Takkanku Lupa
Bab Part 2
Genre: Cinta
Kategori: Novelet
Paparan sejak 10 Februari 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
1051

Bacaan







Telefonku berdering lagi tanda ada chat masuk. Tanganku ralit membetulkan tudung di hadapan cermin. Telefonku berbunyi lagi, tapi kali ini kedengaran seperti anak burung lah pulak, cip...cip...cip. 'Banyak betul idea diorang ni nak menaip dalam Whatsapp tu,' aku bermonolog sendiri. Senyuman puas aku pamerkan tanda aku berpuas hati dengan penampilanku. Telefon akhirnya aku gapai, sempat aku mengeluh. Malas. Pastinya mesej yang masuk bertambah banyak dan akhirnya aku tak mampu nak baca dan aku tertinggal sesuatu dan terpaksa baca semula satu persatu dan...ahh terlampau banyak dan yang tak mampu ditulis disini. Bukan apa, petang itu kami dah berjanji ingin lepak! yeaaaaaahh.... Nampak tak betapa gumbiranye hati Ifa waktu tu. Nak tau sebab apa? Because... Zai will 'lepak'ing with us!! hehehe..

Aku memberhentikan motor di hadapan rumah Zai, tugasku sebelum ini hanya menghantar dan membawanya pulang apabila ada latihan gamelan atau ukulele. Tapi hari ni, aku menjalankan tugasku untuk membawanya ke KFC. Nampak tak? Nampak tak betapa akrabnya aku dengan Zai ni, walaupun dulunya ehemm ehemm...kitorang lain geng dulu masa form 3. Tapi dah nasib, naik form 4 dapat satu kelas dengan Zai ni. Itulah namanya Takdir Tuhan...

Jangan pandang sebelah mata Zai ni, badan je kecil otak bijak mak kau, 7A PT3... Hahaha, aku? tak yah cerita, cukuplah untuk masuk 4 Amanah tu..hehehe..

"Hah, sampai pun. Kau ni..." suara Zai mencecah gegendang telingaku. Wajahku bertukar serba salah..

" So sorry, Zai." Ternyata aku tak perlu bekerja keras untuk dapatkan senyuman manis itu...

"Dah... tak apa. Jom gerak." Zai yang dah siap bertopi keledar membonceng dibelakangku. Aku masuk gear dan... vroomm.. motorku mengenakan daya pecutan ke atas jalan raya, hehehe. Betul ke ayat aku?

Aku membuka pintu kaca KFC, petang itu, najdwa dan Syu saja dr geng sembilan orang yang dapat hadir. Tapi ramai jugak ahli dewan....ehh tak tak...ahli kelas 4 Amanah yang datang and for sure perempuan je lah... Ada jugak classmate dr form 3 dulu yang datang berjumpa dengan Zai, al maklum, lama tak jumpa gitu.

Muka Zai... Muka dia jelas menggambarkan yang dia tersangat happy. Aku tak tahu apa perasaan dia, tapi pernah dulu dia kata dekat sorang ex classmate kitorang, Syasya, masa tu...

Di hospital Muar...(Tahun lepas)

"Mana satu wad Anida ni??" keluhku.

"Mungkin kat depan sana tu..." Ujar Syasya.

setelah setengah jam men'tawaf' sebuah hospital secara percuma al-free of charge akhirnya wad Anida ditemui. Tapi, sayangnya... Ifa dah pun balik kerana masalah tertentu...
Dalam wad...

"Mesti bestkan, ada orang lawat. Ada banyak hadiah. Aku teringinnak masuk hospital." Zai bersuara.
Syasya mengeluh kecil, "Zai, janganlah cakap macam tu."

***

Aku mengeluh kecil, sedih berbaur gembira apabila mengenangkan Zai yang sedang menghidap leukimia. Ayam di depan mataku aku pandang, Syu menepuk bahuku lembut. Aku tergelak. Ifa yang mereka kenali bukan cengeng begini, aku tahan diri dari dipandang lemah. Senyuman aku ukir, ya, Ifa yang mereka kenal seorang chatterbox yang periang.

Aku menoleh apabila telingaku menangkap bunyi derapan kasut seseorang. Cikgu Aisyah! Datang juga guru kelas kami ni. Zai bangun dan bersalaman. Dari kejauhan aku dengar bait bicara mereka, "Zai sihat?" itu dia... soalan yang kini jadi common buat cikgu yang berjumpa dengan Zai. Aku cemburu tiba-tiba. Ternyata harapan Zai sudahpun menjadi kenyataan. Kini, dia menjadi tumpuan buat kami. Di satu sudut hatiku terselit ucapan syukur kepada Allah kerana diberi kesempatan untuk membahagiakan gadis berbadan kecil bernama Zai ini.

"Alhamdulillah... sihat cikgu." Suara Zai dan wajahnya memainkan peranan. Cikgu Aisyah tersenyum dan mereka melangkah ke meja. Yang lain pun sibuk bersalaman dengan cikgu termasuklah aku. cikgu ni kira boleh kamcing jugak lah, sebab umur lebih kurang je...

"Ni awak datang naik siapa ni?" cikgu memulakan perbualan.

"Naik Ifa." Zai pula menjawab.

"Hahh, Ifa... bawak motor elok elok...jgn laju laju."nasihat itu! Aduh... berat rasanya.

"Eleh, Ifa ni bukan boleh percaya. Kalau dia bawa motor, kalah budak laki. Laju betul." Wahh, Syu. Tak backup aku langsung. Wajahku yang kelat aku paksa untuk senyum. Aihh, payahnya.
"Haah cikgu." ehh, sempat najdwa ni menambah.

"Kau Najdwa. Cakap orang, kau pun bawak laju okey..." tak ada orang backup, aku pun backup diri sendirilah cerita dia kat sini. Huhuhu...

Tanpa mereka sedar, aku pandang wajah milik Zai. Dia sedang tersenyum melihat keletah kami.
"Haihh, tapi kamu bawak Zai. Kena hati hati sikit." aku menggaru kepalaku yang dilitupi tudung.
 
Nampak tak, Zai diutamakan di sini... Aduhai. Tak apalah, aku pun sayang dia kan?
"Baiklah cikgu." aku akur. Memang tak sepatutnya aku bawa motor laju laju.

"Zai makan apa je?" topik ditukar.

"Makan fries je cikgu. Ayam tak boleh makan sangat." Zai tersenyum kecil.

"Alahai, sikitnya. Makan lah banyak sikit. Kurus sangat awak tu."

"Cikgu pun kurus jugak. Nampaknya cikgu kena makan banyak jugak lah ni.." Aku mengusik. Cikgu Aisyah tergelak kecil.

"Ehh, cikgu dulu berisi tau. Tak percaya? Meh cikgu tunjuk..." tangannya laju mengeluarkan telefon pintarnya dari beg tangan.Beberapa kali dia menyentuh skrin telefon dan dia menghulurkan telefonnya.

"Hah...Tu masa cikgu dekat matrik."

Aku ternganga sekejap. Bezanya....

"Hehe, tapi korang muda lagi. kena makan banyak, biar berisi sikit." aku tersengih pada Zai.

"Hah, dengar tu Zai. Makan banyak sikit." aku pula yang menasihatinya.

"Kamu pun Ifa. Cakap orang...Badan pun kurus." aku jugak...Haih, apalah nasib.

Air di depan mata aku gapai. Sejuk terasa di tekakku apabila air ice lemon tea memasuki perutku. Entah kenapa aku tersedak dan tersembur. Pantas aku menundukkan badanku ke bawah. Allah....Malunya!

"Ifa, kau okey tak?" ucap Najdwa dalam sisa tawanya. Gelakkan aku lah tu. Urgghhh...

"Haha...rileks, Fa...Rileks..."Syu pun. Emm, apa lah nasib dapat kawan gelakkan kawan. Aku gapai tisu dan mengelap mulutku yang basah akibat semburan ice lemon tea tadi. Apalah nasib...

Beberapa hari berlalu...

"Ifa, Zai... dia nak buku-buku kat bawah meja dia." aku menjengah ke bawah meja Zai. Mak aihh, banyaknya buku! Ni bukan laci meja, ni almari buku gamaknya.

"Tak apalah esok aku bawakan pergi rumah dia."aku menggetap bibirku dan mengeluh kecil. Kenapa? Entah, mungkin membayangkan hari yang panas terik hari ini. Aku memandang ke luar tingkap kelas.

"Okey. Emm, beg besar kau ada tak?" Syu bertanya lagi.

"Emm, entahlah. Ada kut..." kepala yang tak gatal aku garu perlahan. Syu hanya mengangguk.

Keesokkan harinya...

Seorang demi seorang pelajar kelas 4 Amanah keluar dari kelas. Sepuluh minit yang lalu, loceng tamat sekolah telah berbunyi. Kini, tinggal aku dan Ain dan Syu dan Najdwa dan Fizah... Banyaknya dan....errr.

"Banyak 'gila' buku dia ni..." aku tergelak kecil dengan perkataan 'gila' yang aku sebut tadi..

"Haha...kau baru kenal Zai ke?" Ain bersuara sambil tangannya ralit memasukkan bukunya ke dalam beg.

Syu menghampiri aku. "Nak aku tolong?" aku mengangkat mukaku dan memandangnya. Senyuman jahat aku ukir...

"Hehehe......."


Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab Part 1 | Bab Part 2 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku