Cinta Dalam Hati Suamiku
Bab 8
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Februari 2017
Cinta dalam hatimu, untuk siapa suamiku?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
812

Bacaan






RAJA AGONG AMIRUL mengangkat kening kanannya. Mulutnya tergangga melihat keadaan rumah di depan matanya. "Ini... rumah siapa?"

"Isteri tuanku," jawab Pembantu Raja Agong Amirul yang berdiri di kanan sang raja.

"Rumah ke... reban ni?"

Pemandu Istana dan Pembantu Raja Agong Amirul menahan tawa mereka.

"Doifnya. Betul ke ni rumah Nafisah?" soal sang raja.

"Ye, tuanku. Ini rumahnya."

"Beta rasa... rumah orang asli lagi cantik."

Pemandu Istana dan Pembantu Raja Agong Amirul hanya diam.

"Bukan ke Nafisah salah seorang Kerabat Diraja Agong Lafiya? Dia anak tunggal, kan? Jadi dia pasti mewarisi sebuah villa di Taman Perumahan Kerabat Diraja kepunyaan umi dia. Umi dia dapat villa, memandangkan beliau salah seorang kerabat beta."

"Betul, isteri muda tuanku merupakan salah seorang kerabat jauh tuanku," sokong Pembantu Raja Agong Amirul. "Lima pupu tuanku."

"Habis... kenapa dia duduk sini? Tak nampak macam kerabat pun. Nampak macam... papa kedana je hidup dia."

"Hm... rumah keluarga ke, tuanku?" tembak Pemandu Istana.

Raja Agong Amirul menggelengkan kepalanya. "Tak mungkin la. Masa beta kecil, beta pernah datang rumah dia. Rumah dia di Taman Perumahan Kerabat Diraja Lafiya la. Villa. Lagipun... walid dia gaji besar tahu? Apatah lagi umi dia. Tengku Marsha, seorang kerabat yang kaya sehingga ada perniagaan di luar negara. Nafisah tu... bukan sekadar anak ustaz, tapi dia anak orang berada. Kenapa... hidup dia end up dekat reban ayam ni?" bebel sang raja.

"Apa kata... tuanku siasat?" cadang pembantu sang raja.

"Tak kuasa. Beta belambak kerja lain nak buat." Tangan disilang di dada. "Ketuk pintu. Beta lapar sangat ni."

"Baik, tuanku."

*****

DAYANG ITA pantas membuka pintu. Tergamam dia melihat tiga lelaki, berpakaian kemas berdiri di depan rumah.

"Siapa yang datang Ita?" soal Permaisuri Agong Nafisah dari dalam rumah. Dia membetulkan tudung dan baju sejuk yang dipakainya.

Raja Agong Amirul pantas menolak daun pintu. Kaki diatur masuk ke dalam rumah isteri mudanya.

Terkaku Permaisuri Agong Nafisah melihat kedatangan suaminya. "Aa... hm... jemput masuk, tuanku."

"Dah masuk pun." Selamba Raja Agong Amirul mengambil tempat duduk di depan televisyen. Diperhati sekeliling 'reban ayam' isteri mudanya.

"Tuanku... datang langkah kanan betul la. Permaisuri baru lepas masak," ujar Dayang Ita. Dia sudah tahu sebab kenapa pemerintah tertinggi Lafiya ada di situ.

"Baguslah. Hidangkan cepat," arah sang raja.

Permaisuri Agong Nafisha terkebil-kebil. 'Dia... salah makan ubat ke?'

*****

"KALAU macam tu... apa kata... tuanku berdua tidur sebilik la," cadang Dayang Ita. "Tak salah kan?"

Permaisuri Agong Nafisah dan Raja Agong Amirul pantas menoleh ke arah Dayang Ita.

Selepas sahaja mereka makan malam bersama, pembantu Raja Agong Amirul memberitahu akan sebab mengapa mereka boleh ada di situ. Dan berhasrat untuk bermalam.

"Saya rasa... lebih baik, lelaki satu bilik, perempuan satu bilik. Tak macam tu, tuanku?" Permaisuri Agong Nafisah memandang suaminya.

'Kena tidur satu bilik dengan raja ni? Allah hai... dia benci aku tahap langit punya langit. Tak tahu setinggi mana dah benci dia tu. Lagipun... aku isteri atas kertas je. Ita ni....' rungut hati kecil sang permaisuri.

"Ala... sebenarnya patik nak tidur satu bilik dengan suami patik," ujar Dayang Ita. Dia sudah menggedik-gedik.

"Siapa suami awak?" soal Permaisuri Agong Nafisah. Pelik, tidak tahu pula dia Dayang Ita sudah berkahwin.

"Ni la..." Dayang Ita menolak sedikit bahu lelaki di sebelahnya. Pemandu Istana.

"Oo..." respon sang permaisuri. "Hm... kalau macam tu, tuanku dengan pembantu tuanku tidur dalam bilik satu lagi. Patik tidur di luar dengan Khalil."

"Eh, tuanku. Tak elok la. Tuanku kan isteri, tuan rumah lagi. Kan ada suami... lebih baik duduk satu bilik. Malam ni, biar Khalil tidur dengan patik." Tangan Pembantu Raja Agong Amirul mengusap kepala Khalil.

Raja Agong Amirul hanya berdiam.

"Yang ada pasangan, tidur dalam bilik. Settle," ujar Dayang Ita. "Tuanku... okey?" Pandangannya memandang wajah sang raja.

Raja Agong Amirul pantas bangun dan masuk ke dalam bilik berdekatan. Dengan selamba dan tanpa rasa malu. "Beta ikut je la," ujar sang raja sebelum hilang di balik pintu.

"Yesz!" Pembantu Raja Agong Amirul, Dayang Ita dan Pemandu Istana sudah bersorak gembira.

"Ehem, ehem."

Kegembiraan mereka bertiga terhenti. Mata mereka terarah kepada tuan rumah.

"Gembiranya. Ada apa-apa ke?"

"Erk! Tak..." Pembantu Raja Agong Amirul, Dayang Ita dan Pemandu Istana serentak menjawab sambil menggelengkan kepala. Rahsia antara mereka mesti disimpan. Misi hampir berjaya ni tak boleh la jadikannya gagal.

"Peliknya kamu semua. Macam ada agenda tersembunyi."

"A..." Dayang Ita memeluk lengan suaminya. "Bang, jom tidur. Ngantuk lah," rengek Dayang Ita.

Pemandu Istana mengangguk. "Jom."

Permaisuri Agong Nafisah memandang wajah pembantu suaminya pula.

"Aa... Khalil, malam ni, cerita apa yang best ye? Meh sini duduk sebelah uncle."

Khalil mengangguk.

'Mereka... dah kenapa?' bisik hati kecil permaisuri.

*****

PERMAISURI AGONG NAFISAH berbalas pandang dengan suaminya di dalam bilik. Kemudian dia memandang toto yang sudah dibentang olehnya. "Hm... tuanku tidur la. Patik dah lipat toto tu, bagi tebal sikit."

"Kau tidur mana?"

"Aaa..." Matanya beralih ke pintu bilik.

"Jangan gatal nak tidur luar! Ada pembantu aku!"

"Tak... patik cuma... cuma...."

"Cuma apa? Nak suruh dia tidur dalam sini dengan aku?"

Pemaisuri Agong Nafisah mengangguk.
"Jangan nak jatuhkan air muka aku! Kau nak bagi mereka tahu ke... aku tak nak tidur dengan kau?"

"Maaf."

Raja Agong Amirul mendengus kasar. Toto yang sudah siap dibentang, dibuka lipatannya. "Tidur sebelah aku!" arah sang raja. Dia sudah baring di tempat yang disediakan.

"Ha?"

"Pekak ye? Dah tutup lampu! Ngantuk ni."

"T... ti... ti..."

"Sini! Dengan aku! Dah cepat jangan bagi aku gegar rumah kau dengan suara nyaring aku."

Permaisuri Agong Nafisah mengangguk laju. Pantas dia menutup lampu dan mendekati tempat tidur. Dipandang lama tempat tidur di sisi suaminya.

"Kalau tak nak tidur sudah! Berdiri lah bak tiang bendera sampai subuh!" Selimut ditarik ke paras dada. Sejuk.

'Aku... kena tidur sebelah dia jugak ke ni? Hm...' Permaisuri Agong Nafisah sudah meneguk air liurnya berkali-kali. Dadanya sudah berombak.

*****

BULAT mata Permaisuri Agong Nafisah saat ada tangan melingkar pinggangnya. Dia cuba mengalihkan tangan tersebut. Namun, gagal.

"Nafisah..."

Terkaku sang permaisuri mendengar namanya dipanggil dengan lembut oleh suaminya. Kepalanya dianggukkan. "Ye, tu... tu... tuan... tuanku."

"Boleh tak tunaikan tanggungjawab kau kat aku?"

Permaisuri Agong Nafisah diam. 'Dia suami. Dia ada hak. Berdosa aku menolak. Tapi... aku takut.' Air mata si isteri mengalir perlahan. 'Ya Allah.... bantu aku.'

----- BERSAMBUNG ----- 



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku