Selamat Pagi Ahjuhshi!
Bab
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Cerpen
Paparan sejak 24 Januari 2017
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)
807

Bacaan






“Masih ada harapan untuk orang yang bersabar.”-Daim Amnan.

“Instinct seorang perempuan itu kuat.”-Baheera.

“She is nothing to me!”-Joshua Anaqi.


Part 1

“Owh so you kerja kat Airports la..”

“Yup, tapi I kerja kat hq,”balas Baheera dalam aplikasi whatsappnya.

“I see..Cousin I ada jugak kerja sana,”beritahu Joshua tanpa dipinta.

“Owh yeke siapa nama dia?”

“Daim Amnan,”sepatah,jawapan diberi.

“Kenal?”tanyanya lagi.

“Tak kenal.Unit mana?Department mana?”

“I’m not sure,”

“Yeke..Tak apalah kalau macam tu,”balas Baheera dan perbualan whatsapp mereka terhenti.Sudah lama dia menyimpan rasa pada Joshua Anaqi semenjak dizaman kolej mereka lagi.Namun,jejaka itu tak pernah mengetahuinya.Dapat contact balik dengan si dia pun umpama seribu satu rahmat bagi Baheera.

Masa terus berlalu, Baheera meneruskan kehidupan seperti biasa tanpa memikirkan hal tersebut.

“Aishh..Encik Halim tertinggal dokumen pulak,”suara Baheera sendirian sambil mencari nama Encik Halim staff di Klia melalui Directory pejabat.

“Mana ni?”bisiknya sendirian sambil dia meneliti excel directory tersebut.Tiba-tiba matanya tertancap pada sebaris nama,Daim Amnan.Bukankah?Dia lantas menekan butang camera di handphonenya dan menghantar butiran tersebut pada Joshua melalui aplikasi whatsapp.

“Owh yes,my cousin tu,”balas Joshua pulak ringkas.

“Berapa umur dia?Muda ke tua?”

“He is an uncle to me.But,don’t worry,he’s not so old..Macam kawan-kawan sahaja.Haha…”

“Pak cik?Seriously?I’m just curious..Macam mana muka dia?Kot-kot pernah nampak,”

“Carilah,itu yang surprise tu,”suruh Joshua seolah malas melayannya.Joshua,Joshua..Kau tak pernah sedar kan akan kehadiran aku.Walaupun aku pernah menceritakan masalah aku pada kau,kau tak pernah bertanya lebih.Kau biarkan aku bercerita tanpa mengetahui detail.Acuh tak acuh aku dilayan.Apatah lagi nak memberitahu tentang dirimu sendiri pada aku.Jauh sekali.Tapi,tak tahu kenapa hati aku tak pernah berputus asa.

Baheera masih ingat lagi saat-saat dia putus tunang kerana kecurangan tunangnya itu. Baheera terus tidak menoleh belakang.Meskipun dipujuk untuk menyambung kembali pertunangan setelah kecurangan terbongkar,yang menguatkan semangat Baheera untuk tidak kembali kepada tunangnya semula ialah Joshua Anaqi!

Secebis perasaan yang tertanam semenjak zaman kolejnya itu masih kuat dihati Baheera.Terkadang Baheera tertanya kenapa dia menyukai jejaka itu.Mungkinkah kerana segala kelebihan yang dimiliknya suatu ketika dahulu?Tiba-tiba hati Baheera mengiyakannya.Eh,tak,tak.

“Tak apalah,Joshua.Kirim salam kat dia sahaja ya.Cakap dari Baheera Hq,”balas Baheera ringkas.Okay,aku akan menyiasat!Bisik hati kecilnya yang berniat untuk memulakan misi men’staker’ Pak Cik atau Ahjuhshi kalau dalam sebutan korea yang selalu ditonton Baheera melalui dramanya yang ditayangkan di channel 393 dan 394.Ahjushi Daim Amnan,saya akan cari kamu!Demi Joshua Anaqi.Haha.

“Hokay,no problem,”balas Joshua Anaqi bersahaja yang nampak sangat tak ada perasaan langsung kat dia.

******

Baheera pergi ke Kaunter Security Pass untuk staff di Klia untuk renew security passnya.Sedang dia duduk menunggu gilirannya dengan perasaan sambil lewa,tiba-tiba telinganya menangkap satu nama yang disebut.

“Encik Daim Amnan Abdul Haq.”Terus kedudukan Baheera menjadi tegak sambil matanya meliar mencari empunya nama.

“Ahjuhshi,jadi,itulah ahjuhshi.Haishh..tak nampak sangat muka dia,”bisik Baheera sendirian sambil tertinjau-tinjau membuatkan orang yang duduk menunggu giliran berdekatan dengannya kepelikan.

Saat Daim Amnan yang merasa seolah diperhatikan itu memandang ke arah kawasan yang diduduki Baheera, Baheera cepat-cepat memalingkan mukanya.

“Owh no,owh no?Eh mana?Nasib baik dah pergi,”bisik hati kecil Baheera kelegaan saat bayangan pak cik itu sudah tiada.Jadi itulah dia.Hmm..susah gak nak stalk pak cik tu.Alaa..lantaklah,bisik hati Baheera memandangkan Daim Amnan masih tak ‘accept’ follow requestnya di Instagram.

‘Cis,berlagak punya orang tua. Bukannya aku nak suruh dia follow aku balik pun.Aku buat tu sebab Joshua je tau sebenarnya.Mesti kau rasa kau hot kan.Haishh,’detik hatinya tiba-tiba menyampah.

*******

Hari itu,Baheera pergi menonton wayang bersama adiknya,Rhea.

“Haa..macam mana cerita tadi?”soal Baheera sambil mereka naik semula dieskalator berhampiran tempat bowling ke arah Food Court di Alamanda Putrajaya.

“Best memang best.Hero handsome sangat,”balas Rhea dengan segaris senyuman puas hati.

“Kan,Tapi aku hausla,Aku pergi beli air dulu karang.”

“Aku pun lapar ni.Kang kau pergi beli air aku cari tempat duduk.”

“Hokay,”

“Hehe..Aku greentea smoothie,kau air mineral je Rhea.Kalau nak sedap belilah sendiri,”bisik Baheera sambil menyedut riang green tea smoothie nya.Yang sebetulnya,dia terlupa untuk bertanya minuman yang dimahukan Rhea.Mineral water adalah pilihan paling selamat.Habis-habis pun Rhea boleh je berkongsi minuman dengannya bersama.Usai beratur panjang membeli air,Baheera mencari kedudukan Rhea.Matanya mencari kelibat Rhea disebalik ramainya orang.

“Arghh!”Baheera terlanggar seseorang.Itulah melilau lagi tak tengok depan.

“Hey you tak nampak ke?B macam mana ni?”kedengaran suara seorang perempuan memekik ke arahnya.Muka Baheera terus memerah.Tak mampu diangkat lagi saat tu.

“So..Soory..sorry.Maafkan saya,”ujar Baheera sambil mengelap-mengelap pakaian manusia yang meminum habis green tea Baheera di bajunya itu.Kau ingat kau je yang sedih?Aku pun!Adakah ini balasan untuk ketamakan aku?Berbagai benda bermain di minda Baheera tatkala itu.Beberapa helai tisu yang dipegang ditangan kirinya itu terus dilapkan sampai habis ke baju empunya badan.

“It’s okay I boleh,”kata empunya badan mengeluarkan suara jantannya sambil mengambil tisu ditangan Baheera dan mengelap bajunya sendiri membuatkan Baheera seolah baru tersedar dari lamunannya.Dia terpandangkan kasut empunya badan dihadapannya.Lelaki?terkejut Baheera sambil badannya terkebelakang sedikit.Wajahnya mula mendongak memandang empunya diri.Menggigil satu badan dia saat itu.

“Ahjuhshi??”

“Apa?”Lelaki itu bertanya kehairanan.Perempuan disisinya juga memandang pelik ke arah Baheera.

“Tak,maksud saya,pak cik.Eh..,bukan Encik..saya minta maaf.”Perasaan malu menyelubungi diri Baheera.Ber’korea-korea’ pulak dia didepan orang-orang yang tak mengenalinya itu.

“B,jomlah,you pergi bersihkan diri kat toilet dulu,”suara si perempuan enggan melayan dan mula menarik ahjuhshi berlalu pergi dengan sedikit jelingan.Mereka mula menuruni escalator ke bawah.

“Sorry,Stella.It’s look like I can’t join that bowling tournament.I kena balik,”itulah perkataan akhir yang mampu didengarinya dari pak cik sebelum kelibat mereka hilang dipandangannya.Dan Baheera,cuba menahan malu disitu.Dia mula mencari Rhea semula untuk balik cepat.Maluu..

“Rhea kat mana kau Rhea?”Menyakitkan hati kenapa perlu bertemu dengan ahjuhshi?Dalam keadaan yang..Haishh,memalukan.Perlu ke bertembung dengan cara macam tu?Memalukan betul,bisik hati Baheera agak stress.

*******

“Jadi awaklah Baheera ya?”soal satu suara yang agak kacak dipendengaran Baheera saat dia membeli breakfast di café office.Mungkinkah sebab menyebut namanya?Baheera.Namun,suara itu macam pernah didengarinya.

“Cik Green Tea tumpah,”bunyi suara itu lagi membuatkan matanya membulat dan terus memandang ke arah empunya diri.

“Ahjuhshi.Eh,bukan.Maksud saya pak cik.Bukan-bukan.Encik.”Baheera mula menggelabah lagi.

“Awak kenal saya?”soal jejaka yang nampak macam berusia 30an di mata Baheera dengan pandangan yang sinis pada pandangan Baheera.

*******

“Ya,macam tulah ceritanya,”ujar Baheera pasrah.Mereka sudah pun makan bersama diruang atas yang agak privasi untuk menceritakan segalanya.Tak jadi Baheera nak tapau makanannya bawak naik office sebentar tadi.Haha..lambat sikitlah aku naik nampaknya.Tak apa,apa-apa hal ahjushi boleh cover.Kan ahjuhshi Senior Manager dicompany ni.Cuma department je lain.Hehe..

“No wonder you macam kenal I,”suara Daim Amnan dengan pandangan yang buat Baheera tak keruan.Ahjuhshi tolong,tolong jangan pandang saya macam tu.Saya orang baik-baiklah!Detik hatinya geram.

“Jadi memang betullah Joshua ada cerita tentang saya?”soal Baheera dengan wajah bercahaya.Lupakan pasal pandangan Ahjuhshi.Yang penting,Joshua!

“Yup,just pasal kirim salam tu jelah,”balas Daim Amnan ala kadarnya.Apa yang hebatnya dengan kirim salam jer??

“So, I jawab sekaranglah depan you.Waalaikumussalam.”

“Haa..Ahjuhshi dah tua-tua pun pandai bergurau,”ujar Baheera sedikit meluat dalam masa yang sama berasa agak luculah kott...

“Ehh,saya tak tua sangatlah.Saya muda lagi,”nafi Daim Amnan tersentak dikatakan tua.

“Jadi berapa umur ahjuhshi?”

“Still below 35,”balas Daim Amnan bersahaja.Muda lagi okay!

“Kalau 34 tu dah tua eh.Hmm macam ada harapan je nak jadi anak sedara ahjushi,’ujar Baheera dengan suara yang semakin perlahan memasang harapan.

“Apa dia?”

“Eh,takde apa.Takde apa,”secangkir senyuman dihadiahkan kepada Daim Amnan.

“By the way, Encik Daim Amnan datang sini sebab nak jumpa saya ke?”soal Baheera pula tanpa segan silu.

“Eh taklah.I ada meeting.”Cepat-cepat Daim Amnan menafikan perkara itu dan terus meneguk air kopi panasnya.

*******
Ahjuhshi free ke?Boleh teman saya makan aiskrim?pinta Baheera melalui mesej.Entah kenapa,mungkin kerana pak cik tahu yang Baheera adalah peminat anak sedaranya itu,Baheera dilayan baik olehnya.Memandangkan Daim Amnan jua telah bersetuju untuk membantunya dalam ‘Projek Memikat Joshua Anaqi’.Sekejap sahaja,mereka sudah serasi.

“Dia cakap kat saya,yang dia akan terus menetap kat sana.Membina kerjaya dan business.Saya rasa memang saya tak ada harapan untuk bersama dia.Lagipun cinta saya memang dah lama saya rasa,bertepuk sebelah tangannya.Walaupun saya selalu menceritakan masalah saya kat dia,dia tak pernah bertanya apa-apa tentang saya.Apatah lagi bercerita tentang dirinya sendiri.Saya memang tak bermakna buat dia pak cik.Tak bermakna.”

“Jangan cakap macam tu.Harapan sentiasa ada untuk orang yang bersabar.Maybe dia nak uji you je.”

“Tak saya tak rasa macam tu pak cik.Instinct seorang perempuan itu lagi kuat dari keyakinan pak cik,”tegas Baheera yang patah harapan dengan Joshua Anaqi dengan linangan air mata.

“Tapi,lagi sebulan dia balik sini.Ada sedikit urusan and dia cakap,dia ada surprise untuk I,”suara Daim Amnan memberi sebuah harapan.

“Betul ke?”soal Baheera dengan wajah bersinar mulai memasang angan sambil melupakan persoalan instinct yang baru disebutnya sebentar tadi.Baheera menyeka air matanya.Anggukan dari Daim Amnan membuatkan senyumannya melebar.Aiskrim Baskin Robinnya yang terbiar sebentar tadi diatas meja dijamu dengan penuh selera.Daim Amnan tertawa kecil melihat gelagat Baheera itu.

Sekali tengok,pak cik ni macam lagi handsome pulak dari anak saudaranya itu.Orangnya tinggi,berkulit cerah,kacak,sentiasa berpakaian kemas.Eh,adakah aku puji sebab berita gembira dari ahjuhshi ni?haha..okaylah thank youlah ya pak cik.

*******

Baheera mengikuti Daim Amnan memasuki Contact Pier KLIA2 melalui laluan staff.Memandangkan mereka staff di Airports,jadi ianya tiada masalah untuk menjemput terus Joshua Anaqi di gate ketibaannya nanti.Tidak perlulah mereka menunggu lama di Arrival Hall.Sekian lama tidak bertugas di KLIA2 membuatkan dia hanya mengikuti langkah Daim Amnan yang sememangnya bertugas disitu dari belakang.

“Kenapa berhenti?”soal Daim Amnan kepelikan apabila melihat Baheera seolah-olah menjauhinya ketika mereka tiba diruangan security check up.

“Ahjuhshi terlalu famous.Ramai orang say hi,tunduk hormat segala.Tak kurang jugak yang jeling-jeling.Seganlah.Ramai orang kenal.Saya ni tak ada sesiapa kenal.Hahaha,”bisik Baheera cuba berlagak tenang sambil menjauhi kembali Daim Amnan.Daim Amnan hanya menghadiahkan segaris senyuman sinis seolah alasan yang diberi Baheera tidak masuk akal sambil menarik lengan baju dipergelangan Baheera mendekatinya.

“Ahjuhshi!”

“Ikut je saya.”tegas Daim Amnan berbisik disebelahnya.Setibanya dilaluan yang lapang menghala ke Satellite,lengan baju Baheera dilepaskan.

“Pak cik boleh tahan gatal,”marah Baheera sambil memeluk tubuh.

“Macam tu pun gatal ke?Saya cuma nak pastikan awak selamat dengan saya,”balas Daim Amnan bingung dengan apa yang dikatakan gadis itu.

“Haishh..beralasan pulak.Tak marah ke tunang pak cik kalau tahu?”

“Tunang?Bila masa pulak saya bertunang?”

“Owh jadi isterilah?Dah ada isteri pun nak menggatal?”

“I tak ada isteri okay.”

“Habis tu girlfriend?Sampai bila pak cik nak bercouple je?Umur dah tua.Girlfriend pak cik tu mesti nak kahwin cepat sebenarnya.Pak cik je yang lambat.Pak cik ingat perempuan ni apa?Berapa tahun lagi dia nak tunggu?Patut kena tinggal je.Kalau saya pun,couple pun saya tak nak.Dah ada calon kahwin terus.Haishh memang kasihan,”ujar Baheera sesedap hati dan menyesal dikemudian hari.

Alamak,apa yang aku cakap ni?Terover pulak complain ahjuhshi.Hasihh..Bagaimana kalau pak cik berubah hati tak nak menolongnya?Habiss.

“Dah habis dah you cakap?”soal Daim Amnan dalam nada yang tegas sambil merenung tepat kedalam matanya.Wajah Baheera sudah tak keruan akan keterlebihan katanya.

“Alamak,sorry pak cik.Janganlah ambil serius,”suara Baheera seakan memujuk.

“You memang macam ni ke?Suka buat tekaan sendiri?”

“Minta maaf ahjuhshi.”

“1st things, I muda lagi.And the 2nd things,I tak ada kekasih.That’s not weird.It’s normal for people nowadays.Kita belajar, bekerja cari rezeki.Everything take times.So,you faham kan?”beritahu Daim Amnan dalam nada yang tenang.Baheera terangguk-angguk sebentar mendengar penjelasan itu.

“Eh,tipulah..Kenapa dia panggil pak cik ‘B’ hari tu?B stand for baby,hubby..,Owh so sweet Encik Daim Amnan.”Amboi nak cuba kelentong aku lak.Tak kisahlah umur kau berapa pun,selagi kau berpangkat pak cik pada Joshua yang sebaya aku tu,kau tetap tua,bisik hati Baheera dalam nada ketegasan dan sedikit meluat.

“Jealous?”tanya Daim Amnan dengan senyuman yang sukar dimengertikan.

“Noo!Orang tanya je,”nafi Baheera pula geram.

“It’s D.Daim.My name.Actually, I pun tak berapa suka orang panggil I macam tu.Sebab macam nilah,nanti ada orang jealous,”sekali lagi Daim Amnan mengenakan Baheera.

“Pak cik!!Ada yang kena hempuk ni kang,”marah Baheera dengan wajah memerah.Daim Amnan terus ketawa mengekek.Berjaya jugak dia mengenakan peminat anak saudaranya ini.

********

Memandangkan flight yang dinaiki oleh Joshua Anaqi delay selama beberapa jam,mereka berehat sebentar di lounge yang berada dikawasan satellite itu.Entah bila Baheera tertidur dia pun tidak sedar.Mungkin kesejukan aircond menarik kuat rasa mengantuknya hingga membuatkan dia tertidur disofa empuk itu.

“Baheera.Baheera.Baheera..”panggilan dari Daim Amnan menyedarkan lena Baheera.Terkejut dia melihat ketenangan wajah Daim Amnan yang duduk menghadap laptop dihadapannya.Saat dia cuba menegakkan diri,ada sweater tebal telah pun diselimutkan diatasnya.Manakala,Daim Amnan hanya tenang dengan kemejanya.

“Pak cik,apa ni?Susah-susah je,”suara Baheera sambil menghulurkan kembali sweater tersebut kepada empunya badan.Hisyy bila masa pulak aku tertidur ni?tanya hati Baheera terasa malu.

“Jom tunggu dekat gate.Lagi 10 minit Joshua dijangka tiba.”

Uncle ada surprise untuk you.”

“Owh ya?I pun ada surprise untuk you,uncle.”perbualan melalui panggilan telefon sebulan yang lepas muncul di fikiran Daim Amnan.Entah apalah pulak surprise yang akan dilakukan oleh Joshua Anaqi sebenarnya.Hati Daim Amnan tertanya-tanya.

******

Kemunculan Joshua Anaqi dari jauh membuatkan Baheera terpegun sebentar.Tak sangka,insan yang selama ini ditunggu berada didepan mata.

“Assalamualaikum,hi what’s up bro?Apa khabar?”suara Joshua Anaqi sambil bersalaman dan berpeluk ala kadarnya dengan pak cik saudaranya,Daim Amnan.

“Alhamdulillah..You macam mana?Okay ke?”Daim Amnan menyambung kata-kata pembuka bicara mereka.

“Haha..penat sikitla badan lama sangat dalam flight.Eh siapa ni?By the way, here my surprise to you, I kenalkan bakal tunang I, Elena,”balas Joshua sambil matanya sempat terperasan akan Baheera dan insan yang dibawanya terus diperkenalkan saat wanita itu datang memaut lengannya.

Dia tak kenal aku?Dan siapa pulak perempuan ni?Astagfirullah,malunya..bisik hati Baheera sambil terus tersenyum tawar.Tak sangka Joshua tidak mengenalinya lagi secara reality.Pun begitu,dia terus berdiri tegak disisi Daim Amnan.

“Hi uncle.Apa khabar?Joshua ada ceritakan kat I tentang you.Tak sangka you nampak sangat muda,”suara Elena sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Daim Amnan.Baheera terus menoleh ke arah lain.Dia tidak mahu mengambil tahu adakah Daim Amnan menyambut huluran tangan wanita tersebut atau tidak.Eh,jealous ke aku ni?Taklah,mana ada.Sebab haram kan..Tu je,bisik hatinya tiba-tiba.

“Yes,my uncle is very young..Haha..,”sempat Joshua menyampuk.

“Fine,thanks.Wow really unexpected!A big surprise to me.By the way,Joshua,she is your friend actually.How could you not know your friend?Baheera,”beritahu Daim Amnan sambil keningnya diangkat kepada Baheera sebagai isyarat memperkenalkan diri memandangkan gadis itu hanya terdiam sepi dari tadi.Seperti Baheera,Daim Amnan jua terkejut akan kehadiran Elena tanpa diduga.Mampukah misi memikat Joshua diteruskan.

“Hi,”suara Baheera sambil bersalaman dengan Elena.Hanya lambaian diberi pada Joshua.

“Ahh,really?So you are Baheera?Ada apa-apa ke dengan uncle?”mukadimmah Joshua pada Baheera.Tertanya-tanya dia mengapa Baheera mengikut pak cik sudaranya menjemput mereka.

“Hahaha..wait and see jelah,”balas Daim Amnan bersahaja sambil disambut dengan senyuman nipis dari Baheera.

“Okay.”Joshua Anaqi mengenyitkan matanya mendengar jawapan itu.

Perlukah aku lari je dari sini?Nampaknya jawapan yang aku cari sudah pun terjawab,bisik hati kecil Baheera agak kecewa.

Mereka menuju ke bahagian kastam sebelum ke baggage.Sesekali,mata Baheera menjeling ke arah Joshua Anaqi dan Elena.Kelihatan mereka berpegangan tangan erat.Dan Elena juga nampaknya sangat manja dengan Joshua.

“You nak makan apa-apa ke?”tanya Daim Amnan sambil menarik Baheera yang kelihatan kesepian dekat dengannya.

“Pak cik jangan nak menggatal boleh tak?”soal Baheera dengan riak agak marah.

“SSs.. Sorry,”balas Daim Amnan merasa bersalah.

“You nak makan tak?Ke you dah tak ada selera?”

“Siapa cakap?Boleh je kalau pak cik nak belanja,”pantas Baheera membalas dengan wajah bercahaya.Gila tak nak makan?Meskipun dia kecewa melihat Joshua Anaqi yang kembali ke KL dengan keadaan sudah berpunya,selera makannya masih lagi tak mampu nak mati kerana hal itu!Sesekali Joshua Anaqi menjeling ke arah mereka.Pelik melihat kemesraan hubungan antara Baheera dengan Daim Amnan.Bukankah baru sahaja beberapa bulan yang lepas Baheera mengakui yang dia tidak mengenali Daim Amnan?Apa yang terjadi sebenarnya?Apakah hubungan mereka sampai Daim Amnan membawa Baheera menjemputnya?

“B, I’m tired la..”suara Elena manja disisi Joshua Anaqi.Dia mengeratkan pelukan di lengan lelaki itu.Entah kenapa,panas pulak hati Baheera apabila terpandangkan perkara itu.Baheera terus mengalihkan pandangannya.Daim Amnan yang menyedari ketidakselesaan Baheera terus mengusiknya supaya fikiran Baheera tertumpu kepada perkara lain.Dan dia kemudiaannya menyambung borak dengan Joshua Anaqi.

*******

Life is too short to be serious.Let’s eat!

Daim Amnan membelanja mereka semua makan di Shell Out.Apa lagi, makan dengan penuh berseleralah Baheera.Tambahan lagi udang dan ketam memang favourite Baheera.Sesekali matanya melirik ke arah Baheera yang sedang mengunyah.Daim Amnan tersenyum.Entah kenapa,gelagat gadis itu sangat mencuit hatinya.Sementara Joshua dan Elena makan dengan penuh kasih sayang.

Hari sudah lewat.Daim Amnan menghantar Elena dan Joshua ke rumah family Elena yang terletak di Damansara sebelum kemudiannya kembali ke Sepang untuk menghantar Baheera dan dia sendiri pulang ke rumah merehatkan diri.

“Terima kasih pak cik.Nampaknya saya tak akan jadi anak saudara pak cik.Saya dah dapat jawapan atas segala benda yang saya nak.Semuanya dah jelas sekarang.Susah-susah je pak cik bawak saya jemput dia semua,”suara Baheera kedengaran pasrah.

“Kita pergi trip sabtu ni?”

“Apa?Pergi mana?”

“Sepang gold coast ke.Alaa dekat-dekat je.Weekend ni I akan bawak mereka pergi sana.Joshua nak bawak Elena jalan-jalan.But we need to stay there at Avani Resort.So,you have to share room with Elena.”

“No!Ahjuhshi,ahjuhshi nak mata saya sakit ke apa?”

“Ingat Baheera,masih ada harapan untuk orang yang bersabar,”tutur Daim Amnan dengan minda positifnya.

“Apa maksud pak cik?Pak cik nak saya hancurkan hubungan dorang?Macam tu?Takkan berjayalah.Bukannya dia sukakan saya pun,”suara Baheera geram.

********

“Mana semua orang pergi?Tahu-tahu lepas solat asar tadi Elena dah hilang.”

“You lama sangat makeup kot.”Daim Amnan membalas bersahaja.

“Apa?Ahjuhshi boleh ulang balik tak?”Baheera bertanya geram.Satu tamparan marah singgah dilengannya.Daim Amnan terus berlagak tenang sambil mengambil gambar pemandangan lautan dihandsetnya.

“Apa yang ahjuhshi buat?Ni nak tayang iphone 8s ke apa ni?”tanyanya lagi sambil meneliti perlakuan Daim Amnan.

“Owh,upload kat ig ya..Kemain lagi.Sampai hati.Saya follow request tak nak accept.Bukannya minta pak cik follow balik,”suara Baheera seolah merajuk.Daim Amnan terus leka dengan gadgetnya.Sesekali dia tertawa melihat comments kawan-kawannya di Ig.

“Pak cik tak layan saya pun.Dahlah saya nak baliklah,”rajuk Baheera dalam nada kecewa sambil terus pusing untuk berlalu pergi.

“Baheera!”pantas pergelangan tangan Baheera digenggam agar dekat dengannya.

“Jangan pergi,”pinta Daim Amnan dengan wajah tenangnya.Kening lebat yang terbentuk cantik,mata bulatnya,hidung mancungnya,dan kulit seputih salju..Orangnya pula segak tinggi dan kelihatan muda.Eh apa aku merepek ni?Naluri Baheera cuba menafi.Entah kenapa,ketampanan Daim Amnan mengganggu dirinya.

“Lepas!”Baheera melepaskan pergelangan tangannya.

“Pak cik jangan nak menggatal eh!Apa?Pak cik ingat saya nak balik ke?Nak balik naik apa?”

“Jom selfie,”ajak Daim Amnan tanpa menjawab soalannya.

“Selfie?” Baheera bertanya terkejut dan terus bersedia saat kamera handphone Daim Amnan disuakan ke arah wajah mereka berdua.Dia nak ajak aku selfie je ke?Alamak malunya.Mati-mati ingat dia nak tahan dari balik.Suara hati Baheera menahan malu.

“Apa nama ig you?”soal Daim Amnan sambil mencari ig Baheera dibahagian follow request di instagramnya.Tak sangka pulak dia dengar apa yang dikatakan Baheera sebentar tadi.Ingat dah sampai ke bulan bintang lamunannya.Baheera hanya tersenyum.Ada sesuatu bermain di ruang fikirannya.

******

“So Baheera you kerja apa?”tanya Elena saat mereka hendak tidur.Losyen disapu ditangannya untuk menjaga kecantikan kulit.Nak berbual sangat siang tadi mereka terlalu sibuk dengan aktiviti di Resort itu.Tak dapatlah nak berkenalan sangat.

“Saya ni kerja biasa-biasa je.Sama company dengan pak cik…maksud saya Encik Daim Amnan.Cuma,dia tu boss,saya ni kuli je,”balas Baheera merendah diri.

“Alaa..Baheera,Baheera tak payahlah nak formal sangat degan Elena.Elena okay je,”ujar Elena tertawa kecil dengan riak yang manja.Kecantikan Elena,memang tak mampu nak dinafikan.Dia memiliki hidung mancung yang kecik,kulitnya halus mulus,wajahnya comel ala wanita korea,rambutnya beralun cantik.Munginkah ini semua penyebab Joshua Anaqi jatuh cinta pada Elena?Ya mungkin jugak.Pandai pulak tu mencantikkan diri berlosyen bagai.Hati Baheera berbual sendiri.

“Elena pulak kerja kat mana?Macam mana boleh kenal Joshua?”soal Baheera direct to the point.

“I’m a doctor.Actually Elena orang Selangor je.Tapi kena posting ke Sabah,sebab dapat hospital kat sana.So kenalah menetap pulak kat sana.Then,something happened,and dari situ,Elena kenal Joshua.Joshualah yang banyak tolong Elena sepanjang Elena kat Sabah.Family tak ada kan kat sana.After that,we decided to couple,”cerita Elena penuh bahagia.Tak tergamak pulak rasanya Baheera nak merampas kebahagiaan Elena.Tambahan lagi,mereka masing-masing kelihatan sangat menyayangi antara satu sama lain.

“Patutlah pun..Awak memang cantik Elena.Untung Joshua dapat awak,”tutur Baheera sambil memujinya.

“Thank youu..Doakan kami ya,”pinta Elena dalam nada gembira.

“Yes sure,”jawab Baheera penuh keyakinan dengan sebuah senyuman.Eh jap,jap..Pelik pulak kenapa aku tak jealous ha?Memang langsung tak jealous,bisik hati kecil Baheera yang masih lagi tidak memahami akan perasaannya sendiri.

“Macam best je losyen Elena tu?Brand apa?Nak try sikit."

Munirah Dyna Irsa beauty lotion.Brand ni memang dah diuji secara klinikal.Selamat dan perfect untuk mencantikkan kulit,”beritahu Elena sambil meletak sedikit losyen tersebut di atas telapak tangan Baheera.

“I see..Losyen ni lah brand tempatan yang dah sampai ke luar negara tu kan..”

“Ha’ah..Bestkan pakai.Ni Elena beli masa pergi Sydneyla hari tu.Ingatkan memang brand sana.Sekali made in Malaysia.Haha..Senang nak cari lepas ni.”


Bersambung...



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku