Rumah Agam
Bab Bab 3
Nor
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novelet
Paparan sejak 25 Januari 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
334

Bacaan






     Nick melangkah laju ke arah adik kembarnya lalu menghadiahkan penumbuk ke muka Nazri tanpa senpat dia mengelak. Berlaku pergelutan diantara keduanya sehingga Sarah mengambil kayu pemukul dari belakang pintu dan memukul kepala Nick dengan sekuat tenaganya.

    Nick memegang kepalanya yang cedera. Tnagannya mulai dibasahi darah merah yang mengalir dari kepalanya. Nick memandang Sarah seketika sebelum dia rebah menghempap tubuh Nick yang terbaring di lantai bilik. Nazri menolak tubuh Nick yang tidak sedarkan diri dari tubuhnya. Sarah melepaskan kayu pemukul dari pegangannya. Tubuhnya mengigil. Tidak menyangka dia akan bertindak seperti itu.

    Nazri memeriksa nadi pada leher Nick.  Namun tiada nadi yang berdenyut. Di pandang Sarah yang berdiri kaku di sisi Nick.

     " Dia... dah mati!"

     Sarah menekup mulutnya dengan tangan apabila mendengar kata- kata yang diucapkan Nazri, kekasih gelapnya.

    " I... I... I tak sengaja... I betul- betul tak sengaja..." ucap Sarah tergagap- gagap.

     Dia terduduk apabila memikirkan Nick yang sudah mati. Tubuhnya mengigil hebat. Dia tidak mahu meringkut di dalam penjara. Dia tidak mahu!

     " Tolong I, Nazri... tolong I. I tak mahu meringkut dalam penjara. I takut... I tak mahu."
   
      Sarah menangis teresak- esak. Dipandang wajah Nazri dan berharapkan pertolongan dari kekasih gelapnya itu.

      " I pun tak mahu. Dah, jom tolong I uruskan  mayat Nick ni." ucap Nazri.

      " You nak buat apa dengan mayat ni?"

      " Kita buang lah. Tak kan nak biar aje macam ni. Dah, you pergi ambil mop dengan baldi. You cuci sampai bersih darah- darah ni. Jangan sampai ada yang tertinggal." Arah Nazri kepada Sarah. Seperti lembu yang dicucuk hidung, Sarah berlalu ke dapur untuk mengambil barang- barang yang diperlukannya sebelum kembali ke dalam bilik.

        Nazri menarik kain cadar pada tilam yang terdapat di dalam bilik itu lalu membalut mayat Nick dengan bersusah payah. Setelah selesai, dia memikulnya menuju ke kereta Nick. Mayat Nick dimasukkan ke dalam bonet dengan berhati- hati. Nazri kembali melangkah ke dalam rumah dimana Sarah sedang berada.

       " Dah?" tanya Nazri. Sarah hanya menganggukkan kepalanya tanda mengiakan.

       " Kalau dah, jom ikut I."

        " Nak ke mana?" tanya Sarah. Dahinya dikerutkan.

       " You ikut aje lah. Jangan banyak tanya." protes Nazri.

      Keduanya berjalan seiringan menuju ke kereta. Nazri memandu kereta milik Nick menuju ke belakang bukit yang terdapat sebuah tasik terbiar dan tidak lagi dikunjungi orang tidak jauh dari rumah agam itu.

      Setelah sampai di tempat yang di tuju, Nazri mengeluarkan mayat Nick dari bonet dan diletakkan padatempat duduk pemandu. Dipakaikan tali pinggan keselamatan sebelum dia dan Sarah menolak kereta itu sehingga menjunam ke dalam tasik yang dalam itu.

    Nazri dan Sarah tersenyum puas. Sekiranya ada sesiapa sekalipun yang menjumpai mayat Nick, mereka tetap tidak akan disyaki. Dan kematian Nick akan dianggap sebagai mangsa kemalangan kerana kereta yang terbabas ke dalam tasik dan menyebabkan kematian!


Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab Bab 1 | Bab Bab 2 | Bab Bab 3 |
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku