Goresan Penulis Jalanan
Bab BAB 13 GST DAN KEHIDUPAN
Genre: Keluarga
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 Januari 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
47

Bacaan






BAB 13 FAKULTI PENGURUSAN HOSPITALITI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA MENYAMPAIKAN APA YANG DIKATAKAN GST DAN PRODUK HALAL KEHIDUPAN MASYARAKAT MALAYSIA

Halal merupakan satu perkataan dan maksud yang kerap dikupas dan difahami oleh cendekiawan akademik Islam dalam merealisasikan halal kehidupan seharian seorang muslim.GST (Government Service Tax) dimana satu percukaian barang – barang yang terpilih sahaja .

GST tidak akan dikenakan ke atas bahan makanan asas seperti beras, gula dan tepung . Oleh itu Kolej Universiti Islam Melaka melalui Fakulti Pengurusan Hospitaliti perlu memberi penerangan dan pendedahan apa yang dikatakan kehidupan seorang muslim yang sederhana dari segi umur melalui pembelajaran Amali masak dan hidup gaya sihat melalui penyusunan menu seimbang.

Dari segi amalan halal merupakan perkara yang wajib dipatuhi oleh seluruh umat Islam dalam pelbagai aspek seperti produk makanan yang halal dihasilkan mengikut syariat Islam,Sumber kewangan yang diperolehi dari hasil titik peluh sendiri tanpa menindas atau merampas hasil orang lain . Pelaksanaan GST, sistem percukaian negara akan dapat diurus tadbir dengan lebih berkesan, saksama dan efisien selain dapat mengelak berlakunya cukai yang terselindung dan bertindih.Masyarakat Melayu Islam di negara ini sering digemparkan dengan pelbagai dakwaan sesuatu produk yang di ragui status halalnya amnya jua berkaitan pelaksanaan GST.Ini akan membuat mereka begitu cemas serta mudah melatah tanpa fikir positif dan lebih berhati – hati dalam membeli atau menyediakan produk makanan maupun hiasan dalam rumah. Kolej Universiti Islam Melaka perlu memainkan peranan penting dalam industri Pendidikan Pengajian tinggi dimana memberi ilmu jual beli melalui konsep GST kepada siswa- siswi amnya dalam kontek halal dan selamat dari segi penyediaan makanan .

Harus diingat jika terambil atau mengambil bahan yang tidak halal(haram) dalam tubuh badan kita akan jadi lemah dan keimanan akan menurun dengan tidak disedari langsung oleh dirinya.

“Inilah sikap segelintir belia Islam yang pandang ringan soal halal dan mudah menerima berita tanpa menilai kesan baik buruknya berita yang diterima.”Peranan pendidik seharusnya jua memainkan peranan iaitu memberi pemahaman tentang GST dalam kontek kehidupan harian amatlah penting bagi generasi muda amnya kontek barang- barang yang baik serta berpatutan dalam kehidupan seharian serta pandai menyusun menu dalam kontek penyediaan makanan .

Wahai manusia, apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh kamu yang nyata”(Al-Baqarah 168).

Maksud ayat di atas amat jelas kehidupan dan persekitaran kita perlu mengamalkan kehidupan yang sempurna(halal) serta menjauhkan perkara yang tidak halal (haram).

Jom siswa – siswi KUIM renung dan lihat bahan makanan yang kita beli atau makan di sesebuah restaurant yang mereka hasilkan . Kita jarang melihat bahan yang terdapat dalam kandungan makanan yang bertin serta kotak? Inilah masalah manusia hari ini dimana nak cepat terus ambil dan bayar tanpa melihat akan keperluan seharian serta kebaikan pada makanan tersebut seperti bahan pengawet, lemak yang digunakan,tarikh luput pada makanan dalam tin dan pelbagai lagi.

Siswa siswi Kolej Universiti Islam Melaka perlu ingat bahawasanya badan yang sihat dan minda yang cergas datang dari sumber makanan yang halal serta berkat bila dimulakan dengan bismillahiramanirahim .

Kedua Penekanan pada siswa siswi ialah bagaiamana kita berbelanja mengikut kemampuan dan keperluan harian sesuatu bahan makanan yang dibawah pulang………….adakah perlu beli atau tidak bahan makanan yang berdarah seperti ayam,ikan,daging dan sebagainya. Harus diingat jika bahan makanan yang berdarah tidak dibasuh dengan air bersih maka makanan tersebut dikira tidak bersih dimana akan berlaku keracunan makanan yang di luar jangka .Perbelanjaan hemah adalah satu cara kehidupan yang sempurna dalam kontek Islam beramal gaya hidup sihat.

Ketiga siswa/siswi fakulti Pengurusan hospitaliti KUIM diberi penekanan ketika masak perlu ikhlas serta memahami tujuan menyediakan makanan pada tetamu hatta keluarga sendiri. Alat memasak dan peralatan jua diberi penekanan dari segi campuran bahan makanan yang halal dan tidak halal ketika digunakan.

Harus diingat dalam Industri Perhotelan ada pelbagai cabang restaurant yang menggunakan bahan yang halal dan tidak halal……oleh itu sebagai pusat pengajian Tinggi Islam perlu jua memberi penerangan dan pededahan awal pada siswa – siswi Fakulti Pengurusan Hospitaliti tentang halal dalam kehidupan seharian.




Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku