Isteri dari neraka
Bab Bab 1
Nor
Genre: Keluarga
Kategori: Novelet
Paparan sejak 10 Februari 2017
Penilaian Purata:
(9 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1001

Bacaan






        Suraya melangkah masuk ke dalam rumah dengan seorang lelaki sambil berpimpin tangan. Mereka kelihatan begitu mesra sekali sambil bergurau senda. Amran yang duduk di sofa ruang tamu hanya memerhati isterinya itu tanpa berbuat apa- apa sewaktu isterinya dan lelaki itu melintasinya. Suraya menuju ke dalam bilik tidur mereka bersama- sama dengan teman lelakinya sebelum pintu bilik ditutup dan dikunci dari dalam. Namun dia sempat menjeling sekilas kepada Amran yang hanya diam tidak terkutik.

         Dia tahu Amran tidak akan berani untuk melarangnya berbuat sesuka hatinya kerana Amran seorang suami yang ' dayus'!

          ' Suraya tak buat apa- apa tu. Berbual kosong je dengan lelaki tu. Aku yakin dan percaya pada dia. Dia tak kan khianati cinta aku.' monolog Amran sendirian. Berusaha untuk menindakkan apa yang terlintas difikiranya.

          Amran bangun dari duduknya dan menghampiri pintu bilik. Telinganya dilekatkan pada pintu dengan debaran didalam dada. Telinganya jelas mendengar suara ketawa isterinya dengan diselangi dengan suara lelaki yang dibawa Suraya. Amran menarik telinganya menjauhi pintu bilik. Hatinya sakit!

           Dia berjalan mundar mandir dengan kedua belah tangannya dicantumkan. Apa yang dia harus lakukan? Ditarik nafas sedalam- dalamnya sebelum dihembus. Tidak. Suraya tidak mungkin menduakannya. Pasti ada pekara yang perlu dibincangkan oleh Suraya dengan lelaki itu. Dia menguntumkan senyuman dibibirnya. Amran kembali menidakkan akal warasnya.

             Dia tidak sanggup memikirkan pekara yang buruk- buruk mengenai isterinya. Masakan dalam mood haneymoon, Suraya sudah hilang rasa cintanya kepada aku? tentu mustahil. Mereka berkahwin setahun yang lalu kerana saling mencintai.

             " Assalamualaikum...."

              Amran memandang ke arah muka pintu yang tidak tertutup. Jantungnya kembali berdegup laju apabila matanya melihat adiknya, Amira sedang berdiri dimuka pintu sambil menanggalkan seliparnya. Mampus aku! gumam Amran di dalam hati namun wajahnya tetap dimaniskan supaya Amira tidak mengesyaki apa- apa.

               Amira memandang lama ke arah sepasang kasut yang tersusun rapi dimuka pintu. Dahinya berkerut seribu sehingga keningnya hampir bertaup. Timbul perasaan hairan dihatinya dengan kehadiran kasut itu dirumah abangnya. ' Kasut siapa ni? Nak kata kasut abang Teh, tak kan besar sangat. Setahu aku, kasut abang Teh saiz 6 tapi kasut ni saiz 8.'

               Amira mendekati Amran yang kelihatan serba salah. Wajah nya ditundukkan memandang lantai rumah. Tidak berani bertentang mata dengan adiknya apabila menyedari renungan tajam dari Amira. Amira menyantuni abangnya sebelum matanya meliar mencari Suraya.

               " Mana kak Teh?" tanya Amira. Pelik apabila kelibat Suraya tidak kelihatan sedangkan Suraya seorang suri rumah.
 
                " Kak Teh tak ada kat rumah. Dia balik rumah mak dia." jawap Amran. Benar- benar berharap agar Amira mempercayainya. Amira menganggukkan kepalanya.

                 Amira melangkah ke arah sofa untuk duduk namun niatnya itu terbantut dek bunyi suara yang sedang merengek manja. Langkahnya kembali diatur mencari arah suara yang didengarinya sebentar tadi. Amran yang melihat Amira mendekati bilik tidurnya, kembali gelisah. Sebolehnya dia tidak mahu ada sesiapa yang mengetahui apa yang berlaku di dalam rumah tangganya.


Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab Bab 1 | Bab Bab 2 | Bab Bab 3 | Bab |
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku