INTELLIGEN
Bab 11 DNA
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novel
Paparan sejak 16 Januari 2017
Penilaian Purata:
(8 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
122

Bacaan







“Sebenarnya dua hari sudah cukup tapi dia mahu pastikan semua Ok. Selepas stabil barulah DNA katak itu digandingkan pula sebagai penyambung dalam rantai DNA manusia”

Dr Faridah diam. Fikirannya mendapat idea setelah mendengar berita itu. Ada senyuman terukir dibibir.

“Memang Suhaimi itu cekap. Teori dan praktikal dia kuat” balas Dr Faridah. “Tidak sia-sia I pilih dia untuk terima Biasiswa Perdana ATC dulu”.

“Ya, memang betul apa you cakap tu. Cara dia berfikir memang seperti pelajar PhD”

“Itu sebab dia dah lama berkerja sebelum datang ke sini” , jawab Dr Faridah

“I jarang cakap hal peribadi dengan Suhaimi. Dia kerja di mana sebelum datang ke ATC? ” tanya Walsh seperti ingin tahu walaupun dia telah tahu lebih daripada itu.

  “Dia saintis kanan di Institut AGnome yang buat  kajian DNA di Malaysia”

  “Oh..patutlah” kata Walsh sambil memandang Dr Faridah. Dia ada perkara lain yang jauh lebih penting

  “Dr Faridah, I memang sudah lama kagum dengan you!”

  “Kenapa tiba-tiba you puji I ni ?” Dr Faridah memandang Walsh dengan wajah hairan.

  “Iyalah, you yang mulakan idea brillian dalam projek ini. Dah lama I nak tanya tapi I fahamlah you kena jaga idea ini sehinggalah berjaya. Sekarang boleh you kongsi sikit macamana you boleh dapat idea cantumkan CNT dalam DNA ini?”

  Dr Faridah bangga dipuji begitu. ‘Kejayaan sudah hampir diperolehi jadi tidak ada masalah jika Walsh tahu sedikit’ bisik hatinya.

  “Jika ikut teori biogenetik biasa memang mustahil untuk cantumkan CNT dengan DNA. Tapi DNA katak Xenopus tropicalis ini berbeza. Struktur gelang DNAnya lebih terbuka untuk partikel CNT masuk. Sekarang kita ada alat yang ubah susunan gelang DNA itu dan cantumkan dengan partikel CNT”

  “Maknanya DNA katak Xenopus tropicalis ini boleh menjadi penghubung dalam rantai DNA?” soal Walsh mula teruja.

  “Ya, itu idea asalnya” jawab Dr Faridah. Cukup! Dia tidak mahu berkongsi lebih daripada itu lagi. Cantuman antara CNT dan DNA itu adalah projek kejuruteraan genetik yang sangat rahsia. Setelah berjaya teknologi itu dia akan patenkan sebagai harta intelek. Pasti ada yang sanggup membayar beribu juta ringgit untuk membelinya.

  Walsh mengangguk sambil melayan penerangan Dr Faridah itu. Dia juga ada misi tersendiri. Bahan CNT itu boleh ditanam dengan cip elektronik bersaiz nanometer yang boleh  menerima isyarat dari luar. Apabila CNT itu dicantumkan dengan DNA manusia maka DNA manusia boleh dikawal dari luar. Ini bermakna fikiran manusia itu menjadi separuh-robot yang patuh kepada semua arahan tuannya.

  Dr Faridah dan Walsh saling memandang antara satu dengan lain dengan senyuman. Dr Faridah merasa dirinya hebat tanpa mengetahui siapakah Walsh sebenarnya.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku