MY LONTONG KERING
Bab BAB 17
Genre: Cinta
Kategori: Novelet
Paparan sejak 17 Januari 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
239

Bacaan






BAB 17

Terpisat-pisat Ayu membuka matanya bila dia terasakan bahunya digoyang-goyang seseorang. Dia membuka matanya perlahan-lahan. Segera dia membetulkan duduknya sambil menguak ke belakang beberapa helai rambut yang jatuh menutupi matanya. Dia berdehem sedikit.

" Eh! Maaflah. Saya tertidur. Dah sampai rumah saya ek?"

" Mmm ...," kata Faris Hakimi pendek dan perlahan sebelum keluar dari kereta dan membuka pintu kereta sebelah Ayu Raihanna.

" Terima kasih sebab hantar saya balik ke rumah saya dengan selamat," ucap Ayu sambil tersengih sebaik Faris Hakimi mengeluarkan bagasinya dari bonet kereta pula dan meletakkan di sebelahnya.

" Sama-sama. Sekejap yea," kata Faris Hakimi sebelum membuka pintu bahagian belakang keretanya dan mengeluarkan bungkusan yang tersangkut di belakang kerusi bahagian penumpang.

Ayu Raihanna mengecilkan matanya sedikit untuk melihat bungkusan yang dibawa keluar oleh Faris Hakimi. Keningnya diangkat sedikit, isyarat bertanyakan apa yang berada di dalam bungkusan itu.

" Untuk awak. Nanti makan dulu sebelum tidur," kata Faris Hakimi tersenyum manis.

" Apa ni?" tanya Ayu Raihanna sambil membuka plastik yang disambut dari Faris Hakimi.

" Tadi saya drive-thru kat Mc Donald sekejap. Mana awak sedar ... sebab awak tidur nyenyak sungguh! Ni ... saya belikan bubur untuk awak. Makan tau. Nanti perut masuk angin. Saya balik dulu," kata Faris Hakimi sebelum masuk ke bahagian pemandu.

Cepat-cepat Ayu mengetuk tingkap kereta di bahagia penumpang. Perlahan tingkap itu diturunkan. Ayu segera menundukkan kepalanya dan menjenguk ke bahagian pemandu.

" Erggh ... terima kasih, awak. Tapi ... awak punya ada tak?"

" Ada. Mmm ... sayang juga awak kat saya yea. Malu nak mengaku sayang yea?," usik Faris Hakimi.

" Lah! Apa pulak. Bukan sayanglah. Saya sekadar berbudi bahasa jea," Ayu Raihanna membetulkan kata-kata Faris Hakimi.

" Takpelah. Saya tahu awak malu nak mengaku yang awak sayang saya. Mmm ... Cik Tunang, saya balik dulu yea. Mengantuk sangat ni. Nak tidur. Cik tunang bila tidur nanti mimpikan saya tau,Kita 'dating' dalam mimpi," sakat Faris Hakimi lagi sebelum mengenyitkan matanya.

Ayu Raihanna hanya mendengus perlahan. Bibirnya dicemikkan sedikit dan satu jelingan dihadiahkan buat Faris Hakimi yang sedang tersenyum lebar memandang ke arahnya.

" Dahlah. Malas nak layan awak. Pandu kereta tu elok-elok. Bye," kata Ayu Raihanna sebelum menjauhkan dirinya dari kereta itu.

" Bye, sayang," kata Faris Hakimi sebelum berlalu pergi dari situ.

FARIS HAKIMI bersiul kecil sebaik keluar dari lift yang berhenti di tingkat di mana unit kondonya terletak. Sesekali dia tersenyum sendiri. Sekalipun penat, namun hari ini adalah antara hari terbaik yang pernah dia lalui. Bibirnya tak henti-henti tersenyum sendiri. Tetapi, moodnya terus saja berubah sebaik matanya melihat kehadiran seseorang di hadapan pintu unit kondominiumnya. Langkahnya diperlahankan sedikit.

" Yana ... what are you doing here?" tanya Faris Hakimi pelik sementara tangannya terus membuka pintu dan melangkah masuk sambil diekori Yana.

" I nak tanya you sesuatu."

" Tanya apa?" soal Faris Hakimi . Pintu peti ais dibuka dan sebotol air putih sejuk di keluarkan sebelum dituang ke dalam gelas. Perlahan dia meneguk air sejuk itu. Terus terasa segar sedikit dirinya.

Bila dilihatnya Yana terus mendiamkan diri, Faris Hakimi bertanya sekali lagi.

" You nak tanya apa? I penat dan mengantuk ni. I baru sampai dari LA tau. I nak rehat. I nak tidur," ujar Faris Hakimi. M atanya memandang tepat ke wajah Yana.

" Mmm ... betul ke I dengar you dah bertunang? "

" Ya . Betul. Kenapa you tanya?" soal Faris Hakimi pula.

" Kenapa bukan I orangnya? Apa kurang I?" tanya Yana separuh mendesak ingin mendengarkan jawapan daripada Faris Hakimi sendiri.

Faris Hakimi menarik nafasnya panjang dan dalam sebelum menghelanya panjang. Serba-salah pula dia melihatkan wajah sedih Yana. Lama dia berfikir jawapan terbaik untuk menjawab soalan-soalan Yana tadi.

" Yana ... ini soal hati. I takde jawapan untuk soalan you. Tapi ... I nak you tahu yang you takde kurang apa-apa pun. Percayalah. Cuma ... I bukan orangnya," jawab Faris Hakimi satu-satu serta berhati-hati takut menambahkan lagi rasa sedih Yana.

Bunyi esakan tangisan Yana semakin kuat. Faris Hakimi mulai diburu rasa bersalah. Dia benar-benar tidak berniat hendak melukakan hati gadis di hadapannya. Tapi ... kalau difikirkan balik, dia tidak pernah pun menabur sebarang janji atau kata cinta pada sesiapa pun kecuali Ayu Raihanna seorang!

Tanpa dijangka Faris Hakimi, Yana duduk mengadap Faris Hakimi di atas karpet yang berwarna biru muda, sebelum melentukkaan kepalanya di paha kanan Faris Hakimi yang sedang duduk di atas sofa berwarna coklat cair . Tangannya kemudiannya mencapai tangan kanan Faris Hakimi dan membawanya dekat ke pipinya. Faris Hakimi menutup matanya rapat tatkala dia dapat merasakan air mata Yana di belakang tangan kanannya. Ah! Dia lemah sekali bila tiba part-part air mata perempuan ni . Ahhh!, keluh hati kecil Faris Hakimi perlahan dan panjang.

NYENYAK sungguh Ayu tidur di dalam biliknya. Bagaimanapun, bunyi pintu biliknya yang berkeriut sedikit bila dibuka seseorang, menyebabkan Ayu terganggu dari lenanya. Dia membuka matanya sedikit.

" Eh! Dilla ... kau dah balik? Pukul berapa sekarang ni?" tanya Ayu namun kepalanya masih lagi setia di atas bantal. Sayang sekali rasanya dia hendak mengangkat kepalanya dari bantalnya.

" Dah pukul enam ... empat puluh lima petang dah, Cik Kak. Dah Asar ke belum?" tanya Dilla dengan gaya ala-ala emak Cinderela.

" Alamak! Belum lagi," kata Ayu laju, bingkas bangun dari baringnya dan terus menuju ke bilik air.

" Macam tu aku keluar dululah."

Berkerut sedikit dahi Ayu mendengarkan nada kata-kata Dilla tadi. Dia berpaling ke arah Dilla.

" Dilla ... kau ada nak cakap sesuatu ke?"

" Haah. Takpe. Cerita aku tu boleh tunggu. Ni ... kau tu solat Asar dulu. Karang terlepas terus Asar nanti. Ini pun dah hujung-hujung waktu dah ni," kata Dilla seraya beredar keluar dari bilik tidur Ayu.

Selesai saja solat Asar, Ayu terus mencapai tuala mandinya yang berwarna biru muda dan masuk ke dalam bilik air semula. Selesai membersihkan dirinya, dia terus berwuduk sebab dia bercadang untuk mengaji sedikit sementara menanti masuk waktu Maghrib.

Usai solat Maghrib, Ayu terus keluar dari biliknya. Keningnya terangkat sedikit melihatkan sahabat baik itu telah siap melawa. Ayu mula tersenyum nakal.

" Amboi! Lawanya. Kau nak keluar dating ke? "

Dilla tersengih sinis memandang ke arah Ayu.

" Haah aku nak keluar. Tapi ... bukan dengan boyfriend. Aku nak keluar dengan kau. Jom kita pergi makan. Laparlah. Aku belanja," ajak Dilla.

" Macam malaslah. Aku rasa aku nak makan maggi jea. Kau nak tak? Aku masakkan maggi goreng yang 'kaw' punya untuk kau."

" Tak naklah. Aku nak makan steak. Jomlah," pujuk Dilla tidak berputus asa.

" Alah ... besok aku kena fly semula dah. Penatlah nak keluar."

Dilla mula menarik muka masam. Ayu menggaru-garu keningnya yang tidak gatal. Isshh ... kuat merajuklah perempuan seorang ni!

" Takpelah kalau kau tak nak. Aku nak tidur. Untung sabut ... dapatlah aku mimpi makan steak dalam tidur. Bagus juga," balas Dilla dengan nada merajuk. Ayu menggeleng-gelengkan kepalanya sedikit sambil tergelak kecil.

" Merajuklah tu. Mmm ... iyalah. Tunggu sekejap. Aku nak pergi tukar baju," kata Ayu mengalah.

" Kau siap lawa-lawa tau," kata Dilla tersengih-sengih.

" Demand nampak!" kata Ayu sambil disambut dengan gelak ketawa si Dilla!

AYU RAIHANNA menjeling sedikit ke arah Dilla yang menunjukkan tanda 'peace' kepadanya sambil tersenyum-senyum sebelum melangkah pergi meninggalkan dia dan lelaki di hadapan ini berdua-duaan di dalam restoran mewah ini. Lelaki di hadapannya berdehem sedikit. Ayu Raihanna segera menoleh ke arah lelaki di hadapannya sambil tersenyum paksa.

" Janganlah marah kat Dilla. Dan, janganlah marah kat saya juga. Kalau saya yang ajak, mesti Ayu menolak permintaan saya kan?" Tunku Aryyan Harraz menduga gadis di hadapannya.

" Eh! Taklah. Mana ada saya marah. Saya suka sangat, sangat!," jawab Ayu tersenyum sinis. Tunku Aryyan Harraz hanya tersenyum nipis.

" Janganlah macam ni. Saya benar-benar ikhlas ajak Ayu keluar makan. Sebagai tanda terima kasih sebab tolong saya tempoh hari. Saya sedar siapalah saya. Pasti Ayu tak nak ada kaitan dengan orang yang ada kisah silam yang kurang baik macam saya ni. Lagi-lagi saya ada anak hasil hubungan terlarang, right?"

Berubah sedikit air muka Ayu Raihanna. Dia mengetap bibir bawahnya sedikit . Wajah lelaki dihadapannya dipandang lama, sedang otaknya sedang laju berputar menyusun kata.

" Saya ... mmm ... bukan macam tu. Kalau bukan awak sekalipun, saya tetap akan tolong juga. Jadi, tak payahlah rasa terhutang budi pada saya. Saya bukan tak suka atau tak sudi keluar dengan awak sebab kisah silam awak tu atau sebab awak dah ada anak. Cuma saya tak sukalah main-main tipu macam ni. Cakap sajalah betul-betul kalau awak nak ajak saya keluar. Tak payah pergunakan persahabatan saya dengan Dilla untuk keluar dengan saya," terang Ayu Raihanna satu-satu, takut tersalah cakap atau membuat lelaki di hadapannya ini terasa hati.

" Kalau macam tu, saya minta maaf. Saya janji tak buat lagi. Will you forgive me then?," tanya Tunku Aryyan Harraz.

" Mestilah saya sudi maafkan awak, Harraz."

" Senang hati saya dengar. Mmm ... kalau macam tu ... apa kata kita order makanan. Ayu nak makan apa?"

" Saya tak biasa dengan restoran mewah macam ni. Apa kata Harraz order ajalah apa-apa. Saya makan jea selagi ianya halal," jawab Ayu Raihanna tersenyum manis. Dia memang macam itu. Cepat marah, cepat juga sejuk !

Tunku Aryyan Harraz tersenyum senang mendengarkan kata-kata Ayu tadi. Terus dia memberi isyarat kepada waitress yang berdiri tidak jauh dari mereka untuk mengambil pesanan.

Selesai makan malam, Tunku Aryyan Harraz dan Ayu Raihanna berjalan beriringan sambil berbual-bual. Sesekali terdengar bunyi ketawa. Ayu Raihanna tiba-tiba menghentikan langkahnya, sebaik lalu di hadapan Habib.

Langkahnya perlahan-lahan dihalakan ke arah ruangan pameran di sebelah kiri di hadapan kedai itu yang sedang mempamerkan beberapa design gelang baru.

Tunku Aryyan Harraz hanya menuruti langkah Ayu sambil tersenyum kecil.

" Orang perempuan ni memang suka barang kemas kan?"

" Mestilah. Benda cantik kan. Lagipun, beli barang kemas ni macam pelaburan juga. Sebab ... risiko untuk harga dia jatuh 'tergolek-golek' tu memang hampir mustahillah kan. Berbeza dengan duit. Nilai duit ni senang turun. Macam nilai ringgit sekarang ni. Teruk juga kan jatuhnya!" Ayu memulang semula soalan kepada Tungku Aryyan Harraz.

" Tak sangka alert juga Ayu benda-benda macam ni," usik Tunku Aryyan Harraz.

" Habis tu dah selalu kena tukar duit setiap kali ke luar negara, makanya mestilah saya tahu," jelas Ayu tersengih.

" Oh! Macam tu. Kiranya tempat kerja Ayu selalu suruh Ayu bawa pelancong ke luar negaralah yea? Ayu kerja dengan syarikat pelancongan mana?"

" Alah! Syarikat kecil-kecil ni jea. Biarlah rahsia ... hahaha.," kata Ayu.

" Rahsia sangat!"

" Eh! Mesti," jawab Ayu sambil tergelak.

" Suka yang mana? Saya belanja," tanya Harraz.

" Hahaha ... lain kali jangan cakap macam tu kat saya. Saya tak suka. Awak buat saya rasa macam perempuan yang cuba mengambil kesempatan saja tau. Macam saya ni perempuan pisau cukurlah pula!"

" Erghh ... janganlah macam itu. Saya ikhlas."

" Saya tahu. Tapi , saya tak suka. Kalau Harraz nak kawan dengan saya, Harraz kena tahu sesuatu tentang saya."

" Apa dia?" tanya Tunku Aryyan Harraz penuh minat.

" Saya memang suka jalan-jalan sambil berhenti kedai sana, berhenti kedai sini. Tapi, sekadar tengok saja. Window shopping saja. Samalah macam kalau saya puji, orang tu cantik, orang tu lawa atau orang tu hensem, saya sekadar memuji saja. Taklah bermaksud saya suka atau nak mengorat orang tu jadi boyfriend saya ke. Faham?," kata Ayu tersenyum memandang Tunku Aryyan Harraz.

" Faham, Cik Ayu. Lain kali saya tak buat lagi," balas Tunku Aryyan Harraz sambil mengangkat tangan kanannya seperti orang membaca ikrar.

" Bagus. Sekarang saya nak ke kedai kat hujung tu pula. Nak ikut atau Harraz dah nak balik? Kalau Harraz nak balik, baliklah dulu," kata Ayu Raihanna.

" Taklah. Saya memang lapang hari ni," ujar Tunku Aryyan Harraz.

" Kalau macam tu meh ler ikut saya ke sana," kata Ayu tersenyum manis sambil berjalan laju ke arah kedai itu meninggalkan Tunku Aryyan Harraz beberapa langkah di belakangnya.

" Lajunya dia jalan. Perlahanlah sikit jalan tu," kata Tunku Aryyan Harraz sambil melajukan langkah kakinya agar dapat berjalan beriringan dengan Ayu Raihanna.

Ayu Raihanna memandang ke belakang ke arah Tunku Aryyan Harraz sambil menjelirkan lidahnya sedikit.

" Lambatlah awak jalan.Macam kura-kura," usik Ayu Raihanna sebelum dia terlanggar seseorang. Terus dia menghentikan langkahnya, sementara Tunku Aryyan Harraz pula cepat-cepat melangkah dan mendapatkan Ayu Raihanna.

" Maaf ... maaf. Saya tak sengaja," kata Ayu sambil mengangkat kepalanya memandang ke arah perempuan yang dilanggarnya tadi. Matanya dapat melihat tangan perempuan itu memaut lengan kiri teman lelakinya mungkin. Sebaik Ayu melihat gerangan orang yang dilanggarnya, Ayu dan perempuan itu terus berbalas senyuman sebelum bertegur-sapa.

" Eh! Cik Yana. Sorry ... sorry. Saya tak nampak Cik Yana tadi. Sibuk bercakap dengan kawan saya ni tadi," kata Ayu berulang kali tanpa memandang ke arah lelaki yang bersama dengan Cik Yana.

Yana hanya tersenyum saja melihatkan kekalutan Ayu Raihanna yang meminta maaf kepadanya. Setelah perkenalan di dalam van dulu, mereka telah beberapa kali mereka terbang bersama. Dia secara peribadi suka berkawan dengan gadis di hadapannya ini sebab gadis di hadapannya ini bukan yang jenis 'drama girl'.

" Tak pe Ayu. I okay. Biasalah bila jalan dengan boyfriend , memang tak nampak orang lain. Lagi-lagi bila boyfriend tu macam boyfriend Ayu ni," usik Yana sambil mengeratkan pautan di lengan lelaki sebelahnya.

Ayu Raihanna berubah mukanya menjadi merah menahan rasa segan.

" Eh! Tak.Kami kawan jea. Kenalkan ... ini kawan saya Tu.." terus Yana memotong kata-kata Ayu.

" Tunku Aryyan Harraz, right? Siapa tak kenal boyfriend Ayu yang kacak, terkenal dan berjaya ni. Betul tak, sayang?" kata Yana sambil memandang ke arah teman lelakinya.

Serentak itu, Ayu Raihanna terus mengalihkan pandangannya ke arah teman lelaki Yana. Mata mereka berdua bertaut seketika sebelum Ayu melarikan pandangannya ke arah Yana semula. Bibirnya tersenyum penuh makna. Tak tahu kenapa, tetapi dia langsung tidak terkejut.

" Mmm ..ya," kata Faris Hakimi pendek. Matanya memandang sekilas ke wajah Ayu sebelum mengalihkan pandangannya ke arah Tunku Aryyan Harraz.

" Saya Faris Hakimi," Faris Hakimi memperkenalkan dirinya.

" Hai! Saya Tunku aryyan Harraz. Rasanya kita macam pernah jumpakan sebelum ni. Yang I jumpa hari tu, masa tu you dengan ... ," kata-katanya terhenti di situ kerana terkejut dengan tindakan Ayu Raihanna yang memegang tangannya.

" Harraz ... kedai tu macam nak tutuplah. Jomlah, cepat. Cik Yana ... Encik Faris Hakimi ... kami minta diri dulu yea," kata Ayu Raihanna laju. Dia tidak mahu Yana tahu dia mengenali Faris Hakimi. Takut jadi cerita 'lain' pula.

" Okaylah, Faris ... Yana, kami minta diri. Maaf pasal tadi yea," kata Tunku Aryyan Harraz sebelum dia dan Ayu melangkah meninggalkan mereka berdua.

Faris Hakimi menoleh ke belakang memerhatikan Ayu dan Tunku Aryyan Harraz memasuki sebuah kedai baju . " Yana ... I nak pergi rest room sekejap. You tunggu sini yea."

" Okay," kata Yana ceria.

AYU RAIHANA yang sedang membelek-belek baju terus mengeluarkan telefon bimbitnya apabila dia terdengar bunyi tanda ada pesanan masuk. Matanya terus membaca bait-bait kata di skrin telefonnya.

Sorry sayang... will explain later.

Jaga diri ... jangan balik lambat.

Love u - Tunang awak .

Ayu hanya tersenyum sumbing membaca pesanan yang di hantar oleh Faris Hakimi tadi. Dia kemudiannya memasukkan telefonnya ke dalam tas tangannya semula. Whatever!, getus hati kecil Ayu.

" Siapa message awak?"

" Kawan," kata Ayu pendek.

" Faris Hakimi?" duga Tunku Aryyan Harraz.

" Aikk ... mana tahu?" tanya Ayu pelik tidak menafikan.

" Ayu ... saya ni kan lelaki yang banyak pengalaman !"

" Hahaha ... haah kan. Maaflah terlupa yang dulu ... you pun 'buaya jadian' juga kan?"

" Hahaha ... nakal awak ni kan. "

" Hahaha .... mana ada nakal. Mmm ... jom balik. Esok saya kerja. Awak lainlah. Awak boss besar," sakat Ayu.

" Bos Besarlah susah Sebab kena datang awal ... kena berdisplin tinggi sebab nak tunjuk contoh yang baik kepada staf dia. Come," balas Tunku Aryyan Harraz sambil menghulurkan tangannya untuk dipegang Ayu.

Ayu Raihanna hanya menggelengkan kepalanya, tanda menolak dengan sopan. Tunku Aryyan Harraz tersenyum. Sikit pun dia tidak berkecil hati. Dia telah menjangkakannya.

" Jangan kecil hati yea. Saya bukannya cuba berlagak baik atau alim. Tapi, awak bukan muhrim saya, Harraz. Kedua sebab, saya takut kita akan terpalit dengan fitnah. Pasal tadi tu, ianya berlaku secara tiba-tiba saja. Saya tak tahu macam mana nak bagi isyarat kat awak supaya jangan cakap yang saya dan Faris saling mengenali. Saya pun tak tahu kenapa saya nak buat macam tu. Saya cuma ikut gerak hati saya jea tadi. Maafkan saya kalau saya dah hantar 'isyarat' yang salah pada awak, Harraz," terang Ayu. Takut lelaki di hadapannya ini fikir dia cuba berlagak alim pula!

" Dah agak dah! Taklah. Saya tak kecil hati pun. Saya faham. Jomlah . Saya hantar awak balik," kata Tunku Aryyan Harraz sambil tergelak kecil. Mereka berdua kemudiannya berjalan beriringan ke kawasan parkir kereta. namun tanpa mereka sedar sedari tadi telah ada mata-mata yang memerhatikan mereka berdua!



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku