LANGIT CINTA MENCARI TUHAN
Bab 7
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Februari 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
280

Bacaan






Selepas mereka menghantar balik Sham dan Mukmin, Cikgu Salina dan cikgu Husna pulang ke kuarters guru yang tidak begitu jauh dari rumah Sham. Cikgu Salina merebahkan diri di katilnya kemudian bingkas bangun untuk membersihkan diri dan menukar baju tidur. 

Cikgu Husna pula sedang berbaring di sofa memalaskan diri di ruang tamu di kuarters guru yang agak sunyi. Seketika kemudian cikgu Salina keluar ke ruang tamu dan terus menuju ke dapur. Jari-jari lembut cikgu Salina sibuk membuat secawan teh Strawberry, dia kemudiannya melangkah ke ruang tamu semula dan duduk di sofa bersebelahan dengan cikgu Husna yang masih berbaring merenung rancangan TV seakan-akan fikiran cikgu Husna tidak berada di situ. Hujan di luar masih lebat.

“Hus... apa yang kau menungkan tu, teringat bakal suami engkau yer?” Cikgu Husna tersedar dan kemudian bingkas bangun dan membetulkan kedudukannya.

“Sal, engkau rasa tunang aku Alif Syukri tu ada girlfriend lain tak sekarang...? ye lah engkau pun tahu kan kita ni jauh dari kampung halaman. Manalah kita tahu apa yang diaorang buat di sana”. Jelas Husna.

“Apa sangat lah yang engkau risau pasal tunang engkau tu Hus, kalau dah jodoh engkau dengan dia confirm dia takkan ke mana. Dia pasti ada dalam dakapan engkau juga. Tak payah risau...”

“Ye tak ye juga kan, eh aku nampak engkau tadi dari dalam kereta asyik merenung budak Sham tu. Engkau suka dia kan? Tak baik tipu tau.”

“Suka tu taklah, Sal pun tak tahu nak cakap apa ye... hmmm... mungkin beminat kot.”

“Eh! Tu samalah berminat dengan suka.”

“Hahaha... ada-ada jer engkau ni Hus. Tapi sebenarnya kan aku kesian tengok Sham dengan Mukmin...”

Stop... Stop... engkau jangan pandai-pandai guna Mukmin untuk cover perasaan engkau tu Sal.”

“bukan macam tu Hus, tapi kat kelas Mukmin tu budaknya rajin cuma kadang-kadang aku rasa kesian bila nampak Mukmin tu kadang-kadang ada bawa bekalan makan dan kadang pula takde. Tapi kalau dari segi pakaian baju kasut beg dan buku semuanya ok. agaknya Sham urus Mukmin tu betul-betul. Mungkin Sham tak nak adiknya Mukmin seperti orang yang takde ibu bapa.”

“Aku pun perasan juga, Sham tu orangnya baik. Nasiblah aku dah ada tunang dengan Alif Syukri tu kalau tak confirm kad pengenalan anak aku nanti nombor tengahnya 12.”

“Hahaha... ko terfikir sampai ke situ pula.”

“tapi aku serius nni Sal, kalau kau betul-betul masih tak berpunya lagi lebih baik untuk kau pikat Sham. Tak salah zaman sekarang ni perigi cari timba”. Cikgu Salina dan cikgu Husna ketawa bersama.

Tiba-tiba guruh dilangit berdentum kuat di atas kaki pergunungan itu. Bekalan elektrik terputus! Mereka berdua menjerit. Masing-masing sibuk mencari telefon bimbit menyuluh wajah diantara mereka. Mereka berpandangan satu sama lain dan terasa mula seram. Dahlah rumah kuarters guru sebelah mereka tidak berpenghuni. Kali ini petir pula menyinari langit gunung sampai pancarannya jelas menunjukkan keadaan di luar tingkap rumah mereka. Seraaaammmm... malam-malam begitu.

“Sal! cepat call guru besar minta tolong dengan guru besar datang sini.”

“Oit! Nak minta tolong apanya dengan guru besar, guru besar baru jer meninggal tadi”.

“Kepala hotak hang! sejak bila pula guru besar kita yang boroi tu meninggal.”

“Eh salah dia baru jer meninggalkan surau masa kita habis ceramah tadi rasanya dia dah sampai di rumahnya di pekan kenapalah rumah kuarters guru ni jauh dari rumah penduduk kampung.” kata cikgu Husna yang mula hendak menangis dengan mimik wajah yang susah untuk dibayangkan.

Cikgu Husna menggelabah dan panik “Err... err... panggil bomba... err.. panggil polis atau panggil doktor.” Kata cikgu Husna.

“Eh Husna! Engkau boleh tak diam aku tengah fikir nak minta tolongdengan siapa ni.” jerkah cikgu Salina.

“Panggil Sham... panggil Sham cepat, cuba call dia!” Suara panik cikgu Husna.

“Aku takder no telefon Sham lah..!” Mereka berdua masih menggelabah dengan kegelapan malam dengan hujan yang masih kuat.

Dengan pantas cikgu Husna meraba fail murid cikgu Salina yang dibelek-beleknya tadi di atas meja. Tangannya mencapai fail dan membuka helaian kertas sambil cikgu Salina menyuluh dengan hanphonenya. Mata mereka tangkas cuba mencari nama Harris Mukmin Bin Hamid.

“Tu... tu... tu...” cikgu Salina menunjuk nama Mukmin dan melihat nombor telefon penjaga yang boleh dihubungi. Pantas jari cikgu Salina mendail nombor Sham. Bunyi deringan di telefon cikgu Salina seakan-akan panggilan talian hayat. Kedengaran suara Sham di corong speaker telefon.

“Assalamualaikum...”

“Sham..! Sham..! tolong kami Sham.” Jerit cikgu Husna.

“Siapa ni?”

“Ni cikgu Husna dan cikgu Salina Sham... Please tolong kami Sham... please datang ke sini. Rumah kami terputus bekalan elektrik, semuanya gelap gelita menakuutkan!... please tolong kami Sham.”

Dengan selamba Sham bercakap. “Ooo.. bekalan elektrik terputus.. bila lagi terputus bekalan elektrik tu cikgu?” Soal Sham. Kedua hati mereka terasa macam marah pun ada macam geram pun ada. Sempat lagi Sham bertanya itu ini tapi kalau berjumpa depan mata diam seribu bahasa.

“Sham datang sajalah sini... please.” Kata cikgu Salina pula kali ini.

“Cikgu tak bayar bil elektrik kot, rumah saya elok saja ni cikgu.” Kata Sham lagi.

“Sham! Engkau datang sini sekarang kalau tak saya yang datang rumah awak!” Dengus cikgu Salina.

“Hahaha... ok cikgu sekejap lagi saya datang. Cikgu ada lampu suluh tak di rumah, saya ni tak ada lampu suluh. Handphone pun jenis murah skrin satu colour ada game ular-ular?” soal Sham lagi.

“Sham....! lebih baik awak datang sekarang... sebelum saya kahwin engkau!.” Terpacul dari mulut cikgu Salina.

Cikgu Husna memandang cikgu Salina begitu juga dengan cikgu Salina. Mereka berpandangan antara satu sama lain dengan kening terangkat dengan disuluhi dengan lampu dari hanphone masing-masing seperti tidak percaya apa yang tekeluar dari mulut cikgu Salina rakan serumahnya itu.

“Cikgu sekejap lagi saya dah nak sampai ni.” kata Sham seperti bunyi baru berlari mungkin masih tengah duduk tapi sudah mengatakan ‘on the way’.

Mereka berdua menunggu penuh debaran.

“Assalamualaikum... Assalamualaikum... cikgu! Ooo... cikgu!” Kedengaran suara Sham dari luar.

Cikgu Salina dan cikgu Husna berjalan bersama berpegangan tangan menuju ke pintu rumah mereka. Cikgu Husna membuka pintu dan menyuluh ke arah Sham yang berada di luar depan pintu rumah. Kasihan dengan Sham yang sudah basah oleh hujan berlari dalam hujan yang lebat tanpa payung.

Mereka berdua menyuluh ke arah wajah Sham. Terpegun dan terpaku mereka berdua dengan melihat wajah Sham yang basah oleh air hujan seperti lagak seorang model yang baru keluar dari swimming pool.

“Erkk... cikgu.. cikgu...” Sham melambai tangan di hadapan muka berdua seperti terkena pukau.

“Err... Waalaikumsalam Sham” kata cikgu Salina.

“Cikgu berdua ok tak? kalau ok... saya nak cari mana kotak fius rumah cikgu.” Tanya Sham.

“Adoiii... kotak fius mana pula ni Sham.” Balas cikgu Husna.

“Ala kotak besar yang ada selalu atas depan pintu”.

“Ooo... tu... lain kali bagitaulah spesifik sikit”. Kata cikgu Husna

“Dah spesifik lah tu cikgu.” Kata Sham.

Cikgu Salina masih terpaku dari tadi. Cikgu Husna mencuit cikgu Salina, baru dia tersedar dari pukauan Sham yang betul-betul menggegarkan hatinya.

“Tu... Sham..” Sambil cikgu Husna menyuluh kotak fius di dalam rumah diatas bahagian tepi pintu rumah mereka.

Sham mengambil kerusi di beranda rumah mereka dan meletakkan di pintu kemudian Sham membuka penutup kotak fius dan menaikkan suis utama yang terpelantik ke bawah.

Taddaaa semuanya lampu rumah mereka menyala... cikgu Salina dan cikgu Husna baru perasan mereka tidak memakai tudung dari tadi dan cikgu Salina hanya memakai kemeja dan seluar tidur manakala cikgu Husna memakai baju kelawar. Sham cepat-cepat memusingkan badan menghadap ke luar rumah.

Kedua-dua mereka cepat-cepat berlari ke ruang tamu menarik tuala dan kain menutup kepala. Dan berjalan ke pintu semula.

“Erkk... Terima kasihlah Sham kerana tolong kami berdua.” Jelas cikgu Salina.

“Saya sekadar tolong sahaja cikgu. Nanti lepas ini kalau black out lagi cikgu naikkan sahaja mana-mana suis yang terpelantik ke bawah. Kalau dah ok saya balik dululah cikgu. Assalamualaikum...” Sham memberi salam dan berlalu pergi yang sejak dari tadi menghadap ke luar tidak memandang mereka berdua.

“Waalaikumsalam Sham. Terima kasih banyak-banyak Sham.” Hanya itu yang mampu dituturkan oleh cikgu Salina.

“Kalau elektrik Sham terputus jangan lupa panggil kami berdua pula tau...” kata Cikgu Husna  yang sudah berani bergurau selepas lampu rumah mereka terang benderang.

Sham melangkah pergi sambil cikgu Salina melihat Sham berlalu pergi. Jelas bayangan badan Sham dengan tubuhnya yang sederhana sasa ibarat model pakaian jenama antarabangsa... Terasa bersyukur dalam hati cikgu Salina. Memang Sham itu seorang penyelamat yang mungkin dihantarkan untuknya... Bye.. Sham kata hati cikgu Salina melihat Sham yang hilang dari pandangan mata dengan kedinginan cuaca pergunungan yang sejuk...



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 |
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku