku pada kau? Kenapa setiap kali aku berdepan dengan dia, aku dapat rasakan kehadiran kau. Aku rindukan kau dan... Aku rindukan dia. Mungkin aku dah gila sebab fikir macam ni. Tapi…” leher Adam tolehkan ke kiri Arysa masih lagi lena di bahunya.

“Mungkin kau dan Arysa ada hubungan darah yang tak pernah aku sedar selama ini” sambung Adam sambil menukar lorong ke kanan.

 

ARYSA bangun. Dia ni sedih-sedih pun masih boleh tidur.Atas moto pulak tu” bebel Adam sambil tangan menanggalkan topi keledar dari kepala.

Setelah itu dia menahan kepala Arysa dengan tangan dan perlahan-lahan kedua-dua kaki diturunkan  dari moto.Namun, ketika hendak mengejutkan Arysa untuk kali yang kedua. Kepala Arysa jatuh di atas bahunya.

Situasi itu terasa amat janggal bagi Adam. Tubuhnya kaku tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Kedua-dua tangan teragak-agak untuk menyentuh bahu Arysa. Sekal lagi nafas dihela sedalam-dalanya sambil tangan digenggam lalu diturunkan ke bawah membiarkan sahaja Arysa terus tidur dibahunya.

Tidak lama selepas itu, Arysa terjaga dari lenanya. Dapat dia rasakan satu perasaan yang aneh apabila mendengar bunyi degupan jantung yang berdegup kencang. Perlahan-lahan mata dibuka lalu terpadang tag nama “Adam Fitri’. kepala didongak sedikit kelihatan Adam Fitri sedang merenung jauh ke langit.

Astagfirullahalazim! Ya Allah apa yang aku buat ni? Macam mana boleh tidur dekat dada dia pulak? Malunya!. bisik hatinya, tidak tahu apa yang harus dia lakukan.

“Awak dah bangun?” soal Adam memandang Arysa.

“Uh? Oh, saya dah bangun”balas Arysa cepat-cepat kepala yang masih dengan topi keledar lalu memandang Adam dengan pipi yang merah.

Mujur dia masih bertopi keledar dapat juga dia sembunyikan wajahnya yang merah padam kerana terlena dalam dakapan Adam. Adam pula hanya tersengih-sengih memandang Arysa seolah-olah dia tidak sedar akan keadaan Arysa yang malu terhadapnya.

“Buat apa lagi tu? Cepatlah turun. Takkan nak duduk dekat atas moto je kot?”

“Nak turunlah ni” jawab Arysa.

Kedua-dua kaki pantas diturunkan dari moto. Dia kemudianya mula mengatur langkah setapak demi setapak menuju ke arah tasik. Pemandangan indah tasik pada waktu malam telah menarik Arysa untuk mendekati kawasan itu.

Topi keledar belum lagi ditanggalkan dari kepala kerana dia tidak mahuAdam melihatnya dengan wajah yang merah. Sudah berapa kali Adam melihatnya dengan wajah yang agak memalukan itu.

“Dia ni nak cover malulah tu. Tak apalah saya biarkan awak jalan dengan topi keledar tu asalkan awak selesai it’s okay” ujar Adam sendirian sambil tersenyum memerhati gelagat Arysa.

“Awak, ini kopi panas untuk awak. Minumlah” sapa Adam berdiri di sebelah kiri Arysa sambil tangan menghulurkan secawan kopi yang dibeli dekat kafe yang berada berhampiran dengan tempat itu.

“Thank you” ucap Arsya mengambil kopi panas dari tangan Adam.

Wait, macam mana awak nak minum dengan topi keledar tui” soal Adam.

“Uh?” balas Arysa bingung.

Disebabkan rasa gementar dia terlupa untuk tanggalkan topi keledar. Alamak! Apa aku nak buat ni? Malunya|! Rasa macam nak lari aje dari tempat ni. Tapi… buntang matanya terus terpana kepada Adam yang sedang membuka topi keledar dari kepalanya. Senyuman Adam buatkan jantungnya semakin berdegup kencang.

“Dah selesai sekarang awak boleh minum” sambung Adam tersenyum lalu melarikan pandangan ke tengah tasik.

Arysa hanya tunduk tidak berani melihat wajah Adam.

“Awak malu dengan saya ke?” soal Adam memandang semula ke wajah Arysa.

“Mwo? aninde. Tak adalah, saya tak malu dengan awak pun” cepat saja jawapan itu meluncur dibibirnya.

“Dah tu kenapa awak tak berani pandang saya?” soal Adam lagi.

“Saja je, malas nak tengok muka awak” jawab Arysa sambil tersenyum lalu meneguk kopi panas yang diberikan oleh Adam.

Jika di Korea sudah pastinya Sungai Han menjadi lokasi untuk menenangkan fikiran, melepaskan tekanan, menikmati pemandangan indah pada waktu malam dan tempat yang sesuai untuk bersama orang tersayang. Tapi, di Kuala Lumpur tasik ini yang menjadi tumpuan orang ramai termasuk pelancong asing.

Bagi Adam inilah tempat untuk dia menenangkan diri sambil menghirup kopi panas. Jika diberikan peluang mahu sahaja pulang ke Jeju. Tapi, dia ada tugas di sini.

“Awak selalu datang sini?” soal Arysa.

“Hmm, seminggu dua atau tiga kali.Wae?” jawab dan soalAdam.

“Tak ada apa-apa. Tak sangka pula tempat ni cantik pada waktu malam. Kalau saya sedih saya akan duduk termenung atas bumbung kafe sambil menikmati durian”tersenyum.

“Saya pula dengan kimchi” celah Adam ketawa.

Kimchi? Itulah kalau dah tinggal dekat Korea tu makan tak ada kimchi memang tak sah. Sama macam nenek. Aku pulatak boleh makan kalau tak ada durian bisik hatinya melarikan pandangan ke tengah tasik.

“Arysa, awak masih cintakan dia?” sambung Adam dengan riak yang serius.

Pertanyaan itu mengejutkan Arysa. Dia terdiam matanya tidak berkelip melihat tepat ke wajah Adam. Cinta? Aku masih cintakan Ilham? Tak mungkin aku cintakan dia lagi. Tak, aku tak cintakan dia walau sedikit pun. Jawab Arysa dalam hati lalu kepala digeleng-gelengkan.

“Tak” jawabnya ringkas.

“Dah tu kenapa awak menangis?” soal Adam lagi.

“Sebab... Sebab...” tergagap-gagap memikirkan jawapan kepada soalan yang agak rumit itu.

“Sebab awak masih ada perasaan dengan dia” celah Adam memberikan jawapan kepada pertanyaan yang dia sendiri kemukakan.

Anigeotdun! Mana ada! Saya tak cintakan dia. Saya cuma sedih sebab dia buat macam tu dengan saya. Awak pula, kenapa awak nangis?” dia agak tergagap-gagap ketika menanyakan soalan tersebut.

Riak wajah Adam berubah sepenuhnya. Bibir yang tadinya dihiasi senyuman kini hilang dalam sekelip mata. Dia tunduk kerana wajah Eryna muncul kembali dalam diri Arysa. Kenapa setiap kali aku teringat Eryna, hati aku rasa terluka dan tiap kali itu juga aku lihat Eryna dalam diri dia.

“Adam,Adam. Awak tak apa-apa ke? maaflah kalau soalan saya...”

“Saya rindukan seseorang. Setiap kali saya rindukan dia. Saya akan nampak...” nafas panjang dihela yang disertakan dengan senyuman.

Mata kini kembali menatap ke wajah Arysa. Perasaan rindu dan rasa bersalah kerana tidak dapat menepati janjinya untuk selamatkanEryna kini bercampur baur. Air mata mula bergenang di ekor matanya.

Aku takkan nangis. Aku akan terus tersenyum dan jalani hidup seperti manusia biasa demiEryna. Kata Adam dalam hatinya mengesat air mata dengan tangan.

“Abang Adam, kenapa dengan abang ni ?Saya tak apa-apa” ujar Eryna tersenyum sambil kedua-dua tangan mengesat air mata yang jatuh membasahi pipi Adam.

Mendengar saja suara yang dia rindui itu,Adam mengangkat wajahnya kelihatan Arysa bersama senyuman sedang mengesat air mata Adam yang jatuh seperti hujan. Matanya tidak berkelip apabila melihat Eryna berada dihadapanya.

“Eryna maafkan abang” jawab Adam.

Tubuh Arysa terus didakap erat bersama linangan air mata yang jatuh seperti hujan. Perasaan bersalah kerana telah menyebabkan Eryna terkorban. Namun, perasaan rindu terhadap Eryna muncul setiap kali berdepan dengan Arysa.

“Adam apa yang awak buat ni?” soal Arysa terkejut.

Arysa kaku ketika berada dalam dakapan Adam. Namun, pada masa yang sama dia seperti merasakan kesedihan yang sama seperti Adam. Perasaan rindu terhadap seseorang yang dia sendiri tidak tahu di mana dan siapa. Apa yang pasti hatinya turut terluka melihat keadaan Adam.

Nama Eryna yang disebut oleh Adam menjadi tanda tanya kepada Arysa. Dia tidak tahu siapa Eryna dan mengapa Adam sering memanggilnya dengan nama Ernya. Apa hubunganya dengan gadis yang bernama Eryna.

“Adamare you really okay?” soal Arysa lagi dengan degupan jantung yang mendadak naik.

“I’m sorry Arysa” ujar Akim membuka matanya.

It’s okay you can cry” ujarnya sambil menepuk-nepuk belakangAdamdengan lembut.

Seumur hidupnya selama 25 tahun ini adalah pertama kali seorang lelaki menangis di atas bahunya. Dia hanya duduk membeku kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, entah kenapa dia seperti dapat merasakan kesakitan yang dialami oleh Adam.

Saat seakan-akan terhenti bila tiada lagi kedengaran suara esakkan Adam yang cuba menahan tangisan dan sejurus selepas itu, dia merenggangkan diri dari dakapan Arysa.

“Maaf, tiba-tiba saya emosi” ujarnya sambil tersenyum.

“Tak apa, awak pun ada kisah cinta yang menyedihkan ke?” soal Arysa menatap tepat ke dalam mataAdam.

“Dia bukan kekasih saya. Tapi, lebih kepada perasaan seorang abang kehilangan adik perempuan dia” balas Adam tetap cuba untuk tersenyum.

“Apa maksud awak?” soal Arysa sedikit bingung.

“Bila dia muncul dalam hidup saya 15 tahun lepas saya rasa saya cintakan dia. Tapi, perkara tu berubah lepas lima tahun berlalu. Dia cuma anggap saya macam abang dia dan tak benarkan saya jatuh cinta dengan dia sebab…” Adam terdiam pandangan dilarikan semula ke tengah tasik.

“Abang tak boleh cintakan Eryna sebab Eryna yang abang cinta bukan saya dan saya datang cuma nak lindungi abang. Abang Adam cuma abang bagi Eryna” kata-kata itu kembali bermain difikirnya. Bersama helaan nafas panjang buntang mata dilarikan semula kepada Arysa yang kelihatan tidak faham dengan situasi yang sedang berlaku.

“Dahlah awak tak payah nak fikir apa yang saya cakap. Saya cuma bergurau aje”ujar Adam sambil tersenyum.

Riak wajah yang tadinya sedih kerana menanggung penderitaan yang sukar kerana telah kehilangan insan yang dia sayangi kini bertukar menjadi senyuman termanis yang tidak pernah Arysa lihat sebelum ini. Tawa Adam sedikit melegakan hati Arysa.

“Maknanya awak cuma bergurau?” soal Arysa bercampur bengan.

Adamhanya menganggukkan kepala bersama ketawa kecil.

Yah!Bila masa pula saya menangis macam tu?” bibir dia muncungkan.

“Masa awak jalan seorang-seoang tadi. Masa dekat atas moto, masa saya pergi beli air. Saya tahu awak nangis” jelas Adamt ersenyum nakal.

Arysa menghela nafas dalam. Dia ni betul-betul buat darah aku naik atas kepala agaknya. Berani dia kenakan aku macam tu? Tapi, aku tahu dia cuma berlakon. Dari redup mata dia, aku tahu dia sedang sedih. Apa yang dia lakukan tadi bukanlah lakonan.

“Hey! Kenapa awak senyum-senyum? Nak kenakan saya lagi ke?” soal Arysa yang berasa curiga dengan senyuman nakal Adam.

“Senyum pun tak boleh ke? Cepatlah habiskan air tu saya hantar awak balik rumah” arah Adam.

Arysa hanya menggeleng-gelengkan kepala lalu mengalihkan semula pandangan mata ke hadapan, secawan kopi panas yang ada di atas kerusi dicapainya lalu dihirup. Sesekali matanya dilarikan ke tepi cuba melihat keadaanAdamyang membisu sambil matanya jauh melihat ke tasik.

Arysa maafkan saya, saya tak ada niat nak samakan awak dengan Eryna. Tapi, kenapa bayangan dia muncul dalam diri awak? Kenapa saya rasa seolah-olah Eryna yang bercakap dengan saya tadi? Semua tu cuma bayangan saya atau awak memang dia dan dia adalah awak.

“Adam saya dah selesai. Jom balik” kejut Arysa menunjukkan cup yang kosong.

“Dah habis? Cepatnya?” soal Adam kehairan.

“Kan awak yang suruh saya habiskan cepat tadi?” tersenyum.

“Yalah, jom saya hantar awak balik rumah” balas Adam.

Mereka bingkas bangun dari kerusi lalu bergerak menuju ke arah tempat letak motorsikal. Arysa hanya melihat setiap langkah kaki yang diatur oleh Adam dari belakang. Kepalanya tiba-tiba berasa sakit dan pandangan menjadi kabur.

Kaki Arysa berhenti dari melangkah. Sebelah tangan memegang kepala sambil matanya masih melihat ke arahAdam yang kini menuju ke arahnya.Adam? Adam Fitri? Betul ke itu awak? Bisiknya dalam hati.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku