Cinta Dalam Hati Suamiku
Bab 9
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Februari 2017
Cinta dalam hatimu, untuk siapa suamiku?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
420

Bacaan






"JOM," ujar Raja Agong Amirul. Tangannya membetulkan baju kemaja yang dipakainya.

Dayang Ita memandang ke arah suaminya. Dia memberi isyarat mata pada suaminya.

Pemandu Istana mengangkat bahu.

Dayang Ita mengeluh. Bahu kirinya menolak bahu kanan Permaisuri Agong Nafisah supaya menghampiri Raja Agong Amirul yang berdiri beberapa tapak di depan mereka.

Permaisuri Agong Nafisah pantas menolah ke arah Dayang Ita. Tidak mengerti dengan isyarat yang diberikan. "Kenapa?"

Dayang Ita mengeluh lagi. Dia hanya mampu tersengih sahaja tatkala sang raja dan sang permaisuri memandang lama wajahnya. Terasa dunia lambat pula memutarkan masa ketika ini. Lantas tangan pemandu istana diambil dan dicium. "Be careful."

"Thank you," balas suami Dayang Ita.

Berubah riak wajah sang permaisuri. Dia dapat rasakan isyarat yang Dayang Ita berikan kepadanya. Dia memusingkan kepalanya, memandang si suami yang berdiri tegak di depannya.

"Apa?" soal Raja Agong Amirul.

Dayang Ita, Pemandu Istana dan Pembantu sang raja... masing-masing memandang ke arah pasangan diraja tersebut. Menanti detik babak ulangan Dayang Ita mencium tangan suaminya tapi kali ini versi pasangan diraja pula.

"Kamu semua dah kenapa tengok beta macam tu?" soal sang raja. Tidak faham dia kenapa dengan semua orang pagi ni.

Dayang Ita hanya menunduk. Kedua tangannya memegang bahu kecil Khalil yang berdiri di depannya. Dia menolak sedikit badan Khalil ke arah sang raja.

Khalil mengangkat wajahnya ke atas. Memandang Dayang Ita. Dia cuba membaca gerak bibir wanita itu.

Salam.

Khalil mengangguk perlahan. Langkah kaki diatur ke arah sang raja. Kemudian dia menghulur kedua tangan kecilnya kepada sang raja.

"Kamu ingat beta ada masa nak bermain ke?" soal sang raja. Sangkanya Khalil minta didukung.

"Bukanlah tuanku. Patik nak salam tuanku," jawab Khalil.

"Salam?" ulang Raja Agong Amirul.

Khalil mengangguk. "Umi selalu ajar patik untuk salam orang tua kalau datang rumah atau jumpa dengan kita."

Sang raja memandang wajah Pemandu Istana dan pembantunya.

"Pak cik berdua tu... patik dah salam dah. Tinggal tuanku je yang belum," ujar Khalil.

Hujung mata Raja Agong Amirul memandang tajam wajah isteri keduanya.

Permaisuri Agong Nafisah menghampiri anaknya dengan suaminya. Ditarik Khalil mendekatinya. "Khalil."

"Kenapa? Khalil buat salah ke? Nak salam je. Inikan suami umi. Maksudnya ayah Khalil, kan? Tak kan tak boleh salam," petah Khalil berkata. "Umi pun kena salam, kan?"

Tersentak Permaisuri Agong Nafisah dan Raja Agong Amirul mendengar kata-kata Khalil. Mata mereka mula bertatapan sesama sendiri.

Sekali lagi Khalil menghulur kedua tangannya ke arah ayah tirinya. "Nak salam." Satu senyuman terukir manis di bibir si kecil.

Raja Agong Amirul mengeluh panjang. Tangan kanannya menyambut huluran salam tangan anak tirinya.

Khalil mencium lembut, penuh hormat. "Terima kasih, tuanku. Bagi patik salam."

Raja Agong Amirul hanya berdiam.

"Umi... salamlah suami umi." Khalil menghulur tangan kanan uminya ke arah ayah tirinya. "Nah salam. Tuanku, umi nak salam."

"Aaa..." Permaisuri Agong Nafisah sudah tercengang. Terkebil-kebil dia.

Raja Agong Amirul memandang ke wajah lain yang ada di situ. Satu keluhan berat dilepaskan. Huluran tangan si isteri disambut. Demi menjaga air mukanya.

Terkaku Permaisuri Agong Nafisah.

'Sejuknya tangan. Aku pengang tangan manusia ke... hantu? Ke... ada ais kat tangan dia ni?' ujar hati kecil sang raja.

"Umi!"

Permaisuri Agong Nafisah perlahan-lahan tunduk, mencium tangan suaminya.

Raja Agong Amirul pantas menarik tangannya setelah isterinya mencium tangannya. Kemudian langkah kaki diatur mara menghampiri kereta yang sudah menunggu di luar pagar rumah.

Satu... dua... tiga...

Raja Agong Amirul memusingkan badannya ke belakang. "Nak kena pecat ke?" soal sang raja untuk dua orang pekerjanya yang masih berdiri di depan muka pintu rumah isteri keduanya.

Pembantu sang raja dan Pemandu Istana, laju sahaja menggelengkan kepala. Langkah kaki diatur cepat mengekori sang raja.

Raja Agong Amirul memandang tajam wajah isterinya. "Tengok dalam bilik, ada barang tinggal," ujar sang raja sebelum masuk ke dalam perut kereta.

Permaisuri Agong Nafisah mengerutkan dahinya. 'Apa yang tinggal?' Baru sahaja dia mahu bertanya, pembantu suaminya sudah menutup pintu kereta. Satu keluhan panjang dilepaskan.

*****

PERMAISURI AGONG NAFISAH menutup pintu biliknya. Matanya meliar memandang setiap sudut biliknya. "Tak ada apa pun."

*****

'MACAM mana kalau... dia mengandung?' Raja Agong Amirul meletakkan pen yang dipegangnya di atas meja.

"Tak kan sekali buat dah jadi, kan? Lagipun, benda tu tak patut jadi pun. Argh! Mesti aku hilang akal semalam mintak dia layan aku." Badannya disandar ke kerusi.

"Kalau dia mengandung... aku terpaksa buat kenyataan yang aku ada isteri lain selain Jannah. Kalau anak yang dikandung lelaki... anak tu mungkin akan jadi pewaris tahkta, sebab Hisham tak nak jadi penganti aku. Tak! Nafisah tak boleh mengandung! Tak boleh!"

*****

PERMAISURI AGONG JANNAH tersenyum mendengar berita yang diterimanya.Tidak menyangka rancangannya untuk suaminya bermalam di rumah madunya, akhirnya berjaya dengan pertolongan Panglima Zafrul, Dayang Ita, Pemandu Istana dan pembantu suaminya sendiri.

Dia buat semua ini, sebagai tanda ucapan maafnya kepada madunya kerana merampas 'malam pertama' madunya dengan suaminya. Ye, malam yang dia merawat suaminya yang cedera dan malam yang sama suaminya menghalau madunya dari istana.

Kerana tahu perangai suaminya bagaimana, dia yakin suaminya pasti tidak akan mahu meluangkan masa dengan madunya. Sebab itu, dia merancang semua ini.

"Nafisah... ingat tak janji kita semasa kecil dulu? Saya janji dengan awak yang saya akan jaga Amirul untuk awak. Tak tinggalkan dia dan temani dia selepas awak pergi. Ingat tak?" Permaisuri Agong Jannah sudah tersenyum lebar. Kenangan lama menerjah fikirannya.

"Ada apa nak jumpa saya?"

Puteri Syarifah Nafisah yang berusia sepuluh tahun itu berdiri tatkala ada suara gadis berusia 12 tahun menghampirinya. "Tengku Jannah, kan?"

Tengku Jannah mengangguk.

"Saya, Nafisah. Kita jiran." Puteri Syarifah Nafisah menghulur tangannya untuk bersalam.

Tengku Jannah menyambut huluran salam tersebut. "Jannah. Jiran? Maksudnya.. awak tinggal dekat Taman Perumahan Kerabat Diraja?"

Puteri Syarifah Nafisah mengangguk laju.

"Nafisah... anak Ustaz Fathul, kan? Ustaz Istana Agong."

"Ye. Tu walid saya."

"Okey... ada apa nak jumpa ni?" Punggungnya dilabuhkan di sisi Puteri Syarifah Nafisah. Sebelum ini mereka pernah terserempak, tapi tak pernah berbual berdua. Dia kenal budak sepuluh tahun di sebelahnya ini memandangkan keluarganya ada hubungan yang baik dengan keluarga Puteri Syarifah Nafisah.

"Akak ni... bakal tunang Putera Amirul kan?"

Tengku Jannah mengerutkan dahinya.

"Saya kawan baik Putera Amirul. Saya muda dua tahun dari akak."

"Ooo... tapi... akak tak tahu pun pasal tunang-tunang ni. Khabar angin mana adik dengar ni?"

"Raja Shafiq beritahu sendiri. Baginda minta saya jauhkan diri dari Putera Amirul, katanya saya bawak aura negatif pada dia. Dan baginda beritahu yang Putera Amirul tak lama lagi akan bertunang dengan akak."

Tengku Jannah memandang lama wajah budak perempuan yang muda dua tahun darinya ini. "Parent akak tak cakap apa pun."

"Akak dapat undangan makan malam kat istana, kan? Hujung minggu ni."

Tengku Jannah mengangguk.

"Mesti masa tu, Raja Syafiq akan cakap."

Tengku Jannah mengangguk perlahan.

"Saya akan tinggalkan tempat ni tak lama lagi."

"Pergi mana?"

"Kata walid, ke Mesir."

"Okey."

"Saya nak akak tunaikan permintaan saya, boleh?"

"Apa?"

"Jagakan Putera Amirul untuk saya. Dia tak boleh kak, kalau tak ada kawan di sisi dia. Nanti dia sunyi, bosan. Kesian dia."

"Adik... akak kenal Putera Amirul dalam kelas tu macam mana. Susah sangat nak rapat dengan dia. Dia tak suka berbual dan bergaul. Dia sangat memilih kawan, sebab tu dia tak ada kawan, dik. Sapa nak kawan dengan dia kalau dia sendiri tak nak bercakap dengan orang?"

"Akak kan bakal tunang dia. Mesti akak dapat punya kenal dia dan bercakap dengan dia."

Tengku Jannah hanya diam.

"Jagakan dia tau. Jadi pendengar dia. Kesian... dia banyak masalah. Dia perlukan kawan di sisi dia, yang boleh dengar semua masalah dia. Boleh tak akak?"

Tengku Jannah hanya tersenyum. "Suka... dia ke?" duga Tengku Jannah.

Puteri Syarifah Nafisah menundukkan kepalanya ke bawah. Dia bermain dengan kakinya.

"Tak kecewa, kalau akak dengan dia?"

"Kecik lagi. Kita tak tahu apa nak jadi."

"Hm... akak boleh jadi kawan dia. Tapi..."

Puteri Syarifah Nafisah pantas menoleh ke arah Tengku Jannah.

"Kita kena jadi kawan jugak. Boleh?"

Puteri Syarifah Nafisah mengangguk laju.

Tengku Jannah mengambil tangan kiri Puteri Syarifah Nafisah. "Dah lama nak kawan dengan anak ustaz popular ni. Tapi... baru sekarang ada kesampaian."

"Haha... mana ada walid popular. Akak ni ada je lah."

"Apa-apa jadi lepas ni... kita kena selalu contact tau."

"Okey."

"Janji?"

"Janji!"

Permaisuri Agong Jannah membetulkan baju dibadannya. Langkah kaki diatur ke arah tingkap. Memandang dunia luar. "Nafisah... akak akan pastikan Amirul akan terima semua ni. Akak janji!"

*****

KHALIL yang baru sahaja merebahkan diri di atas toto, mengerutkan dahinya. Tangan kanannya yang ada di bawah batal, menarik sesuatu yang ada di bawah bantal itu.

Permaisuri Agong Nafisah melangkah masuk ke dalam bilik. "Khalil..."

Khalil menoleh ke arah si umi.

"Kenapa tak tidur? Dah malam kan?"

Khalil tersenyum. "Ada surat. Khalil jumpa bawah bantal."

Permaisuri Agong Nafisah mengambil surat tersebut. Ada tertulis namanya di atas kertas itu. Kemudian dia teringat pesanan suaminya pagi tadi. Adakah maksud suaminya itu... ialah kertas yang ada di tangannya sekarang?

"Umi... umi kenapa umi?"

Permaisuri Agong Nafisah tersenyum. Surat di tangan di letak di tepi. Direbahkan badan Khalil. Tangannya menarik selimut, menutup tubuh anaknya. "Khalil tidur ye sayang. Umi ada kerja nak buat dekat luar sekejap."

Khalil mengangguk.

"Assalamualaikum. Selamat malam sayang umi."

"Waa'laikumussalam. Selamat malam umi sayang."

Permaisuri Agong Nafisah mencium dahi anaknya.

"Umi..."

"Ye?"

"Khalil rindu sangat... dengan papa. Kenapa papa... tak nak datang sini jumpa Khalil? Papa tak sayang Khalil ke?"

"Papa sibuk sayang. Nanti, mesti papa datang."

"Papa bawak adik tak?"

"Itu umi tak tahu. Dah... tidur ye."

*****

SURAT di tangan dibuka perlahan-lahan.

Apa yang jadi semalam, adalah satu kesilapan besar yang aku pernah lakukan dalam hidup aku.

Air mata Permaisuri Agong Nafisah sudah mulai bergenang saat dia membaca apa yang suaminya tulis. Air mata itu, hanya menunggu masa untuk jatuh sahaja. 'Ya Allah! Tergamaknya dia kata satu kesilapan, sedangkan aku ikhlas semalam. Sampai hati dia'

Aku tak nak ada anak dengan kau. Tolong jangan mengandung. Kalau kau nak anggap aku merayu pun, aku terima. Yang penting jangan mengandung! Jangan sesekali ingat, kejadian semalam boleh buat aku terima kau sebagai isteri aku. Tak akan. Isteri aku cuma Jannah. Kalau selain Jannah pun, Alia. Kau mesti kenal Alia, kan? Alia... isteri aku. Tapi, dia dah tak ada. Sebab tu aku kahwin dengan Jannah. Alia ialah wanita pertama yang aku nikahi. Mesti kau kenal, sebab dia permaisuri aku!

Air mata Permaisuri Agong Nafisah sudah tumpah. Dia memeluk kedua kepala lututnya. 'Ya Allah... kuatkan aku...'

Dayang Ita menyentuh bahu kanan Permaisuri Agong Nafisah. "Nafisah... awak okey?"

Permaisuri Agong Nafisah mengangkat kepalanya ke atas. Kertas di tangan di sorok ke belakang.

"Kenapa menangis ni?"

Permaisuri Agong Nafisah pantas menggeleng. "Tak ada apa." Dari posisi duduk, dia kini berada di posisi berdiri. Kertas dipegang erat. Bimbang terjatuh.

"Kertas apa tu?"

"Tak ada apa. Saya mengantuk. Selamat malam, assalamualaikum." Tangannya pantas memulas tombol pintu bilik.

Dayang Ita tercengang. 'Kenapa tuanku menangis?'

Permaisuri Agong Nafisah terduduk di belakang pintu. Air matanya pantas mengalir. Dipandang tubuh kecil Khalil.

----- BERSAMBUNG -----



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku