DEWEY HATIKU PUSTAKAWAN
Bab BAB 7
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 29 Januari 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
218

Bacaan






Puas hati Mya. Dia telah membeli sepasang baju kurung Pahang yang tidak kurang mahal harganya. Di mana dia membeli busana berkenaan? Sudah tentu di butik Jakel yang terletak berdekatan Jalan TAR juga. Cantik juga baju kurung yang dibelinya. Terdapat perincian manik hijau serindit di leher dan lengan baju. Sesuai sangatlah dengan Myayang sedia cantik itu.

Asyik benar dia menyeluruhi baju kurung rona hijau gelap yang tersangkut di pintu almari. Tidak menyempat-nyempat Mya membersihkan diri dan solat terlebih dahulu. Busana itulah yang dihadapnya hampir sejam. Gadis itu berasakan dirinya sungguh bertuah mampu membeli baju tersebut dengan gaji pertama yang diperoleh. Sedang pustakawan itu ralit mengacukan persalinan tradisional tersebut, barulah dia teringatkan sesuatu.

“ Alamak! Aku terlupa pulak nak beritahu mamat tu. Kalau tak sedondon, macam mana?”

Lantas didailnya nombor telefon Fakhrul Al-Jafree. Sekejap sahaja dia perlu menunggu panggilannya berjawab. Marah-marah gayanya si pemanggil di sebelah sana. Terkerenyeh sendiri Mya di dalam biliknya. Nasib kau la, jawabnya tetapi secara bermonolog. Kalau tidak, mahu kena marah dengan lelaki itu? Boleh jadi juga Encik Helmi Shuib turut memarahinya juga.

“ Apasal kau tinggalkan aku tengah hari tadi?” bising-bising Fakhrul Al-Jafree mengomel. “ Tak pasal-pasal aku tunggu kau di sini sampai sekarang!”

OMA! Hampir meletus sahaja ungkapan berkenaan dari mulut Mya. Sama sekali dia tidak menyangka bahawa pengacara itu sanggup menunggunya di sana sehingga ketika ini. Setia betul, tidak ubah seperti menunggu kekasih. Menyedari dirinya berfikiran sedemikian, cepat-cepat pustakawan tersebut menggeleng kepala. Seakannya dia ingin menyisih jauh-jauh dari menyimpan sebarang rasa terutamanya rasa kasihan terhadap Fakhrul Al-Jafree.

“ Suka hati bapak akulah nak buat apa-apa pun. Kisah?”

“ Hai la budak ni…kalau aku cakap pak hang tak pakai protectionsampai wujudnya hang. Kau marah pulak!”

Sungguh, terasa ingin sahaja Mya ingin melayangkan buku lima kepada Fakhrul Al-Jafree seandainya dia berdepan dengan lelaki itu. Berani-berani Fakhrul Al-Jafree melibatkan bapanya dalam pergaduhan mulut mereka berdua. Hari itu pengacara berkenaan terkena sekali akan tumbukannya kerana terjatuh ke atas dirinya. Mungkin kali ini pustakawan berkenaan tidak teragak-agak hendak menghadiahkan pukulan berkenaan esok lusa di Global Station.

Pun demikian, Mya tetap bertenang menjawab. Dirinya tidak mahu kesilapan yang sama berulang ketika bersama-sama Fakhrul Al-Jafree semasa menghadap Encik Helmi Shuib.

“ Eh, tak marah aikh…cheq suka. Sangatt!!!”

“ Oh, tak marah ye?” sengaja Fakhrul Al-Jafree menduga. “ Kalau aku beritahu Encik Helmi, macam mana?”

Bingkas Mya menegah keras. Benar-benar takut dia akan majikannya itu.

“ Jangan!! Aku tak mahu dia tahu. Nanti tak pasal-pasal dia denda… .”

Berjeda kesenyapan di hujung ayatnya. Sangkaan Mya, dia akan ditertawakan Fakhrul Al-Jafree setelah itu. Pasrah sahaja dia dengan apa-apa yang bakal terjadi. Seandainya dia menjadi hamba abdi pengacara itu atau isteri...eh, apa yang aku melalut ni? Bisik nurani gadis ini.

“ Jangan risau, saya takkan lapor tentang salah laku awak.”

Pulak! Monolog Mya lagi yang kali ini terkejut. Apa yang terjadi kepada pembulinya? Sudah insaf selepas bertaubat nasuha? Ke taubat sambal belacan sahaja? Banyak betul soalan yang melingkari cepu kepala gadis berkenaan. Sedang dia asyik tertanya-tanya, Fikri-Al Jafree mengujar lagi. Lagi-lagilah terkejut dirinya yang sedang buntu.

I love you.”

“ Hei, apa kejadahnya kau kata I love you?!”

Di luar jangkaan Mya, Fakhrul Al-Jafree kembali marah-marah. Naik peliklah gadis ini jadinya. Lelaki itu sendiri yang menuturkan ayat-ayat cinta tetapi dia sendiri yang menunjuk bengkeng. Apa ni? Kalbu Myabersoal kembali.

“ Dahlah kau tinggalkan aku, sekarang kau tuduh aku sayang kau pulak? See you with Encik Helmi tomorrow!”

Alahai! Keluh hati Mya. Baru sahaja dia berkira-kira ingin membodek pengacara berkenaan. Fantasi bukan-bukan pustakawan ini yang terlalu menonjol membunuh segala harapannya. Harapanlah sangat sementelah dia sendiri yang bersalah. Justeru, menunggulah dia esok untuk menerima hukuman dari Encik Helmi Shuib. Juga Fakhrul Al-Jafree yang kuat membuli!

….……………….

Pagi Jumaat. Hari yang tidak ingin dilalui Myasebenarnya. Buat kali yang ketiga, dia menghadap Encik Helmi Shuib. Bersama-sama pula dengan Fakhrul Al-Jafree yang kali kedua bertemu rakan baiknya. Elok pun mereka berjabat tangan dan bersenda gurau. Siap berpeluk lagi. Nasib tidak berlaga pipi walaupun gadis ini mengerti itu ialah kebiasaan lelaki Arab.

Cuma budaya berkenaan tidak dibiasakan dalam kalangan masyarakat Melayu terutama kaum lelakinya. Silap hari bulan orang akan berkata mereka yang berbuat demikian ialah gay!

“ Dipersilakan duduk, kalian berdua.”

Teragak-agak Mya hendak melabuhkan punggung di kerusi. Dikhuatirinya kalau-kalau ada sebarang percubaan mengenakan dirinya. Bukan boleh dipercayai sangat pun ketua pustakawan ini. Tambahan pula beliau berkawan rapat dengan Fikri Al-Jafree. Mahu diletakkan kusyen menjerit. Kartun Spongebob Squarepants lagi yang difikirkan gadis ini. Tidak habis-habis!

Setelah mengambil tempat, tuntas Encik Helmi Shuib bersuara. Nadanya cukup tegas sekali sehingga mengecutkan perut Mai. Tetap bertenang Fakhrul Al-Jafree di tempat duduknya.

“ Kalau diikutkan hati, saya tak mahu campur tangan lagi hal peribadi awak, Mai. Tapi apa yang buatkan awak tergamak tak dengar cakap saya? Saya hanya minta awak berbaik dengan Encik Habib, susah ke?”

Pandangan tajam Encik Helmi Shuib tepat menikam anak mata Mya. Lagilah menikus pekerja lelaki ini akan ketegasannya. Inilah natijah yang harus diterima pustakawan berkenaan atas sikap terburu-burunya. Hendakkan baju berjenama punya pasal, sanggup ditinggalkan Fakhrul Al-Jafree. Malang betul nasib Myayang tidak pandai berdiplomasi dengan pengacara Zass itu.

Tidak semena-mena Fakhrul Al-Jafree mengujar sesuatu yang mengejutkan Myadan Encik Helmi Shuib.

“ Tak apa, saya maafkan awak, Katun.”

Kesenyapan mengapung di ruang kerja Encik Helmi Shuib. Myamerunduk menekur lantai berpermaidani pejabat. Sementara itu Fakhrul Al-Jafree tersenyum senget. Berhasil jua idea mengenakan mangsa bulinya. Kalau sudah namanya jahat, memanjang sahaja akalnya mendajalkan orang yang tidak disukai.

Encik Helmi Shuib kemudiannya berbisik-bisik dengan Fakhrul Al-Jafree. Sudah macam nelayan dan peraih di Kota Kuala Muda, Kedah berbisik-bisik pula pada perkiraan Mai. Mana tidaknya, dia pernah belajar di UiTM Kedah. Dia dengan rakan serumahnya — Akma, Nurfara dan Aishatul pernah menyaksikan sendiri keunikan tersebut.

Soalnya, siapa penjual (nelayan) dan siapa pula pembeli (peraih)?

“ Katun, Katun!”

Fikri Al-Jafree memetik-metik jari di hadapan muka Mai. Hanya mereka berdua di dalam pejabat Encik Helmi Shuib. Ke mana perginya ketua pustakawan itu? Adakah dia diculik? Lagi sekali minda gadis itu memikirkan bukan-bukan. Selalu sangat macam tu padahal keadaan baik-baik sahaja.

“ Cukuplah berangan! Pergi masuk kerja macam yang lain.”

Bagaikan tidak percaya, Mya melihat di sebalik bidai cermin lutsinar pejabat. Benar, Dyll sedang mengelola tugas pembantu pustakawan yang sedang menyusun bahan-bahan di rak bernombor 700. Bahan-bahan tersebut memang dilebihkan kuantitinya disebabkan keutaman perpustakaan tersebut terhadap bahan berkaitan industri seni dan hiburan. Encik Helmi Shuib pula baru membeli makanan pagi di kafetaria ekoran terpaksa menyelesaikan masalah pekerjanya.

Pekerja yang selalu menimbulkan masalah seperti Mya!

Buat-buat rajin, Mya pun turut menyertai mereka semua. Dyll yang asyik mengarah sesuatu kepada seorang pembantu pustakawan perempuan lepasan diploma mulai naik pelik dengan tingkah laku koleganya. Mulutnya tiba-tiba terkunci lantas didekatinya gadis sebayanya itu. Kehairanannya adapun bersebab.

“ Apa mimpi kau supervise kerja dorang ni? Bukan ke kau…buat website?”

“ Err…aaa…kerja tu aku siapkan dah lama dah!” Mya menerangkan hal sebenar sambil beralasan. “ Apa salahnya aku nak cari pasal…err, ambil tahu!”

Menggeleng Dyll dengan ulah cemerkap rakan sekerjanya itu. Sering sahaja pandai berdalih tetapi tidak pandai berbohong pada masa yang sama. Satu kelebihan yang dimiliki Myaialah dia pandai dalam hal-hal berkaitan berkaitan system komputer. Kelebihannya ini walau bagaimanapun bergalang ganti dengan kesihatan matanya yang merosot. Dia mengalami myopia atau rabut dekat sejak kecil lagi. Kasihan.

“ Okey, kau ajarkan dorang OCLC circulation system lepas ni,” terang Dyll, serius bunyinya. “ Aku kan minor rekod, jadi manalah handal dalam hal sistem. Kau la harapan aku”

Sekadarnya mengangguk sahaja Mya dengan permintaan Dyll. Serahkan sahaja urusan pembinaan sebarang sistem kepadanya. Kesemua adik-beradik di atasnya memang berkemahiran dalam bidang sains dan teknologi. Abang Chor bekerja selaku jurutera elektronik dan sistem di Telekom Malaysia Ipoh. Kak Ngah pula jadi pakar pediatrik yang tidak menang tangan sejak akhir-akhir ini. Abang Langnya baru beberapa tahun bekerja sebagai arkitek di sebuah firma seni bina. Gandingan yang senantiasa sibuk berlumba dengan masa.

Mya? Dia seorang sahaja yang menongkah arus! Pilihan kerjayanya selaku pustakawan didorong atas faktor keinginan diri sendiri. Untung orang tua sendiri iaitu bapanya merestui keputusan gadis ini. Sekurang-kurangnya berkurangan gundah di hati mereka berdua mengenangkan dirinya yang suka bersikap sambalewa dalam menentukan masa depan sendiri.

Selesai satu perkara di perpustakaan. Kini tibalah giliran Mya menunjuk ajar pembantu pustakawan cara-cara menggunakan sistem sirkulasi atau pinjaman dan pemulangan bahan-bahan perpustakaan. Untuk makluman, mereka ialah kakitangan-kakitangan perintis perpustakaan yang baru diwujudkan oleh Global Station. Hal ini sejajar dengan misi pengasas konglomerat media berkenaan yang ingin mewujudkan pekerja berasaskan pengetahuan.

Sehubungan dengan itu, penubuhan Perpustakaan Global Station dilihat sebagai wadah aspirasi Datuk Eiqbal Mohaydeen merangkap Pengarah Urusan Kumpulan yang mengasaskan konglomerat ini. Sejauh manakah kemampuan Mya di bawah kepemimpinan Encik Helmi Shuib mampu merealisasikan impian beliau? Sama-samalah kita saksikan!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku