Cinta Dalam Hati Suamiku
Bab 4
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Februari 2017
Cinta dalam hatimu, untuk siapa suamiku?
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
614

Bacaan






RAJA AGONG AMIRUL pantas membuka pintu pejabatnya dengan kasar. Pintu dibiar ternganga sebegitu. Lalu langkah diatur ke satu sudut.

Tanpa Raja Agong Amirul sedar, Permaisuri Agong Nafisah mencuri pandang ke arah suaminya.

Langkah kaki sang raja, berhenti pada tempat ungun api yang ada di situ Tangannya mula menghidupkan api. Melihat api sudah mula membakar kayu-kayu di situ, Raja Agong Amirul pantas mencampakkan barang yang diterimanya dari Tengku Suffian sebentar tadi. CD, beberapa kepingan gambar mengaibkan dirinya, kamera dan kad memori... dibiar terbakar sehingga menjadi abu.

"Kita kahwin?"

"Gila!"

"Jom la." Putera Mahkota Agong Amirul yang berusia 10 tahun. Di mana dia masih cuba memujuk teman baiknya agar berkahwin dengannya.

"Tak nak! Putera gatal!"

"Gatal dengan awak je."

"Dalam banyak-banyak perempuan... kenapa betina tu yang kau guna untuk hancurkan aku! Kenapa!" Tangan sang raja menolak hiasan yang tersusun cantik di atas para unggun api.Geram, marah dan benci.

Dia geram, marah dan benci pada Tengku Suffian yang sudah menghuru-harakan hidupnya. Dia bencikan isteri mudanya kerana berjaya membuatnya mengamalkan poligami. Dia benci poligami!

Permaisuri Agong Nafisah pantas menutup mulutnya dengan kedua tapak tangannya. 'Ya Allah! Dia... sangat bencikan aku...'

"Aku benci kau. Kau dah berambus dari hidup aku dulu, berambus terus la!" Raja Agong Amirul mencampak satu hiasan ke lantai. "Mati pun tak apa!"

Air mata Permaisuri Agong Nafisah mulai mengalir perlahan. Hiasan itu...

Dada Raja Agong Amirul berombak kuat saat dia melihat barang hiasan yang dia campak sebentar tadi. Otaknya mula melakukan tugasnya. Memutarkan ingatannya ke beberapa belas tahun ke belakang. Di saat dia berusia 10 tahun dan Puteri Syarifah Nafisah pula berusia lapan tahun ketika itu. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggungnya ke kerusi yang dekat di situ.

"Nak hadiah."

"Beli sendiri."

"Ala... nak hadiah. Boleh la... please..."

Puteri Syarifah Nafisah menjeling tajam budak lelaki di depannya. "Suruh raja dan permaisuri belikan. Jangan nak mengada, mengedik dengan orang!"

"Garangnya bakal isteri saya ni."

"Siapa bakal isteri awak, ha?"

"Awak la. Yang comel dan yang manis sekali."

"Eee.. geli dengar." Puteri Syarifah Nafisah pantas menyimpan rihalnya ke tempat khas. Dia mencuri pandang ayahnya yang sedang solat sunat.

"Awak..." Putera Agong Mahkota Amirul mencuit bahu temannya.

"Jangan sentuh la. Haram tahu tak?" marah Puteri Syarifah Nafisah.

"Kalau haram... jom halal kan, nak?"

"Putera gatal."

"Saya gatal dengan anak Ustaz Syed Fathul je."

Puteri Syarifah Nafisah menjulur lidahnya.

Raja Agong Amirul meraup rambutnya ke belakang. Satu keluhan berat dilepaskan. Matanya tetap tidak lepas memandang hiasan kesayangannya yang sudah pecah.

"Nah. Hadiah."

"Yeay... isteri bagi hadiah la."

"Tolong la jangan gatal sangat."

Putera Mahkota Agong Amirul membelek hadiah yang diberikan oleh temannya.

"Murah je benda tu. Buat sendiri."

"Sapa ajar?"

"Umi saya la. Umi saya kan pandai buat hiasan. Jadi... umi la ajar saya."

Putera Mahkota Agong Amirul mengangguk perlahan. Kemudian dia mengambil jari kanan temannya yang berbalut. "Sapa buat awak ni?"

"Buat sendiri." Puteri Syarifah Nafisah cuba menarik tangannya, namun gagal.

"Luka ni... siapa buat awak ni?"

"Sendiri la. Eee tak faham ke? Dah jangan pegang-pegang. Haram. Walid marah." Ditarik kuat tangannya sehingga terlepas dari pegangan temannya.

"Awak luka... sebab saya ke?"

Puteri Syarifah Nafisah hanya mendiamkan diri.

"Maaf."

"Jangan mintak maaf la. Bukan awak yang buat luka ni."

"Tapi sebab saya."

"Eee... awak ni. Macam perempuan. Macam mana nak jadi raja kalau awak macam ni?"

Putera Mahkota Agong Amirul diam.

"Jangan nak merajuk. Tak ada masa nak pujuk la."

"Saya janji... saya jaga hadiah ni baik-baik."

Puteri Syarifah Nafisah memandang wajah temannya.

"Bila kita dah kahwin, saya nak letak dekat bilik kita. Lepas tu... saya nak awak buat banyak-banyak. Saya nak bagi kat anak-anak kita, sorang satu. Mesti mereka suka. Sepertimana saya suka hasil tangan awak."

Puteri Syarifah Nafisah mencebik mendengarnya. "Teruknya tahap gatal awak ni."

Perlahan-lahan Raja Agong Amirul meletakkan kepala lututnya di depan barang hiasan yang pecah. Tangannya mula mengambil serpihan-serpihan. Tidak sanggup untuk melihat hiasan kesayangannya pecah. Dia mahu simpan dengan rapi, meski hiasan itu tidak akan jadi elok seperti asal. "Maafkan saya sebab pecahkan, Nafisah."

'Amirul...' Permaisuri Agong Nafisah mengukir senyuman nipis.

"Auch!" Terjatuh semua serpihan yang sudah dikutip oleh sang raja ke lantai.

Permaisuri Agong Nafisah pantas mendekati suami. "Awak... awak tak apa-apa?" Tangannya mengambil tangan kanan si suami. Ingin melihat luka. "Dah berdarah..."

Raja Agong Amirul terkaku melihat tindak balas dari isteri mudanya.

"Awak..."

Puteri Syarifah Nafisah hanya mendiamkan diri. Dia masih tekun membaca buku di atas batu besar di depan sungai.

"Awak... saya panggil ni!" Putera Mahkota Agong Amirul mula mencekak pinggangnya.

"Apa!" Ditoleh badannya ke belakang. "Nak apa?"

"Tangan saya luka... dah berdarah dah. Tolong..."

"Mengada!" Puteri Syarifah Nafisah membuka semula buku yang ditutup tadi.

"Awak!"

"Diamlah putera cengeng!"

"Awak.... awak... saya luka." Si putera membuat muka tidak puas hatinya bila temannya tidak melayan. "Awak.... saya dah nak mati. Awak... awak... tolong..."

"Eeee..." Puteri Syarifah Nafisah turun dari atas batu dan mendekati temannya. "Mengada. Putera mengada!"

"Tak kisah la awak nak cakap apa." Putera Mahkota Agong Amirul sudah tersenyum lebar saat temannya memerhatikan luka kecil yang ada pada jarinya.

"Luka kecik je pun. Tak mati la."

"Darah."

"Sikit je. Jantan sikit la putera."

"Sayang jugak awak kat saya, kan?"

"Sapa sayang awak?"

"Awak la. Bakal isteri saya yang cantik."

"Dasar putera gatal!"

"Biarlah... gatal dengan awak je."

"Patahkan jari ni baru tahu. Biar cacat seumur hidup!"

"Jahatnya..."

"Alhamdulillah... luka tak dalam. Awak ni... hati-hati la. Nasib darah dah kurang," ujar Permaisuri Agong Nafisah sambil tersenyum manis. Katanya mulai kembalikan ingatan sang suami ke alam realiti. Sapu tangan miliknya yang digunakan untuk mengelap darah di lipat-lipat. Agar mudah kerjanya nak merawat luka si suami.

Mata Raja Agong Amirul, tidak lepas memandang isteri mudanya. 'Senyuman itu.... aku rindu senyuman itu.'

"Awak nak saya balut?"

Raja Agong Amirul mengangguk perlahan.

Permaisuri Agong Nafisah tersenyum lebar. Baru sahaja dia mahu membalut ibu jari suaminya yang terluka, ada suara menganggu.

"Kanda, kena..." Kata-kata Permaisuri Agong Jannah tergantung saat kedua bebola matanya melihat suami dan madunya duduk berhadapan sebegitu.

Raja Agong Amirul dan Permaisuri Agong Nafisah, sama-sama menoleh ke pintu.

"Dinda." Ditarik tangannya dari terus dipegang isteri mudanya.

Tersentak Permaisuri Agong Nafisah dengan tindakan suaminya. "Awak..."

"Tuanku!" Raja Agong Amirul merenung tajam wajah isteri mudanya. "Tuanku ye. Bukan awak."

Permaisuri Agong Nafisah menunduk.

"Apa dah berlaku?" soal Permaisuri Agong Jannah.

"Hiasan yang kanda tak suka..." Ditekankan perkataan tak suka, dituju khas untuk isteri mudanya. "Kanda campak ke lantai. Kanda nak kutip serpihannya... tapi jari kanda terluka, dinda." Raja Agong Amirul menunjukkan jari lukanya kepada isteri pertamanya yang sudah melangkah masuk ke dalam pejabat.

"La... kanda ni. Tak hati-hati." Dia membelek luka pada jari suaminya.

"Tu la sayang." Nada suara Raja Agong Amirul sudah berubah manja.

"Nak dinda rawat?" Permaisuri Agong Jannah mengusap lembut pipi suaminya. Terlupa dia bahawa di dalam pejabat ini bukan dia berdua dengan suaminya. Tapi bertiga.

"Nak."

"Mari." Permaisuri Agong Jannah menarik tangan suaminya ke kerusi berdekatan.

"Tak nak la rawat kat sini..."

"Habis, kanda nak rawat di mana?"

Hujung mata Raja Agong Amirul memandang wajah isteri mudanya yang dari tadi hanya mendiamkan diri. Senyuman sinis terukis di bibirnya. "Di kamar peraduan kita la sayang. Kat sini... panas yang. Panas sangat. Berpeluh kanda. Semua sebab benda tu."

Permaisuri Agong Nafisah menahan air matanya dari tumpah. 'Amirul...'

"Okey. Jom."

"Jom." Raja Agong Amirul merangkul erat pinggang isteri pertamanya. "Love you, sayang."

Permaisuri Agong Jannah hanya tersenyum mendengarnya.

Raja Agong Amirul menoleh ke belakang sekilas dan memberikan senyuman sinis untuk isteri mudanya.

Kali ini, air mata Permaisuri Agong Nafisah sudah tidak dapat ditahan lagi.

"Lepas tu... urut kanda ye?" ujar sang raja sebelum dia menutup pintu pejabat. Sengaja dia berkata sebegitu untuk menambahkah luka dalam hati isteri mudanya.

"Boleh je," balas Permaisuri Agong Jannah yang masih terlupa dengan kehadiran madunya di dalam pejabat suaminya.

Permaisuri Agong Nafisah sudah terjelupuk di atas lantai. "Sampai hati awak." Dipandang hiasan yang pernah diberi kepada suaminya semasa dia kecil. Diambil serpihan yang paling besar. "Tolong pulangkan Amirul yang aku rindu..." Makin lebat air mata si isteri mengalir.

----- BERSAMBUNG -----



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku