Cinta Dalam Hati Suamiku
Bab 1
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Februari 2017
Cinta dalam hatimu, untuk siapa suamiku?
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1344

Bacaan






TENGKU SUFFIAN tersenyum jahat. "Jalankan misi kita."

"Tapi tengku... Tuanku Permaisuri baru sahaja berapa bulan menikah dengan Raja Agong dan baru beberapa hari sahaja keguguran..."

"Diam!" jerit Tengku Suffian. "Aku kata, buat. Maka buat saja lah! Kali ini aku bagi double bayaran."

Lelaki yang berdiri dihadapan Tengku Suffian itu hanya berdiam diri.

"Kau sayang tak dengan isteri dan anak kau..." Tengku Suffian cuba mengugut.

"Te... tengku... jangan libatkan mereka."

"Kalau kau tak nak, buat apa yang aku suruh tanpa batahannya, faham? Ingat, aku akan tamatkan riwayat mereka kalau kau gagal, dalam misi ni. Faham!" Bulat mata Tengku Suffian saat dia berbicara.

"Tapi tengku, kalau pun misi ini berjaya... tengku tetap tak dapat takhta Raja Agong tu. Percayalah."

Tengku Suffian tersenyum sinis. "Aku nak misi ni berjaya, bukan sebab nak naik takhta tu. Tapi aku nak buat keturunan aku yang mewarisi takhta tu. Hanya ini caranya... raja bodoh tu akan tunduk pada aku, selama-lamanya."

Lelaki itu hanya mengangguk sahaja.

"Ingat... Nyawa isteri dan anak kau. Buat misi ini sampai berjaya, ye. Faham!" kerah Tengku Suffian.

Lelaki itu mengangguk dengan lebih laju.

*****

TERGETAR - GETAR tangan Ali memasukkan serbuk ke dalam jag besar itu. Matanya meliar melihat keadaan sekeliling. Takut perbuatannya itu dihidu oleh sesiapa. 'Maaf tuanku, tuanku memang baik orangnya. Tapi nyawa anak dan isteri patik dalam bahaya. Maafkan patik, tuanku,' ujar hati kecil Ali. Sungguh dia terpaksa! Di kacau air tersebut sehingga larutannya sebati.

"Dah boleh hidang ke?" tanya Dayang Citra kepada Ali dengan suara yang perlahan. Bimbang ada yang mendengar.

Ali mengangguk. "Ambik cawan," arah Ali kepada Dayang Citra.

Dayang Citra menurut. Dia mengambil cawan dan dihulur kepada Ali.

Ali menyambut cawan tersebut lalu menuangkan air ke dalam cawan tersebut. "Ini... " dihulur semula cawan itu kepada Dayang Citra. "...berikan kepada Nafisah. Pastikan dia minum sampai habis. Tapi ingat, jangan sampai tertangkap pulak. Mati kita," pesan Ali.

"Lepas tu apa patut saya buat?"

"Panggil je aku. Tahulah aku nak menguruskannya."

Dayang Citra mengemam bibirnya. Kuat.

"Kenapa?"

"Takut."

"Jangan risau, tak mati pun."

"Tapi... kalau tertangkap, habis kita."

Ali mengeluh. "Aku terpaksa sekarang. Kau pun sama kan?" Wajah Dayang Citra dipandang. "Lagipun kau jangan bimbang, Permaisuri Agong Jannah akan pasti akan selamatkan kita."

"Permaisuri tahu ke?"

Ali menggelengkan kepalanya. "Tuanku tak tahu lagi, tapi bila tuanku dah tahu... pasti tuanku akan bantu kita. Sebab kita ni terpaksa buat. Kita diugut. Kalau membantah, nyawa keluarga kita terancam."

Dayang Citra mengangguk perlahan, setuju dengan kata-kata Ali. "Tapi kenapa Nafisah?"

Ali mendekatkan bibirnya di telingga Dayang Citra. "Sebab itu cinta pertama tuanku. Semua orang tahu akan hakikat tu. Jadi, untuk jatuhkan tuanku... Perlu gunakan Nafisah."

"Tapi Nafisah... baik hati. Kesian dia."

"Ye, aku tahu dia baik. Tapi... ini je caranya. Kau nak ayah kau dibunuh di depan kau?"

Dayang Citra menggelengkan kepalanya dengan laju.

"Kalau tak nak itu terjadi... buat je. Jangan risau. Aku jamin, sesiapa yang minum ni tak akan mati pun. Cuma pengsan je."

"Berapa lama?"

"Dalam tiga atau empat jam jugak la. Sempat nak jalankan projek."

Dayang Citra mengeluh.

"Jangan takut. Nanti orang tahu."

Dayang Citra mengangguk.

*****

"APA kamu buat di sini!" marah Raja Agong Amirul. Dadanya berombak menahan amarah yang meninggi tatkala saat matanya dibuka dia melihat Puteri Syarifah Nafisah ada disebelahnya dan keadaan mereka sungguh mengaibkan. Kemudian dia seperti melihat wajah sedih isterinya sekiranya isterinya tahu akan hal aib ini. Sudahlah isterinya itu baru sahaja keguguran dua hari lepas. Allah! Dia tak dapat bayangkan betapa lukanya hati Permaisuri Agong Jannah sekiranya dia dikhabarkan perkara seperti ini.

Puteri Syarifah Nafisah menggelengkan kepalanya. "Tuanku... patik tak tahu," ujar Puteri Syarifah Nafisah dengan linangan air mata. Dia menarik gebar ke atas untuk menutup bahunya.

"Mustahil kamu tak tahu!"

"Tuanku... Demi Allah, patik tak tahu. Patik tak tahu macam mana patik boleh ada dekat sini dan... keadaan kita macam ni. Demi Allah, tuanku! Demi Allah!" ujar Puteri Syarifah Nafisah dengan tegas.

Raja Agong Amirul tergamam mendengarnya. "Kita kena tinggalkan tempat ni, sebelum orang lain nampak keadaan kita macam ni."

Puteri Syarifah Nafisah mengangguk setuju.

Raja Agong Amirul pantas mengutip bajunya yang bertaburan di atas lantai. Dia perlu cepat dan keluar dari bilik itu.

*****

"KENAPA ye?" soal Permaisuri Agong Jannah kepada Anggota Majlis Raja-Raja yang secara tiba-tiba datang menghadapnya. Kata dayang, ada perkara yang sangat penting yang perlu disampaikan oleh Anggota Majlis Raja-Raja itu.

"Kami dapat aduan bahawa tuanku melakukan maksiat di Istana Rehat, Tuanku Permaisuri. Sebahagian dari Anggota Majlis Raja-Raja sudah pun berada di sana dan ingin melihat dengan mata mereka sendiri," jawab salah seorang dari mereka.

"Maksiat?" ulang Permaisuri Agong Nafisah. Entah kenapa hatinya semakin tidak enak.

'Tak mungkin, kanda sanggup berbuat sebegitu. Kalau pun ia... pasti kena perangkap orang.'

Lagipun suaminya sekarang sangat sibuk. Mana nak urus pentadbiran dan uruskan adiknya yang baru sahaja dijumpainya tiga hari lepas serta dirinya yang baru sahaja mengalami keguguran. Jadi mustahil kan, untuk orang yang sudah ada banyak perkara ahu diuruskan dalam masa terdekat boleh melakukan maksiat? Tambahan pula suaminya itu penghafaz Al-Quran dan terdidik dengan ilmu agama dengan baik.

*****

BARU sahaja Raja Agong Amirul mahu membuka pintu kamar, dia melihat ada Anggota Majlis Raja-Raja sudah berdiri tegak di depan pintu itu.

"Tuanku, ampunkan kami. Kami hanya menjalankan tugas. Kami mendapat aduan bahawa tuanku melakukan maksiat di sini."

Raja Agong Amirul sudah tak mampu untuk berkata apa-apa lagi.

Ahli Anggota Majlis Raja-Raja tersebut menundukkan kepala mereka dan mula melangkah masuk ke dalam kamar itu.

"Astagfirullahala'zim!" ucap mereka semua.

Air mata milik Puteri Syarifah Nafisah makin lebat mengalir. Ditarik gebar itu lagi dan lagi untuk menutup seluruluh tubuhnya.

*****

"AMPUN Tuanku Permaisuri, patik harap tuanku dapat bersabar dan tabah menerima berita ini," ucap salah seorang Ahli Anggota Majlis Raja-Raja itu setelah sebahagian dari mereka menerima panggilan telefon dari ahli mereka yang berada di Istana Rehat.

Hati Permaisuri Agong Jannah sudah dapat meneka apa yang ingin diberi tahu.

"Tuanku ditangkap khalwat bersama seorang perempuan di salah sebuah kamar di Istana Rehat. Nama perempuan itu ialah Puteri Syarifah Nafisah binti Syed Fathul, tuanku."Tergamam Permaisuri Agong Jannah mendengarnya.

-----BERSAMBUNG -----



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku