Cinta Dalam Hati Suamiku
Bab 6
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Februari 2017
Cinta dalam hatimu, untuk siapa suamiku?
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
507

Bacaan






PERMAISURI AGONG NAFISAH melepaskan satu keluhan panjang. Dipandang lama wajah Dayang Ita yang duduk bersila berhadapan dengannya. Tangan kirinya mulai diangkat dan memicit kepalanya yang masih berbalut dengan tudung meskipun sudah hampir setengah jam dia pulang ke rumahnya.

"Tuanku tak apa-apa?" soal Dayang Ita penuh kerisauan. Takut dia ada tersalah cakap pula. Tapi... rasanya tiada. Dia cuma menyampaikan pesanan Permaisuri Agong Jannah yang mahu dia tinggal dan mendampingi Permaisuri Agong Nafisah sahaja.

"Kan Tuanku Amirul tak bagi kamu panggil saya, 'tuanku'?"

Dayang Ita tersenyum kelat. "Tapi... Tuanku Amirul tak ada kat sini sekarang. Lagipun tak elok la patik panggil nama tuanku je. Tuanku kan Permaisuri Agong Lafiya. Kenalah panggil 'tuanku'. Tuanku bukan kawan patik atau rakan sekerja patik macam dulu."

Permaisuri Agong Nafisah menyandarkan badannya ke dinding. "Jangan begitu, kita ikut kata tuanku. Sama ada dia ada atau tak."

"Baiklah."

"Lagi satu. Kamu tengoklah rumah saya ni. Macam rumah bujang. Tak kan kamu masih nak tinggal sini dengan saya? Tengok... ruang tamu, kosong. Tak ada perabot. TV pun, TV lama zaman walid saya punya. Saya rasa... baiklah kamu balik je ke rumah kamu. Kamu tak akan selesa tinggal sini dengan saya."

"Tapi... ni perintah permaisuri, tuanku."

"Permaisuri Jannah tak ada kat sini. Tiada yang tahu kalau kamu tak tinggal sini."

"Tadi tuanku cakap, kita kena ikut perintah tuanku sama ada baginda ada kat sini ataupun tak. Jadi kes ni sama la dengan Permaisuri Jannah, kan?"

Permaisuri Agong Nafisah mengeluh lagi.

"Patik tak kisah pun tuanku, tinggal kat mana. Asal gaji patik berkat. Tak berkat gaji patik sebab tak ikut perintah majikan, tuanku."

"Haih... kamu ni. Tahu tak risiko kamu pangil saya 'tuanku' di luar istana ni besar? Kalau orang luar tahu macam mana? Mengamuk Tuanku Amirul. Lagipun... ini boleh mengancam keselamatan Keluarga Diraja Lafiya kalau rakyat tahu saya ni... siapa."

Dayang Ita hanya tersengih-sengih.

"Kamu masih nak ikut kata Permaisuri Jannah?"

Dayang Ita mengangguk.

"Rumah saya, tak ada katil. Ada dua bilik sahaja. Bilik air pulak ada satu je. Kamu... betul-betul tak kisah tinggal sini?"

"Ye. Patik tak kisah."

"Betul-betul tak kisah?"

"Ye, tuanku."

"Okey. Tapi dengan syarat."

"Apa?"

"Stop guna bahasa istana kecuali kamu ada dalam istana. Boleh?"

Dayang Ita menggaru-garu kepalanya yang bersarung tudung.

"Termasuk lah panggil saya 'tuanku'."

"Hm... susah la, tuanku."

Permaisuri Agong Nafisah mengukir senyuman kecil.

"Boleh la. Patik cuba. Eh! Sa... ya... cuba."

Permaisuri Agong Nafisah tersenyum manis. "Mulai hari ini, kamu bukan pekerja istana bila bersama dengan saya. Kamu... kawan saya. Anggap macam tu je. Boleh?"

"Boleh. Tak ada masalah la tuanku. Eh! Maaf... salah. Na...fi...sah."

Permaisuri Agong Nafisah ketawa kecil. Entah kenapa dia teringat episod perkenalan dirinya dengan Raja Agong Amirul semasa mereka masih kecil.

"Stop panggil saya, 'tuanku', boleh?"

Puteri Syarifah Nafisah menggelengkan kepalanya. "Mana boleh."

"Boleh! Ikut perintah bakal raja ni cakap, boleh tak? Awak... dengan saya... guna bahasa biasa. Kalau tak...."

"Kalau tak apa?"

Putera Mahkota Agong Amirul mencekak pinggangnya. Wajahnya didekatkan dengan wajah budak perempuan di depannya. "Saya tak izinkan awak belajar agama dalam istana ni."

"Hello. Walid saya ustaz istana."

"Tak kisah la."

Puteri Syarifah Nafisah mendengus kasar.

"Macam mana? Ikut cakap saya... atau awak, tak boleh ada dalam istana even walid awak ada dalam istana."

Puteri Syarifah Nafisah memberi jelingan tidak puas hatinya.

"I'm waiting."

"Ye la!"

"Good... girl." Putera Mahkota Agong Amirul menunjukkan thumbs up kepada temannya.

Tersentak Permaisuri Agong Nafisah tatkala berasa dirinya dipeluk seseorang. Diturunkan pandangannya ke bawah. Senyuman ditarik. "Kenapa, sayang?" Tangannya mengusap kepala Khalil.

"Nak tidur dengan umi."

"Okey. Boleh. Dah bangun, kita masuk bilik."

Khalil mengangguk setuju.

Permaisuri Agong Nafisah menoleh ke arah Dayang Ita. Jarinya menunjuk ke satu bilik. "Bilik kamu."

"Terima kasih!"

"Sama-sama."

*****

KHALIL terkebil-kebil memandang seorang budak lelaki yang sedang menjilat aiskrim. Dia meneguk air liurnya berulang kali. 'Sedapnya... kan best kalau umi belikan untuk aku.'

Tangannya menyeluk poket seluar. Ditarik isi dalamnya. Ditenung kepingan duit syiling yang ada. 'Tak cukup.'

Dia menoleh ke arah uminya dan Dayang Ita yang sedang memilih sedikit barangan dapur untuk dimasak tengah hari. 'Kalau mintak... umi bagi ke? Umi selalu cakap, duit yang ada untuk tebus abang. Hm... tapi aku teringin.'

Setelah lama berdiam diri di sisi uminya, dia mendekati tempat menjual aiskrim. Tangannya mengeletar saat dia membuka peti yang menyusun beberapa jenis aiskrim. Dia mengambil satu aiskrim yang ada di depan matanya. Lama dia memandang aiskrim itu. Dadanya mulai berombak sedikit kuat saat dia menutup semula pintu yang menyusun aiskrim di dalamnya. Dipandang ke arah dalam kedai. Tangannya memegang erat aiskrim di tangan. Selang dua saat kemudian, Khalil membuat keputusan untuk lari dari situ.

"Pencuri!"

Permaisuri Agong Nafisah yang berada berdekatan dengan kedai pantas menoleh ke kedai di sebelahnya.

"Pencuri! Ada budak mencuri!'

Permaisuri Agong Nafisah sudah tidak sedap hati. Dia memandang ke bawah. Bulat matanya saat dia tidak melihat Khalil di situ. "Khalil! Khalil!"

"Kenapa?" Dayang Ita laju meletak buah yang dipilihnya ke tempatnya semula.

"Khalil... Khalil..." Permaisuri Agong Nafisah sudah mulai mahu menangis. "Hilang..."

Dayang Ita meluaskan pandangannya. Kemudian dia melihat kelibat Khalil berlari ke arah tepi bagunan kedai. "Tu.. dia."

*****

"KECIK-KECIK dah pandai mencuri!"

Khalil menangis di tepi bangunan kedai apabila dia dipukul oleh peniaga kedai dengan teruk. "Umi.... umi..."

"Budak tak guna!" Peniaga kedai cuba untuk menampar muka budak kecil di depannya.

"Khalil! Ya Allah!" Permaisuri Agong Nafisah pantas memeluk tubuh kecil anaknya. "Kenapa ni sayang?"

"Ni anak puan ke?"

Permaisuri Agong Nafisah mengangkat wajahnya. Dia merenung lelaki bertubuh gempal yang berdiri di hadapannya. Kepalanya diangguk laju. "Ye..."

"Jaga anak elok-elok la. Jangan diajar dia mencuri!"

"Maafkan anak saya."

"Maaf, maaf... kalau tak ada duit, buat macam tak ada duit. Jangan mencuri! Aku berniaga pun, perlukan duit. Bukan nak bagi barang free je!"

"Maaf..." Permaisuri Agong Nafisah sudah menangis.

Khalil memeluk erat tubuh uminya. Takut.

Dayang Ita merenung tajam lelaki bertubuh gempal itu. Kemudian dia menampar sekuat hati wajah lelaki gempal itu.

"Kau tampar aku, apa hal!"

"Sebab kau pengecut! Pukul budak lima tahun. Budak ni curi apa kat kedai kau ha? Jongkong emas ke sampai teruk kau pukul dia. Sampai berdarah pulak tu. Tak ada perasaan manusia ke!" tengking Dayang Ita. Begang rasanya bila ada orang memukul budak-budak.

"Budak ni ambil aiskrim kat kedai aku."

Dayang Ita tersenyum mengejek. "He'eleh aiskrim je pun. Kau pukul dia teruk macam dia rompak satu kedai kau! Berapa sangat la harga tu. Tak sampai satu juta pun! Lagipun budak kecik la. Dasar lelaki gemok! Pukul budak kecik! Pengecut! Tak layak dibuat suami!"

"Ita... dah la."

"Kalau tak seberapa... bayar sekarang harga budak ni ambil."

Dayang Ita mengeluarkan beg duitnya. Kemudian dia melalukan beberapa kepingan not duit kertas di depan muka lelaki gempal itu. Dia mengukir senyuman lalu mencampak duit tersebut ke bawah. Kebetulan ada najis binatang di situ. Mendaratlah kepingan duit di atasnya. "Ambik la."

Lelaki bertubuh gempal membuat muka geramnya. Tahu dirinya dihina, dia terus berlalu dari situ. Malu dia lebih-lebih lagi ramai orang sekeliling memandang mereka.

"Pengecut. Orang bagi duit, tak nak ambik. Cakap je la, nak pukul orang sesuka hati."

"Enough Ita Dah, cukup." Permaisuri Agong Nafisah membetulkan baju pada badan Khalil. "Memang salah anak saya pun, dia mencuri."

"Tapi agak la, budak kut. Cara dia pukul, macam belasah gangster. Tak patut la," luah Dayang Ita.

Permaisuri Agong Nafisah merenung wajah Khalil. "Kenapa mencuri sayang?"

"Khalil... teringin.... sangat-sangat... Maafkan Khalil, umi."

Permaisuri Agong Nafisah menitiskan air matanya. "Maafkan umi ye, sebab tak mampu nak belikan." Ditarik tubuh Khalil dalam pelukan.

"Umi... maafkan Khalil."

Permaisuri Agong Nafisah mengangguk. "Jangan buat lagi ye?"

Khalil mengangguk.

*****

"UMI... adik...." Khalil menunding ke arah seorang wanita yang sedang membeli barang di kedai berhadapan dengannya dan memimpin tangan seorang budak perempuan.

Tergamam Permaisuri Agong Nafisah melihat bekas madunya di situ.

"Khalil rindu adik," ucap Khalil sambil terus melepaskan pengangan tangannya dari tangan uminya. "Adik! Adik!" Lalu dia berlari ke arah mak tirinya.

Permaisuri Agong Nafisah dan Dayang Ita membontoti langkah Khalil.

"Adik... abang rindu adik." Khalil cuba mencium adik seayah. Namun, gagal akibat ditolak sehingga jatuh oleh mak tirinya. Khalil mengangkat wajahnya ke atas. Memandang wajah tajam mak tirinya. "Mak cik... bagilah Khalil cium adik. Khalil rindu adik... Adik rindu abang kan?"

"Sejak bila anak aku jadi adik kau? Aku tak pernah beranakkan kau!"

"Ma... abang..." Budak perempuan yang dipimpin oleh mak tiri Khalil cuba melepaskan pegangan tangan dan menghampiri abangnya. "Abang..."

"Sini! Dia bukan abang kamu la!"

"Abang..." Budak perempuan itu sudah mulai menangis bila mamanya menjarakkannya dengan Khalil. Dia sangat merindui abangnya. Dia baru sahaja mahu memeluk tubuh itu.

"Diam! Jangan menangis!" marah mak tiri Khalil kepada anak perempuannya.

Khalil berdiri. Dia menepuk-nepuk bajunya yang sudah kotor. Dia melihat mak tirinya sudah menutup hidungnya dan memandang jijik kearahnya.

"Ini ke abang kamu, Hanim? Busuk. Miskin. Dah berapa hari la dia tak mandi."

"Khalil mandi la mak cik."

Budak perempuan yang bernama Hanim sudah menangis. Tangannya cuba menarik abangnya agar dekat dengannya.

"Jangan sentuh dia. Busuk!"

"Kenapa akak ni? Khalil kan abang dia," ujar Permaisuri Agong Nafisah.

Mak tiri Khalil mencebik. "Anak aku... tak ada abang yang miskin!" hina Puan Suhana.

Khalil menundukkan wajahnya ke lantai.

"Abang..."

Puan Suhana pantas mendukung Hanim. Takut anaknya terlepas lalu memeluk Khalil. Memang sejak anaknya bayi, anaknya cukup rapat dengan Khalil semasa Permaisuri Agong Nafisah masih menjadi madunya. Pada awal-awal suaminya bercerai dengan bekas madunya, Hanim pernah demam panas kerana rindukan Khalil.

"Apa kecoh ni?"

Permaisuri Agong Nafisah menoleh ke arah suara. Bulat matanya melihat wajah bekas suaminya di situ.

"Ni ha... janda awak yang miskin ni. Kacau orang."

"Mulut, jaga sikit!" Dayang Ita sudah mula nak naik hantu. Geram je dia melihat wajah perempuan yang pernah menjadi madu Permaisuri Agong Nafisah itu.

"Kau sapa, nak sibuk?" marah Puan Suhana.

"Kau nak apa? Duit?" ujar Encik Fuad; bekas suami Permaisuri Agong Nafisah.

"Papa..."

Encik Fuad pantas memandang ke arah Khalil. "Khalil. Meh sini dekat papa. Hug papa."

Khalil menurut. Sejujurnya, dia takut untuk berjumpa papanya sebab dia sering melihat papanya berkasar dengan uminya. Namun pesanan umi masih di simpan kemas, jangan benci papa!

Permaisuri Agong Nafisah hanya membiarkan.

"Khalil sihat? Ni kenapa luka dan berdarah ni?" ujar Encik Khalil. Dia menjeling bekas isterinya.

"Tu... menunjukkan bekas isteri awak tak pandai jaga anak," perli Puan Suhana.

"Kau..." Dayang Ita menahan rasa mahu menampar muka perempuan biadap itu. Itupun sebab Permaisuri Agong Nafisah menahan tangannya dari melayang. Kalau tidak, bekas madu Permaisuri Agong Nafisah itu, akan jadi manusia kedua yang makan penamparnya hari ini selepas lelaki gempal tadi.

"Khalil kena pukul dengan tuan kedai, papa. Curi. Khalil nak makan aiskrim..." jujur Khalil memberi tahu.

"Naper mencuri? Mintak la duit dengan umi."

"Umi... mana cukup duit."

Encik Fuah tersenyum sinis. Dia menjeling bekas isterinya.

"Dah, dah... jom balik." Puan Suhana cuba memisahkan ayah dengan anak yang berpelukkan itu. Rimas dia melihat anak tirinya memeluk tubuh suaminya. Benci!

Permaisuri Agong Nafisah menahan tubuh kecil anaknya dari jatuh lagi. Dia tahu bekas madunya sengaja mahu mencederakan fizikal anaknya.

"Abang..." Hanim memanggil.

"Diam la Hanim!" marah Puan Suhana.

Hanim berdiam.

"Dukung Hanim sekejap." Hanim diserah kepada Encik Fuad. Kemudian dia menghampiri tong sampah. Diangkat tong tersebut lalu disimbah isi sampah itu ke arah bekas madu dan anak tirinya.

Tercenggang Dayang Ita melihatnya. Semua berlaku terlalu pantas.

Encik Fuad hanya membiarkan. Tidak melarang isterinya melakukan hal itu kepada bekas isterinya.

"Mama jahat! Mama buat abang! Mama buat umi!" ujar Hanim. Meskipun Permaisuri Agong Nafisah merupakan mak tirinya, dia suka memanggil 'umi'. Lagipula wanita itulah yang pernah memberikan susu badan kepada semasa dia bayi ekoran mamanya enggan mahu memberikannya susu.

Encik Fuad membulatkan matanya sehingga Hanim terdiam ketakutan.

"Hey, perempuan! Kau kan..."

"Cukup Ita!" tegas Permaisuri Agong Nafisah berkata. Dia memegang erat tangan Khalil dan berlalu dari situ. "Balik!"

Khalil menoleh kebelakang meski langkah kakinya menurut langkah uminya. Dipandang wajah sedih adik seayahnya.

"Sekejap!" Encik Fuad menahan langkah bekas isterinya. Kuat dia memegang lengan Permaisuri Agong Nafisah.

"Ehem, ehem."

Semua mata-mata di situ, memandang ke arah suara.

"Sila lepaskan lengan bekas isteri encik," ujar Panglima Zafrul.

"Kau siapa? Suami baru dia?"

"Tak perlu tahu. Lepaskan atau saya bagi patah tangan encik tu," ugut Panglima Zafrul.

Dayang Ita sudah mengukir senyuman kemenangan. 'Bagi je sekali. Biar padan muka.'

"Suami la tu. Hm..." Encik Fuad melepaskan pegangannya. "Nah, duit untuk Khalil."

Permaisuri Agong Nafisah menjeling sahaja. Tidak mahu ambil duit tersebut kerana dia tahu punca datangnya duit itu ialah sumber yang haram.

"Boleh pergi dari sini, tak. 'Isteri'... saya tak nak duit encik." Panglima Zafrul sengaja menekan perkataan 'isteri'.

Encik Fuad mendengus kasar. Kemudian dia mencampakkan kepingan not duit ke wajah bekas isterinya. "Semoga berbahagia... ex-wife," ujar Encik Fuad sambil mengatur langkah berlalu dari situ.

Permaisuri Agong Nafisah hanya berdiam.

Khalil terkebil-kebil. Baru sahaja dia mahu menunduk, mengutip duit yang ayah kandungnya hulurkan, bebola matanya menangkap susuk tubuh seorang budak lelaki yang sangat dirinduinya. "Umi... itu abang."

Permaisuri Agong Nafisah, Dayang Ita dan Panglima Zafrul menoleh ke tempat yang ditunjuk oleh Khalil.

"Kabir..." Permaisuri Agong Nafisah menitiskan air matanya.

"Jom la jumpa abang."

Permaisuri Agong Nafisah menggelengkan kepalanya."Tak boleh sayang."

"Boleh la. Sekejap je. Kita tengok abang makan dekat tingkap depan kedai tu je. Khalil rindu abang. Boleh la umi. Abang mesti rindu Khalil."

Permaisuri Agong Nafisah tersenyum pahit. Tangannya mengutip sisa-sisa sampah di atas rambut Khalil.

"Boleh ye?"

Tidak sanggup si umi melihat wajah berharap anaknya yang begitu rindukan abangnya. Sudah la tadi hajatnya tak kesempaian untuk mencium adik, tidak tergamak dia mahu menghalang niat Khalil yang satu ini. Pantas dia mengangguk perlahan. "Lepas tu... kita balik ye? Mandi. Dah busuk dah."

"Okey." Khalil menguir senyuman gembira. Dia menarik tangan uminya ke kedai makan yang dia lihat abangnya masuk tadi.

Panglima Zafrul dan Dayang Ita hanya mengekor.

"Khalil..." Permaisuri Agong Nafisah terkejut tatkala anak bongsunya terus masuk ke dalam kedai. "Ya Allah... jangan uji Khalil lagi."

*****

"ABANG... jom balik." Khalil menarik tangan kiri Kabir yang duduk di atas kerusi di dalam kedai makan mewah itu.

Kabir mencebik. Pantas dia menepis pegangan si adik. "Eee.... busuknya kau."

"Abang..."

"Pergilah! Busuk!" Kabir menutup hidungnya. Dan menjauhkan diri saat adiknya mahu menarik tangannya.

"Hey! Jangan kacau anak aku la!" marah seorang lelaki di sisi Kabir.

"Ni abang saya! Pak cik ambik abang saya. Abang saya bukan anak pak cik!"

"Eee... aku tak ada mak dan adik miskin la. Busuk pulak tu." Dia menjeling Permaisuri Agong Nafisah yang baru memunculkan diri di sisi Khalil. "Lagipun aku tak nak balik! Tak sanggup nak tinggal rumah buruk kau! Umi dah bercerai dengan papa kan? Mesti hidup kau lagi susah. Kenapa kau tak tinggal dengan papa? Papa banyak duit, tak macam umi. Umi miskin."

Makin laju air mata Permaisuri Agong Nafisah mengalir.

"Jom la balik..." Khalil menarik tangan abangnya. Tidak peduli dia dengan kata-kata abangnya sebentar tadi.

"Tak nak!" Dipandang wajah ayah angkatnya. "Pa... tolong la halau dorang. Busuk. Tak ada selera Kabir nak makan sini."

Khalil menangis. "Abang...."

"Jom balik." Panglima Zafrul sudah tidak sanggup melihat kejadian itu lagi. Cukuplah dia mendengar dan melihat adegan Khalil dihina oleh keluarga Encik Fuad tadi. Diangkat tubuh kecil Khalil dan membari isyarat mata pada Dayang Ita agar menarik tangan majikan mereka keluar dari kedai itu.

"Lepas... nak abang. Abang!" ronta Khalil.

Dayang Ita menoleh ke sebelah. Sedih dia melihat nasib majikannya ini. 'Tak patut tuanku biarkan isteri muda dia hidup macam ni. Aku tak sampai 24 jam dengan isteri muda dia ni pun, tak sanggup nak lalui.'

"Eeee... geli la. Pa... jom makan tempat lain." Kabir sudah mula mengada-ngada dengan ayah angkatnya. Suka dia hidup begini. Jauh lebih senang dan mewah kalau dibandingkan dengan kehidupannya yang tinggal dengan umi dan papa kandungnya.

"Abang!" Khalil masih meronta dalam dukungan Panglima Zafrul.

*****

TERDUDUK Permaisuri Agong Jannah mendengar cerita madunya dari Panglima Zafrul melalui corong telefon bimbit. Dia menitiskan air mata. Kemudian dia memandang tajam wajah suaminya yang sedang berehat di atas kerusi urut yang ada dalam bilik mereka. "Kanda..."

"Hm."

"Kita jumpa Nafisah nak?"

"No!" Raja Agong Amirul pantas mengambil penutup mata.

"Kanda..."

"Dinda. Please. Dinda jangan rosakkan mood kanda hari ni."

"Okey..." Laju si permaisuri menaip pesanan ringkas untuk Dayang Ita.

+ Jangan biarkan permaisuri jalan sorang-sorang. Jaga Khalil.

Butang send di tekan.

----- BERSAMBUNG -----



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku