Cinta Dalam Hati Suamiku
Bab 5
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Februari 2017
Cinta dalam hatimu, untuk siapa suamiku?
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
369

Bacaan






PERMAISURI AGONG NAFISAH mengukir senyuman nipis saat dia melihat anaknya; Khalil termenung di halaman istana. Langkah kaki diatur mendekati si anak.

"Betina."

Langkah kakinya terhenti saat dia mendengar suara garau itu. Entah kenapa dia dapat rasakan 'betina' itu merujuk kepada dirinya. Dia tahu itu, kerana itu ialah suara suaminya. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang.

Raja Agong Amirul menyilangkan tangannya di dada. "Bila kau nak berambus dari sini? Semak dan berbulu mata aku tengok kau kat sini."

Bulat mata Permaisuri Agong Nafisah mendengarnya. Tergangga sedikit mulutnya. Sungguh dia tidak faham apa yang suaminya ini cuba katakan.

"Stop acting! I hate it!"

Permaisuri Agong Nafisah menggelengkan kepalanya, perlahan. "Tak... saya... saya..."

"Saya?"

Terdiam Permaisuri Agong Nafisah tatkala suaminya mengulang kata ganti nama dirinya.

"Celah mana ye perkataan 'saya' ada dalam kamus Bahasa Istana? Muka surat berapa? Jilid berapa? Kenapa aku tak tahu?" Keningnya sudah terangkat sebelah. "Kau kerja jadi dayang Istana Rehat dulu... tak buat ulang kaji ke tentang apa yang kau patut gelar diri kau masa bercakap dengan aku? Oooo aku tahu sebab apa. Sebab... beberapa jam yang lepas, kita jadi suami isteri. Jadi kau fikir antara kita tak perlu ada Bahasa Istana dan guna bahasa biasa sama macam waktu kecil dulu, kan?" perli si suami.

"Tak, sebenarnya..."

"Sebenarnya apa!" herdik si suami.

Permaisuri Agong Nafisah terdiam.

"Kenapa kau tak mampus je? Kenapa kau perlu hadir balik dalam hidup aku, ha!"

"Tak tahu..."

"Tak tahu konon. Kau tahu aku Raja Agong Lafiya. Yang gatal nak jadi pekerja istana tu kenapa? Dah tak ada kerja lain dah ke?"

'Sabar Nafisah.... sabar.'

"Aku meluat betul tengok muka kau la. Muka tunjuk innocent!"

Permaisuri Agong Nafisah mengeluh panjang.

"Satu hari nanti... aku akan lepaskan kau, tahu? Aku akan ceraikan kau. Menjadalah kau buat kali kedua," sinis si suami berbicara dalam nada yang perlahan. Cukup untuk mereka berdua sahaja yang dengar.

"Melepaskan adalah hak awak, minta dilepaskan... adalah hak saya."

"Once again kau panggil aku 'awak'. Hey, betina!" Ditunjul bahu isterinya dengan kuat menggunakan jari telunjuk kanannya. "Kau ingat... ni kisah dongeng? Kisah silam kita? Yang kau boleh suka hati nak guna 'saya-awak' bila cakap dengan aku? Ha!"

"Maaf... tak sengaja."

"Tak sengaja, tak sengaja," perli Raja Agong Amirul. "Kau ni... pandai menjawab kan? Anak ustaz, tapi menjawab dengan suami. Ini ke yang bapak kau ajar, ha?"

"Walid saya dah tak ada, tuanku. Tolong hormat."

"Lagi... saya? Kau ni bodoh betullah Nafisah. Meh sini aku ajar. Kau patut guna... 'patik' bukan 'saya'. Aku bukan kawan kau yang pada zaman kita kecil dulu. Itu semua sejarah. Faham. Sejarah!"

Permaisuri Agong Jannah menghampiri suami dan madunya. "Dinda, dari tadi kanda cari dinda." Tangannya menyentuh lembut bahu madunya.

Raja Agong Amirul mencebik.

"Ooo... kenapa?"

Permaisuri Agong Jannah tersenyum. "Malam ni... tidur sini ye?"

"Dinda!" Bulat mata Raja Agong Amirul mendengarnya. "Dia ada rumah, biar la dia balik."

"La... kan Dinda Nafisah isteri kanda? Tak kan permaisuri nak duduk rumah biasa?" soal Permaisuri Agong Jannah.

"No! Kanda tak setuju!" Matanya memandang tajam isteri mudanya. "Kau... blah dari sini! Ni... istana aku dengan isteri aku. Isteri yang bukan sekadar atas kertas macam kau. Kau isteri atas kertas! Kau blah sekarang! Kau dah la tak layak jadi isteri aku, jadi permaisuri negara ni, jadi kau tak layak jugak ada dalam istana ni!"

"Kanda..." Permaisuri Agong Jannah cuba membantah. Walaupun hati kecil ada rasa cemburu bila mengingatkan suaminya ada isteri lain selainnya, tapi dia tak tergamak mahu berlaku kejam pada madunya. Dia tahu madunya itu bukanlah orang senang. Lagipun apa kata orang sekelilng, permaisuri tak tinggal di dalam istana?

"Dinda... tolong la. Kanda rimas tahu tak kalau dia ada dekat sini. Rasa lemas."

"Kanda... janganlah macam ni. Kesian Dinda Nafisah. Diakan tanggungjawab kanda."

Raja Agong Amirul mendengus perlahan. "Fine!" Kedua tangannya mencekak pinggangnya. "Dayang... dayang.. ke mari sebentar."

Diam.

"Pekak betul lah dayang dalam istana ni. Aku pecat baru tahu," bebel sang raja. "DAYANG!" jerit Raja Agong Amirul. Bergegar sedikit istana.

"Ye, ye... tuanku." Seorang dayang menghampiri sang raja. "Ada apa-apa yang patik boleh bantu?"

"Ada! Sebab tu beta panggil kamu!"

"Kanda." Permaisuri Agong Jannah memegang lengan suaminya. Memberi isyarat agar melembutkan sedikit intonasi nada suaranya yang sudah seperti petir berdentum itu.

Raja Agong Amirul menjeling isteri mudanya. "Malam ni... beta bagi kamu cuti. Kamu boleh balik."

"Betul ke tuanku?" soal si dayang dengan teruja.

"Ye..." Matanya masih kekal memandang tajam wajah Permaisuri Agong Nafisah. "Tapi... bawak sekali mem besar ni."

"Kanda..."

Bulat mata Permaisuri Agong Nafisah mendengarnya.

"Kanda..." Permaisuri Agong Jannah menggoyangkan sedikit lengan suaminya. "Kanda..."

Raja Agong Amirul menyeluk tangan kirinya ke dalam poket seluar. Dihitung kepinggan duit kertas yang ada padanya. Tidak dipeduli langsung akan rayuan isteri pertamanya. "Nah, tambang balik." Dihulur kepada dayang di depan matanya.

"Terima kasih, tuanku." Dayang tersebut mengambil huluran. "Banyaknya..."

"Bakinya simpan. Buat belanja. Anggap bonus."

Tercengang Permaisuri Agong Jannah melihat sikap suaminya. 'Dia tak pedulikan aku?'

"Terima kasih banyak-banyak tuanku."

"Hm. Dah pergi sana. Siapkan barang kamu, lepas tu call teksi balik. Jangan lupa mem besar ni." Sempat lagi si suami memerli isteri mudanya.

Permaisuri Agong Jannah sudah menggeleng-ngelengkan kepalanya. Tidak percaya dia akan sikap suaminya yang sudah jadi begini.

"Baik tuanku." Dipandang wajah Permaisuri Agong Nafisah. "Tuanku tunggu sebentar ye?"

"Siapa bagi kebenaran panggil dia tuanku?" soal Raja Agong Amirul.

"Kanda... dah la."

Permaisuri Agong Nafisah masih terus mendiamkan diri.

"A... a..." tergagap-gagap si dayang.

"Panggil dia nama je sudah la."

Permaisuri Agong Jannah memandang wajah suami dan madunya silih berganti. Serba salah dia. Jauh dalam sudut hati... dia kahsiankan madunya.

"Baik tuanku," patuh si dayang. Terus sahaja dia berlalu dari kawasan itu. Tidak sanggup memandang atau memanggil isteri muda sang raja dengan nama meskipun dia mengenali Permaisuri Agong Nafisah sebagai rakan sekerja.

"Kanda. Mengapa kanda melampau sangat ni?" soal Permaisuri Agong Jannah.

"My kingdom... my palace, my rule," ujar Raja Agong Amirul sebelum melangkah meninggalkan isteri-isterinya.

Permaisuri Agong Jannah memegang tangan kanan madunya. "Jangan ambil hati ye dinda. Anggap je lah Kanda Amirul tengah uzur. Sebab tu mengamuk tak tentu pasal. Kalah perempuan period." Permaisuri Agong Jannah cuba berjenaka.

Permaisuri Agong Nafisah hanya tersenyum. "Tak apa, tuanku."

"Kanda la. Bukan tuanku."

"Maaf. Hm... kanda tahu mana bilik Puteri Mawar?"

"Nak jumpa Dinda Mawar ye?"

Permaisuri Agong Nafisah mengangguk. "Sebelum balik, ingat nak jumpa sekejap. Boleh?"

"Mestilah boleh."

"Ha! Terlupa nak cakap." Sampuk Raja Agong Amirul. Tiba-tiba sahaja dia memunculkan dirinya semula.

Kedua-dua isterinya memandangnya.

"Bagi nombor akaun bank. Nak bank-in duit. Jadi lepas ni... pandai-pandai la kau nak hidup ye? Aku nak bagi duit ni... sebab tahu kau susah sekarang. Lagipun aku tak nak kau cerita buruk pasal aku kat belakang," sinis si suami berkata.

"Kanda... enough."

"Diam dinda." Tajam pandangan sang raja kepada isteri pertamanya.

Permaisuri Agong Jannah menunduk.

Raja Agong Amirul menyeluk tangan kirinya sekali lagi ke dalam poket seluar. Dicampak kepingan not-not duit di wajah isteri mudanya. Kemudian dia menarik tangan isteri pertamanya.

"Kanda.. apa ni, lepas la." Permaisuri AGong Jannah cuba menarik tangannya dari di pegang si suami.

"Diam!"

Permaisuri Agong Jannah berhenti meronta. Dia mengikut sahaja langkah si suami. Dia memandang wajah madunya dengan pandangan yang sayu.

Air mata isteri muda sang raja, mulai jatuh.

*****

PERMAISURI AGONG JANNAH tersenyum memandang wajah Panglima Zafrul yang berdiri di hadapannya itu. "Beta mahu kamu jaga keselamatan Tuanku Permaisuri Nafisah, boleh?" Pinta sang permaisuri.

Sebaik sahaja suaminya masuk ke dalam bilik air, dia curi keluar sekejap. Mencari panglima yang dipercayainya untuk membantunya. tidak sanggup dia melhat suaminya kejam dengan madunya sendiri.

Panglima Zafrul mengangguk.

"Ini alamat rumahnya. Kalau ikutkan, beta nak sangat pergi ke rumahnya tapi beta masih dalam pantang dan tuanku tak izinkan beta keluar ke mana-mana. Kamu pergi rumahnya, ikut kemana sahaja Tuanku Permaisuri Nafisah pergi. Kalau ada yang mengganggunya, lindunginya. Fahamkan tugas kamu?"

"Baiklah, tuanku."

"Lindunginya seperti kamu lindungi nyawa kamu sendiri," pesan sang permaisuri.

Panglima Zafrul mengangguk, faham.

Permaisuri Agong Jannah tersenyum puas. "Panglima... beta harapkan kamu sahaja untuk kerja ini. Dan lagi satu, cakap dengan dayang yang akan balik dengan Tuanku Permaisuri Nafisah nanti... agar dia perlu di sisi Tuanku Permaisuri Nafisah. Kalau boleh, tinggal sekali dalam rumah. Boleh?"

"Insya-Allah, tuanku."

*****

"KAKAK nak pergi mana? Tinggal la sini dengan dinda. Kakak kan dah jadi permaisuri tuanku."

Permaisuri Agong Nafisah hanya tersenyum pahit. Tanggannya membetulkan rambut wanita di hadapannya. Inilah Puteri Mawar Mahirah. Adik bongsu Raja Agong Amirul.

"Kenapa kakak nangis?" Puteri Agong Mawar mengelap air mata kakak iparnya. Dia mendekatkan kedudukan antara mereka dan memeluk bahu Permaisuri Agong Nafisah. Dia sudah lama kenal dengan kakak iparnya ini. Sejaknya kecil. Lagipun dia sudah menganggap kakak iparnya ini, kakak kandungnya sendiri.

"Tak ada apa la. Mata mengantuk."

"Tidur la sini Tinggal sini."

"Tak boleh. Kakak ada rumah sendiri."

"Istana ni kan rumah kakak jugak."

"Sorry la sayang. Tak boleh."

Terkaku Permaisuri Agong Jannah melihat madunya melayan adik ipar mereka dengan baik. Ye, dia tahu mereka memang rapat sejak kecil. Satu senyuman di tarik. 'Dinda Mawar... bercakap. Tapi sayang... dia cuma mahu bercakap dengan Nafisah je. Ini satu perubahan yang baik. Mungkin dengan kehadiran Nafisah dalam keluarga ni... boleh membuatkan Dinda Mawar sembuh.'

"Kakak..." Puteri Agong Mawar meletakkan dagunya di atas bahu kakak iparnya.

----- BERSAMBUNG -----



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku