Andai Itu Takdirku
Bab 20
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Januari 2017
Segala bait cinta yang perlu kau ucapkan dulu..semuanya ku percaya seluruh jiwa. 1.40am 25 Feb 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
488

Bacaan






  “KASIHANLAH MAK CIK NI..INA…TOLONGLAH INA BAGI TAU SIAPA LELAKI DENGAN TIPAH TU?” rayu Aishah ibu Latifah. Sudah tidak ada malu lagi dia meraung di hadapan Haji Majid dan Hajjah Fatimah. Salina hanya terpaku. Mukanya pucat dan tangan menggigil. Tidak tahu apa yang dia patut lakukan.

   “Mak Cik betul-betul ingat dia balik naik kereta dengan kamu” Airmata berjujuran tanpa ditahan lagi.

  “Ina minta maaf. Ina dah telefon Tipah sebelum balik tapi tak berjawab. Sebab tu Ina balik seorang saja”

  “Dulu Tipah tidak begini. Anak apa kalau tidak ada masa ayahnya dibawa ke tanah kubur? Kenapa balik tahlil sekejab macam tu? Itu ayah dia..bukan orang lain!!!”

  Emosi Aisah mula melebihi akal. Raunganya semakin kuat “YANG LATIFAH SIBUK NAK BALIK IKUT JANTAN ITU KENAPA!!? Aisah menjerit sekuat hati. “SEBAB JANTAN ITU ADA KERETA BESARRRRR?”

   Salina serba-salah. Memang dia tidak kenal lelaki yang balik bersama latifah itu. “Ina betul-betul minta maaf Mak Cik…Ina tak kenal lelaki yang balik dengan Tipah tu!”

   Haji Majid memandang Salina. “Ina..tak baik buat macam ni. Jangan sembunyi apa-apa...takkanlah Tipah tidak pernah beritahu Ina siapa lelaki tu? Ina kan satu Universiti dengan dia? Mesti selalu jumpakan?” Suara Haji Majid memujuk. Dia juga mahu tahu perkara sebenar.

   “Betul ayah…Ina tak kenal lelaki tu” Suara Salina juga cemas. Jika dia beritahu semua yang dia tahu, suasana akan menjadi lebih buruk.

   Tiba-tiba Aishah meraung sekuat hati. Hilang malunya walaupun berada di rumah orang.

   “YA..ALLAHH!!!.INAAA..!! SELAMA NI MAK CIK INGAT DIA MASUK UNIVERSITI UNTUK BELAJARRRR. RUPA-RUPANYA DIA PERGI CARI JANTAN!!…INA..KENAPA INA TAK NASIHATKAN DIA???!!”

  Badan Aishah meronta-ronta seperti orang hilang akal. Hajah Fatimah yang duduk sebelah Aisah segera memeluk balu arwah Sudin itu. Kepala Aishah di tekan rapat ke dadanya.

   “Sabar Aishah..sabar…istifar banyak-banyak…Sabar ye…”

   Dalam keadaan yang hampir tidak terkawal itu, Salina memandang Haji Majid. Janganlah dia dipaksa memberitahu perkara sebenar. Keadaan tidak akan menjadi lebih baik jika dia beritahu perkara sebenar.

  Haji Majid memandang isterinya. Isterinya menggeleng kepala. Naluri  sebagai ibu dapat merasa ada sesuatu yang tidak kena. Perkara itu sangat buruk dan buat masa ini lebih elok jika perkara itu kekal rahsia. Haji Majid mengangguk kepala. Faham! Biarlah buat masa ini rahsia itu Salina sahaja yang tahu.

   Dan Aishah pengsan di dada Fatimah



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku