Isteri dari neraka
Bab Bab 2
Nor
Genre: Keluarga
Kategori: Novelet
Paparan sejak 10 Februari 2017
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
495

Bacaan






       Amira mendekatkan telinganya ke pintu bilik. Jelas kedengaran suara kakak iparnya yang sedang bergelak ketawa berselang seli dengan suara seorang lelaki. Hatinya berdetak laju. Telinganya ditarik menjauhi pintu bilik. Pandangannya dihalakan ke arah Amran. Renungannya tajam memanah anak mata abangnya sebelum Amran menundukkan kepalanya memandang lantai rumah.

        " SURAYA!!" tepik Amira. Rasa amarah mengunung didalam dadanya. Panggilan kak Teh sudah bertukar dengan panggilan nama sahaja kepada kakak iparnya itu. Namun begitu, dia berharap apa yang terlintas difikirannya tentang Suraya adalah tidak benar. Tangannya memukul- mukul permukaan pintu sekuat tenaga sebelum pintu dibuka dari dalam.

          " Mi... Mira. Mira buat apa kat sini?" tanya Suraya. Wajahnya sudah berubah pucat apabila melihat adik iparnya sedang berdiri dimuka pintu. Mata Amira terbuntang luas apabila melihat kakak iparnya hanya berkembang dengan tuala dan disampingnya berdiri seorang lelaki. Juga hanya memakai tuala.

           " Kau siapa?!" tanya Amira. Dadanya turun naik menahan marah. Tergamak Suraya berlaku curang didalam rumah dan di dalam bilik tidur abangnya sendiri!

           " Berambus! Aku kata berambus!" Tepik Amira kepada lelaki yang sedang berdiri disisi kakak iparnya. Matanya mencerlung garang. Amran hanya berdiri kaku tanpa sebarang tindakkan. Matanya hanya terkebil- kebil melihat apa yang sedang berlaku dihadapannya ketika ini.

          Lelaki itu masuk kembali ke dalam bilik dan memakai pakaiannya semula sebelum dia melangkah keluar ke dalam rumah. Suraya hanya mampu memandang apabila melihat Amira yang dalam keadaan benar- benar marah. Amira memerhati kekasih gelap Suraya sehingga lelaki itu masuk ke dalam keretanya dan memecut pergi.

          " Abang Teh," panggil Amira. Sakit hatinya apabila melihat Amran yang hanya terkaku diam ditempatnya sedang berdiri. Tiada perasaankah lelaki ini? Sehingga sanggup melihat isteri sendiri berlaku curang didepan mata?

          " Mira nak abang hantar Suraya balik ke rumah mak bapak dia sekarang juga!" arah Amira. Tegas.

          " Perlu ke, Mira?" tanya Amran. Lagaknya seperti orang bodoh sahaja dengan mengaru- garu kepalanya yang tidak gatal.

           "Sekarang, abang Teh!" arah Amira lagi. Amran hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan arahan adiknya walaupun hati dan jiwanya membantah keras.


Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab Bab 1 | Bab Bab 2 | Bab Bab 3 | Bab | Bab bab 5 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku