Kerana Aurora
Bab Bab 32
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novel
Paparan sejak 18 Januari 2017
"Kerana Aurora saya kuat! Dan kerana Aurora lah saya ada dekat sini tapi kenapa kerana Aurora juga hati saya sakit sangat? Damn it!its really hurt"- Firash Amsyar
Penilaian Purata:
(15 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
663

Bacaan







“Duduk datuk!” Ryu Yusaku mengacukan pistol ke arah Datuk Iskandar. Spontan kedua belah tangan lelaki itu terangkat ke atas tanda menyerah. Datuk Iskandar kaget.

PRANG!!

Kedengaran bunyi kaca pecah. Datuk Iskandar terkejut apabila melihat kamera di dalam

biliknya itu hancur ditembak. Alia Maisara muncul. Topeng yang dipakainya ditanggalkan. Wajah

gadis itu kelihatan bersahaja. Pistol yang berada di tangannya dipusing-pusing. Wajah Datuk Iskandar di renung tajam. Lelaki tua itu kelihatan tergamam. Wajahnya kelihatan berkilat dengan peluh.

“Aurora?” Datuk Iskandar seolah-olah tidak percaya. “Apa salah uncle sampai Aurora sanggup nak bunuh uncle?”

“Alia Maisara” Alia senyum mengejek. “Alia Maisara Binti Iskandar. Ingat tak nama ni?” Datuk Iskandar tertunduk dan tidak semena-mena dia menangis.

“Anak ayah! Ya ALLAH! Anak ayah masih hidup! Bertahun-tahun ayah cari” dia berdiri.

“Jangan dekat!” Alia mengacukan pistol apabila Datuk Iskandar cuba untuk memeluknya. “Setapak kau langkah, pecah kepala kau” jeritnya kasar. Langkah Datuk Iskandar terhenti.

“Aku tak pernah anggap yang kau ni ayah aku! Sekarang bagitahu, siapa yang bunuh Nyonya Mansor dan mana abang-abang kembar aku yang lain!” tengking Alia. “Cakap cepat!”

“Sumpah ayah tak tahu!” Datuk Iskandar menggeleng dalam tangisan. Terketar-ketar tangannya yang cuba diangkat untuk memegang tangan Alia. Alia berundur ke belakang.

“Bunuh dia Ryu” putus Alia kemudian. “Biar dia mati depan mata Alia”

“Bahaya kalau kita bunuh dia dekat sini” Ryu memegang bahu Datuk Iskandar. “Aku nak kau berlakon macam biasa!” arahnya. Datuk Iskandar yang ketakutan pantas mengangguk. Ryu menyerahkan pistolnya kepada Alia. Dia memegang lengan Datuk Iskandar.

Mereka keluar rumah melalui pintu depan. Beberapa orang tetamu yang menyapa mereka dibalas dengan senyuman. Mereka membawa Datuk Iskandar menuju ke arah garaj kereta yang menempatkan beberapa buah kereta mewah koleksi lelaki itu.

“Rio! Aku dah selesai” beritahu Ryu kemudian telefon dimatikan. Alia memegang erat lengan Datuk Iskandar. Tiba-tiba kesemua lampu di banglo mewah itu terpadam.Alia dan Ryu mula panik. Mereka berpandangan. Ini bukan rancangan mereka. Datuk Iskandar yang tahu Ryu tidak mempunyai senjata cuba meronta-ronta. Pegangan Ryu terlepas. Datuk Iskandar berpaling kemudian menumbuk muka Ryu. Alia cuba menghalang namun terpelanting ke belakang apabila perutnya ditendang. Datuk Iskandar menuju ke arah keretanya yang diparking berdekatan dengan pagar setinggi dua meter itu.

“Kejar dia Ryu” Alia berdiri namun dia dikejutkan dengan bunyi letupan yang amat kuat disusuli dengan suara jeritan Datuk Iskandar Impak letupan tersebut membuat Ryu tercampak ke belakang. Alia memandang ke arah kereta milik Iskandar yang hangus dijilat api. Matanya mula berair.

“No!!” jerit Alia. Dia terduduk. Tak mungkin Iskandar mati! Harapannya akan semakin tipis sekiranya lelaki itu mati.

“Kita kena pergi” Ryu yang masih lagi terkejut memeluk bahu Alia. Membantu gadis itu berdiri. Kelibat Datuk Iskandar sudah tidak kelihatan lagi.

Suasana mula kecoh.

“Ayah!” Firash terkejut. Tambahan pula apabila melihat jam tangan milik Datuk Iskandar yang sudah pecah berada di atas lantai. Dia ingin menerpa namun dihalang oleh beberapa orang tetamu yang turut berada di situ.

. “Pak cik! yang mati tu ayah saya! Tolong telefon ambulans” jeritnya geram. Beberapa orang tetamu cuba menenangkannya. Dia terduduk.

“Kita belum pasti lagi siapa yang terbakar. Keadaan mayat memang susah nak cam. Rentung!hancur. Cepat sesiapa! Tolong telefon polis”

“Aku nampak Datuk Iskandar tadi! Dia keluar dari rumah tadi”

“Cepat padamkan api!”

Suara tetamu yang sedang kelam kabut memadam kebakaran serta membuat konklusi sesama sendiri tidak dihiraukan. Firash mengesat airmatanya. Dia pasti itu mayat ayahnya! Kereta yang meletup itu kereta Datuk Iskandar! Matanya dikecilkan seketika apabila ternampak kelibat Ryu sedang berjalan bersama dengan seorang perempuan dalam keadaan yang tergesa-gesa. Setelah diamati, dia terkejut. Aurora?! Dan paling mengejutkannya ialah apabila melihat pistol yang dipegang oleh Ryu

Arzu Mikhail yang berada di dalam kereta tersenyum puas. Datuk Iskandar dah mati. Dendamnya sudah terlerai. Misinya selesai. Enjin kereta dihidupkan dan perlahan-lahan kereta tersebut bergerak meninggalkan tempat kejadian.

“Siapa yang bunuh Iskandar?” Alia mengangkat bahu mendengar pertanyaan Ryu Yusaku. Tangannya menuam-nuam bengkak di pipi abangnya itu.

“Tinggal seorang lagi” hanya Arzu Mikhail yang belum dijumpai. “Ryu, macamana kalau abang Alia yang seorang lagi tu dah tak ada?Dah mati?”

“Kau dah give up ke?” giliran Ryu pula yang menyoal. Alia meletakkan mangkuk yang berisi ais serta tuala lembab di atas meja. Dia sendiri kurang pasti, tambahan pula apabila Datuk Iskandar dah mati. Harapannya untuk mencari seorang lagi abangnya itu dirasakan semakin tipis. “Alia tak yakin dengan kuasa ALLAH?”

“Bukan macam tu.. Iskandar dah mati Ryu dan Alia rasa peluang untuk Alia cari seorang lagi abang Alia makin tipis” gelengan diberikan.

“Kau solat, kau doa tapi kau still lagi tak yakin dengan apa yang dah Dia rancangkan. Then dengan siapa lagi kau nak percaya?” Alia tersentak mendengar soalan Ryu. Malu apabila diajukan dengan soalan tersebut.

“Ryu percaya dengan apa yang Dia rancangkan?”

“Kalau aku tak percaya, aku takkan ada dekat sini. Aku takkan jumpa dengan adik aku. Auntie Arissa selalu beritahu, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Allah tahu apa yang terbaik. Mungkin ini ujian untuk kita”

“Tapi Alia dah tak kuat, Ryu” mata Ryu ditatap. Ada sinar kasih sayang dalam mata abangnya itu. Ryu senyum. Kepala Alia digosok-gosok perlahan.

“Kuat untuk mama! Kuat untuk abang-abang kembar Alia. Kita cari sampai jumpa. InshaALLAH, aku yakin Arzu masih hidup”

“Ryu yakin?” soal Alia. Ryu mengangguk. Nalurinya kuat mengatakan bahawa adik kembarnya itu masih hidup.

Alia Maisara berteleku di atas sejadah. Memohon keampunan dari yang Esa. Hari ini dia hampir membunuh orang! Betul kata Nek Nya, dendam boleh membunuh. Dia menggeleng. Iskandar dah mati. Tumpuannya kini hanyalah untuk mencari Arzu Mikhail dan selepas itu, dia akan berjumpa dengan Firash Amsyar. Abangnya itu harus tahu perkara yang sebenar. Alia kemudian berdiri

untuk menunaikan solat hajat. Ryu yang terjaga hanya memerhati. Hatinya sedikit terusik. Apa yang Arissa ajar dulu tidak pernah diamalkan. Dia mengeluh dalam-dalam. Layakkah dia untuk memohon keampunan Allah di atas dosa-dosa yang telah dilakukannya?

“Apa salah ayah aku pada kau, Ryu?” jerit Firash. Gelas yang berisi arak dihempas kasar. Semerbak biliknya dengan bau arak yang masam dan meloyakan tekak. Firash hilang kawalan. Biliknya habis tunggang langgang. “Kau pun bersubahat juga dengan dia?” gambar Alia yang diambil secara curi-curi diperhati. Firash mengoyak-ngoyakkan gambar tersebut menjadi cebisan-cebisan kecil.Dia menangis sayu sambil memeluk lutut. Hatinya sakit! Teramat sakit.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku