BUKAN LAGI MIMPI
BAB 8
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 16 Disember 2016
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
430

Bacaan






“Kenapa awak pandang saya macam tu? Kalau awak marah fasal semalam, saya minta maaf” Ucap Daliya perlahan. Nasrul dari tadi asyik menjelingnya. Naik seram pun ada.

“Duduk!” Arah Nasrul keras. Daliya menurut. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggung di atas sofa empuk itu.

“Fasal semalam, erm…”

“Tak payahlah nak minta maaf kat aku, bukan salah kau pun. Sekarang ni, kau free tak?” Nasrul memandang raut wajah bujur sirih Daliya. Daliya memandang Nasrul pula. Baguslah, kalau Nasrul fikir macam tu, sekurang-kurangnya lega sikit hati dia.

“Awak nak suruh saya buat apa?” Soal Daliya naif. Nasrul merengus kuat. Daliya tenang memandang wajah Nasrul yang bertukar merah. Kejap angin lelaki itu baik, kadang-kadang macam singa saja. Ada musimnya juga kot.

“Jawablah, kau free ke tak sekarang? Susah betul nak jawab soalan aku ni” Gerutu Nasrul.

“Tengah freelah ni. Awak tak nampak ke saya tengah duduk ni? Cakaplah, awak saya nak saya suruh buat apa-apa ke? Lekas bagitahu, sebelum saya tutup offer saya ni” Daliya melawak. Yalah, tengok muka Nasrul berubah singa tadi, siapa tak gerun.

Tidak semena-mena, Nasrul ikut ketawa “Pandai kau buat lawakkan. Tak kelakar langsung” Perlinya. Daliya pantas bangun dari sofa.

“Jangan buang masa saya, Encik Nasrul. Kalau awak takde apa nak bagitahu, saya nak sambung balik kerja saya”

“Nanti dulu” Nasrul memandang wajahnya. Daliya memalingkan muka ke jendela luar.

“Buatkan aku spaghetti, tekak aku rasa nak makan. Kau reti ke buat?” Soalnya seolah-olah memperlekehkan Daliya. Daliya tersenyum tenang. Eleh, setakat masak itu pejam celik siaplah. Ingatkan apalah tadi, desisnya.

“Bagi aku 30 minit” Lagak Daliya mengalahkan chef lalu meninggalkan Nasrul yang tersengih-sengih memandangnya.

Okay, we see” Balas Nasrul sebelum Daliya sudah menghilang di dapur.

Nasrul menilik jam. Tiga puluh minit sudah berlalu seperti yang dijanjikan, Daliya masih belum muncul. Bibirnya mengukir senyum. Agaknya spaghetti yang dimasak sudah hangit. Fikirnya yang buruk-buruk mengenai Daliya. Daliya, Daliya…kenapa tak berterus-terang aje kau tak pandai nak buat benda-benda macam tu.

“Spagetti oglio olio siap, tuan” Jerit Daliya mengejutkan Nasrul. Dia meletakkan pinggan berisi spaghetti ke atas meja. Sudu dan garpu sudah juga sudah sedia diletakkan di atas pinggan corak bunga itu.

“Lambat lima minit” Tegur Nasrul. Daliya tersenyum.

Aroma bau spaghetti terasa menusuk ke hidungnya. Ternyata Daliya memang betul-betul berani menyahut cabarannya tadi. Nasrul lantas mencapai sudu dan garpu. Daliya asyik memandangnya. Mahu mendengar komen dari Nasrul.

“Baca bismillah dulu” Daliya menegur. Nasrul mengangkat muka memandangnya. Malu ditegur begitu oleh gadis itu. Hampir-hampir dia lupa tadi.

“Bismillah” Ucap Nasrul perlahan. Sesudu spaghetti sudah singgah dimulutnya.

“Sedap ke?” Soal Daliya ingin tahu.

“Bolehlah, not bad” Balas Nasrul sepatah.

Daliya menarik muka masam.

“Not bad? Penat tau saya masak. Alah, kalau sedap cakaplah jelah. Dah dua kali awak tambah saya tengok” Daliya mencebik.

Nasrul terdiam dan buat-buat pekak lalu bangun dari sofa meninggalkan Daliya yang terkebil-kebil di situ.

Who are you?” Soal Tengku Helina dengan nada menjengkelkan. Dipandangnya Daliya dari atas ke bawah. Daliya tidak bersuara. Lidahnya terkelu. Seorang gadis berpakaian seksi skirt paras betis dan berkasut tumit tinggi direnungnya. Belum pernah dia lihat gadis itu sepanjang dia bekerja di situ.

“Err, Daliya. Panggil Liya je” Jawab Daliya. Tengku Helina pandang acuh tak acuh ke wajah Daliya.

“I Tengku Helina. Call me Tengku Helina. I datang nak jumpa Nasrul. Boleh bagi I masuk? Lenguh lutut I berdiri lama-lama kat sini”

Daliya mengangguk lalu segera memberi laluan. Tengku Helina meluru masuk hampir terlanggar bahunya. Daliya menarik nafas perlahan. Layankan saja karenah perempuan gedik itu.

“Cik” Daliya memanggil. Tengku Helina menoleh ke belakang.

“Excuse me, Tengku Helina…” Jeling Tengku Helina.

“Tengku Helina lupa nak buka kasut” Beritahu Daliya sambil cuba menahan gelak. Muka Tengku Helina sudah memerah “Thanks” Angkuh nadanya sebelum keluar ke pintu.

“Nas” Gedik suara Tengku Helina memanggil Nasrul yang sedang duduk di sofa. Kemudian dia melabuhkan punggung di sofa bersebelahan Nasrul. Muka Nasrul ketika itu berubah 360 darjah.

“Elin, apa you buat kat sini? Er, bila you sampai?” Soal Nasrul berbasa-basi. Dia cuba menjarakkan sedikit kedudukan dari Tengku Helina.

“Babe, I dengar you jatuh tangga. Macamana you boleh jatuh? You ni cuai sangatlah” Ngomel Tengku Helina manja.

“Kaki you dah okay ke?” Soal Tengku Helina lagi. Nasrul mengangguk.

Berbulu telinga Daliya mendengar suara terlebih over Tengku Helina. Bertambah meluat pun ada tengok gadis itu asyik merenung saja ke muka Nasrul. Memang padan sangat dengan Nasrul. Eh, aku cemburu ke? Desisnya. Tapi kenapa Nasrul buat tak layan aje kat Tengku Helina?

“Kenapa orang gaji you lembap sangat ni? Tetamu datang buatkan air, bukannya berdiri macam patung aje kat situ” Tengku Helina menjeling Daliya. Daliya menjegilkan biji mata. Amboi, sedap betul bahasa kau. Aku bukannya bekerja dengan kau nak buat macam-macam.

“Liya, pergi ke dapur tu bawakan dua gelas juice orange. Now!” Arah Nasrul tegas. Tengku Helina tersenyum. Suka benar dia lihat muka Nasrul serius menyuruh gadis itu ke dapur.

“Okey, tuan” Daliya menjawab.

Daliya keluar dari dapur membawa sedulang berisi dua gelas juice orange. Tengku Helina asyik membelek-belek handphone sambil itu tersenyum sorang-sorang. Nasrul pula merenung televisyen. Takde agaknya topik nak dibualkan. Tengok muka Nasrul macam terpaksa aje layan karenah Tengku Helina itu.

“Elin tak nak lunch kat sini ke? Alang-alang dah singgah sini. Eloklah lunch terus kat sini” Ajak Datin Mariam bersungguh-sungguh. Nasrul masih duduk melayan televisyen seolah-olah rancangan televisyen itu yang menarik perhatiannya.

“Okay auntie” Bagai dipucuk ulam mendatang, Tengku Helina terus saja bersetuju dengan pelawaan Datin Mariam itu. Daliya sudah beransur ke dapur mahu segera menyiapkan hidangan di atas meja. Mak Wan ada di dapur ketika itu. Daliya menolong apa-apa yang patut.

“Usah malu-malu Elin, duduklah. Bukan selalu pun” Datin Mariam tersengih. Tengku Helina mengambil tempat di sebelah Nasrul.

“Siapa yang masak semua lauk ni, auntie?” Soal Tengku Helina. Banyak pulak tu. Ada ayam rempah, air asam, sayur kailan, sambal sotong dan pencuci mulut.

“Mak Wan dan Liya yang masuk lauk-lauk ni. Mak Wan tak larat nak buat sorang-sorang, Elin. Mujurlah ada Liya ni” Puji Datin Mariam.

“Tengoklah Nas tu. Sampai dua kali tambah. Sedap sangat agaknya tu. Elin, tambahlah lagi. Tak payah nak segan-segan kalau kat rumah auntie ni”

Tengku Helina menjeling Nasrul disebelahnya, sebelum memandang semula ke arah Datin Mariam.

“Semalam Mak Wan tengok macam serius aje Liya berborak dengan Nas. Ada apa-apa ke?” Usik Mak Wan.

“Takde apalah Mak Wan. Tuan tu teringin sangat nak makan spaghetti, jadi Liya buatkan spaghetti oglio. Tak ada apa-apa pun” Jawab Daliya panjang lebar. Mak Wan mengerutkan dahi.

“Spagetti apa, Liya?”

“Oglio olio”

“Hah? Oglio ke elio? Aduh, terbelit lidah Mak Wan nak menyebutnya. Mak Wan manalah tahu masakan western ni” Bebel Mak Wan. Daliya mengekek ketawa. Lucu.

“Oglio oliolah Mak Wan” Ulangnya sekali lagi.

Mak Wan tersenyum penuh makna “Mak Wan tengok sepadan sangat Liya dengan Nas tu. Liya tak suka Nas?” Soal Mak Wan ingin tahu. Kalaulah benar, alangkah bagus juga. Daliya seorang yang lemah-lembut walaupun kadangkala ada nakalnya juga. Nasrul pula degil orangnya. Hurm, padan sangatlah tu.

“Merepeklah Mak Wan ni. Tak sesuai langsung pun. Cuma orang gaji ajelah” Daliya merendah diri.

Mak Wan menggeleng-geleng.

“Hisy tak baik Liya cakap macam tu. Liya dah ada boyfriend ke?”

Daliya tersengih-sengih “ Boyfriend? Er…takde. Mak Wan tanya ni sebab nak padankan dengan anak jiran sebelah ke?” Usiknya.

Mak Wan memandang sekilas ke wajah putih bersih Daliya.

“Takde? Liya cantik, manis pulak tu. Takkanlah takde boyfriend?” Mak Wan tidak percaya. Sangkanya Daliya cuma main-main.

“Buat apa Liya nak tipu. Betullah, Mak Wan” Daliya menafikan. Sambil itu tangannya lincah memotong bawang lalu dimasukkan ke dalam pinggan.

“Mak Wan nak masak apa arini?” Daliya cepat-cepat mengubah topik perbualan. Mak Wan menoleh, Daliya memang suka mengelak.

“Ikan pari masak asam”

“Wah, sedap tu Mak Wan” Puji Daliya.

“Apalah Liya ni. Belum rasa lagi bukan main puji dia” Mak Wan menggeleng-gelengkan kepala. Daliya memegang bahu Mak Wan.

“Dengar nama pun dah sedap Mak Wan. Mak Wan masak apa pun semua sedap” Kembang hidung Mak Wan mendengar Daliya memujinya.

“Liya pun apa kurangnya. Tak payahlah nak puji Mak Wan lebih-lebih” Kata Mak Wan sambil tersengih-sengih.

“Biasa ajelah, Mak Wan. Banyak lagi yang Liya kena belajar. Tapi, takpelah Mak Wan ada. Bolehlah Liya belajar memasak dengan Mak Wan" Balas Daliya. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | BAB 2 | BAB 3 | BAB 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | BAB 8 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku