Goresan Penulis Jalanan
Bab bingkisan penulis jalanan
Genre: Keluarga
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
315

Bacaan






BAB 1 ;MONOLOG PENULIS JALANAN

Perjalanan hidup ini kadang kala pasang surut.Jika seseorang kuat imannya maka berjayalah ia dalam hidup ini tapi……….jangkaan hidup yang baik dan buruk datang dari ketentuan illahi.Oleh itu anda harus muhasabah setiap minit dan saat akan kekuatan dan kelemahan hidup sebelum tidur serta senantiasa memaafkan orang lain jika iamelakukan dosa terhadap anda. Harus ingat ketika tidur adalah perjalanan insan diantara hidup dan mati seseorang hamba allah .

Azman nama yang diberi ketika lahir di Rumah Sakit bersalin Kuala – lumpur pada 2hb June 1969 jam 5.30pagi.Waktu beliau dilahirkan suasana kuala lumpur sedang berlaku 13Mei 1969 dimana pergaduhan diantara kaum berlaku kerana kurang puashati terhadap kedudukan mereka sebagai warganegara Malaysia. Man …….ibu berharap bila kamu dewasa jadlilah rakyat yang berjasa serta memahami inspirasi Negara tercinta Malaysia.Ayahnya seorang pekerja lokomotif di Keretapi Tanah Melayu dimana gajinya hanya RM450(empat ratus lima puluh saja) ……entah cukup atau tidak untuk sara keluarganya.Beliau mempunyai adik beradik seramai 13 orang ketika itu dimana 2 wanita serta 11 lelaki…….hebat bukan ibunya melahirkan dan menjaga hingga Berjaya dalam hidup.

Hari demi hari berlalu……..aku dibesarkan dengan penuh kasih saying oleh ibu dan ayah ku walaupun 13 Mei sedang berlaku dan hidup yang agak susah waktu itu……”Ya allah bukalah pintu rahmat keluarga ini dan permudahkanlah urusan dunianya serta ampunilah dosa kedua – dua ibu bapa kami”……..luahan doa oleh abangnya ketika sembahyang tahajud.Ketika 13 Mei 1969 aku dibesarkan dan tidur dibawah meja menggunakan daun pisang yang mana agak susah nak keluar beli barang – barang keperluan untuk keselamatan diri dan keluarga masing- masing. Entah bagaimana dan kenapa manusia waktu itu penuh dengan emosi dan riak dengan diri sendiri serta tidak rasa sifat kasih saying dan hormat menghormati antara satu sama lain tanpa kira bangsa.

Siang malam dengar dentuman bom,senapang,dan jeritan manusia yang keluar dari terseksa hidup untuk cari sesuap nasi untuk keluarga masing - masing”……keluhan cerita ibu dan ayah pada anak – anaknya .Waktu kejadian tersebut rakyat hanya makan ubi kayu dan ikan masin sahaja…..bagi diri aku bubur kosong dan susu badan ibu untuk hidup dan sihat sepanjang masa . Genap setahun kejadian 13 mei berlaku di Tanah Melayu ketika itu di panggil .

Suasana yang tidak seimbang ini telah berlanjutan sekalipun negara telah mencapai kemerdekaan . Bahkan suasana sosio-ekonomi yang tidak seimbang itu semakin melebar akibat daripada penekanan yang berlebihan terhadap pertumbuhan ekonomi tanpa menghiraukan ketidakseimbangan sosio-ekonomi dalam masyarakat Malaysia. Perkembangan rumit yang melibatkan kelas dan kaum ini akhirnya telah membawa kepada meletusnya peristiwa 13 May 1969.kata – kata dari ayah dan ibuku tentang hal ini.

Hari makin berlalu dengan cepatnya dan masa senantiasa meninggalkan dunia manusia tanpa mengira siapa yang laju atau lambat dalam hidup ini. Ayahku seorang pekerja lokomotif di Keretapi Tanah Melayu (KTM)dimana setiap hari menaiki basikal tuanya ketempat kerja.Ibu senantiasa menerima tempahan jahit bagi menyara hidup keluarganya. Aku merupakan anak yang ke Sepuluh(10) ketika itu.Waktu itu membesar dengan makan ubi kayu dan bubur saja.Sukar untuk cari makanan dan nilainya hanya 1sen sahaja diwaktu zaman tersebut.

Azman kau harus ingat kata abangnya ditelinga anak kecil ini dia berkata “Jangan kau lupa siapa bangsa mu dan biarlah ia menjadi bangsa yang bermaruah”…Sehingga kini penulis ini adalah seorang akademik disalah sebuah pusat pengajian tinggi di Melaka.Dengarnya beliau mempunyai seorang anak dari hasil perkahwinan bersama Fara Emillia bt Mohammad.Hampir 20 tahun bersama Institusi tersebut.Wah agak terkejut jua lihat kegigihan penulis ini menjadi seorang pendidik untuk anak bangsanya.

BAB 2:PENDIDIKAN DAHULU DAN KINI

Waktu zaman Penjajahan ayah dan ibu ku belajar hingga Darjah 4 (empat ) dan 6(enam). Pergi sekolah pun jalan kaki jauh tempatnya dimana hanya pakai selipar atau kasut biasa.waktu itu nilai ringgit agak rendah dimana satu sen bersamaan 10 sen nilainya.

Anak ku azman kamu beruntung setelah Lapuran Rahman Talib dan Razak terbentuk maka pendidikan bertambah maju dan berkembang dalam pelbagai aspek.Oleh itu ayah dan Ibu telah bersetuju menempatkan kamu di Sekolah Rendah Kebangsaan Brickfields Satu Jalan Sultan Abdul Samad.Bermula lah dunia aku sebagai murid bagi mengapai cita – cita kedua dua ibu bapaku. Setiap hari aku dibangkitkan awal…..man bangun solat dan siap untuk pergi sekolah nanti lambat pulak.

Waktu kecil aku merupkan anak yang paling malas dan degil untuk belajar dan membantu ayah dan ibu ku. Ketika di Sekolah guru yang di beri nama S.S. Nordin merupakan guru yang tegas dan berdisplin ketika mengajar.Otak yang lembap dan tak focus ketika sekolah membuatkan aku sering dimarahi dan ditegur oleh abangku sendiri. Azman mari sini dan hafal sifir 3 hingga 6 sekarang….kata kata abangku waktu bersama untuk belajar.

Setiap hari aku dan abang – abangku jalan kaki ke Sekolah namun ada jua sekali sekala ayahku menghantar ke sekolah menaiki basikal tua.Jarak diantara Bangsar Flat Johor ke Jalan Sultan Abdul Samad ialah 3km saja perjalanannya.

Teringat kata – kata punjangga iaitu :Wrigfields dan Asher 1983 menyatakan bahawa Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam perkembangan motivasi pencapaian.

Ibubapa kelas menengah pada umumnya memupuk motivasi pencapaian yang tinggi terhadap anak dengan harapan kejayaan mereka yang tinggi serta penglibatan mereka dalam aktiviti yang berkaitan dengan pencapaian.

Aku merasai seperti berat untuk menunaikan harapan mak dan ayahku ketika belajar.namun gitu aku terus juga belajar bersungguh – sungguh bersama abangku. Ibu ku panggi lalu ia berkata ……Wahai anakku azman kamu perlu faham dimana masa depan tidak begitu cerah, dan tidak begitu malap jua jika kita malas dan tak fokus dalam pelajaran……lalu aku menjawap faham ibu dan terima kasih atas nasihat mu itu. Pelbagai ilmu dan gaya pembelajaran yang aku pelajari ketika berada di Sekolah Rendah dimana waktu pencapaian Penilaian Darjah 5 dimana kurang memuaskan….aku telah kecewakan harapan keluarga.Namun aku tetap bersyukur kerana telah lulus dalam semua matapelajaran.

Azman jangan cepat puashati terhadap pencapaian Penilaian darjah 5 ini….kata abang – abang aku dimana banyak yang perlu dilaksanakan lagi.Zaman kini persekolahan sekarang dalam Matematik menggunakkan sempoa dan kadang – kadang ia harus menggunakan calculator. Ayah…..boleh tak saya tution untuk matapelajaran yang lemah…..pertanyaan aku pada ayahku.

Waktu pulang dari sekolah sebelah tengahari aku siap pula untuk pergi Sekolah Agama bagi mengaji dan pelajari agama dalam aspek Fekah,Tauhid, tajwid,Tasauf dan Akhlak.Terasa penat jua dimana waktu rehat kurang namun semangat ingin Berjaya aku usaha jua untuk capai matlamat ayah dan ibuku.Waktu malam aku tetap kena solat dan mengaji dengan ayahku….seram jua kerana ayahku garang dan tegas ketika ngaji jika tajwid dalam sebutan salah. Sekarang dunia persekolahan telah berubah dimana dunia teknologi modern di digunakan dan dasar pendidikan minda.bayangan waktu aku dulu di panggil Sijil Rendah Pejaran tapi kini ia di panggil Penilaian taksiran tingkatan 3 (PT3). Syabas Pemimpin akademik dimana banyak pendekatan dan pembaharuan dilaksanakan bagi melahirkan anak watan yang mampu Berjaya dengan cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi kelak.

BAB 3 : DAKU BERSAMA KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

Disini bermula masa depan anda ……tuu adalah kata – kata semangat yang aku terima sebagai siswa di salah sebuah kolej universiti di Melaka. Ia merupakan salah sebuah kolej universiti Islam yang menerap nilai – nilai Islam , budaya kerjasama serta menanam sikap ingin berjaya ketika mendidik siswa/I yang sedang belajar dalam pelbagai peringkat diploma dan Ijazah .Bidang yang ditawarkan buat pelajar -pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ialah Perhotelan ,Pelancongan,Perniagaan,Kejururawatan,Pengajian Islam ,Psikologi dan pelbagai lagi. Hebatnya Kolej Universiti ini ia mempunyai tiga bahasa pengantar iaitu Arab,Inggeris dan Bahasa Melayu serta tenaga Pengajar adalah berpengalaman dan mempunyai inspirasi yang tingi dalam bidang masing –masing. Segala bidang Pengajian telah mendapat Pengiktirafan MQA dan ada diantara bidang pengajian telah mendapat Pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Bila kali pertama jejak kaki ke Kolej Universiti tersebut saya teruja bila melihat persekitaran serta sambutan yang saya terima ketika daftar sebagai mahasiswa. Dalam hati saya berkata …..terima kasih ya allah kerana menemukan saya dengan Kolej Universiti ini dimana jiwa tenang dan bersemangat untuk mulakan pengajian dalam bidang Hospitaliti.Bayangkan jika saya tamat dalam bidang hospitaliti saya boleh ceburi Industri dengan menerapkan pelbagai konsep Islam ketika pelanggan memilih ingin melancong dan ingin menunaikan umrah serta menjalankan juga Perkhidmatan Perhotelan.Kolej Universiti ini jua ada memberi fahaman dan pendedahan tentang peranan siswa/I serta bagaimana berkawan melalui aktiviti persatuan mahasiswa/i tidak kira umur atau darjat ia harus ikuti dan faham kontek kerjasama.

Para siswa/i seharusnya mempunyai semangat dan niat yang betul ketika masuk Institusi Pengajian Tinggi awam maupun swasta. Peranan utama yang diterapkan ialah para siswa /I merupakan pemangkin kepimpinan akan datang maka perlu belajar bersungguh – sungguh jika ingin jadi pemimpin.Dalam kontek kedua para mahsiswa/I perlu faham harapan ibu bapa anda yang ingin lihat anda berjaya di masa depan tetapi anda gagal laksanakan amanat tersebut disebabkan gagal bawa diri dan leka ketika belajar.Berdikari secara menyeluruh merupakan amalan yang amat baik dan positif ketika berjauhan dari keluarga ketika belajar.Antara sifat yang perlu ialah jimat belanja,rajin kemas bilik serta tidak tinggal solat walaupun kedua – dua ibu bapa tiada disampingnya.

Harus ingat jika anda malas,tiada semangat serta lupa pesanan ibu bapa mungkin apa yang dirancang peringkat awal akan gagal.Perkara yang amat penting ialah susun atur makanan seharian agar kita senantiasa sihat serta boleh fokus dalam pembelajaran sepanjang semester.Jadual aktiviti harian yang tersusun akan membawa anda berjaya mengejar cita – cita tercapai.Bila saya diberi penerangan tentang peranan dan harapan keluarga ketika berada di Kolej universiti ini hati aku maklum bahawa aku tidak tersalah memilih tempat belajar demi masa depan.

Soal masa depan yang ada pada Kolej universiti ini tidak dapat dinafikan lagi……..kawan – kawan aku yang tamat di Kolej Universiti ini telah dapat kerja melalui tawaran maupun ketika latihan amali berjalan dengan industri walaupun tempuh tawaran kadang ambil masa lebih enam bulan……yang penting sabar dan jangan pilih kerja.

Kalau ingin gaji besar selepas belajar peringkat Diploma terus sambung peringkat Ijazah walupun ia susah sedikit dan kos pengajian agak tinggi sedikit…….jom belajar demi masa depan yang cemerlang.Ooh tentang aktiviti sukan di Kolej Universiti ini tak kurang hebat berbanding kolej – kolej lain.

Saya dengar baru – baru ini dalam Sukan Instut Pengajian Malaysia 2013 dalam acara silat dapat pingat gangsa ,jemputan Antarabangsa pula ia dapat kutip pingat perak……wah hebat juga ia Kolej ini.Bolajaring juga merupakan sukan yang sering menempa nama dimana 2013 peringkat zon selatan menjadi naib johan dikalangan sepuluh Institusi Pengajian Tinggi Swasta terlibat,acara petanque pernah menyertai peringkat saingan IPTA/S Di universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Nah apa lagi pelajar – pelajar jom kita masuk ke Kolej Universiti ini demi masa depan serta suasana pembejaran yang baik dan kondusif tanpa mengira usia anda.Kolej Universiti saya maksudkan ialah KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA yang terletak di KUALA SUNGAI BARU.Jangan malu atau segan bertanyalah pada mereka yang akan pimpin dan bimbing anda kearah masa depan yang cerah

BAB 4 :HOSPITALITI MEMPERKASA PERPADUAN UMMAH MELALUI MESRA,TELUS DAN TEGAS DALAM KULIAH

Apa yang anda akan buat bila tamat pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam maupun Swasta?Ini harus difikir dan di fahami oleh semua bakal – bakal graduan yang akan tamat serta tercari kerja yang mengikut kelayakan akademik anda.Ingat jangan fikir nak makan gaji aje tanpa berusaha gigih dan ikhlas dalam pelaksanaan tugas yang diamanahkan

Jom kita lihat apa yang dikatakan dalam pandangan agama iaitu 9/10 merupakan sumber rezeki datang dari dunia perniagaan.Manusia ingin kaya dan senang dalam kehidupannya namun mereka tertanya bagaimana hendak jadi kaya jika lihat orang lain saja tanpa berusaha dengan gigih serta berzakat apabila sampai serunya.Kolej Universiti Islam Melaka merupakan satu Institusi yang memainkan peranan bersama Kerajaan Negeri membangun modal Insan dalam akademik dan Ko – Kurikulum demi mencapai Wawasan 2020 serta negeri maju Fasa ke 2.

Demi merealisasi Kerajaan Pusat dalam melahirkan belia yang berwawasan dan belia penjana ekonomi negara Kolej Universiti Islam Melaka melalui Fakulti Pengurusan Hospitaliti (KUIM) telah memperkasakan dunia keusahawanan terhadap siswa-siswi melalui Penganjuran Festival Tradisional dan Keusahawanan. Melalui khidmat nasihat dan bimbingan Pengarah Hal Ehwal Mahasiswa/I En. Baharom Said,Mantan Dekan Fakulti Pengurusan Hospitaliti serta Dekan melalui Pengajar subjek telah meletakkan subjek Keusahawanan perlu menjalani satu proses aktiviti kumpulan dan diberi markah dalam hasil projek tersebut.

Fakulti Pengurusan Hospitaliti bersama Persatuan Mahasiswa/I Fakulti Pengurusan Hospitaliti telah menganjurkan Final Projek yang dipanggil FESTIVAL TRADISIONAL DAN KEUSAHAWANAN.Pelbagai aktiviti,tema dan konsep telah diterjemahkan oleh Mahasiswa/I bagi menjayakan program tersebut.Dalam soalan ini satu syarikat telah dibentuk dan Managing Director telah dilantik bagi merealisasikan susun atur kerja serta aktiviti pelantikan jawatankuasa dapat dilaksanakan.Tiada modal diberikan dimana mereka sendiri harus faham bagaimana hendak mencari serta melaksanakan program ini dengan susun dan teratur

“Usahawan bersedia mengabdikan diri kepada allah melalui perniagaan dalam usaha untuk memenuhi tuntutan fardhu kifayah dengan menyediakan perkhidmatan kepada keseluruhan masyarakat”

Dalam perkara inilah ilmu keusahawanan perlu ada penekanan dan pemahaman yang simbolik tentang mengapa perlu ada usahawan dan bagaimana perniagaan yang dijalankan merupakan satu aktiviti tuntutan fardhu kifayah pada semua golongan siswa/i yang terlibat dalam program ini.

Dalam perkara lain yang perlu di pertekankan ialah Etika seorang Usahawan dimana ia bertujuan melahirkan usahawan beramanah dan tanggungjawab ketika jalankan tugas sebagai seorang usahawan atau siswa/i Institusi Pengajian Tinggi. Kita lihat hari ini ramai golongan usahawaan muda dibentuk tapi tidak bertahan lama dalam dunia perniagaan mereka…….ngapa? Apa yang boleh dilihat dan difahami adalah kerana sifat ingin cepat kaya dan tak jujur dalam sebarang kerja yang dilaksanakan.

Oleh itu para siswa/i KUIM perlu diberi pendedahan dunia perniagaan produk makanan, perkhidmatan hotel. Pelancongan dan sebagainya secara terbuka dan tersusun agar mereka dapat fahami bekerja sebagai satu pasukan, menilai susah dan senangnya mencari sesuap nasi, mengharungi sebarang risiko serta halangan yang dihadapi serta berkongsi pendapatan lumayan bersama golongan yang memerlukan tanpa kira kaum dan bangsa.

Harus diingat dalam subjek keusahawanan pemahaman teori dan amali berniaga adalah satu perkara yang berbeza …..disamping itu jua perlu faham kenapa perlu ada mentor atau juru tunjuk dalam perniagaan agar mereka boleh pelajari pengalaman serta menceduk ilmu perniagaan dari mentornya.Syabas dan Tahniah jika anda berjaya dalam mengaplikasikan dunia usahawaan ini dengan baik dan bahagia dalam hidup anda

Bab 5 SUKAN PEMAKANAN DAN ISLAM

Sukan merupakan satu aktiviti harian yang dijalankan secara kumpulan maupun individu.Ia jua merupakan aktiviti gaya sihat untuk setiap kehidupan manusia yang inginkan kesejahteraan hidup

Dasar Sukan Negara pada tahun 1988 yang telah diluluskan oleh Kerajaan Malaysia ialah “Satu Usahasama yang melibatkan secara langsung diantara agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan, sektor swasta, persatuan sukan,rekreasi dan kecergasan, pertubuhan – pertubuhan .Majlis – majlis sukan, Institusi Pengajian tinggi, organisasi serta orang perseorangan yang mempunyai kepakaran dan kepentingan dalam promosi bidang kesukanan.” Dasar seperti di atas amat penting bagi sesebuah organisasi atau persatuan sukan atau individu bagi mengatur, mengawal,serta tindakan, kaedah dan tatacara untuk sesebuah kerajaan atau perniagaan dilaksanakan,berdasarkan satu system pentadbiran yang berpandukan minat dan bukan semata- mata berpandukan prinsip.

Prestasi dan pencapaian sukan perlu dinilai secara komprehensif bagi beberapa tahun lalu untuk mencari kelemahan dan kelebihan dalam memberi panduan untuk di nilai secara komprehensif agar ia boleh memberi panduan, rancangan dan cadangan bagi menentukan perkembangan yang sistematik melalui pendekatan saintifik, disamping pentadbiran yang dinarnik ,efektif dan spesifik bagi sesebuah organisasi maupun Institusi Pengajian tinggi diperingkat dalaman maupun nasional. Jom lihat bagaimana sukan itu dilaksanakan secara ikatan ukhwah dan berpasukan dari hasil selidikan saya sendiri.

Secara umumnya sesuatu sukan itu dilaksanakan atau datang dari individu, rakan - rakan yang sama – sama bermain dan dimotivasikan melalui kualiti dalaman yang penuh minat serta diserapkan sifat keseronokan ketika bermain.

Dari hari ke hari kumpulan yang bermain akan bertambah ahli-ahlinya dimana akan jua terbentuk pasukan sorak jika ramai yang ingin melihat pasukannnya menang. Mereka pula bertemu untuk membuat satu dasar atau polisi yang berkaitan sukan yang diceburi untuk kebaikan pasukannya serta organisasi maupun Institusi Pengajian tinggi .Bagi mencapai atau menempah matlamat dalam bersukan ia perlu mempunyai sistem sosial dan politik yang komprehensif serta demokratik bagi mengejar kejayaan yang diimpikan setiap masyarakat dunia sukan. Para atlet –atlet yakin dan percaya kepimpinan yang berdasarkan demokrasi , mempunyai ilmu sukan dan memahami pembangunan sukan akan membawa kejayaan serta mengutuhkan lagi kreabiliti dalam pengurusan sukan yang baik.

Di Malaysia yang aman damai serta pemipin yang berjiwa rakyat telah meletakkan sukan sebagai satu gaya hidup sihat buat rakyatnya dimana penglibatan kerajaan dalam sukan berprestasi tinggi telah meningkat secara beransur – ansur apabila tahap kesefahaman tentang sukan dan permintaan kepada sukan berprestasi tinggi di peringkat antarabangsa mula meningkat.

Kerajaan kini telah member komitmen yang tinggi dalam bidang sukan dan kesihatan bagi mencapai KPI yang baik dan cemerlang bagi hidup rakyat.Oleh itu sebagai rakyat yang berjiwa sukan bimbinglah anak – anak kita dengan displin tentang dunia sukan dan erti hidup gaya sihat melalui sukan. Banyak prasana sukan telah terbina dan pencapaian telah dihasilkan melalui atlet – atlet yang berwibawa maka teruskan agar Malaysia akan dipandang tinggi oleh dunia luar.

Seseorang individu yang mengamalkan gaya hidup yang aktif serta lebih sensitive terhadap kesejahteraan dirinya dan memahami maksud sebenar kenikamatan penglibatan dn semangat pertarungan. Segala aktiviti ini dilakukan di dalam persekitaran samada secara perseorangan di dalam suasana kekeluargaan, di kalangan sahabat handai,di dalam kumpulan – kumpulan sukarelawan ataupun di dalam suasna komuniti yang berlainan. Rakyat Malaysia yang minat dan inginkan Berjaya dalam bidang sukan ia perlu menanamkan displin dan menjaga pemakanan yang baik mengikut keperluan metabolism mereka ketika bersukan.

Soal makanan yang seimbang dan tesusun bagi atlet sukan amat penting bagi mengekalkan kecergasan diri ketika bermain selain menjalani latihan kecergasan fizikal sebelum bersukan .

Kita semua tahu apa saja yang kita makan makanan yang dimasak atau mentah akan terhasillah bahan kimia yang dipanggil Zat makanan.Zat makanan adalah terdiri dari Protein, Karbohidrat, Kalsium,lemak, Vitamin,Serat dan air. Ada beberapa perkara perlu di lihat dan diajar pada atlet agar ia faham ngapa makanan dan latihan fizikal penting bagi mengekalkan kecergasan diri ketika menyertai sebarang kejohanan sukan.kadang – kadang orang suka hati makan tanpa melihat kolestrol dan kandungan harian yang diperlukan dalam kehidupan seharian namun ini amat penting sekali untuk diteliti oleh mereka yang faham makan secara sederhana dalam Islam dan bersukan bagi kecergasan diri.bagi seseorang atlet sukan ialah bahawasanya makanan mereka terbahagi kepada tiga kategori iaitu makanan yang diperlukan dalam latihan sukan,yang kedua makanan yang diperlukan ketika menyertai kejohanan dan yang akhir ialah makanan yang boleh menjana metabolism optimal ketika bersenam. Bayangkan bagaimana perkara ini tidak di endah oleh atlet atau pihak pengurusan Sukan Organisasi atau badan – badan berkanun yang menguruskan atlet hingga berjaya dan cemerlang dalam sukan.

Dalam erti kata mereka yang bergelar atlet pelbagai jenis sukan perlu mengambil makanan yang seimbang dimana ia perlu ada enam komponen utama iaitu karbohaidrat untuk menghasilkan tenaga , protein bagi tumbesaran dan untuk sel – sel tisu badan,kalsium untuk tulang yang kuat, lemak bagi proses metabolism dalam badan , vitamin dan sebagainya.Satu persoalan mengapa atlet bina badan hanya mengambil putih telur dari kuning telur ? Adakah kerana kolestrol terlalu tinggi atau memang telur kuning tidak sedap rasanya. Jaga


BAB 6 :TEKNOLOGI PENYEDIAAN MAKANAN ISLAM BAGI ATASI STRESS KEHIDUPAN

Manusia perlu makanan yang berkhasiat bagi melaksanakan pelbagai aktiviti seharian.Oleh itu kita perlu kupas dan faham bagaimana ia boleh menjadi satu ibadah serta atasi stress ummah dalam teknologi Penyediaan makanan Islam.

Manusia akan masak dan makan dikala pagi hingga ke malam untuk sisi keluarga apabila tiba masanya.Kita sering cerewet serta sakit kepala bila fikir soal masakan setiap hari dimana banyak perkara yang perlu difikirkan seperti duit belanja,menu yang nak digunakan dan berapa kali perlu masak . Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." (QS AlA'raf [7]: 31).Maka dalam kontek ini jelas meletakkan pada kita jangan berlebih – lebihan atau melampui batas dalam apa jua khususnya dalam kontek penyediaan makanan .

Kadang – kadang kita tidak fikirkan soal halal makanan atau bagaimana hendak dapat makanan yang halal agar jiwa kita sihat serta kuat beribadah pada yang maha esa. Oleh itu satu tranformasi minda perlu dilaksana dimana mengambil kira naluri orang yang hendak makan . Mingguan Malaysia Ahad 9hb November 2014 pandangan Prof . Dr Muhaya berkaitan dengan atasi stress anak – anak ketika menghadapi Peperiksaan ialah beserah dan bertawakal kepada allah.Percaya kepada qada dan qadar allah ,akan menghilangkan stress ketika menghadapi dan sesudah menghadapi peperiksaan. Oleh itu satu teknologi penyediaan makanan Islam mengikut garis panduan amat penting yang bertujuan memberi kefahaman kepada penggendali dan orang awam khusus buat umat Islam serta bukan Islam mengenai aspek halal mengikut hukum syarak yang merangkumi penyediaan, pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan, pengendalian serta minuman dan barang gunaan orang Islam.

Ungkapan “halal lagi baik”, maksudnya halal dari sudut sifat makan itu dan baik bermaksud makanan yang berzat. Ini bertujuan supaya apabila makanan itu dimakan, ia bukan sahaja mengenyangkan dan pada masa yang sama dapat memenuhi keperluan jasad manusia dari sudut mineral dan vitaminnya sumber Utusan Malaysia Julai 2008


Oleh itu sifat yang pertama (1) yang perlu ada ialah ikhlas dan minat ketika hendak masak:

Masuklah dapur dalam keadaan minat, serta ikhlas dalam penyediaan makanan untuk keluarga maka apa yang dilaksanakan pasti berkat dan rahmat makanan tersebut. Bukan apa saya pernah lihat dan terjadi dalam hidup yang sudah menjangkau 46 tahun.Insyallah bersihkan diri dan gunakan sumber yang halal ketika masak maka akan terbentuk jiwa anak yang tenang dan sabar ketika hadapi peperiksaan.

Ia boleh dilakukan dimana saja dalam hidup kita seharian hatta di dapur kita sendiri.Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Setiap jasad yang membesar daripada benda-benda yang haram maka api nerakalah yang layak baginya.”Riwayat al-Baihaqi dan Abu Nuim .Amalan untuk bentuk diri manusia yang murni boleh dilakukan ketika basuh ikan, beras sayur atau memanggang sesuatu makanan……dengan selawat keatas nabi serta berzikir .berapa ramai yang berniat atau berdoa dalam hati YA ALLAH BERKATI MAKANAN INI SERTA KUATKAN IMAN HAMBA MU YANG MAKAN MASAKAN HAMBA MU INI atau. YA ALLAH DENGAN IZIN MU JIKA MANUSIA MAKAN MASAKAN INI AKAN KUATLAH IMANNYA DAN BERSIHKAN HATI DARI SIFAT MUNAFIK. Renung dan fikirlah ngapa terlalu banyak kes masalah sosial dan stress maupun jenayah adalah disebabkan apa?

Sering bertanya berapa ramai di antara kita sayang pada badan kita serta sayang pada makanan untuk di makan. Dalam hidup ini kita perlu tahu kapsiti metabolism badan sendiri dan teknik penyediaan makanan yang diperlukan dalam tubuh badan mengikut konteks Islam serta mempunyai jadual makan setiap hari agar lahirkan tubuh badan yang sihat.

Apa yang hendak disampaikan ialah setiap hari kita makan sedap tapi peratusan diantara kita yang melakukan proses penyediaan makanan dan senaman setiap hari agak berkurangan dimana berat badan akan naik serta penyakit menyerang secara senyap.

Teknologi penyediaan masakan dalam kontek Islam yang amat baik ialah gunalah kurma,kismis,buah badam dan minyak zaitun yang mana kualiti kalori yang sederhana dan baik dalam kontek Islam . Dalam seminggu kita digalakkan mengambil makanan seperti bubur,soup,ikan kukus dalam kalori seharian kita supaya kandungan kolestrol yang rendah dan proses metabolism yang baik.

Jujur pada diri semua orang ingin sihat minda,roh, serta tubuh badannya tanpa stress tapi bila di pancarkan persoalan ini ramai yang tidak puashati atas apa yang disampaikan pada diri mereka.

Sifat yang ketiga (3) ialah senantiasa pentingkan kebersihan dalaman dan luaran ketika berada di dapur:

Kontek bersih dalam pandangan Prof . Dr. M.Abur Rahman MA ;

(Petikan kata Prof . Dr. M .Abur Rahman MA bahawasanyaAgama dan ajaran Islam menaruh perhatian amat tinggi pada kebersihan, baik lahiriah fisik maupun batiniyah psikis. Kebersihan lahiriyah itu tidak dapat dipisahkan dengan kebersihan batiniyah.

Oleh karena itu, ketika seorang Muslim melaksanakan ibadah tertentu harus membersihkan terlebih dahulu aspek lahiriyahnya. Ajaran Islam yang memiliki aspek akidah, ibadah, muamalah, dan akhlak ada kaitan dengan seluruh kebersihan ini. Hal ini terdapat dalam tata cara ibadah secara keseluruhan).


Pelbagai sudut telah dilihat dan bincang pada masa kini…..jom kita lakukan teknologi penyediaan makanan dalam kontek Islam agar hati dan jiwa senantiasa,berkat dan rahmat .Walaupun dunia semakin modern dari teknologi perkakas masak serta teknik penyediaan masakan ilmu agama serta naluri hati harus jua jujur ketika masak untuk beribadah dan inginkan kepuasan hati ketika hidang pada pelbagai masyarakat umum.

Renung dan fikirkan kenapa Ayam goreng makanan segera sedap dan digunakan dalam pelbagai bentuk hidangan makanan seperti burger,bebola ayam serta sop.Mereka mengamalkan konsep teknologi moden ketika menggoreng ayam (deep Fried Cooker steamer)dan Pemanas makanan yang berteknologi sederhana kawalan suhunya bagi mengawal kualiti makanan tersebut.

Islam itu indah dan baik dalam kehidupan kita sebagai insan yang kamil serta beriman pada yang maha esa oleh itu untuk mencari salah satu sifat tersebut ialah kendalikan masakan yang ikhlas dan mengikut syariah Islam yang boleh kita lihat seorang yang bergelar Chef,Ibu, ayah, kakak atau siapa pun yang ingin anak yang sholeh dan sholehah………..insyallah akan terhasil dan masalah sosial akan berkurangan atas keizinan yang maha esa.

BAB 7 : TRANFORMASI TEKNOLOGI PENYEDIAAN MAKANAN DALAM KONTEK ISLAM

Manusia perlu makan makanan yang berkhasiat bagi mendapatkan tenaga bagi melaksanakan pelbagai bidang tugas atau kerja.Oleh itu kita perlu kupas dan faham bagaimana ia boleh menjadi satu ibadah serta pembangunan ummah dalam kontek tranformasi teknologi makanan dalam kontek Islam.

Setiap hari manusia akan masak dikala pagi hingga ke malam untuk sisi keluarga makan apabila tiba masanya. Dalam pandangan Wikipedia menyatakan bahawa Transformasi Laplace adalah suatu teknik untuk menyederhanakan permasalahan dalam suatu sistemyang mengandung masukan dan keluaran, dengan melakukan transformasi dari suatu domain pengamatan. Kita sering cerewet serta sakit kepala bila fikir soal masakan setiap hari dimana banyak perkara yang perlu difikirkan seperti duit belanja,menu yang nak digunakan dan berapa kali perlu masak .kadang – kadang kita tidak fikirkan soal halal makanan atau bagaimana hendak dapat makanan yang halal agar jiwa kita sihat serta kuat beribadah pada yang maha esa.

Oleh itu satu tranformasi minda perlu dilaksana dimana mengambil kira naluri orang yang hendak makan masakan kita dalam teknologi penyediaan makanan mengikut kontek Islam. Panduan ini amat penting yang bertujuan memberi kefahaman dan penjelasan kepada penggendali dan orang awam khusus buat umat Islam serta bukan Islam mengenai aspek halal mengikut hukum syarak yang merangkumi penyediaan, pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan, pengendalian serta minuman dan barang gunaan orang Islam.kadang –kadang kita lupa bagaimana bahan mentah yang dijadikan makanan kita itu besar begitu cepat,segar seperti sinar pagi serta bagaimana kita mendapat wang yang halal dalam membeli makanan ,pakaian serta tempat tinggal untuk keluarga kita dalam keadaan yang suci dan berkat.

Ungkapan “halal lagi baik”, maksudnya halal dari sudut sifat makan itu dan baik bermaksud makanan yang berzat. Ini bertujuan supaya apabila makanan itu dimakan, ia bukan sahaja mengenyangkan dan pada masa yang sama dapat memenuhi keperluan jasad manusia dari sudut mineral dan vitaminnya sumber Utusan Malaysia Julai 2008

Dalam diri ini ingin berkongsi bersama dengan anda semua tentang pengalaman saya bersama arwah Ibu serta Guru saya yang menceritakan pada saya bahawa kita makan memang senang tapi bagi menyediakan mengikut syariat dan akal agak berat bagi seorang penggendali makanan komersial maupun keluarga.

Setiap hari manusia sering berkata maupun berbahas soal Ikhlas dalam pelbagai aspek tapi dalam kontek penyediaan makanan adalah berbeza sekali. Jika mereka masuk dapur dalam keadaan tiada minat, terpaksa atas dasar arahan atau dah lapar sangat maka apa yang dilaksanakan pasti tidak Berjaya dimana mereka akan masakan secara ringkas tanpa kualiti yang sebenarnya.Ada kala manusia tersebut akan membiarkan titisan peluh masuk dalam masakan serta menggunakan bahan perisa tambahan digunakan terlalu banyak.Bukan apa saya pernah lihat dan terjadi dalam hidup yang sudah menjangkau 44 tahun.Insyallah bersihkan diri dan jujurkan hati ketika masak maka akan terhasillah makanan yang berkualiti.

Sifat yang kedua (2) sifat bersihkan hati melalui berzikir pada illahi ketika masak sesuatu makanan.

Ia boleh dilakukan dimana saja dalam hidup kita seharian hatta di dapur kita sendiri.Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Setiap jasad yang membesar daripada benda-benda yang haram maka api nerakalah yang layak baginya.”Riwayat al-Baihaqi dan Abu Nuim .Amalan untuk bentuk diri manusia yang murni boleh dilakukan ketika basuh ikan, beras sayur atau memanggang sesuatu makanan……dengan selawat keatas nabi serta berzikir .berapa ramai yang berniat atau berdoa dalam hati

YA ALLAH BERKATI MAKANAN INI SERTA KUATKAN IMAN HAMBA MU YANG MAKAN MASAKAN HAMBA MU INI atau. YA ALLAH DENGAN IZIN MU JIKA MANUSIA MAKAN MASAKAN INI AKAN KUATLAH IMANNYA DAN BERSIHKAN HATI DARI SIFAT MUNAFIK. Renung dan fikirlah ngapa terlalu banyak kes masalah sosial maupun jenayah adalah disebabkan apa?

Sering bertanya berapa ramai di antara kita sayang pada badan kita serta sayang pada bahan mentah yang kita hendak jadikan makanan untuk di makan.Dalam perkara ini adalah meletakkan jangan membazir serta sayang pada makanan yang berada di sekeliling kita. Dalam hidup ini kita perlu tahu kapsiti metabolism yang diperlukan dalam tubuh badan serta mempunyai jadual makan setiap hari dimana ia akan menjimatkan kos bahan mentah serta menyihatkan tubuh badan.Apa yang hendak disampaikan ialah setiap hari kita makan makanan yang sedap tapi peratusan diantara kita yang melakukan senaman setiap hari agak berkurangan dimana berat badan akan naik serta penyakit menyerang secara senyap.

Lihat bila bulan Ramadhan jelma berapa banyak diantara kita membazir dengan beli makanan yang berlebihan dimana akhirnya masuk tong sampah jua.Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." (QS AlA'raf [7]: 31).Maka dalam kontek ini jelas meletakkan pada kita jangan berlebih – lebihan atau melampui batas dalam apa jua khususnya dalam kontek penyediaan makanan .

Teknologi penyediaan masakan yang amat baik untuk tubuh badan kita ialah kukus ,bakar atau rebus . Dalam seminggu kita digalakkan mengambil makanan seperti bubur,soup,ikan kukus dalam kalori seharian kita supaya kandungan kolestrol yang tinggi dapat dikurangkan.Jujur pada diri semua orang ingin sihat minda,roh, serta tubuh badannya tapi bila di pancarkan persoalan ini ramai yang tidak puashati atas apa yang disampaikan pada diri mereka.

Sifat yang ketiga (3) ialah senantiasa inginkan bersih ketika berada di dapur:

Kontek bersih dalam pandangan kaca mata masyarakat sebenarnya untuk menjadi tarikan masakan yang sedap dan terbaik tidak perlu pun kita berbelanja besar untuk membina pelbagai macam struktur dan lanskap di dapur supaya nampak cantik dimana bagi mereka kalau seluruh ceruk rantau dan sudut dapur, restaurant dan kawasan laman sahaja dalam keadaan bersih akan dapat menarik ramai pelanggan yang akan datang untuk makan.

(Petikan kata Prof . Dr. M .Abur Rahman MA bahawasanyaAgama dan ajaran Islam menaruh perhatian amat tinggi pada kebersihan, baik lahiriah fisik maupun batiniyah psikis. Kebersihan lahiriyah itu tidak dapat dipisahkan dengan kebersihan batiniyah. Oleh karena itu, ketika seorang Muslim melaksanakan ibadah tertentu harus membersihkan terlebih dahulu aspek lahiriyahnya. Ajaran Islam yang memiliki aspek akidah, ibadah, muamalah, dan akhlak ada kaitan dengan seluruh kebersihan ini. Hal ini terdapat dalam tata cara ibadah secara keseluruhan).


Pelbagai sudut telah dilihat dan bincang pada masa kini…..jom kita tranformasi diri kita kearah penyediaan makanan yang lebih baik,berkat dan rahmat buat semua ummah.Walaupun dunia semakin modern dari teknologi perkakas masak serta teknik masakan ilmu agama serta naluri hati harus jua jujur ketika masak untuk manusia kuat ibadah dan inginkan kepuasan hati ketika makan.

Renung dan fikirkan kenapa Ayam goreng makanan segera sedap dan digunakan dalam pelbagai bentuk hidangan makanan seperti burger,bebola ayam serta sop.Mereka mengamalkan konsep restaurant keluarga dengan senyuman dan kata – kata yang manis serta menggunakkan teknologi moden ketika menggoreng ayam (deep Fried Cooker steamer)dan Pemanas makanan yang berteknologi sederhana kawalan suhunya bagi mengawal kualiti makanan tersebut.Islam itu indah dan baik dalam kehidupan kita sebagai insan yang kamil serta beriman pada yang maha esa oleh itu untuk mencari salah satu sifat tersebut ialah kendalikan masakan yang ikhlas dan mengamalkan zikir dalam diri seseorang yang bergelar Chef,Ibu, ayah, kakak atau siapa pun yang ingin anak yang sholeh dan sholehah………..insyallah akan terhasil dan masalah sosial akan berkurangan atas keizinan yang maha esa.


BAB 8:INTEGRITI KERJAYA MEWASATIYAH MATLAMAT ORGANISASI & UMMAH

Dimana mana sahaja dibualkan tentang kurangnya integrity dikalangan orang ramai,pekerja di sector awam dan swasta, organisasi hatta mereka dikampung juga tidak terkecuali.Secara ringkasnya integrity boleh dibincangkan kepada dua bahagian iaitu pertama bersabit dengan individu dan keduanya ialah peringkat Organisasi.

Integriti membawa maksud sahsiah atau sikap seseorangyang dapat menyelaraskan diantara tindakan dengan prinsip moral,etika dan undang – undang serta kepentingan diri dengan kepentingan umum.Manakala peringkat Organisasi dapat dierti kata soal cermin dalam pelaksanaan kod etika,piagam pelanggan atau sistem atau satu proses kerja pematuhan amalan baik. Secara idealnya integrity sama ada di peringkat individu ataupun organisasi bermaksud “Code of Behavior”.

Integriti ini merujuk kepada cara kita bertingkah laku. Apakah tujuan kita melakukan itu dan ini.bagaimana dengan niatnya?dan lebih penting ialah cara atau kaedah untuk mencapai tujuan dan niat itu mestilah dilakukan dengan betul.Ia harus mematuhi ajaran agama dan mematuhi undang – undang.Hari ini kita sering mendengar bagaimana seorang penjawat awam maupun swasta menerima rasuah untuk memudahkan sesuatu proses yang melibatkan kepentingan umum.Pada satu tahap amalan tidak berintegriti seperti memberi dan menerima rasuah ini, seakan akan sudah menjadi sebahagian dari budaya yang diamalkan oleh sebilangan masyarakat pekerja maupun umum.

Jika semua masyarakat melaksanakan kod ini dengan baik mengikut lunas – lunas yang ditetapkan oleh agama dan masyarakat bertamadun nescaya sesebuah Negara itu akan maju dan bertamadun.Soalnya mengapa integriti ini sukar tercapai? Sebenarnya kita tidak perlu melihat terlalu jauh atau besar tentang masalah tiadanya integriti.Tidak perlu sangat untuk kita bincang bagaimana rasuahtelah menjadi barah kepada si polan itu atau si polan ini.Sebelum membincangkan tentang masalah integriti dikalangan orang lain elok perhalusi diri kita sendiri.Dalam masa 24 jam berapa kali kita mandi sehari berapa kali kita memberus gigi,membersihkan bilik tidur melakukan ibadah membaca buku,bertanya khabar ibu bapa dan macam – macam perkara lain yang dianggap remeh. ANDA TAHU JAWAPANYA. Dalam bahasa Arab perkataan rasuah bermaksud “Al Risywah”manakala dalam Al - Quran rasuah digolongkan dalam kata umum batil iaitu meliputi juga perkataan jenayah seperti merompak,menipu dan memeras ugut.Rasuah menyebabkan seseorang menjual prinsip, maruah dan harga diri dimanaIa akan menyebabkan keyakinan orang ramai terutamanya pelabur asing

terhadap kecekapan dan keberkesanan sistem perundangan serta birokrasi Negara ini.Ia harus dijauhkan dan semua masyarakat pekerja perlu menanam sifat wasatiyah dalam kehidupan seharian mereka.

Bagaimana hendak menanamkan sifat melangkah masa hadapan yang lebih cemerlang dengan membuang sifat tamak,kepentingan diri serta lupa pada diri sendiri.Cabaran besar yang perlu ditangani dalam usaha pemantapan etika dan integrity ialah ;

1.Budaya kerja :ia harus diterapkan terhadap kepercayaan dan sikap nilai,kepercayaan dan sikap pekerjaan serta hala tuju.ia perlu dibimbing secara bersepadu oleh semua lapisan pekerja.budaya kerja yang unggul dan cemerlang menjadi asas kepada peningkatan dan kualiti produktiviti.

2.Pemantapan agama :program kesedaran sivik seperti tazkirah,syarahan agama yang bertajuk rasuah membawa musibah serta mengingati bahawa mereka senantiasa di perhatikan oleh dunia luar.

3.Organisasi dan pekerja :meningkatkan kesedaran,komitment dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang.Disamping itu sifat pengukuhan dan semangat bertanggunjawab dikalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti.

4. Sayangi diri dan Malaysia :ia harus meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani abad 21 khususnya cabaran globalisasu dengan lebih berkesan

5.komunikasi berkesan:Komunikasi pekerja di dalam pelbagai bentuk adalah penting untuk memastikan setiap pekerja tahu matlamat organisasi.bentuk komunikasi yang biasa digunakan.Pekerja dan Majikan adalah saluran pengedaran,,masyarakat dan majikan serta berita yang harus dikemaskini cara penyampaiannya .Manakala komunikasi yang jarang digunakan adalah melalui video dan kajian tentang tinjauan ke atas sikapnya.

Bagi menghasilkan warga kerja yang cemerlang di dalam sesebuah organisasi Pengurusan Sumber Manusia perlu mempunyai strategi yang mampan dan berkesan.Pandangan sarimah Hanim berpendapat Pengurusan Sumber manusia merupakan satu pendekatan strategic yang melibatkan elemen terpenting dalam organisasi iaitu individu menyumbang idea,kepakaran dan tenaga kea rah pencapaian objektif organisasi.

1.3 Masjid yang melambangkan kesyumulan ,keadilan dan keinsafan bagi seorang insan yang mengenali diri sebagai khalifah di muka bumi ini.

BAB 9: :ERTI CINTA DALAM KONTEK TRANFORMASIJATI DIRI

Cinta yang manis kata- kata hati bagi seorang insan samada ia lelaki maupun wanita. Kadang cinta yang palsu dan tidak jujur akan bawa kearah kehancuran dan kebinasaan kehidupan ini. Ingat sekali bercinta maka segalanya perlu difahami,diselongkar dan memahami bagaimana cinta yang sedang terjalin akan bahagia, aman damai hingga akhir hayat.

Jom kita kupas makna Cinta hati seorang insan pada kehidupan di persekitarannya serta maha pencipta bumi yang indah ini .CINTA merupakan satu perkataan yang mempunyai simbolik makna serta indah amalan .Ramai manusia bila bertanya tentang Cinta maka mereka pura – pura menjawap aku tak bercinta………..aku hanya mencintai kedua ibu bapaku…….aku hanya punyai seorang pencinta yang bawa aku bahagia dunia dan akhirat.Nyata disini bagaimana cinta itu boleh pengaruhi ilusi dan pengaruhi emosi seseorang jika ia tiada keimanan dalam hatinya.

Kata – kata dibawah ini harus diterjemah dengan penuh keinsafan dan kejujuran agar ia dapat mencari bagaimana cinta pada allah,kedua –dua ibu bapa dan insan dapat diselami dengan begitu jujur dan ikhlas merasai cinta dalam hidupnya ini ;

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan hidup serta faham keikhlasan dan kejujuran dalam bercinta, walaupun mereka telah dikecewakan . Kepada mereka yang masih percaya akan agama perlu kukuh dengan pendirian hati, walaupun mereka telah dikhianati.

Kepadamereka yang masih ingin mencintai, bercintalah pada yang maha esa serta kedua ibu bapa anda walaupun mereka pernah menyakiti kamu sebelumnya dan selepasnya .Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan maka teruskanlah perjuangan cinta yang jujur dan ikhlas dalam hidup ini.(mutiara cinta)

Jika tidak bijak dan sabar mengawal kemudi hati, pasti tersungkur peribadi dan runtuhlah pertautan hati pada integriti cinta sejati. Aku hairan lihat remaja masakini segelintir daripada mereka terlalu ikut nafsu dan perasaan tentang cinta dua insan yang mana ilmu di dada agak cetek. Belajarlah fahami akan makna cinta serta pelajari dari orang yang punyai pengalaman atau lebih tua dalam kehidupan mereka.

Cinta ini mempunyai 3 peringkat dimana kita seharusnya mula bercinta terhadap diri sendiri dulu daripada cinta orang lain.jika kita berjaya pimpin diri sendiri atau mudah bentuk kepimpinan diri terhadap hidup ini maka layaklah kita bercinta pada

peringkat seterusnya iaitu Cinta pada yang maha esa .Lakukan segala arahan atau perintah allah s.w.t iaitu solat ,berzikir ,zakat puasa,mengerjakan haji/umrah dan sebagainya dengan penuh ketakwaan pada yang maha esa.

Wahai insan yang mencintai penciptanya tinggalkan segala larangan dan senantiasa muhasabah akan kehidupan ini dimana bertanya pada diri “adakah aku masih berdosa atau pahala”.

1.2Perjalanan cinta yang suci akan sampai ke jingjang pelamin

Mengayam cinta bertakhtakan iman. Cinta adalah perkataan yang indah dan suci sekiranya takwa menjadi benang dalam menyulam cinta. Waktu anda menangis ketika hadapi musibah atau dugaan hidup siapakah insan yang datang memberi sokongan untuk selesai akan musibah .Tiada siapa yang mampu untuk selesaikanya selain yang maha esa (allah s.w.t)dengan bersolat,bedoa, ikhtiar dan tawakal padanya……ingat musibah adalah satu dugaan atau nilai kekuatan iman seseorang pada yang maha esa. Cinta seterusnya cari ilmu yang harus di pelajari dan cari dimana serta bagaimana mempelajari ilmu tersebut tidak kira ilmu dunia maupun akhirat. Bayangkan manusia yang hidup ini tidak mencintai ilmu atau kurang mencari ilmu ……..adakah ia berjaya atau sebaliknya.

Dimasakini segelintir yang mencintai ilmu jua tidak dapat kawal diri atau pimpin kehidupan dengan baik dimana mereka merobek bumi dengan begitu kejam dan hilang pedoman hidup. Apa yang hendak dikupas disini ialah Niat yang betul (kerana Allah) untuk cintai ilmu serta pandai memimpin diri dimana tiada kepentingan diri dalam mencari ilmu.Tujuan mencintai ilmu duniawi atau akhirat adalah kerana ingin memajukan bumi ini dan membantu masyarakat sekitarnya bila ia berjaya dalam ilmu yang dipelajarinya nanti. Islam ini indah dengan ilmunya dan kehidupan seorang yang bergelar khalifah…….oleh itu sebagai khalifah dimuka bumi ini maka carilah ilmu dan fahamilah akan ilmu yang dipelajari agar ia membawa keberkatan hidup serta berjaya dunia dan akhirat.

BAB 10. PERJALANAN TERAKHIR AKU KE BEIJING

Aku bukan seorang pengembara.Demi mencari ilmu dan mengenali dunia illahi aku berazam untuk pergi ke Beijing.Pelbagai persiapan mental dan fizikal perlu aku laku untuk ke Beijing.Beijing merupakan satu nama besar Negara yang begitu kukuh ekonomi dan kepadatan penduduk dunia.Negara Tembok besar China banyak teori Sejarah pemerintahan Mao Zhe Tong dan Keindahan Islam .Pengembaraan ke China (Beijing) merupakan satu pengalaman pertama yang ingin aku gapai.

Diakhir tahun 2016 (26/12/2016) aku berangkat ke Beijing bersama Yang bahagia Datuk Professor Naib Cancelor beserta rakan aku yang lain.Waktu itu posisi aku Jurulatih Perhotelan merangkap Pegawai Khas Datuk Naib Cancelor . Agak berdebar juga hati kerana teringat kisah penerbangan Malaysian Airline System ke Beijing MH370 hilang dari radar.Namun demi pengembaraan pertama mencari ilmu dan pengalaman aku tekad untuk capai matlamat ke Beijing.Biarlah susah bagaimana pun aku perlu harungi satu persatu halangan tersebut bagi mencapai matlamat hidup.

Seramai dua puluh lima orang(25) terlibat dengan program ziarah ke Beijing dimana termasuk wakil dari Arkib Negara,tuan Hassan saleh dari Universiti Teknikal Malaysia Timbalan Naib Cancelor KUIM, Pengarah Tuah dan diiringi rakan - rakan Datuk. Jam 4.00 petang kami telah sampai ke lapangan terbang Sepang untuk urusan bagasi dan passport antarabangsa serta pelbagai lagi.waktu itu Cuaca agak mendung dan angin sepoi sepoi melalui airport. Yang berbahagia Datuk telah memberi taklimat serta doa selamat yang disampaikan oleh Ustaz Taufiq Mokthar dimana tepat pukul 6.00 petang kita akan masuk balai berlepas ke pintu C2.

Kenapa perlu aku gusar dan resah ketika di Beijing adakah soal makanan, politik, kewangan atau sebaliknya.aku bersyukur pada illahi kerana selamat pergi dan selamat di Beijing dimana terlalu banyak ilmu dan keinsafan yang aku lalui bersama masyarakat dunia luar. Diantara yang aku sendiri rasai adalah cuaca yang terlalu sejuk dibawah paras beku….Ya allah begitu besar nikmat mu pada ummah ini diatas kejadian empat musim di bumi illahi…aduh rasa sakit kepala dan berdengung…tetap ku sabar, Waktu berjalan di kota Beijing aku bersyukur kerana dapat solat maghrib secara berjemaah bersama rakyat China beragama Islam dan imam masjid tersebut…..air mata aku menitis kerana allah beri pilihan bagi diriku beribadah di bumi Beijing….kerdilnya hati ini,dosanya aku ketika bersama rakyat Beijing Islam yang sudah hamper usia datang ke masjid walaupun sejuk.

Hati akau terdetik seketika dimana melihat rakyat Beijing yang miskin masih menjual di persimpangan jalan disamping bermain muzik….mereka tiada perasaan takut,risau walaupun cauaca ketika itu - 10 c. Hari makin menyingsing dimana waktu malam kian tiba walaupun sudah pukul 5.10 petang…aku dibawa restaurant makanan muslim disalah sebuah kawasan di Beijing,agak sedap juga bila perut lapar dan sejuk ketika makan….Nah sekali lagi aku dikejutkan budaya makan di Beijing iaitu mereka menggunakan bahan mentah sayur sayuran,cili dan bawang untuk memanaskan badan kita ketika sejuk.Agak pelik juga bagi diri ini kerana budaya orang cina minum air masak ,the herba panas serta menggunakan pinggan kecil ketika makan.

Aku bertanya pada mereka kenapa ia begini….jawapan yang diberi ialah hidup gaya sihat dimana tanpa minyak dan makan ikut perlu saja.bagi sayur sayuran mereka berkata ia banyak vitamin dan protein walaupun ambil daging ayam atau lembu…patutlah pemimpin kerap ke Beijing kerana budaya kerja yang progresif dan pelancongan yang budaya saing serta amat menarik sekali…Sekali lagi aku menitis air mata dan terduduk seketika kerana hati aku………masing kurang berjalan dan hebatnya Dunia luar.Terimakasih allah keran mengizinkan hambamu ini pergi kesana walaupun agak ketat kewangan ini dan terimakasih pada semua yang mendoakan dan mengizinkan aku pergi mencari ilmu dan pengalaman hidup,isteriku,anakku, ibu mertuaku,kakak iparku, dekan serta amnya ketua rombongan Yang bahagia Datuk Naib Cancelor kerana mengizinkan aku pergi dan menyelami dunia Beijing secara ikhlas dan jujur….selamat tinggal Beijing .





Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku