Ketabahan Seorang Wanita
Bab
Genre: Islamik
Kategori: Cerpen
Paparan sejak 28 Disember 2016
Penilaian Purata:
(11 orang telah menilai karya ini)
953

Bacaan








Suasana Sekolah Tinggi Agama Siput Sedut, dipenuhi dengan ramai pelajar lelaki dan perempuan di Astaka Al-Malik. Perhimpunan itu dibuat secara mengejut sehingga semua warga sekolah wajib berkumpul, tidak ada seorangpun dibiarkan tercicir di asrama, anjung Ar-Rahman serta mana-mana pun di kawasan sekolah.
Abi sudahpun berdiri di hadapan bersedia dengan mikrofonnya. Abi merupakan pengetua di Sekolah Tinggi Agama Siput Sedut.
Pelajar-pelajar bertudung labuh, ada yang berpurdah, berserban, bersongkok dan berjubah putih itu yang pada mulanya riuh rendah kerana super terkejut pengumuman Biro Disiplin meminta mereka berkumpul kini diam serta merta bila terdapat Abi yang merangkap guru mereka di hadapan mereka tanda hormat.
“Bismillahirohnirahim, Assalammualaikum W.B.T.. Abi mendengar satu berita amat mengecewakan tentang dua orang pelajar kita yang tertangkap basah di Surau Al-Raudah. Bagi menjelaskan kes ini, saya menjemput dua orang yang tertuduh berikut. Arif dan Iffah. Naik sekarang!” arah Abi dengan suara tegasnya. Dia melangkah turun setelah dua orang tersebut naik.
Masing-masing mula riuh rendah. Berbisik-bisik sesama sendiri. Mengumpat sana-sini.
“Dia tu bukan cikgu semua respect pada dia ke? Dahlah pengawas!”
“Iffah, budak baru tukan?”
“Memalukan STASS sungguh!”
Bisikan syaitan itu dibiarkan pergi. Iffah bawah matanya jelas dia menangis. Arif pula cuba mencari kekuatan.
“Assalammualaikum W.B.T.. Saya Muhammad Arif Bin Mohd Halim, 5 Al-Jabbar.” Arif bercakap sambil meninggikan mikrofon supaya hampir dengan mulutnya.
“Kita sedang buat pengakuan besar-besaran ke?” soal Iffah ditepi yang berjarak 1 meter itu dengan Arif.
Arif hanya mengangguk. “Sebelah ana ini, Iffah Nabilah Binti Azrin Shah. Okay. Baru-baru ini, kami dituduh dengan kes yang amat besar bagi kami, iatu kami ditangkap basah. Baik, sila nyatakan soalan kamu semua dengan suara yang kuat, sebab ana sendiri tak tahu nak mulakan dari mana.” Arif cuba memberanikan dirinya. Dirinya dituduh dengan perbuatan yang jahat.
“Apa kau buat dalam surau tu? Dalam rumah Allah pulak tu!” Biro Sahsiah mula bertindak.
Arif tersenyum. “Baik, semua soalan akhi tu akan terjawab. Iffah, turunkan slaid” arah Arif.
Iffah menurunkan slaid. “Okay, kalian tengok ini. Ana minta pada Ustaz Zaki yang dirakam melalui CCTV. Memandangkan Ustaz Zaki tidak ada disini kerana ada panggilan kecemasan, jadi kami diberikan peluang untuk tunjukkan hal sebenarnya. Ana tahu, ini adalah perkara sulit, pelajar tak sepatutnya tahu dimana CCTV tu letak, sebab itu rahsia. Tetapi, kami cuma ada ini sahaja jalan penyelesaian.” Arif meletakkan mikrofon yang digunakan pada speaker yang diletakkan di atas meja.
Tayangan Slaid.
Pukul dua pagi, loceng asrama berbunyi. Semua pelajar bergegas membersihkan diri untuk berqiamulail di Surau Ar-Raudha. Iffah bersiap memakai purdahnya. Wuduk siap diambil, telekung juga siap dipakai.
Setelah 40 minit menyiapkan diri, Iffah turun bersama-sama Zarith, Sofea, Rahimah, Hana dan Hidayah berjalan menuju ke Surau Ar-Raudha kira-kira 7 meter daripada asrama puteri. Ramai daripada mereka sudahpun berjalan menuju ke Surau untuk melakukan amalan Nawafil.
Qiamulail pada pagi itu dimulakan dengan taklimat cara melakukan solat sunat tahajud, solat sunat hajat, solat sunat taubat dan solat sunat witir. Semua pelajar mengangguk faham. Setelah semua siap di dirikan secara berjemaah mengikut rakaatnya, mereka bertadarus Al-Quran sehingga 4.30 pagi.
Setelah itu, mereka dibenarkan balik semula ke asrama dan datang semula pada jam 5.30 pagi untuk solat subuh serta kuliah subuh.
“Arif, tolong ana bentangkan sejadah dan betulkan langsir tingkap surau ini, tirai perempuan itu naikkan.” arah Biro yang menjaga kebersihan surau memandangkan dia ingin ke tandas dan perlu menolong Ustaz Bakri yang memintanya untuk membawa Al-Quran digital yang baru dibeli ke surau dari bilik guru memandangkan banyak aktiviti yang dilakukan disekolah itu adalah menghafaz Al-Quran. Semoga STASS dapat melahirkan generasi penghafaz Al-Quran.
Arif mengangguk sudi membantu rakannya itu. Dia melangkah mengambil sejadah dalam almari dan diletakkan semula di atas lantai kerana selepas solat witir, semua sejadah dilipat dan diletakkan di dalam almari.
“Syukran ya Akhi Arif,” ucapnya sambil bersalam, berpeluk sebentar dan mengucap salam lalu beredar.
“Iffah, betul kamu tidak mahu naik ke asrama? Kami nak mengulangkaji ini. Nak minta Zarith ajarkan kami subjek addmath, sebab iatukan Hana, Hidayah, Sofea dan Rahimah pergi pertandingan hafazan.” Hana berkata sambil memeluk Iffah dari arah belakang.
Iffah mengeleng. Dia mahu duduk tenang disini, dirumah Allah. Dia ingin mencari kekuatan untuk ditaburkan di dalam diri.
“Iffah seorang je dalam surau ini, berani ke?” soal pula Sofea yang memakai purdah berwarna hitam serta bertudung bulat labuh.
Iffah tersenyum. “Taklah, Iffah bersama Allah. Allah bersama Iffah. Jangan risau tentang Iffah, kamu semua naiklah dulu. Iffah nak duduk sini sampai subuh kejap lagi,” kata Iffah sambil memengang tangan Sofea yang berada di hadapannya. Mereka duduk dalam bulatan kecil.
Hidayah, Sofea, Hana, Zarith dan Rahimah mengangguk. “Kami naik dulu ya Iffah,” ujar Rahimah sambil menyalami Iffah.
“Jumpa lagi Iffah kejap lagi,” ujar Zarith pula. Dia sempat membetulkan kelembung di hujung tudungnya.
Mereka mula bergerak keluar daripada surau Ar-Raudha. Mereka menyarung sarung kaki dan memakai sandle. Mula melangkah masuk ke dalam asrama untuk mengulangkaji memandangkan mereka akan mengambil SPM bulan akhir bulan november hingga awal bulan disember.
Mereka memahami tentang Iffah yang baru kehilangan ayahandanya yang meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan. Mereka ingin membiarkan Iffah mengadu rasa rindunya itu dengan tuhan. Memberitahu isi yang berbuku di dalam hatinya.
Iffah sebak. Dia rindu akan abinya yang pergi jauh dan tidak akan kembali semula di dunia. Dia menangis mengenang nasib abinya di alam barzakh kerana kejahilannya dahulu sebelum melangkah masuk ke STASS ini.
Dia memendam rasa. Malu dengan tuhan. Malu dengan diri sendiri. “Ya Allah. Ampunkan dosaku. Dulu aku jahil ya Allah.” Rintih Iffah sambil berjurai air matanya. Serbak di dada menyebabkan air mata yang ditahan meledak juga.
Setelah selesai membentang sejadah lima ke empat saf, dia berjalan ke arah tirai yang menjadi penghalang ruang antara wanita dan lelaki untuk menunaikan solat. Dia terdengar esakan seorang wanita.
Dengan perasaan takut diganggu pontilanak yang suka menganggu, dia membuka tirai.Kelihatan seorang budak perempuan sedang berdoa sambil menanggis. Telekung berkain cotton masih melekat. Purdah pula dibasahi dengan air mata.
Arif memberanikan diri untuk menegur wanita tersebut. “Aasif Jiddan. Ana tak tahu ada lagi wanita dalam ini. Ingat semua dah balik ke asrama” Arif serba salah.
Iffah hanya menganguk. “Tak apa.” Air mata dipipinya dilap.
Arif serba salah. Dia ingin mengetahui mengapa Iffah menangis. Mungkin dia dalam kesusahan, dalam keadaan darurat. Mana dia kenal Iffah? sudah pasti dia kenal melalui pengumuman kematian abinya beberapa minggu yabg lepas.
“Kau ada masalah?” soal Arif. Dirinya membuak ingin membantu.
“Aku takut Allah tak ampunkan dosa aku. Aku takut abi aku diseksa teruk di sana. Aku dulu jahil. Aku bangkang cakap umi, aku lawan cakap abi. Aku bukan anak yang solehah kan?” air matanya mengalir lagi.
Imbas kembali zaman kejahilan Iffah.
Iffah melangkah keluar daripada rumah. Ketika itu, dia berusia lima belas tahun. Sudah ada akal fikiran.
“Iffah, bila Iffah nak pakai tudung? Kenapa baju lengan pendek?” umi mula membebel ketika dia sedang menyarung seliparnya.
Kunci motor sudah siap ditangan. Mahu pergi ke perpustakaan mencari novel baru. “Umi, orang muda lagi! Nanti-nantilah pakai tudung.” Iffah sudah naik diatas motor.
“Hey, kamu ingat nanti-nanti masuk syurga ke hah? Berubahlah nak. Tak takut ke abi kena seksa nanti?” umi berkata sambil bercekak pinggang. Sudah pandai menjawab!
Sudah seluar ketat, baju singkat. Ajaran mana pula anak dia ikut?
“Ala. Umi ini. Nanti, dah tua nanti orang pakai tudung ya umi. Orang nak gerak dah ni.” Iffah menjawab lagi.
“Iffah! Masuk!” abinya mula memekik apabila melihat anak tunggalnya itu yang berkelakuan seperti itu.
Iffah membuat muka begis. “Aduh, abinya sudah nampak! Umilah ini. Kalau tidak, sudah sampai aku di perpustakaan.” Bebel hatinya.
“Ala abi. Orang nak pergi pulang buku ini. Kejaplah.” Iffah tetap dengan pendiriannya mahu bergegas ke perpustakaan memulang novel cinta yang baru seminggu dipinjam olehnya di perpustakaan awam.
“Abi cakap masuk! Pergi masuk sekarang!” arah abinya lagi. Matanya dibuntangnya. Marah menyelundup jiwanya.
Sejak bila anaknya pandai menjawab? Sejak bila anak yang didik dari kecil itu tidak memakai tudung? Sejak dia terlepas pandang akan media sosial itu banyak kekurangannya.“Kalau orang masuk, siapa nak pulang buku ini? Nanti kena denda kalau bayar lewat. Tak ada, Iffah nak pergi juga!” bentak Iffah. Enjin motor sudah berbunyi.
“Biar abi yang hantarkan buku tu. Masuk!” arahnya lagi sambil menawar diri untuk membantu anaknya itu.
“Iffah! Iffah!” abi Iffah mula terjerit apabila anaknya itu pergi meninggalkannya disitu. Isterinya di sisi terkelip-kelip melihat anaknya.
Abi Iffah menangis, menangis dan terus menangis. Dia jatuh terduduk. “Ya Allah, aku salah didik anak aku ke Ya Allah? Bagaimana anak aku anugerah daripada Engkau jadi seperti itu Ya Allah?” rintihnya sambil menanda tangan kelangit. Mohon pertunjuk daripada Allah agar anaknya berubah. Bantu dia mendidik anaknya.
“Kau tahu, Allah tu maha pengampun. Allah tu akan mengampunkan dosa hambanya yang bertaubat. Betul-betul bertaubat. Firman Allah.
Az-Zumar:53 - Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Az-Zumar:54 - "Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.
Jadi, kau tahu lepas kita taubat nasuha betul-betul taubat dan taknak lakukan maksiat, benda Allah larang, kau ibarat bayi yag tiada dosa. Sebab itulah, hari-hari kalau boleh sebelum tidur atau selepas solat fardu buat solat taubat. Manusia ni bukan maksom seperti Nabi. Kita cepat sangat terpengaruh dengan dunia. Terpengaruh dengan kawan, media sosial dan media massa. Mudah sangat lagha. ” Arif memulakan sesi tazkirahnya itu. Dia cuba membuka pintu Iffah agar mempercayai yang Allah mengampuni dosa orang yang bertaubat, tetapi tidak mengampunkan dosa orang yang berbuat dosa dengan manusia sekiranya tidak bertaubat.
“Aku, takut. Aku rindu abi aku. Aku tahu aku dah mula berhijrah, aku mula belajar benda baru sejak aku masuk dalam STASS ini. Aku belajar daripada Tazkirah, kuliah, Usrah dan aku belajar untuk betulkan balik diri aku yang jahil dulu. Tapi, aku tak kuat. Mana aku nak cari kekuatan tersebut? Aku selalu sangat dikecam dengan perubahan yang aku buat. Orang semua benci tengok aku berubah. Aku tak mampu.” luah Iffah sambil menangis lagi.
Arif segera berkata. “Kekuatan itu kau cari daripada Allah. Tuhan aku, tuhan kau, tuhan semua manusia dalam dunia ini. Kau tak boleh macam ini. Aku tahu, kehilangan orang tersayang tu payah nak tanggung. Tapi, percayalah. Walaupun kau hilang orang yang kau sayang, kau cinta, Allah tetap bersama dengan kau selagi kau bersama dia,” Arif berdiri daripada duduk. Dia mengeluarkan sapu tangan daripada kocek jubahnya.Iffah mengambil. Tiba-tiba.
“kau orang buat apa ini? Berdua-duaan dalam surau?” Ustaz Zamri selaku imam surau terkejut apabila melihat mereka berdua.
“Eh,kita orang tak buat apa-apapun” Arif mengaru kepala. Pada mulanya dia terkejut dengan kehadiran yang menegurnya tanpa memberi salam.
Iffah juga terperanjat. Jam dipandang pukul lima pagi. Memanglah Ustaz Zamri dah turun dulu.
“Nak berzina? Nak buat maksiat dalam rumah Allah?” soal Ustaz Zamri.
Iffah dan Arif terkebil-kebil.
“Arif, boleh tolong saya angkat Al-Quran Digital tak?” pinta Biro Kebersihan yang baru sampai dihadapan Surau. Dia terkejut melihat Ustaz Zamri memarahi mereka.
Tayangan Slaid tamat.
“Kami dah tunjukan bukti yang kami tidak buat apa-apa, Ana cuma bantu Iffah dengan bantu dia. Tahukan, fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh?
Perkara sampai boleh menjatuhkan maruah sebaik Iffah. Iffah, wanita yang baru ingin berhijrah, mungkin kita akan kekurangab masing-masing. Fitnah ini Allah larang kerana apa? Kerana perkara palsu ini akan dibawa sepanjang zaman kalau masih lagi ada memfitnah. Last-last, umat islam pun berpecah belah!” Arif berkata dengan lantang. Dia sebenarnya geram dengan manusia yang suka menuduh tanpa ada bukti, suka memfitnah tanpa rasa bersalah.
Iffah ditepi mengambil giliran untuk bersuara. “Saya maafkan manusia yang memfitnah saya, mengumpat saya, memburukan saya. Sekian Assalammualaikum” Iffah bergerak turun kebawah.
Semua bertepuk tangan. Mereka semua bangkit menyalami Iffah dan Arif memohon maaf apa yang berlaku.
P/S : Jangan suka memfitnah manusia sesuka hati.


Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku