Suamiku Teddy Bear
Bab
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Cerpen
Paparan sejak 31 Januari 2017
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)
2513

Bacaan






SUAMIKU TEDDY BEAR

NAJZA DOHAN

Satu. Dua. Tiga. Selamat. Berdekah-dekah Faiqah ketawa sampai terkeluar air liur limited editionnya itu

“Pergh, bau air liur awak memang tak boleh blah. Tengik betul air liur awak.” Tengik-tengik pun si Raef ambil bau air liur bacin isterinya. Ambil berkat kononnya. Puih!

Faiqah dah memang tak heran dengan perangai cipan suaminya. Dia kembali focus kepada cicak yang bakal menjadi Almarhum ke Almarhumah malam ini. Tak pastilah pulak jantina cicak ini. Tak reti si rambut kerinting maut ini nak meneka jantina haiwan yang kerjanya mengkhianat ini.

“Teddy bear! Kalau teddy bear nak terus kutuk saya macam-macam teddy bear memang kena lawan arm wrestling dengan saya kejap lagi. Daripada kutuk saya macam-macam,apa kata teddy bear buat countdown untuk saat kematian cicak ini”

Terbeliak sekejap mata bulat Raef. Alahai,kejamnya isterinya ini. Direnungnya cicak yang sudah berada dalam genggaman tangan kurus isterinya.

“Tak sangka pula teddy bear berkenan dekat cicak kobeng ini.” Faiqah cemburu sebab suami comel teddy bearnya asyik sungguh merenung cicak kobeng. Disebabkan renungan penuh cinta suaminya itu,dia jamin yang cicak kobeng ini betina. Ini tidak boleh jadi.

“Awak tak payahlah bunuh cicak tu. Biarkan cicak itu menghadap Dia di sana. Jangan ukur dosa cicak itu. Kita ini manusia je Faiqah oi. Tak layak nak judge dosa makhluk ALLAH”

Kini renungan penuh perasaaan Faiqah pula yang menatap cicak yang dia yakin betina jantinanya itu. “Kau pergilah jadi isteri teddy bear itu cicak kobeng. Suami aku dah jatuh cinta dengan kau. Aku inikan hanya melukut di tepi gantang.” Sakit perut pula Faiqah sebab buat lawak sendiri.

“Saya dengar tu Faiqah sayang” sudahnya dua-dua ketawa tak ingat dunia.Cicak kobeng betina yang menyedari situasi tersebut telah mengambil kesempatan untuk melarikan diri.

Terlepas! “Teddy bear!”

“What?”

“Mak! Raef tak tahu nak buat apa ini. Tiba-tiba Faiqah pengsan longlai. Nak kata sebab tak makan dia baru melantak nasi dua pinggan. Kenapa dengan sayang Raef ini mak?” air matanya memang tak malu nak keluar saat ini.

“Helo mak? Mak,janganlah main-main dengan Raef. Nak gugur buah pinggang Raef ni.” Macam ada suara mak dia tapi kenapa sayup?

Mak Raef pun mengalami situasi yang sama tapi masalah pendengaran. Maklumlah dah tua ditambahkan pula dengan sekarang memang waktu mesyuarat tingkap Puan Nabila jadi rumah riuh rendah. “Helo,mak di talian ini. Raef kat mana?” dengan rentak lagu Awak Kat Mana Puan Nabila bertanya kepada Raef.

Maka berlakulah pertandingan helo-helo antara Puan Nabila dan Raef. Fed up dengan pertandingan yang tak ada akhirnya, Puan Nabila meletakkan telefon bimbitnya. Anak dia saja nak prank dia. Kenal sangat.

Raef yang masih panic meneruskan pertandingan sorang-sorang.Sampaikan bunyi talian mati pun dia dah tak reti nak beza. Kalaulah isterinya si Faiqah itu sedar mesti dah kena sound sebiji. Encik Raef oi,telefon itu terbalik.

Muka doctor itu dipandangnya sepuas hati. Doktor tersebut berdehem. Sebenarnya doctor tersebut rasa macam nak bagi penumbuk dekat muka Raef. Sejak dari tadi Raef memberikan arahan itu ini. Siapa doctor sekarang ini? Rasa macam kedudukan doktor muda itu tergugat sebab Raef mengalahkan doktor.

“Sabar Encik Raef. Isteri encik okey.”

“Saya tahu yang she’s okay but I’m not.”

“Apa yang tak okey Encik Raef? Encik sakit kronik ke? Ya ALLAH,mari saya periksa”

Raef pandang kecik besar kecik besar je doktor muda yang agak hensem itu.

“I’m not okay sebab saya stress fikir awak doktor ke saya doktor.”

“Saya rasa encik yang nak tunjuk pandai. Patutnya saya yang stress.”

Tiba-tiba Raef gelak sorang-sorang. “Yes,doktor terkena. Saya saja nak stresskan doktor.”

Doktor muda tersebut pegang rambutnya kuat. Stress!

Oh ya,Raef hampir lupa yang isterinya masih baring di atas katil melihat gelagat meluat suaminya itu.Tapi dia diam sebab tak larat sangat nak mencegah kegiatan suaminya itu.

“So,proceed doctor?”

Mak komando yang gerak kiri dan kanan tak reti duduk diam memeningkan kepala Raef.

“Resah gelisah ke isteri teddy bear?”

“Serba salah”

“Awak dah macam biawak komodo tak reti duduk diam. Cuba cerita apa yang awak serba salah sangat tu? Ke awak ada buat benda yang teruk? Awak jangan Faiqah sayang. Neraka tempat awak nanti” muka Raef memang kureng asam cakap macam tu pada isterinya. Dengan gimik tangan membuat fire ibarat api neraka itu memang membuatkan kesabaran Faiqah nipis.

“Amboi,mulut memang cipan tak ingat dunia. Ingat akhirat je.Tak sabar ke nak menempuh alam Barzakh? Saya sedia nak hantar teddy bear ke sana. Pilih macam mana saya nak hantar teddy bear ke sana. Saya ada banyak cara. Salah satunya makan jering lepas tu kentut bagi satu rumah kena racun termasuk teddy bear” bebola api pula yang terserlah pada mata Faiqah. Punyalah takut Raef yang sedang duduk landing pada kerusi malas terjatuh bedebuk.

“Hahaha,padan muka teddy bear.” Dia hanya melihat suaminya yang comel seperti teddy bear itu elok terlentang di atas lantai.

“Tolonglah teddy bear ni Faiqah sayang.” Dia tak larat nak bangun. Dia buat muka comel mengharap simpati si isteri.

“Cepat betul ALLAH bagi kifarah pada teddy bear. Agaknya inilah hikmah ibu mengandung,sekali terniat dalam hati je terus makbul. Lain kali nak terniat benda yang lebih dahsyat” kejam sekali statement Faiqah. Geram dengan suaminya.

“Awak memang tak sayang teddy bear. Tahulah teddy bear ni gemuk. Tak sehensem pelakon Korea yang awak suka sangat tu. Tak apalah. Teddy bear reti sedar diri.”

Terkial-kial Raef cuba bangun sendiri. Faiqah mulalah nak rasa bersalah. Tak sampai hati. Yalah,suami kesayangan itu.

“Bencilah teddy bear ni. Kenapa suka buat saya rasa simpati ni?”

Raef senyum lebar sampai nak koyak bibir. “Sayang rupanya teddy bear ni”

Faiqah cebik. Seusai dah bangun Raef mula bertanya.

“So,apa yang serba salah sangat tu? Tell me?”

“Jangan menyesal Tanya”

“Why?”

“You’re gonna regret it”

Hari1

Raef menyesal Tanya. Serius menyesal. Tak pasal-pasal dia kena tinggalkan tubuh ideal dia ini. Dia tak sanggup nak bertukar tubuh. Tak sanggup. Ya ALLAH,gilakah isterinya ini? Gara-gara Faiqah mengidam nak lihat dia jadi kurus dia kena mengamalkan misi kurus dalam masa Sembilan bulan.

“Apa termenung tu teddy bear? Mulakan misi..” macam mak nenek si Faiqah ini bercekak pinggang.

“Ya. Teddy bear mula”

Raef memandang garisan penamat yang jauh nun di sana. Lari lompat pagar 100 meter. Raef telan air liur basi.

“Ke garisan! Sedia! Mula!” dengar mula aje Raef terus pecut. Serasa macam atlet negara semasa berlari. Dalam hati Raef mulalah nak bajet sambil mendepangkan tangan. Tak cukup dengan aksi poyo,Raef mulalah membayangkan dia berlari berlatarkan muzik Olimpik yang masa orang nak sampai ke garisan penamat tu.

‘Aku wakil Malaysia’ hati Raef mula poyo. Poyo punya poyo dia lupa yang ini bukan larian 100 meter tanpa halangan.

Bamm!

ALLAH! Malapetaka betul ni. Faiqah dah guling-guling gelak. Yang syoknya dia guling betul-betul tapi dengan effect slow motion sebab dia mengandung.

Memang tak boleh blah bila si Raef punya muka macam kena lenyek dengan steamroll tar jalan. Jadi kurus pula tiba-tiba.Yalah,dah dia hempap palang tu. Malang betul palang tu.

Raef rasa macam nak meraung aje kat situ bagitau isteri dia yang dia dah kurus jadi tak payahlah nak meneruskan misi kurus ni.

Hari 2

“Gila sedap Mister Potato ni. Hai,hari ni barulah merasa nak makan sampai lebam Mister Potato ni kalau tak Teddy Bear tu yang macam orang tak sedar diri makan sampai habis.” tak habis-habis Faiqah membakar hati suaminya yang sedang tunggu masa aje nak terkam Mister Potato tu. Serius iman dia tak kuat nak tahan godaan jajan kentang tu. Dahlah BBQ.

Tak lalu Raef nak menelan sayur kangkung di depan mata. Tengok pun tak lalu. Eleh Raef,bajet macam sayur tu lalu aje nak tengok kau.

“Makanlah Teddy Bear. Takkan anti dengan sayur?”

Soalan maut tu bagi Raef.

“Memang anti pun. Dulu,kini dan selamanya.”

“Teddy Bear nikan semua nak diantinya. Ingat baik ke anti-anti bend yang baik? Buruk la perangai Teddy Bear ni.Sayur tukan sihat untuk kesihatan.” Kerek aje Raef memdengarnya. Yang isterinya tu dok kunyah kruk kruk jajan tu apa cerita?

“Kita boleh tengok hati orang tu suci atau tak berdasarkan mulut seseorang tu. Kalau perkataan yang keluar dari mulut orang tu menyakitkan hati tahulah hati orang tu macam mana.” pengsan Faiqah dengarnya. Ini semua poyo. Pengsan apanya? Dia cuma terkebelakang sikit aje sebab hentakan yang sangat dalam pada hatinya. Perlian maut tu.

“Ke situ pula mulut cipan Teddy Bear tu pergi. ALLAH,tak ada niat nak cakap perangai Teddy Bear tu buruk. Mulut ni tak tersengaja nak tercipan tadi.” Faiqah terus buat muka penuh perasaan bersalah.

“Teddy Bear sentap sangat ni.” saja nak usik isteri tersayang.

“Sorry la Teddy Bear”

“Hati Teddy Bear terluka sangat. Macam ni,Teddy Bear boleh maafkan tapi dengan syarat”

“Apa?”

“Please terminate this crap mission?”

Hari 3

Sudahnya Raef menyesal lagi sebabnya syarat semalam tu ada perkataan Please. Mengikut pemahaman isterinya yang tinggi melampau-melampau tu please tu ada dua pilihan. Yes or no. Makanya dipangkah awal-awal.

“Apa pula kali ni Faiqah oi?”

“Berenang”

“Kat mana?”

“Parit belakang rumah”

Agak-agaklah. Parit tu tempat biawak berenang bolehlah. Nak suruh dia yang hidung boleh bau macam-macam memang taklah.

“Kolam renanglah” ingat Faiqah kejam sangat ke? Bau parit tu tahan lagi tapi dengan nak solat nak berkubang kat parit tu memang benda yang taklah.

“Fuiyo,suami saya ni nampak kacak melampau-lampau hari ni dengan swimming suit yang menyerlahkan lagi tubuh badan Teddy Bear.” sebenarnya nilah cara Faiqah memuji si suami. Nasib baik tak ada siapa kat sini,kalau tak free aje Raef dan Faiqah dpat dosa. Faiqah dosa subahat.

“Teddy Bear takutlah nak berenang ni. Cara lain tak ada ke Faiqah? Hempap palang lagi pun Teddy Bear sanggup”

“Tapi hempap palang tu cuma menurunkan 2 kg berat badan Teddy Bear”

Hai sakit hati pula Raef. Baru 3 harikan takkanlah nak turun 10 kg pula.

“Kesia betul hidup Teddy Bear. Hidup kene dera dengan bini aje.”

Faiqah jeling. “Untunglah saya suruh Teddy Bear buat benda yang baik. Bukannya suruh buat benda yang tak elok”

Raef kena lagi. Nak tak nak,dia terus terjun ke dalam kolam renang.

Alamak!

“Teddy Bear! Nak mati kejang dalam tu ke? Keluar balik. Panaskan badan dulu.” dalam nak selamatkan suaminya,mulut dia memang tak boleh nak cakap baik-baik.

Raef dengar cakap Faiqah dan mahu kembali ke tepi tebing tapi tiba-tiba kakinya kejang. Doa isterinya makbul.

“Teddy Bear! ALLAH!” meramu-ramu air mata Faiqah. ALLAH,janganlah Engkau ambil Teddy Bear. Sumpah misi diet ni dia akan terminat serta-merta. Tak payah notis 24 jam.

Kejap! Kenapa pula Faiqah ni tak pergi selamatkan? Dia pun tak pandai berenang. Ini tak boleh jadi.

Faiqah lihat suaminya sedang terkapai-kapai. Perlahan-lahan dia masukkan kakinya dalam air. Nak dijadikan cerita,kaki dia pula kejang. Maklumlah sejak mengandung ni asyik kejang je. Jadinya,dia terduduk menahan sakit. Suami dok terkapai-kapai.

“Argh sakit! Teddy Bear! Kejang! ALLAH!” Semua dah bercampur aduk. Masa tengah Faiqah tahan sakit,dia nampak suaminya cebik depan mata. Eh?

“Sakit ke kaki ni?”

Ternganga mulut Faiqah tapi tertutup balik sebab ada lalat sedang mengaim sasaran. Terus Raef bagi penampar pada lalat tu. Pengsan sekejap lalat tu.

“Tadi tu?”

“Penipuan semata-mata. Teddy Bear ni dulu perenang nombor satu masa zaman tadika” gelak besar Raef. Betul Raef tak tipu. Setakat kolam renang paras lutut ni apalah sangat.

“Teddy Bear!” Haahlah,boleh pula Faiqah tak perasan yang ni kolam renang kanak-kanak.

“Batal la awak. Teddy Bear janji akan kurus tapi lepas awak bersalin la sebabnya Teddy Bear yang mengidam bukannya awak.”

“Yalah”

“Yahoo yabeda bedu.” macam hit jackpot aje Raef ni.

‘Hai la Suamiku Teddy Bear ni serius sangat menghiburkan hati macam teddy bear dekat Mall tu. Yang harga cekik darah tu tapi teddy bear ni tak payah bayar. Seronoknya hati.

TAMAT



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku