CINTA DI BAWAH TEDUHAN KIBLAT
COMPILE VERSION 3-5
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 08 Februari 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
481

Bacaan






BAB 3Aku merancang untuk menghabiskan masa terluang ini berehat diterrace balkoni restoran tadi. Ada baiknya jika dibandingkan aku berada dibilik dan tidak berbuat apa-apa hanya bergenang airmata seperti duda ditinggalkan isteri. Fikiranku mula menerawang jauh.

Melihat dari kejauhan air sungai berkilauan di depan balkoni seakan-akan cincin berlian terkena pancaran cahaya lampu dalam kotak cermin pameran, terlalu mepersonakan.

Malahan, memandang sahaja bukit hutan dengan pokok yang berbalam-balam menunjukkan bahawa memang ciptaan Allah ini sungguh damai dan sempurna mungkin syurga Firdausi itu kelihatan seindah yang terbentang luas dihadapan aku sekarang.

Sungguh indah, berlatarbelakangkan pokok-pokok gergasi yang hidup seperti dalam cerita filem-filem Hindustan di tanah bergolak Kashmir dan juga seperti poster-poster pemandangan di jual murah-murah di pasartamusuatu ketika dulu. Di hutan dara ini tidak terdapat pilihan seperti di bandar konkrit di luar sana yang rata-ratanya ada kemudahan wifi dan kemudahan 3G. Semuanya menggunakan kemudahan satelit.

Aku melihat dan ingin menikmati sepuas-puasnya keindahan alam semulajadi ini, Ya! ini adalah hari terakhir sebelum aku berangkat balik esok. Aku menarik nafas dalam-dalam dan kemudian menghembusnya perlahan-lahan. Aku mengulanginya seperti tidak berasa puas menikmati udara segar yang beredar di alam semesta ini.

Ya! Di tanah kelahiranku sendiri yang harus aku banggakan dan harus aku syukuri bukan ditanah lain. Walau pun jika satu hari nanti aku ditakdirkan merantau jauh ke benua lain di dunia ini atau bertemu jodoh dengan gadis berambutblondebermata biru aku pasti akan kembali ke tanah tumpahnya darahku. Bak kata pepatah ke gunung emas pasir baiduri, ke padang zamrud habis diedari terbang bangau sepanjang hari ke tasik juga akhirnya dicari. Tiba-tiba aku dikejutkan sekali lagi dari belakang suara berdehem.

“Ehem.. ehem.. fikir dan putus nafas tadi.” Suara dari belakang lembut dan lunak menegurku.

“awak tak makan tengahari ni?”

“Sekejap lagi, hmmm... menikmati keindahan alam ni pun dah cukup mengenyangkan?.”

“Kalau macam tu saya pergi dulu.” Katanya selamba. Dia berlalu pergi belum sampai lima langkah dia menoleh semula.

“Awak, petang ni awakfreetak?.”

“Kenapa.”

“Kalau awakfreejam dua petang bolehlah awakjoinkitaorangjungle trekingnanti.” Dia mempelawa dengan wajah manisnya sukar untuk aku tolak.

“Boleh, tapi dengan satu syarat, awak beritahu nama awak terlebih dulu?”

“Awak datanglah dulu petang ni, awak tau mana nak tunggu kan?”

Dia melangkah berlalu pergi dengan gaya dan pakaiannya berseluar pendek khakis ala-ala Angelina Jolie dalam filem Tomb Rider. Melihatnya dari belakang membuatkan neuron-neuron otak ku bersambung di antara satu sama lain untuk berfikir meneka si dia ini persis siapa. Melihat wajahnya seperti ada artis Malaysia yang serupa dengan dirinya hmmm... tapi siapa... Ya? cepat sahaja otakku berlari bukan merangkak memberi jawapan.

Dirinya itu saling tak tumpah persis Tatjana Saphira pelakon Indonesia digabung dengan cantik Siti Saleha pelakon wanita adik kepada Sam kumpulan Bunkface, wajah pan asian dan kakinya lebih panjang seakan model malah seperti orang-orang berada.

Beruntung siapa yang dapat memilikinya. Tetapi tidak mungkin bagi diriku. Aku hanya sekadar orang kampung, rumah berlantaikan tikar, beratapkan zink, berdindingkan papan, berbantalkan lengan, berlaukkan ikan masin, pastinya tiada siapa yang mahu.

Sepuas-puasnya aku menikmati udara di luar balkoni bersebelahan restoran ini. Aku melihat jam tanganku sudah masuk waktu lohor, aku bangun menggeliat dan melangkah malas menuju ke bilik ku. Sebagai seorang insan kerdil aku masih patuh untuk menyembah kepada Allah yang Maha Pemurah, segala keindahan yang terbentang dihadapan mataku tadi termasuklah si dia juga salah satu sebaik-sebaik ciptaan Maha Pencipta.

Sesekali terpampang bayangan wajah mulusnya di tikar sembahyang teringat ketika dia mendekatkan wajahnya di hujung jariku pagi tadi. Adakah aku sudah gila kepayang asyik terkenangkan wajah manisnya itu?

“Assalamualaikum Warahmatullah.” aku memberi salam selesai bersolat. Aku beristighfar lagi banyak dari kebiasaan, bukannya apa kekusyukan waktu aku sembahyang lohor tadi nampaknya benar-benar terganggu. Malah ketika aku berdoa menadah tangan, aku melihat seperti wajah dan senyuman manisnya jelas di tapak tanganku hingga sahaja aku terlupa dengan ayat-ayat doa selepas solat dan mengulang-ulangnya semula.

Selesai sahaja solat aku terus ke restoran dengan berkain sarung budaya yang ada satu-satunya diresort lodgeini. tengah hari ini aku hanya menjamu nenas madu untuk sekadar mengalas perut.

Walaupun sebenarnya hatiku berbunga-bunga tidak sabar untuk menunggu saat tibanya waktu petang untuk aktivitijungle treking.

Jam 1.40 petang aku sudah bersiap-siap dengan stoking pacat berwarna hijau dengan seluar khakis dan boots kesayangan yang selalu ku pakai bila masuk hutan. Hari ini aku memakai baju uniform ku berwarna hijau lumut coklat dengan dua poket hadapan dan dua poket tepi di atas lengan seperti renjer hutan.

Aku melihat dicermin bilikku berdekatan dengan pintu bilik. Alhamdulillah pemberian Allah dengan bidang dada luas kulit kuning langsat mungkin juga penyebab salah satu tarikan diriku. aku cuba untuk menaikkan semangat untuk berdiri sama tinggi duduk sama rendah denganguestyang ikut sama nanti. Agaknya beginilah wajah Jericho Rosales pelakon terkenal Filipina jika artis itu mengenakan baju uniformku.

Tibanya di luar hadapan lobi tingkatbasementaku melihat mereka sudah berkumpul. Kemunculanku seperti dinanti-nanti olehguestyang lain. Bukannya apa, bukan mudah setiapguestitu di'entertain'olehresort managersepertiku oppsss mantanresort manager.

Malah bila aku ikut bersama dengan apa-apa aktiviti bersamaguest, guideataunaturalist, sudah pasti tekanan padaguideataunaturalistjuga bertambah. Secara tidak langsung bila aku mengikuti aktiviti bersama mereka ianyainspectiondanvaluationterhadap tugas-tugas mereka di sini.

Mungkin hanya aku seorang yang ditunggu dari tadi. Aku menyapaguestluar negara yang turut serta aktiviti ini dan mengajak mereka kemap routeyang diperbuat dari kayu untuk memberi sedikit taklimat dan berkongsi pengalaman di hutan ini, khususnya binatang yang pernah dijumpai dan amat bertuah sekiranya boleh menjumpai bintang yangraredan endemik bagi hutan kepulauan di laluan trek nanti. Selesai sahaja taklimat aku melihat wanita tadi sedang rancak berbual dengan Jumadi salah seorangtourist guideyang ada disini.

Ya... Jumadiguideyang sering aku request bila masuk ke dalam hutan denganspecial guestsama ada dari orang kenamaan atau selebriti tempatan mahu pun antarabangsa. Malah kehadiran Martha Stewart dan kerabat raja Sweden, aku tetap memilih Jumadi untuk ikut bersama menjadiguide. Ianya kerana bagi aku Jumadi merupakantourist guideyang berperwatakan lucu dan penyampaian informasi yang menarik dan kreatif dan disenangi oleh ramai orang.

Masih segar diingatanku ketika sewaktu aku mula-mula datang ke sini, dia asyik bercakap itu dan ini seolah-olah dia merupakan rajatourist guideterbaik di lembah hutan ini.

Aku acah-acah untuk mencabarnya dengan menanyakan soalan buah-buahan hutan yang terdapat di hutan ini yang boleh dimakan, ketika itu kami berkumpul beramai-ramai di depan lobi ofis bersama denganguidedannaturalistlain.

“Jumadi kau pernah makan semua buah yang ada dalam hutan ini?.” Soalku memulakan bicara.

Dengan lagak yakin Jumadi berkata sambil jarinya menunjuk-nunjuk pada hutan sekeliling kami seakan-akan dia mengetahui setiap flora dan fauna yang wujud di sini.

“Bos di hutan besar ini semua buah hutan yang boleh dimakan sudah pernah aku cuba dari yang masam, pahit, manis tawar segala-galannya pernah aku cuba.” Jawabnya dengan riak.

“Jumadi mesti buah yang satu ini kau tidak pernah makan lagi.”

“Buah apa tu bos?”

“Orang kampung aku panggil 'skrotum'.”

“Cuba bos describe dulu rupa buah tu?” Dia bertanya dengan penuh minat untuk menjustifikasi jenis buah yang aku maksudkan.

Aku menerangkan dengan teliti pada Jumadi. “Buah ini bila masak berwarna coklat dan berbulu, macam buah rambutan tapi bukan, rupa macam hampir-hampir buah salak tapi tidak juga, iras-iras buah ciku tapi juga bukan buah ciku.”

Jumadi terus memotong percakapanku. “Alah... kalau yang itu aku dah biasa makan bos, rasanya masam-masam manis kan?” sambil dia mengangguk kepala agar aku ikut mengangguk kepala mengiyakan justifikasinya.

“Kalau kau pernah makan Jumadi, bagitau macam mana pokoknya.”

“Itu senang bos macam kacang saja mau dijawab, pokoknya tinggi dan dahan sikit. Batangnya licin macam pokok mata kucing susah untuk dipanjat. betul kan?” Aku berdiri sambil bertepuk tangan meriah dan menepuk bahunya.

“Hebat! kau memang hebat Jumadi! kau memang seorangtourist guideyang tahu dari A sampai Z apa yang ada di hutan tebal ini.” Tegasku cuba untuk menaikkan semangatnya.

Dia tersenyum sambil mendabik dada. Pakcikdrivervan dan staf lain sekadar mendengar dan juga cuba-cuba untuk meneka bayangan terhadap buah yang aku maksudkan.

“Jumadi kau tahu buah 'skrotum' tu apa?.” Tanyaku sambil menepuk bahunya, aku sudah mula ketawa.

Skrotumtu maksudnya buah kemaluan lelaki, hahaha... inilah kau Jumadi masa sekolah dulu kau selalu ponteng kelas sains, hahahaha...” Sambungku dan ketawa. Jumadi terus memelukku geram dan malu-malu.

Semua orang ketawa berdekah-dekah pecah perut hingga keluar airmata mendengar penjelasanku,guideyang lain ketawa dan bertepuk tangan mungkin mereka tahu tapi hanya mendiamkan diri.

Kemudian dia pun ikut ketawa sama merah padam mukanya. Staf disini sudah tahu dengan perangai Jumadi walaupun dia ego tapi nampak lurus bendul bingung-bingung sedikit dan suka membuat lawak.

Jumadi menyapaku. “Selamat petang bos, amacam sudahreadybos?

“Kalau sudahready, bah kita gerak sekarang, lagipun yang lain sudahstandbydari tadi.”

Kami melangkah ke arah wanita tadi yang sedang duduk.

“Sebelum terlupa. Kita mesti berkenal-kenalan antara satu sama lain, mesti tau nama, nanti kalau hilang senang untuk kita jerit nama untuk mencari .” Jumadi yang seakan-akan perasan memandang wanita yang sedang duduk disebelahnya.

Wanita tadi bingkas bangun dan mendekati diriku lalu mencapai pen di poket hadapan bajuku dan mengutip daun kering kemudian menulis lancar seperti dikertas lantas dia memasukkan daun kering kedalam poket bajuku semula beserta pen. Aku mengambil daun dalam poket baju dan aku tersenyum bila tertulis sebuah nama iaitu ‘INOOR’.

“Jom.. " ujarku pada Jumadi.

"Hello everyone! if you are ready, so i think we should go now before the animal hide from your nice perfume and insect repellent smell.” Sahutku dan mula melangkah bersemangat...




                                                                 BAB 4


Bila memasukijungle trekdisini mengingatkan tempat kerja ayahku di satu sudut di hutan ini juga, kawasan kem pembalakan yang penuh denganlogging trucktidak berhenti-henti membawa batang-batang balak yang disusun meninggi di atastruck.

Fikiranku terbayang-bayang teringat suatu ketika bila cuti sekolah waktu petang semasa aku bersekolah menengah dalam tingkatan satu. Biasanya waktu petang-petang begini aku bersama dengan rakan lain sering memetik sayur paku pakis berhampiran sungai besar selebar jalanraya.

Keadaan di sini sentiasa basah dan lembab dengan air sungai deras seperti minuman Milo berwarna coklat bila tiba waktu musim hujan. Tanahnya merah berlumpur penuh dengan suasanaadventureseperti sedang mencari harta karun yang ditinggalkan oleh tamadun lampau.

Sesekali kelihatan pelangi turun di hujung sungai dan dihujung daun-daun pokok renek kelihatan pacat bergerak-gerak seperti bantal guling yang ditegakkan terhuyung-hayang ke kiri ke kanan mencari mangsa.

Kami sudah lali dengan pacat di hutan ini dan cuba mengelak daripada digigit pacat Harimau yang lebih ganas berbanding pacat biasa bila melekat dikulit, pacat harimau boleh dikenalpasti dari badan yang berwarna merah coklat dan ada garisan berwarna kuning hitam seperti harimau berbanding pacat biasa yang berwarna hitam.

Pacat ini suka di tempat yang hangat-hangat dan lembab, jadi kalau masuk ke dalam sungai yang ditebingnya penuh belukar pastinya dicelah-celah paha dengan kemaluan atau bahagian ketiak jadispot placeuntuk pacat ni.

Bila tinggal hidup dalam hutan belantara dara, memetik paku pakis merupakan aktiviti wajib dan salah satu sumber sayur yang mudah diperolehi. Malah memetik paku pakis juga memerlukan kebolehan, entah benar atau tidak. Kami ditunjuk ajar oleh orang-orang tua dan disampaikan dari generasi ke generasi bahawa terdapatnya paku pakis serupa seperti biasa kita makan atau yang dijual di pasar-pasar di kampung tapi sebenarnya tidak boleh dimakan.

Orang kampung memanggilnya pakis gajah dan kami tidak pernah memakannya sebabnya selepas sahaja kita memakan jenis pakis ini telinga akan terasa pekak untuk seketika. Untuk mengetahui rupa, bentuk dan warna pakis gajah yang tidak boleh dimakan, warnanya lebih hijau muda, berbulu dan lebih besar sedikit serta bukaan pucuknya lebih luas tidak melengkung daripada sayur paku pakis biasa.

Pernah satu ketika di zaman kanak-kanak sedang kami berehat pada waktu petang di tebing sungai yang agak tinggi di tempat mengambil sayur paku pakis kami melihat dua kawanan kumpulan gajah berenang melintasi sungai selebar 50 meter dengan kedalaman air yang benar-benar dalam bayangkan ikan patinnya sahaja sepanjang saiz kereta Perodua Kancil.

Ianya satu pengalaman indah dengan pemandangan waktu petang dengan langit luas berwarna kemerah-merahan memperlihatkan keindahan fatamorgana alam, satu persatu gajah ini berenang dan berusaha untuk ke sampai ke tebing seberang. Menikmati pengalaman dengan pemandangan mega langit membayangi susuk kami. Faktanya gajah memang pandai berenang dan boleh mengapungkan diri.

Kami seperti krew National Geographic memerhati dengan penuh minat bersebelahan dengan kawanan gajah dengan kelebihanviewkami yang lebih tinggi sedikit dari tebing sungai, masing-masing menunjuk ke arah aksi gajah yang kami rasakan sungguh penuh cabaran dan suspen.

Ibu gajah membantu anaknya untuk berenang dan sekali sekala perasaan cemas menyelubungi kami kerana melihat anak gajah seolah-olah lemas ditelan ombak sungai yang terhasil oleh dayungan gajah-gajah ini. Ada ketikanya anak-anak gajah ini seperti sudah tidak berdaya dan kemudian muncul ibu gajah dari dalam air cuba mengapungkan anaknya dengan menolak ke permukaan.

Sungguh memotivasikan dan mempersonakan bagi yang pernah mengalaminya. Benarlah binatang ini lebih menghargai anak-anaknya berbanding manusia yang adakalanya kita dengar dalam berita mengenai kes buang bayi yang meningkat setiap saban tahun.

Hanya ucapan kalimah Subhanallah merasai indahnya pengalaman itu yang Allah berikan peluang untuk aku melihat pengalaman sangat manis dan sentimental yang rasanya tidak pernah dialami dan dinikmati oleh kebanyakan penduduk rakyat di negara ini.

Adakalanyaflashbackmemoriku terhenti bila ketika Jumadi berhenti rehat dan menerangkan satu persatu maklumat tentang flora dan fauna hutan hujan ini. Aku mengikut dari belakang menyelusuri jalan-jalan denai. Kelihatan kumpulan pelajar ini menunjukkan sifat ingin tahu yang tinggi dan sekali sekala mereka ketawa mungkin mencuit rasa hati mereka dengan penerangan oleh Jumadi yang bijak dalam PR.

Perasaanku sungguh indah dengan matahari petang dan ada waktunya pada biasan cahaya matahari yang tepat mengena wajah Inoor benar-benar menunjukkan keindahan dan kecantikan wajah aslinya. aku merasa terpukau dengan senyumannya, bila Inoor ingin melihat dan rasa tertarik pada sesuatu aku meminjamkan teropong yang di bawa dan selepas menggunakan dia memulangkan semula.

“Pssstt... awak... Awak guna dulu teropong saya, gantung kat leher awak.” Aku menghulurkan teropong dengan Inoor membalas sebuah senyuman.

Aku melihatnya berulang kali begitu juga dengan dia yang kadang kala memberi isyarat dengan tangan menunjukkan burung atau binatang yang kelihatan di sebalik dahan atau pokok-pokok di hutan ini. Aku melihat bila dia meneropong tak ubah lagak seorang ahlibirdingyang berkali-kali melihat penuh minat dan tekun untuk mengenal pastispeciesnya melalui buku yang ku bawa.

Ketika kumpulan kami berhenti disulap untuk berehat tiba-tiba.

“Eeiiiii.... Help me!!! Please!!!” kedengaran suaranya yang nyaring sambil melompat terkinja-kinja meminta tolong, aku sengaja membiarkan dan yang lain juga turut kaku kehairanan membiarkanMissmereka menepuk-nepuk lengannya . Beberapa orangguestlain cuba melihat dan membantu apa yang sedang berlaku.

Jumadi hanya tersenyum dan pelajar lain mula mengerumuni, aku datang dan bertanya,

“Kenapa?”

“Pacat.” Suara Inoor terketar-ketar dan geli sambil menunjuk pada pacat di pelipat lengannya.

“Oklah tu lepas ni awak dapat sijil pacat.SoJumadi jangan lupa bagi sijil pacat.”

“Sijil pacat? Awak fikir ni perkara main-main.”

Pelajar yang lain ketawa melihat gelagatMissmereka bila mendengar kenyataan ku dan jawapan dari .

“Yelah... nak buat macam mana dah prosedurresort lodgeyang memberi Blood Donation Tiger Leech Certificate sebagai cenderahati. Oh ya... jangan lupa bayar sijil tu 1.50 US Dollar.”

Di hutan ini pihakresortmenyediakan sijil pacat kepadaguestyang merasai pengalaman sendiri digigit oleh pacat Harimau, ianya sebagai satu tarikan.

“Kalau macam tu saya nak awak yang tanda tangan sijil tu.”

“Tak janji... lagi satu macam mana awak tak perasan digigit pacat?.” Soalku sambil duduk dihadapannya seperti menyembah sultan dihadapannya, lagakku seperti seperti seorang hero .

“Awak..awak fikir saya tau dengan binatang-binatang macam ni.” Gerutu Inoor geram.

“Lain kali kalau awak terasa sejuk di bahagian-bahagian sendi atau lipatan kulit maksudnya awak digigit pacat lah tu. Bawa mari lengan awak biar saya tengok.” Inoor menghulurkan lengannya yang gebu dan mulus itu.

“Jumadi rokok awak.” Sambil Jumadi mengambil rokok seludup kretek Gudang Garam dari poketnya.

Aku mengambil sebatang rokok dan kemudian menabur sedikit demi sedikit tembakau rokok dipacat dan sekelilingnya. Sebenarnya boleh sahaja pacat itu dicabut terus.

Memang tidaklah sakit sangat kalau ditarik cuma kalau bagi kaum perempuan tentulah binatang itu menggelikan. Sahaja aku jadikannyathrillsupaya nampak sikit karismatik,machodancoolnya diriku lagak model rokok Marlboro suatu ketika dulu. Bila lagi kan?

“Boleh awak tak respon bila saya minta tolong tadi, sedangkanguestlain pun ambil peduli. Nasib cuma pacat.” Ucapnya marah seakan-akan merajuk.

“Alah kami dah biasa bila dengarpitchingawak menjerit tadi, memang dah tau pacat punya hal.”

“Awak ni tau-tau pula, bayangkan kalau bintatang atau serangga berbisa lain.”

“Orang perempuan kalau digigit pacat perkataan pertama yang akan keluar Eeiiii... sebab perasaan geli tapi kalau binatang lain bunyi minta tolongnya lain.” Aku tersenyum menyebabkan bibirnya makin dicebik.

“Buka tangan awak, nah! Lepas ni bolehlah awak simpan pacat danframekan.” Aku memberikankan pacat ke tapak tangannya.

“Eeeiiii awak!!.” Semua ketawa melihat aksiMissmereka.

“UntungnyaMisskena layan oleh Mr AG, kalau macam tu pun saya pun nak jugalah kena gigit pacat.” Kata salah seorang pelajarnya yang manis dan tidak kedekut senyuman seorang periang sejak dari semalam lagi.

“Dah… dah.. jom! Jumadi sejam lagi rasanya dah nak masuk maghrib. Lagi pun rasanya semua dah rasa penat, mari kita balik.” Dia berdiri dan membersihkan seluar jeansnya selepas duduk di atas tanah.

Setibanya di luar kawasan lobi ofisresort, masing-masing kelihatan rancak bercerita agaknya berkongsi pengalaman menarik mereka khususnya pada ‘mat saleh’ ni sebab benda-benda sebegini bukannya terdapat di negara mereka. Kelihatan Inoor mendekatiku.

Thanksbagi pinjam teropong awak.” Ucap Inoor

Dinnernanti awakfree? Kalau awakfreejumpa kat tempat kita duduk pagi tadi.” Aku memberanikan diri mengajaknya untuk makan malam.

“Hmm.. tengoklah itu pun kalau berkenan.” Dia berlalu pergi ke tempat pelajarnya yang sedang sibuk berbual, meninggalkan diriku mengharapkan dia akan sudi makan malam bersamaku.




                                                            BAB 5


Suasana hampir maghrib dengan awan yang mula bertukar gelap menunjukkan hidupan liar di sini turut sama bersedia mempersiapkan diri untuk berehat menutup rapat pintu-pintu persembunyian mereka. Manakala bagi binatang pemangsa lain peredaran waktu senja memasuki malam merupakan masa untuk menjadi pemburu.

Di langit yang mulai gelap kelihatan kelawar dan burung layang-layang masing-masing mengeluarkan bunyi seperti ada peperangan yang maha hebat di langit luas ini.

Terasa seperti berada di tanah suci Mekah sewaktu tentera Abrahah mengagungkan dan membalas dendam untuk Qulais. Bertempiaran tentera yang ingin menyerang Kaabah bila burung Ababil membawa batu dari neraka. Ya! Ababil menewaskan tentera Abrahah tentera bergajah dengan langit penuh gegak gempita. Dan selepas beberapa lamanya lahir seorang insan paling sempurna pernah berdiri berjalan hidup di atas muka bumi ini untuk menyebarkan dakwah Islamiah. Muhammad bin Abdullah Salam dan selawat ke atas junjungan nabi Allah... Allahuakhbar!

Setelah berehat sekejap dan membersihkan diri aku menunaikan apa yang telah difardhukan 1400 tahun yang lalu oleh nabi SAW. Aku masih ingat lagi seorang ustaz dari negeri tanah besar yang melakukan dakwah di kampungku.

Katanya jika esok kita menjadi pencuri, jika esok kita menjadi penjudi, jika esok kita menjadi penzina dan jika esok kita hina di mata Allah sekalipun, solat itu jangan sesekali kita tinggalkan kerana kita memohon untuk hati kita diberikan sedikit ruang untuk Allah.

Sambung ustaz itu lagi, jika esok kita menjadi pemimpin, jika esok kita menjadi pekerja biasa, jika esok kita menjadi pengusaha dan jika esok kita menjadi hakim sekalipun, solat jangan ditinggalkan sekali-kali kerana kita masih perlu redha Allah.

Ya begitu juga dengan cinta... jika kita mencintai seseorang carilah dan cintailah perempuan atau lelaki yang mencintai Allah terlebih dahulu. Bagaimana dia untuk mencintai diri kita sedangkan Allah yang menciptakannya pun tidak dicintai olehnya.

Aku berjalan menuju ke restoran berkain sarung dan berbaju kemeja t-shirt paling selesa oleh orang rumpun nusantara seperti diriku baju cap Pagoda putih bersih seperti jiwaku, entah kenapa malam ini aku merasakan seperti aku menghadiri majlis pernikahan. Dalam hatiku ingin sahaja aku memakaisigartersemat rapi keris dipinggang supaya nampak pelik dan asing di tempat ini hingga menjadi tumpuan.

Biar malam ini aku menjadi tarikan semua orang yang berada direstoran dan biar ‘minah-minah mat saleh’ terpukau dengan diriku seperti dalam cerita filem Perfume dari negara Perancis yang mengekstrak gadis-gadis cantik menjadi minyak wangi selepas dikecawakan oleh hidup yang tidak menentu. Biar mereka tunduk melutut dihadapanku kerana auraku ini. Ya! Aura yang ku harapkan mampu untuk mengusik jiwa membelai hati Inoor.

Teringat wajah Inoor pagi tadi, wajahnya juga seperti berketurunan orang asing, seperti yang aku katakan wajahnya tidak tumpah seperti pelakon Tatjana Saphira + Siti Saleha, senyuman seperti Siti Nurhaliza, gaya manjanya seperti Fazura dan keaslian pan asiannya seperti Ramona Rahman dalam filem fenomena satu ketika dulu digandingkan dengan lakonan M.Nasir. Pakej yang cukup lengkap seperti minuman 3 in 1 untuk tenaga hebat!

Bila aku tiba di restoran semuanya kelihatan tenang sebab kebanyakan pelancong asing sedang menjamu selera. Suasana dengan lampu neon berwarna oren dan putih dan disinari oleh pancaran cahaya lampu-lampu pelita menjadikan malam ini selembut bisikan angin bayu.

Sungguh romantik dengan berlatarbelakangkan muzik barat diselang selikan dengan irama kulintangan dan gong penuh mistik penuh asli penuh warisan adat zaman berzaman.

Pemuziknya terdiri dari staf disini yang berlatih secara suka-suka sebagai hiburan aktiviti malam dan ada yang memang tugas seharian mereka. Aku melalui mereka yang bersemangat memainkan alatan sambil menggerakkan badan mengikut rentak dan beralun seperti rumput yang panjang. Aku pergi ke kaunter bar restoran mencari tempat duduk dan meninjau-ninjau disekitarnya mencari-cari Inoor.

“Eh, Bos masih disini?.” Soal Wati yang terkejut melihatku.Wati membetulkan pakaian kebaya dan sanggul dengan wajahnya bujur sireh kelihatan manis. Gadis pribumi dari daerah teh negeri ini yang baru tamat belajar di tingkatan lima. Jauh sungguh dia datang untuk bekerja di sini.

“Ya. Besok baru saya balik, ohhh... hari ini watishiftmalam. Bah, jangan takut saya bukannya bos lagi. Nanti kalau ada masa saya datang lawat-lawat kamu orang.” Wati tersenyum cuba untuk bertenang,

“Wati nanti jangan lupa malam ni bila nampak saya duduk di tempat biasa tu denganguestperempuan suruh James mainkan lagu-lagurequestsaya...”

“Tahu bos, siapa ndak kenal dengan bos. Sikit-sikit laguevergreenkadang kala nampak sangatrequestbos semenjak dua menjak mau meninggalkan kami. Macam ndak balik-balik sudah lepas ini.”

“Dari cakap ko Wati macam menakutkan saya... hahaha... oklah... jangan lupa selang selikan dengan muzik biasa Clayderman dan Kenny G, nanti lain pula jadinya restoran ni. Bawa saya segelas air dulu.”

No problembos hensem.” Sambil Wati mengangkat kening.

Aku duduk ditempat pagi tadi dengan segelas air putih, pada kebiasaanya waktu-waktu sebegini aku akan duduk bersama denganguestyang pelbagai rupa beralih dari satu ke satu meja bertanyakan masakan yang dihidangkan dan mendengar pengalaman mereka dan berkongsi tentang budaya di tanah bumi bertuah ini.

Jika melihat ras wajah mereka semuanya seperti sama cuma pelat bahasa Inggeris mereka sahaja yang berbeza. Tapi jika diamati betul-betul dan bila sudah membiasakan dengan wajah mereka, kita sudah mampu meneka mereka dari, Sweden, Perancis, Itali, Spain, Denmark, Australia, Russia, dari negaraUncleSam atau negara lain.

Cuma aku paling cuak sikit bila bertemu denganguestdari negaraUncleSam sebabnya perasaan mereka sentiasa meninggi diri seperti merekalah manusia yang paling bertamadun di dunia pinjaman ini, bila berbual mereka mendabik dada dan bercakap seperti seorang penguasa dunia.

Namun berdasarkan pemerhatianku mudah untuk mengenali mereka yang berasal dari negara ‘si Trump’ kelihatan mereka ni lebihhygieneberbanding denganguestdari negara barat lain, lagi satu mendengar pelat mereka bercakap kita tahu dia dari negara polis dunia itu. slanga atauaccentmereka seperti kita mendengar dialog-dialog filem Hollywood.

Aku melihat jam tangan seperti tercari-cari suatu yang hilang. Terus dan terus menunggu kadangkala melemparkan senyum dan melambai padaguestyang aku kenali yang tinggal di hutan ini lebih hampir seminggu. Berdasarkan pengalamanku mereka semua terasa amat dihargai bila kita tahu dan ingat nama mereka, memanggil dengan nama berbanding menggunakan istilah ‘sir atau mr’ adalah lebih baik.

Memang ada logiknya bayangkan jika Rasulullah SAW mengenal dan ingat nama kita, sudah pasti dunia ini seperti milik kita tapi kita sendiri selalu lupa pada Rasulullah SAW apatah lagi untuk berselawat setiap hari. Tiba-tiba bahuku dicuit sambil mendengar orang ingin berbisik.

Hello sir, may I take your order please?.” Aku cuba meneka siapa pula waitress baru ini, seperti aku dapat meneka suara siapa, bila aku menoleh ke arah suara itu.

Masyallah! wajahnya sungguh cantik dan indah diterangi oleh suluhan cahaya dua zaman lampu malam neon dan lampu pelita alangkah sempurnanya ciptaan mu ya Allah, ianya membuatkan aku kaku jantung berdegup sekuatnya seperti ingin aku merisik dan meminangnya esok pagi.

Yes please.” Jawabku seraya mendengar suaranya, terketat-ketar garau di hujung suaraku, dia tersenyum.

Dia berkata. “Boleh tak saya duduk di sini? Awak memandang saya seperti seekor harimau hendak menerkam mangsanya.”

Badanku seperti telah disetuntuk berdiri dan menarik kerusi mempersilakan untuknya. Aku masih lagi terbuai-buai dengan keindahan wajahnya masih separa sedar. Aku melihat wajahnya memang tiada tandingan. Tandingan hanya pada jiwaku!

“Ehem... silakan tuan puteri....” Sambil membetulkan suaraku yang tiba-tiba kering.

Wati datang ke meja kami sambil mengerling wajah wanita dihadapannya itu, matanya mengerling mungkin tekejut sendiri dengan kecantikan wajah Inoor.

“Awak nak minum apa?.” Aku bertanya pada Inoor dan sejak dari tadi tidak melepaskan pandangan mataku pada dirinya.

“Nanti Inoor order, nak ke bilik air sekejap.” Katanya penuh kelembutan, luluh cair seluruh hati bila mendengar suaranya.

“Ok kalau macam tu Wati bawakan air cuci tangan untuknya. Opppsss... Eh sorry tershashul pula... segelas air minum.” Aku sudah tidak keruan berkata pada Inoor , diriku ini masih panik. Inoor tersenyum dan kemudian berdiri, wajahku dan mataku ikut bergerak dari bawah ke atas mengikut setiap gerak gerinya.

Selang berapa minit kemudian dia datang. Aku melihat dia berjalan ke arah meja kami, kelihatan cantik dengan kain pelikatnnya di gulung diikat rapi kemas dan baju lengan panjang berwarna putih yang digulung ke paras bawah siku. Baju berbutang dari bawah dan bahagian atas seperti sengaja dibiarkan tidak berbutang menyerlahkan lagi kulitnya yang berwarna putih mulus.

Baginya mungkin perkara biasa, lain adat lain cara hidup di negeri ini dan sudah pastinya berbeza-beza pandangan. Matanya berkaca-kaca menusuk ke hati sesiapa yang memandang wajahnya. Inoor datang menghampiriku dan aku berdiri sekali lagi menarik kerusi mempersilakan untuknya.

Begitulah lumrah manusia melihat yang indah yang konkrit di depan mata sanggup menjadi hamba kepada keindahan dunia sanggup menjadi hamba kepada cinta dunia yang tidak kekal.

“Tempat duduk kita sekarang macam khas untuk awak di hutan belantara ini.”

“Tempat ini bukan dikhaskan untuk saya tapi dikhaskan untuk kita berdua.” Seakan-akan masih bermimpi menyulam kata indah membalas tutur Inoor.

“Hello.. awak ni bercakap macam tengah mengingau.. hahaha... dahlah. jom kita lihat hidangan untuk malam ini, terasa lapar menunggu awak dari tadi.” Inoor berkata sambil melambai tangannya di depan wajahku yang hampir angau.

“Awak tunggu saya? atau saya tunggu awak... tau-tau je awak yang saya menunggu lama.” Ucapku dan dia melemparkan satu senyuman yang telah mencairkan hati ini.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku