Si Pengemis Cinta
Bab 0.5
Nur
Genre: Keluarga
Kategori: Novelet
Paparan sejak 04 Februari 2017
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)
611

Bacaan






Tersebutlah alkisah, kerana ini hanyalah mukadimah, sekapur sirih seulas pinang. Maka al panjanglah alu-aluannya. Sehingga sewarkah penuh ingin ditulisnya. Wahai pembaca ini hanyalah dongengan semata-mata. Tiada kaitan antara yang hidup atau yang mati. Tetapi sekiranya ada yang percaya, maka teruskanlah dengan kepercayaan yang ada itu. Lumrahnya tidak semua sebulu

.

Pernah dengar tak, biasanya bila anak bongsu ke adik last ke, kasih sayang atau perhatian mak bapak ni lebih SEDIKIT dekat mereka? Almaklumlah, mereka ini adalah spesis terancam dan golongan yang terakhir keluar daripada kantung rahim berisi air ketuban daripada seorang insan yang bergelar ibu. Tu yang mencurah-curah agaknya. Mencurah-curah, melimpah-melimpah kasih sayang mak bapak bagi sampai abang-abang dan akak-akak naik jealous gitu. Sampai pijak kepala jadinya. Oppss… bukan semualah. Mohon jangan terasa ye. Bak kata almarhum Tan Sri P. Ramlee,‘kadang-kadang, jarang-jarang, sikiiit saja’. Arakian akan ada dialog berbunyi begini:

“Alah, mak ngan ayah tu sayang lebih kat adik.”

“Yela kami ni bukan anak mommy daddy. Menyampahlah.”

“Ni asyik semua nak bagi dekat dia, habis saya ni dapat apa?”

“Takpelah, abang dengan kakak beralah jelah. Kesian dekat adik tu. Kecik lagi tak tahu apa-apa.”

“Tak habis-habis adik adik adik.”


Maka tercetuslah perang beringin, perang bersaudara, perang makan minum, perang kain baju itu ini baju dalam, perang belajar, perang hati perang perasaan dan perang keluarga. Hanya kerana seorang insan yang bergelar ‘Adik’. Kesian kau nak. Apa boleh buat just go with the flow.


Tapi tak semua. Ada juga yang sayangkan adik-adiknya. Terutama stok-stok abang-abang yang terlebih caringdengan adik sendiri dah macam bodyguard dah. Err kalau adik perempuanlah. Nak-nak bila tahu adiknya ada budak-budak lelaki nak tackle atau dengan siapa adiknya berhubung. Aduhai abang janganlah terserlah sangat sifat ke-‘abang’-ngan tu. Kalau yang si kakak, ada adik lelaki yang handsome ala-ala Lee Min Ho, naik meluat dengan budak-budak perempuan yang gatal tak habis sunat datang nak jumpa adiknya dekat rumah. Tetapi sebab dibesarkan dengan kasih-sayang kakak-kakaknya sampai si adik lelaki jadi gay dan bosan dengan perempuan. Eh, ada ke? Shhhh.. hati manusia siapa yang tahu. Hahaha.


Jadi macam-mana kalau ditakdirkan. Insan yang bergelar seorang adik ini, diperlakukan seperti orang luar meski berdarah daging dan berbintik yang sama? Bagaimana jika dikata si adik ini betul-betul tidak bermakna di mata ayah dan ibunya? Dibuat layaknya pengemis yang meminta bukan sahaja wang tetapi kasih-sayang dan juga cinta? Ya… Inilah Kisah Si Pengemis Cinta.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku