Encik Strawberi, Miss Durian (Mistik Cinta)
Bab 26
Genre: Fantasi
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 Disember 2016
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
191

Bacaan






MALAM berlabuh semakin kelam Arysa masih tidak dapat melelapkan mata disebabkan asyik memikirkan perkara yang berlaku ketika majlisreuniontadi.Dia sudah menduga Ilham akan datang ke majlis tersebut dan menjadikan hidupnya huru-hara sama seperti ketika dia ditinggalkan dua tahun lepas.

“Apa aku nak buat ni? Macam mana kalau Ilham lakukan apa yang dia cakap?” kata Arysa kepada dirinya sendiri ketika mengingatkan kembali ucapan Ilham sebelum mereka meninggalkan majlis.

“Awak dengar sini baik-baik Arysa. Saya tak akan mengalah, saya akan pastikan awak jadi milik saya dan kalau terpaksa saya akan hapuskan siapa aje yang berani halang saya. Awak ingat tu baik-baik”

Hapuskan sesiapa sahaja yang menghalangnya? Kata-kata yang cukup membuat bulu roma Arysa meremang. Dia kenal benar Ilham seorang yang berpendirian tegas dan akan melakukan apa yang dia ucapkan.

“Daripada aku termenung macam ni lebih baik aku pergi kafe buat apa yang patut”

Dia bingkas bangun dari katil, jaket yang tergantung dakam almari disarung ke tubuh lalu kunci kereta yang ada di atas meja dicapai. Berbanding berada di bilik, di kafe lagi menenangkan dan dia boleh memikirkan resepi baru untuk kafe D-LeeCious.

Setiap langkah penuh hati-hati diambil menuruni anak tangga. Dia tidak mahu kejutkan Puan Aida dan mak ngah yang selalunya terlelap di ruang tamu kerana menonton drama Korea sehingga lewat malam. Buntang mata meliar ke kiri dan ke kanan, tv masih lagi terpasang dengan Puan Aida sedang bersandar pada sofa.

“Alamak! Orang tua ni tak tidur lagi ke?” keluhnya sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

“Hanna” panggil Puan Aida.

“Ya nek” jawab Arysa masih kaku di hujung tangga.

Where are you going? Dah lewat malam ni” soal Puan Aida menoleh ke arah Arysa.

“Arysa nak pergi kafe” jawabnya ringkas.

“Kafe? Untuk apa? Tak boleh pergi esok ke?”

“Arysa tak dapat tidur. So, daripada Arysa duduk melopong dekat sini baik Arysa buat kerja. Arysa pergi dulu. Assalamualaikum” ujar Arysa sempat juga kepala dintundukkan sebelum menuju ke arah pintu keluar.

“Tunggu!” halang Puan Aida.

Dia bingkas bangun dari sofa lalu berjalan mendekati Arysa yang sedang memandangnya di muka pintu. Baru saja kaki kiri hendak melangkah pergi. Tapi, suara Puan Aida buatkan langkah itu terbantut.

“Ada apa nek?” soal Arysa dengan perasaan berdebar.

“Hati-hati dengan orang sekeliling kamu. Sekarang ni semua orang tengah cari kamu dan tolong jangan percaya sesiapa melainkan orang yang berada dalam kafe. Nenek tak nak kamu jadi macam Ery…” Puan Aida terdiam.

“Ery?” soal Ayrsa sedikit curiga mendengar kata-kata Puan Aida.

“Bukan Ery… maksud nenek Ilham lelaki tu bahaya. Kamu kena hati-hati dengan dia” sambung Puan Aida tersenyum.

“Oh Ilham ke? Ingatkan Ery Putera tadi.Don’t worrylah nek. Saya tahu jaga diri dan saya ada dua orang hero akan selamatkan saya. Nenek tak payah risau Arysa pergi dulu. Bye” jawabnya.

Tangan Puan Aida diambil lalu dicum dan terus berjalan keluar dengan perasaan yang riang. Dia tahu Puan Aida bimbangkan keselamatanya. Tapi dia yakin dia mampu atasi masalah itu kerana Ilham bukanlah lawanya.

*****

SETIBANYA di Kafe D-LeeCious ,Langkah terus diatur setapak demi setapak menuju ke arah pintu kafe. Kod kesalamatan pada pintu ditekan dan pintu terus ditarik. Mata meliar melihat kawasan sekeliling kafe yang hanya diterangi dengan lampu malap kekuning-kuningan.

“Wanginya bau kek durian ni. Rasa macam nak makan teruspulak.Tapi, kek ni pelanggan yang punya” omel Arysa sendirian sambil mata dihalakan ke arah kek durian yang ada dalam petik sejuk.

Kaki seterusnya diatur menuju ke dapur. Tangan kanan menekan butang pada plug yang ada di dinding untuk menghidupkan lampu. Namun langkahnya terhenti ketika melihat sebuah bekas makanan dekat atas meja.

“Uh? Bekas apa pula tu?” soalnya hairan.

Kedua-dua anak mata tertumpu kepada bekas yang ada di hujung meja. Aneh, itulah yang dia rasakan saat ini. Seingatnya, sebelum dia tinggalkan kafe, tidak ada bekas yang tertinggal di atas meja. Mata kemudianyameliarmencari siapa agaknya yang masuk ke dalam kafe tanpa kebenarnya.

“Kenapa aku macam pernah nampak je bekas ni? Tapi, kat mana ya?” perlahan-lahan bekas tersebut diangkat hingga ke paras sama tinggi dengan mata.

“Bau ni macamfamiliarje. Kimchi? Ini bau kimchi” tambahnya lagi terus membuka penutup bekas tersebut.

Tepat jangkaanya apabila melihat makanan yang ada dalam bekas berwarna ungu adalah kimchi. Sekali lagi Arysa melihat sekelilingnya. Mustahil Akim yang membawa kimchi ke kafe kerana Akim tahu Arysa tidak sukakan kimchi.

Bekas kimchi diletakkan semula di atas meja lalu bergerak menuju ke arah tangga yang akan membawanya ke atas bumbung kafe. Dia dapat melihat ada sedikit cahaya lampu yang menyinari tangga menandakan pintu keluar kebalkoniterbuka.

“Siapa dekat atas?” soalnya lagi kepada diri sendiri.

Hatinya masihlagi kelirusama adamahunaik ke atas atau pun tidak. Perasaan ingin tahu siapa agaknya yang berada di situ bercampur baur dengan rasa bimbang. Bimbang akan keselamatan diri, siapa tahu ada orang berniat jahat kepadanya.

Selepas berfikir seketika kaki Arysa mula menaiki anak tangga satu demi satu. Dia perlu pastikan siapakah yang mencoroboh kafenya pada waktu malam. Tak apa kalau dia orang jahat tahulah apa aku nak buat dengan dia. Arysa memberikan kata-kata semangat kepada dirinya sendiri.

Setibanya di depanpintu keluar ke balkoni. perlahan-lahan tangan menolak pintu hinggalah dia melihat seorang lelaki sedang duduk di atas meja paras lutut sambil menikmati minuman dalam kotak.

“Siapa tu?” ujarnya dalam keadaan berbisik bimbang lelaki yang sedang duduk itu menyedari kehadiranya.

Dia terus memerhati lelaki itusehinggakotak minuman di letakkan di atas meja. Rasa nak terkeluar anak tekak ketika melihat tulisan pada kotak minuman tersebut.“Strawberry juice?” kedua-dua tangan munutup mulut yang ternganga.

“Biar betul apa yang aku nampak ni? Tu jus strawberi yang...” Arysa cepat-cepat bersembunyi di sebalik pintu apabila lelaki itu menoleh ke belakang.

Adam?Adam Fitri? Betul ke apa yang aku nampak tadi? Lelaki tuAdam Fitri.. Ujar Arysa dalam hatinya kedua-dua tangan masih tidak dialihkan dari mulut.

Jika tanggapanya benar, tentuAdamsedar akan kehadiran Arysa di situ. Dia tiada pilihan lain melainkan tinggalkan kafe sebelumAdammelihatnya.

Namun, belum sempat dia berdiri menuruni anak tangga bayang seseorang sedang berdiri muncul di hadapanya. “Alamak! Takkan dia dah nampak aku kot?” soal Arysa, dahi dikerutkan,. Tapi, tubuh masih tidak bergerak walau seinci pun.

“Awak buat apa dekat sini” soalAdam.

“Saya?” dia berdiri lalu berpaling ke belakang melihatAdam.

“Ya” jawabAdam ringkas sambil memasukkan straw ke dalam mulut.

“Saya... Saya...” Arysa tergagap-gagap.

Entah kenapa tiba-tiba saja soalan yang ditanyakan olehAdam terasa sukar. Sebalah tangannya dihalakan ke bawah manakala sebelah lagi tangannya menggaru-garu leher yang tidak gatal. Meskipun begitu, matanya terarah pada kotak air yang ada dalam genggamanAdam.

Lemon Juice? tadi aku yakin aku nampakstrawberry juice,kotak warna merah bukan hijau macam ni. Apa hal dengan aku ni? Takkan otak dah tak botul kot? Omelnya dalam hati, anak mata masih terarah pada kotak tersebut.

“Awak pandang apa? Nak minum ni ke?” soalAdamlagi menunjukkan jus lemon kepada Arysa.

“Awak buat apa dekat kafe malam-malam buta ni?” soal Arysa mengubah topik perbualan.

“Tak ada apa-apa. Saya cuma nak tenangkan fikiran sambil makan kimchi dan minum jus lemon kegemaran saya” jawabAdamtersenyum.

Dia kemudianya keluar semula kebalkonilalu melabuhkan punggung di atas meja paras lutut yang ada di situ. Kepala didongakkan ke langit melihat kesuraman malam yang tidakada sinaran bulan atau kerdipan bintang.

Arysa juga keluar ke atas bumbung lalu duduk di sebelahAdam. Dia masih tidak habis memikirkan perkara yang mengganggu fikiranya sejak tadi. Dia yakin dan pasti bahawa air kotak yang dia nampak adalah jus strawberi. Tapi, bagaimana kotak itu boleh bertukar menjadi jus lemon dalam masa beberapa saat.

Adam Fitri, awak sebenarnya siapa? Soalnya dalam hati melarikan anak mata kepadaAdam.

Adamjuga melarikan pandangan anak mata terus ke mata Arysa. “Awak buat apa dekat sini?” soalAdam.

“Awak tu yang buat apa dekat kafe saya malam-malam buta ni? Masa hantar saya tadi kata mengantuklah, nak tidurlah” balas Arysa sambil bibir muncung ke depan.

“Memanglah ngantuk. Tapi, tak dapat tidur. Tu yang saya datang sini. Lagipun saya memang selalu lepak sini kalau malam” jawab Adam sejujurnya.

“Oh” balas Arysa menganggukkan kepala.

“Awak tu buat apa? Datang sini malam-malam? Bahaya tahu tak” soal Adam semula dengan serius.

“Saya? Saya nak cipta resepi baru” jawabnya sambil ketawa.

“Oh” dia mengganggukkan kepala lalu melarikan semula renungan mata ke depan.

Dari riaknya Arysa dapat rasakanAdam sedang menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuanya. Namun, pada masa yang sama ada kesedihan terpancar dalam matanya.

“Awak masih sedih?” tanpa berfikir panjang soalan itu keluar dari mulut Arysa.

Sekali lagi renungan mata dihalakan kepada Arysa. Perasaan sedih agak menguris hatinya. Memang benar dia sedih, sedih kerana orang yang dia sayang sama seperti adik kandung dan sanggup berkorban demi menyelamatkan nyawa mereka telah dibunuh.

“Maafkan saya kalau soalan saya menyingung awak” sambung Arysa sambil menghela nafas panjang.

Gwaenchana, tak apa. Kawan yang saya pernah ceritakan pada awak sebelum ni dah tinggalkan saya untuk selama-lamanya” jelasAdam cuba tersenyum meskipun hatinya masih terkesan dengan pemergianEryna.

“Maafkan saya, saya tak tahu. Tapi macam mana...” Arysa terdiam. Meskipun dia ingin tahu punca kematian kawan yang dimaksudkan olehAdam. Namun, dia juga sedar bahawa dia tidak patut bertanyakan soalan itu dalam keadaanAdam yang kurang stabil.

“Saya sendiri tak tahu bila dia tinggalkan kami dan macam mana dia boleh mati dalam keadaan yang tak sepatutnya. Saya dan Muaz dah anggapEryna seperti adik kandung. Kami membesar bersama harungi kehidupan yang memeritkan bersama dan dia akhirnya korbankan diri untuk selamatkan...”Adam terdiam tidak meneruskan kata-kata sambil nafas panjang dihela, hampir sahaja dia mendedahkan identiti sebenarnya kepada Arysa.

“Korbankan diri?” soal Arysa berminat dengan luahanAdam.

“Tak ada apa-apalah, Hmm, awak abaikanlah apa yang saya cakap tadi” ujarnya lalu berdiri.

Arysa juga berdiri berhadapan denganAdam entah mengapa perasaanya membuak-buak untuk mendengar cerita daripadaAdam. Dia tahu disebalik cerita itu ada jawapan kepada persoalan yang menghantui mindanya.

“Saya balik dulu” Adam mengatur langkah mahu meninggalkan tempat itu.

“Awak nak tinggalkan saya seorang dekat sini?” soal Arysadengan riak yang serius.

LangkahAdamterhenti dia menoleh ke arah Arysa lalu memberitahu gadis itu yang dia perlu pulang ke rumah kerana ada seseorang yang memerlukan bantuanya.

“Dan kalau kita berdua di sini orang lain akan salah anggap. Saya tak nak orang lain pandang rendah dan cakap perkara bukan-bukan tentang bos saya. Saya pergi dulu” sambungAdam.

Dia terus berjalan tanpa menoleh ke belakang meninggalkan Arysa seorang diri di atas bumbung. Arysa terus memerhatiAdamdari belakang. Apa sebenarnya rahsia yang ada pada lelaki itu? Kesan gigitan pontianak, jus strawberi danEryna. Takkanlah dia... Mustahil, aku tak rasa dia seorangmanusia separuh pontianak.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku