Cinta Dalam Hati Suamiku
Bab 11
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Februari 2017
Cinta dalam hatimu, untuk siapa suamiku?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
445

Bacaan






PERMAISURI AGONG NAFISAH membuka pintu peti ais di dapur rumahnya. Kosong. Tiada apa di dalam. Seketika dia teringat akan pesanan Dayang Ita Subuh tadi. Dayang Ita telah memberi tahunya bahawa barang dapur di dalam peti ais sudah habis. Pintu peti ais itu ditutup semula. Kepalanya dipusing ke belakang. Ruang tamu.

Langkah kaki diatur ke ruang tamu. Dia melihat Khalil sedang baring di atas karpet. Pasti anaknya itu keletihan. Dibelai lembut tubuh anaknya itu.

Entah kenapa dia teringat tatkala dia masih isteri Encik Fuad. Hidup mereka lebih mewah dari sekarang. Apa yang Kabir dan Khalil mahu pasti Encik Fuad akan penuhi. Mujurlah selepas bercerai, Khalil mengerti kesusahan hidup mereka. Khalil tidak pernah meminta-minta kepadanya. Kalau boleh dia mahu Khalil rasa hidup senang, sama seperti ketika dia kecil. Bukan rasa hidup kesusahan sebegini.

Dia teringat rumah keluarganya di Taman Perumahan Kerabat Diraja. Dia tak mahu pulang ke rumah itu, terlalu banyak kenangan di situ. Itulah satu-satunya harta Tengku Marsha yang diwarisi kepadanya. Harta uminya yang lain sudah dirampas oleh bekas suaminya. Alhamdulillah, Encik Fuad tidak tahu yang arwah walidnya seorang yang berharta. Kalau tidak, tiadalah harta pusaka lagi yang boleh dia wariskan kepada anak-anaknya.

"Umi dah masak?" tanya Khalil secara tiba-tiba. Sekali gus mematikan anganan uminya. Dia bangun dari posisi baring dan duduk di hadapan uminya.

Permaisuri Agong Nafisah tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. "Belum lagi, sayang."

Khalil mengangguk, faham. "Umi... dalam peti ais tak ada makanan erk?"

Tersentak Permaisuri Agong Nafisah mendengarnya. Anaknya ini seperti tahu sahaja.

"Umi... kenapa tuanku tak datang sini? Khalil tak pernah sembang dengan suami umi tu. Mana suami umi?"

Permaisuri Agong Nafisah mengukir senyuman pahit. Sepahit hempedu. Jujur, dia sendiri tidak tahu di mana suaminya berada sekarang. Sibuk agaknya. Kepala Khalil diusap lembut penuh kasih sayang.

"Suami umi sibuk erk?"

Permaisuri Agong Nafisah mengangguk. "Khalil... Khalil pergi tukar baju, kita keluar beli barang dapur ye?"

"Umi nak masak apa hari ni?"

Permaisuri Agong Nafisah tersenyum manis. "Khalil nak makan apa?"

"Hm... nak makan ayam, boleh? Tapi... ayam mesti mahal. Kalau mahal tak payah la umi. Kita makan telur je pun okey."

Air mata Permaisuri Agong Nafisah mengalir perlahan. Ayam. Ye, sudah terlalu lama Khalil teringin untuk makan ayam. Tapi si umi tidak mampu berikannya kerana mereka harus berjimat cermat. Duit yang ada, perlu disimpan untuk menebus Kabir semula.

"Kenapa umi menangis?"

Permaisuri Agong Nafisah menggelengkan kepalanya. "Tak ada apa."

"Umi selalu cakap tak ada apa, tak ada apa. Tapi umi tetap je menangis. Umi menangis sebab Khalil cakap nak makan ayam ke? Umi... maafkan Khalil ye, umi tak payahlah beli ayam. Kita makan telur je, ye?" Khalil mengelap air mata uminya dengan jarinya. Dia tidak suka melihat uminya menangis.

Permaisuri Agong Nafisah memegang tangan Khalil yang sedang menghapuskan air matanya yang mengalir. "Umi tak ada apa. Tuanku ada bagi duit sikit. Hari ini dapatlah Khalil makan ayam."

"Betul ke umi?"

Permaisuri Agong Nafisah mengangguk laju.

Khalil pantas memeluk tubuh uminya itu. "Terima kasih umi."

"Sama-sama, sayang."

*****

"UMI..." panggil Khalil.

"Ye." Permaisuri Agong Nafisah menoleh ke arah anaknya yang sedang memegang hujung bajunya.

Khalil pantas menarik tangan uminya ke tempat baju. Ditarik tangan umi ke bawah agar dapat dia berbisik. "Khalil nampak papa. Papa ikut kitalah umi."

Permaisuri Agong Nafisah terus berdiri semula. Dia memandang wajah anaknya itu. Dia tahu anaknya itu tidak berbohong, sebab dari tadi lagi dia sudah rasa yang dirinya seperti diperhatikan.

"Jom balik. Kita call UncleZafrul. Tak la uncle cari kita."

Permaisuri Agong Nafisah menyeluk tangan kanannya ke dalam poket seluar. Mengambil telefon bimbitnya. Lantas nombor Panglima Zafrul didail.

Tut... tut...

Dicuba hubungi lelaki itu sekali lagi.

Tut... tut...

Dipandang wajah Khalil. "Tak dapat call la. Tadi uncle kata dia pergi mana?"

"Tandas."

Mata Permaisuri Agong Nafisah meliar memandang sekeliling. hatinya berharap benar Panglima Zafrul muncul. Dadanya sudah semakin tidak enak. "Kita balik dulu la. Jom."

Khalil hanya menurut.

*****

PERMAISURI AGONG NAFISAH cuba menutup pintu rumahnya yang pada masa yang sama ditolak oleh bekas suaminya dari luar rumah.

"Bukaklah!" jerit Encik Fuad dari luar rumah dan berusaha keras untuk menolak kuat pintu rumah itu sehingga dia berjaya masuk ke dalam rumah yang dihuni oleh Permaisuri Agong Nafisah selama ini.

"Argh!" Permaisuri Agong Nafisah gagal untuk menutup pintu. Pantas dia memeluk erat tubuh Khalil. Bimbang bekas suaminya datang untuk mengambil anaknya. Bekas suaminya itu bukan boleh dijangka orangnya.

Encik Fuad mengukir senyuman pantas dia menarik tubuh bekas isterinya itu.

"Lepas lah!" Permaisuri Agong Nafisah meronta.

Encik Fuad hanya buat bodoh.

Permaisuri Agong Nafisah cuba melepaskan lengannya dari pegangan Encik Fuad, namun gagal. "Tolonglah... lepas. Kita bukan suami isteri lagi."

"Tahu. Tak payah ulang banyak kali kenyataan tu." Dengan pantas Encik Fuad membuka tudung yang membalut kepala bekas isterinya setelah mengunci bekas isterinya itu di penjuru bilik.

"Lepaskan akulah! Kau gila ke apa!" jerit Permaisuri Agong Nafisah.

"Kau... masih cantik..." Encik Fuad cuba memegang rambut bekas isterinya.

Permaisuri Agong Nafisah cuba berusaha untuk melepaskan dirinya. Matanya memandang tempat dia memeluk tubuh Khalil tadi. Khalil tiada!

"Aip! Diam!"

"TOLONG!"

Encik Fuad pantas menutup mulut Permaisuri Agong Nafisah. "Syuhhhh... diam..."

Permaisuri Agong Nafisah sudah mengigil ketakutan. Air matanya mengalir laju.

"Lepaskan umi, papa!" jerit Khalil tiba-tiba.

Encik Fuad memusingkan badannya ke belakang, dia tersenyum melihat anaknya itu sedang memegang pisau dan disuakan ke arahnya. Lantas pisau ditangan anak diambil.

"Khalil!" jerit Permaisuri Agong Nafisah.

"Dasar budak kurang ajar!" Encik Fuad menghentak kepala anaknya itu ke dinding dengan dua kali hentakkan.

"Khalil!" Permaisuri Agong Nafisah pantas berlari ke arah anaknya yang sudah terkulai layu di tepi dinding ruang tamu. Bulat matanya melihat dahi Khalil mengeluarkan cecair darah. Dipandang penuh rasa amarah ke arah bekas suaminya. "Kau gila ke? Ni anak kau tahu?"

"Sini!" Encik Fuad menarik tubuh Permaisuri Agong Nafisah dan membaringkannya ke lantai.

"Lepaskan aku!"

"Diam! Aku pernah rosakkan kau dulu, dan aku akan buat lagi dan lagi!" Encik Fuad pantas menindih tubuhnya di atas tubuh bekas isterinya itu.

"Lepas!" Permaisuri Agong Nafisah cuba menolak, namun apalah kudratnya sebagai seorang perempuan itu sememangnya lemah dan tak mampu nak melawan kudrat seorang lelaki dari Encik Fuad itu. Air matanya mengalir laju.


'Ya Allah... selamatkanlah aku. Aku sudah berkahwin, Ya Allah. Maka tolong selamatkanlah maruah ku ini untuk suamiku,' doa Permaisuri Nafisah di dalam hatinya.

"Woi!"

Tetiba Encik Fuad seperti ditarik ke belakang.

Permaisuri Agong Nafisah terus berdiri sebaik sahaja bekas suaminya sudah jauh darinya.

Panglima Zafrul pantas berdiri di hadapan Permaisuri Agong Nafisah, dia memandang tajam ke arah Encik Fuad. Dia melihat Encik Fuad mengambil pisau yang dipegang anaknya tadi. Dituju kepada Panglima Zafrul.

Silap besarlah kalau Encik Fuad fikir bahawa panglima itu takut bila diacahkan dengan pisau. Ini adalah kerana Panglima Zafrul adalah seorang panglima yang handal mempertahankan diri. Eh! Salah! Paling handal mempertahankan diri.

Sebab itulah Permaisuri Agong Jannah hanya memberikan tugas menjaga dan mengawal Permaisuri Agong Nafisah kepada dia seorang. Tidak perlu ramai-ramai. Meskipun musuh ada senjata, dia tetap boleh mempertahankan dirinya atau melindungi dirinya mahupun orang disekelilingnya dari diserang musuh.

Dengan sekelip mata, Panglima Zafrul telah membuat pisau ditangan Encik Fuad jatuh ke lantai dan tangan Encik Fuad sudah dikunci. Encik Fuad sudah tidak mampu untuk bergerak.

"Lepas lah!" ronta bekas suami Permaisuri Agong Nafisah.

"Tuanku, berikan patik tali."

Permaisuri Agong Nafisah mengangguk.

*****

"MAAF tuanku, patik terlewat untuk selamatkan tuanku." Panglima Zafrul mengikat Encik Fuad dan meletakkan lelaki durjana itu ke tepi dinding. Ditoleh ke arah isteri muda sang raja. Terus sahaja dia menunduk memandang ke lantai tatkala dia melihat Permaisuri Agong Nafisah tanpa tudung di kepala dan baju yang koyak di bahagian tangan kanan.

Permaisuri Agong Nafisah yang melihat perubahan Panglima Zafrul mula memandang dirinya. "Aa... saya masuk bilik sekejap."

Panglima Zafrul mengangguk. "Tuanku tak ada apa-apakah? Tuanku cedera?" soal si panglima yang masih di ruang tamu kepada isteri kedua Raja Agong Amirul yang sudah pun masuk ke dalam bilik.

Permaisuri Agong Nafisah tersenyum mendengarnya. Kepalanya digelengkan. "Tak. Saya okey. Terima kasih sebab selamatkan saya. Saya tak apa-apa." Langkah kaki diatur ke muka depan pintu biliknya. "Tapi..." mata Permaisuri Agong Nafisah beralih kepada tubuh Khalil di tepi dinding.

Mata Panglima Zafrul terus beralih ke arah Khalil yang pengsan di satu sudut. Ada cecair darah di situ. Pantas dia mecempung tubuh kecil itu. "Mari kita ke hospital, tuanku," ajak Panglima Zafrul.

Permaisuri Agong Nafisah mengangguk.

*****

"APA!" terbeliak biji mata Permaisuri Agong Jannah tatkala mendapat laporan tentang madunya oleh Panglima Zafrul. "Tuanku Permaisuri Nafisah dan kamu berada di mana sekarang? Okey ke?"

"Di Hospital Diraja, tuanku."

"Bagaimana dengan keadaan Khalil?"

"Doktor kata keadaannya baik tapi perlu ditahan di wad untuk buat pemeriksaan. Takut hentakkan di kepalanya terlalu kuat, tuanku."

"Alhamdulillah." Tangan kanan Permaisuri Agong Jannah mula mengurut dadanya. Satu nafas lega dilepaskan. "Lega hati beta mendengarnya. Kamu jaga keselamatan Tuanku Permaisuri Nafisah dan anaknya dengan baik ye?"

"Baiklah, tuanku. Tuanku, patik mintak ampun, patik mahu berundur untuk belikan makanan sekejap untuk Tuanku Permaisuri Nafisah."

"Baiklah. Assalamualaikum."

"Waa'alikumussalam, tuanku."

Permaisuri Agong Jannah mengeluh lagi. Lantas langkah kaki diatur ke almari pakaian. Dia mahu ke hospital. Mahu berada di sisi madunya.

*****

"DINDA nak kemana?" soal Raja Agong Amirul sebaik sahaja dia masuk ke dalam Bilik Peraduannya, dia lihat isterinya itu sudah mengenakan tudung di atas kepala.

"Hospital."

"Kenapa? Dinda sakit? Kalau sakit, jumpa sahaja dengan Doktor Daniel, tak per..."

"Ye, dinda sakit," ujar Permaisuri Agong Jannah dengan tegas. Dipandang tajam wajah suaminya itu. "Sakit hati dengan kanda sekarang ni!"

"Dinda..."

"Semua ni salah kanda."

"Apa kanda buat?"

"Kanda, Adinda Nafisah tadi hampir diperkosa oleh bekas suaminya! Anaknya hampir mati dibunuh ayahnya sendiri! Kanda memang kejam! Dinda tak sangka, suami dinda ni seorang raja yang kejam rupanya."

"Dinda! Kanda ni suami dinda tahu? Jaga bicara."

"Ye, dinda tahu Kanda itu suami dinda. Tapi suami dinda ni ada dua orang isteri. Isteri yang ini, dia jaga. Yang seorang lagi dibiarkan sampai hampir diperkosa! Kanda berat sebelah! Tak adil!"

Raja Agong Amirul mengeluh. "Dinda nak apa sebenarnya ni?"

"Nak apa? Sepatutnya dinda yang tanya kanda, apa perlu kanda buat sekarang. Bukan dinda!"

"Okey. Maafkan kanda. Now, can you tell me what should I do now?"

"Bawak Adinda Nafisah tinggal di sini!"

"Baiklah. Asal... dinda janganlah pergi hospital ye? Biar kanda yang pergi," pujuk Raja Agong Amirul. Dia bimbang benar dengan isterinya yang masih dalam pantang ni.

"Betul ke kanda nak pergi?" soal si isteri. Intonasi nada suaranya sudah mulai lembut.

Raja Agong Amirul mengangguk. "Ye."

"Baiklah. Dinda tukar baju semula. Awas kalau kanda mungkir dengan kata kanda tadi."

*****

RAJA AGONG AMIRUL membuka pintu wad dengan kasar. Wajahnya kelihatan sangat serius. Tiada senyuman manis terukir di bibir. Dipandang wajah isteri mudanya yang duduk di sisi katil.

Permaisuri Agong Nafisah pantas bangun dan mendekati suaminya itu. Tangan dihulurkan untuk bersalam. Namun ianya tidak disambut oleh suaminya.

Raja Agong Amirul pantas mengambil tempat duduk di set sofa yang ada di wad itu.

Permaisuri Agong Nafisah hanya mengikut. Nalurinya memberitahu bahawa suaminya itu ingin berkata sesuatu.

"Kau kalau tak menyusahkan aku tak boleh ke?"

Permaisuri Agong Nafisah hanya mendengar.

"Kau tahu kan, Jannah masih dalam pantang? Kenapa kau suka sangat susahkan hati dia? Kalau dia makin sakit macam mana? Eh! Lupa. Kau kan dah jadi permaisuri jadi apa kau heran kan kalau madu kau sakit. Mesti kau suka. Kan?" perli Raja Agong Amirul.

Permaisuri Agong Nafisah menarik nafasnya sedalam yang boleh. Kepalanya digelengkan. "Tuanku, maafkan patik kalau patik dah susahkan keluarga tuanku."

"Tahu pun!"

"Tapi... patik langsung tak berniat nak susahkan mana-mana ahli keluarga tuanku."

"Kau ingat aku percaya!"

Permaisuri Agong Nafisah mengukir senyuman pahit. "Patik tak tahu yang Kanda Jannah akan susah hati memikirkan hal patik. Dan tuanku dah salah faham dengan patik. Patik tak mungkin akan bergembira kalau ada orang sakit. Apatah lagi kalau itu ada kena mengena dengan patik."

"Boleh percaya ke dengan apa yang kau cakap ni? Penuh drama."

"Ikut suka tuanku lah nak percaya atau tak. Siapa patik nak halang tuanku dari untuk percaya atau sebaliknya."

Raja Agong Amirul membetulkan posisi duduknya. "Hidup bermadu... bukan ke semua perempuan tak suka? Benda paling perempuan benci kan? Tapi kenapa ye aku tengok kau tenang je? Apa kau berasa tenang sebab... kau kahwin dengan aku? Pemerintah tertinggi Lafiya."

"Patik mungkin nampak tenang di luaran, tapi di dalam... hanya Allah je yang tahu. Dan hanya Dia yang boleh bagi ketenangan kepada patik. Bukan sebab patik berkahwin dengan tuanku yang memegang status Raja Agong."

"Kau pernah hidup bermadu sebelum ni, kan? And now, kau still kena hidup bermadu even kau dah kahwin sekali lagi dengan orang yang berbeza. Kau ni suka ke hidup bermadu sebenarnya?"

Permaisuri Agong Nafisah hanya tersenyum mendengarnya. "Suka atau tak hidup bermadu ni, sebagai manusia yang beragama Islam patik kena terima kan? Semua ni dah takdir patik. Patik tak meminta hidup patik jadi begini pun. Hidup bermadu, berkongsi suami... siapa yang mahu? Kalau boleh, patik nak lari dari semua tu. Tapi siapa patik nak lari dari aturan takdir Allah? Siapa patik nak mempersoalkan takdir, andai Allah sendiri yang tentukan patik hidup begitu?"

"Kau terlalu menyerah pada takdir." Raja Agong Amirul hanya mendengus. Entah kenapa hatinya semakin geram melihat isteri mudanya itu kelihatan tenang sekali menghadapi ujian hidup.

Permaisuri Agong Nafisah hanya diam.

'Kau tak pernah berubah, Nafisah. Kau masih sama macam dulu. Sentiasa yakin dengan semua aturan hidup kau yang Allah tentukan itulah yang terbaik. Sentiasa memandang dan berfikir baik tentang Allah dalam setiap perit ujian yang kau terima. Sentiasa berlembut dengan semua orang, walau orang dengan mudahnya orang akan pijak kepala dan mempergunakan kau sesuka hati.'

"Kau... okey tak?" tanya Raja Agong Amirul dengan nada perlahan tapi sampai juga ke dengaran isteri keduanya.

Terkejut Permaisuri Agong Nafisah mendengar soalan dari suaminya itu. Dia hanya memandang sahaja wajah suaminya itu. "O... okey," jawab si isteri.

"Anak kau?"

"Alhamdulillah."

"Bekas suami kau tu kat mana sekarang?"

"Zafrul dah hantar ke balai polis."

Raja Agong Amirul diam. Tangannya mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket.

"Terima kasih, tuanku."

"For what?"

"Sebab tanya keadaan patik dan anak patik."

"Jangan fikir lain, aku tanya sebab aku tak nak nak nanti bila orang tanya aku pasal kau, dapat jawapan lain. Tanya kau dapat jawapan lain."

Permaisuri Agong Nafisah mengangguk perlahan.

"Bila anak kau si Khalil akan keluar wad?"

"Petang ni, insya-Allah. Kalau result pemeriksaannya baik, Khalil boleh keluar dah. Kalau tak... dia kena tinggal sini lagi," jawab Permaisuri Agong Nafisah.

"Aku nak tidur. Sebelum Asar kejut aku atau kalau result Khalil dah keluar nanti. Lepas tu kita pergi rumah kau, ambik barang."

"Ambik barang? Untuk apa?" ulang Permaisuri Agong Nafisah.

"Kau akan tinggal dalam istana. Puas? Seronok?"

"Puas? Seronok? Apa maksud tuanku ni?"

"Ye la. Duduk dalam istana."

"Tuanku, kalau tuanku fikir itu yang patik harap dan idamkan... tuanku memang salah. Patik tak sangka yang tuanku dah..."

Raja Agong Amirul memandang tajam wajah isterinya itu. "Dah apa!"

Permaisuri Agong Nafisah hanya berdiam.

"Dah... tak kenal kau lagi macam mana? Itu kan?" teka Raja Agong Amirul.

Permaisuri Agong Nafisah hanya menarik nafasnya sedalam yang boleh. 'Sabar je lah, Nafisah.'

"Memang aku dah lupa pasal kau pun. Kau kan masa silam aku je. Untuk apa aku ingat pasal kau sampai sekarang? No point."

Permaisuri Agong Nafisah diam. Dia menoleh ke arah anaknya yang tidur di atas katil. 'Hm... ikut suka hati awaklah, Amirul. Buatlah apa yang awak rasa betul.'

Baru sahaja Raja Agong Amirul mahu baring di sofa, dia teringat sesuatu hal. "Pasal apa kau bagi bekas suami kau masuk dalam rumah kau? Kau sedar tak kau tu isteri siapa sekarang!"

Terkejut Permaisuri Agong Nafisah mendengar apa yang dikatakan oleh suaminya itu.

"Kau kahwin dengan raja tahu tak? Boleh tak jaga sikit maruah aku? Sesuka hati kau je nak bagi lelaki lain masuk dalam rumah kau. Walau itu rumah kau, ingat aku ni suami kau. Anak ustaz tak tahu hukum ke?"

"Cakap pakai logik akal sikit, tuanku. Kalau patik buka pintu, pelawa dengan rela hati bagi dia masuk anak patik tak akan terbaring dekat atas katil hanya untuk pertahankan maruah patik. Dan bekas suami patik tak perlu duduk dalam penjara atas kesalahan menceroboh masuk rumah patik."

"Kau tak lawan ke dia dari nak masuk dalam? Bukan ke... kau tahu seni pertahankan diri?" Ada nada perli di situ.

"Tuanku, patik perempuan. Sekuat mana patik ni, patik tetap lemah kalau nak dibandingkan kudrat tenaga seorang lelaki."

Raja Agong Amirul hanya berdiam dan mulai merebahkan diri di atas sofa.

'Dia ni... cemburu ke marah? Cakap macam... tak pakai otak je suami aku ni. Ya Allah... tak baiknya aku kutuk dia. Astagfirullahala'zim. Ampunkan aku, Ya Allah.'

"Apahal pandang aku macam tu!"

Permaisuri Agong Nafisah pantas menggeleng laju.

"Fikir macam mana nak bunuh aku ke?"

Bulat mata si isteri mendengarnya. Baru sahaja dia mahu membuka mulut, si suami memintas.

"Dah. Tak payah cakap apa-apa. Bosan aku dengar!"

"Tuanku.. patik ada satu soalan."

"Apa! Kan dah kata jangan cakap apa-apa!"

"Kenapa... kenapa..."

"Kenapa, kenapa. Apa!"

"Kenapa tuanku bencikan patik?"

Raja Agong Amirul mencebik mendengar soalan itu. "Kau ada jawapan dia. Tapi... sebab kau tanya, aku jawablah ye. Sebab... kau tipu aku dulu! Tinggalkan aku macam tu je! Buat aku hidup menderita!"

Permaisuri Agong Nafisah menundukkan kepalanya. Sedih rasanya bila teman kecilnya berkata sedemikian. Dia bukan sengaja meninggalkan lelaki itu dulu. Dia bukan sengaja mahu membiarkan cinta pertamanya ini hidup menderita. Dia sendiri menderita berpisah dengan lelaki di hadapannya ini.

'Aku sebenarnya tak pernah benci kau pun, tapi aku terpaksa buat macam tu agar hati Jannah tak terluka. Kau tahu tak, aku... masih cintakan kau. Masih, dari dulu sampai sekarang, Nafisah. Tak pernah berubah. Aku... terlalu cintakan kau,' ujar hati kecil si suami.

"Tuanku... berdendam dengan patik, ke?" soal Permaisuri Agong Nafisah dengan nada perlahan. Entah kenapa dia mahu tahu apa dalam hati suaminya ketika ini.

Raja Agong Amirul mengeluh panjang. "Sebab kau, aku kena poligami. Sebab kau, aku kena langgar prinsip hidup aku sendiri yang aku tak nak poligami. Sebab kau, aku terpaksa lukakan hati orang yang cintakan aku sepenuh hati dia. Hati Alia! Sebab kau, aku terseksa selama ni. Semuanya sebab kau! Kenapa kau tak boleh lenyap terus dari hidup aku? Kenapa kau perlu muncul semula? Aku banyak terluka sebab kau, tahu!" Dia teringatkan peristiwa dimana dia bergaduh dengan arwah isterinya itu dulu.

"Kanda... jujur kepada dinda. Kanda cintakan Nafisah kan?" Permaisuri Agong Alia mendesak dan terus mendesak. Air mata permarisuri itu mengalir. Dia terlalu cintakan suaminya, tapi mengapa suaminya mencintai orang lain?

"Kanda pernah cintakan dia dulu. Dulu. Dia tu cuma sejarah yang tak akan kembali lagi. Kanda cintakan dinda, dan ianya satu kepastian! Kanda sayangkan dan cintakan dinda," ujar Raja Agong Amirul dengan tegas. Dia mahu perempuan di depan matanya ini faham. Cintanya untuk perempuan bernama Puteri Syarifah Nafisah dah menjadi sejarah.

"Tipu! Mesti kanda masih cintakan dia, kan? Jujur!"

"Ye... masih... tapi kanda juga cintakan dinda."

"Mana mungkin lelaki boleh cintakan dua orang perempuan pada satu masa yang sama. Kanda lebih cintakan Nafisah kan?"

Raja Agong Amirul hanya berdiam sahaja. Dia sudah mati akal untuk bercakap dengan isterinya ini.

"Kanda diam. Jadi betullah kan? Sampai hati kanda. Dinda cintakan kanda sepenuh hati dinda tapi ini yang kanda bagi pada dinda?"

"Kanda turut cintakan dinda. Dinda nak dengar berapa kali?"

"Tipu! Dinda tak percaya dengan kanda!"

Raja Agong Amirul terus memandang wajah isteri mudanya itu. Khayalannya tentang peristiwa lama sudah pun lenyap dari kotak ingatan.

"Tuanku fikir... hanya tuanku je ke yang terluka?"

"Ye! Hanya aku yang terluka! Terluka sejak kau tinggalkan aku. Tipu aku, kata tinggal dekat Mekah tapi sebenarnya kau ada dekat sini. Kau biarkan aku lalui hidup aku yang perit tanpa kau sedangkan kau tahu aku tak boleh laluinya tanpa kau. Aku benci kau!"

"Terima kasih. Terima kasih sebab luahkan rasa sakit, perit dan luka tuanku tu. Tapi..." Anak mata si suami dipandang "Bukan tuanku sahaja yang terluka di sini."

Raja Agong Amirul mencebik. "Kau nak kata kau menderita jugak? Jangan tipu aku!"

"Ayahanda tuanku tak suka tuanku berkawan dengan patik."

Raja Agong Amirul terdiam. Ye, dia tahu itu. Acap kali dia bergaduh dengan ayahandanya dulu sebab berkawan dengan isteri mudanya ini semasa mereka kecil.

"Patik tak pernah tipu tuanku. Patik beritahu apa yang walid cakap pada patik. Patik sendiri terkejut bila kami tinggal dekat kampung. Tuanku kata tuanku menderita bila patik tak ada, patik pun sama, tuanku. Hidup patik berubah 360 darjah bila patik berpisah dengan tuanku dulu." Permaisuri Agong Nafisah merenung lama anak mata suaminya itu. "Hati patik sakit bila tuanku kahwin dengan Kanda Alia dan Kanda Jannah. Tapi patik tak boleh buat apa-apa. Hanya boleh berdoa hari-hari pada Allah agar tuanku sentiasa bahagia dengan Kanda Alia dan seterusnya Kanda Jannah. Tuanku menikah dengan Kanda Jannah, selepas tiga bulan kemangkatan Kanda Alia, kan?"

Raja Agong Amirul terkedu.

Permaisuri Agong Nafisah menarik nafasnya sedalam yang boleh. "Patik kecik lagi waktu tu tapi walid dah tunangkan patik hanya untuk patik lupakan tuanku. Tapi... sejujurnya patik tetap tak boleh lupakan semua tu. Patik dah cuba, tapi tak boleh. Sampaikan patik rasa serba salah pada walid. Sampai patik rasa yang patik ni anak derhaka pada walid sebab tak dapat nak tunaikan apa yang dia nak. Tuanku tahu... apa walid buat bila dia tahu hati patik terluka? Walid mintak maaf hari-hari tuanku kerana telah melukakan hati patik untuk lupakan tuanku. Sebab walid tahu, patik tak boleh ceria dengan orang lain macam patik ceria bila dengan tuanku dulu. Tuanku... patik turut terseksa. Bukan tuanku sahaja. Tapi patik tak pernah bencikan tuanku, macam tuanku bencikan patik," luah Permaisuri Agong Nafisah.

Raja Agong Amirul terdiam.

Permaisuri Agong Nafisah ingin menuju semula ke katil. Tapi langkahnya terhenti apabila dia melihat kaki suaminya. Dihampiri sofa tempat suaminya baring. Dengan perlahan-lahan dia membuka kasut suaminya itu. Setelah selesai, dia letakkan di tepi sofa. "Maafkan patik sebab bukak kasut tuanku tu tanpa mintak izin," ujar Permaisuri Agong Nafisah sebelum berlalu ke arah Khalil.

Raja Agong Amirul tersentak mendengar apa yang isteri mudanya katakan. Hatinya mulai tidak keruan. Di cuba untuk lelap tapi tak boleh. Apa yang dibuat ialah dia membuka sedikit matanya dan melihat ke arah isterinya yang sudah meletakkan kepalanya di atas katil anaknya.

'Poligami hanya melukakan hati isteri yang tua. Jannah akhirnya nak jugak kahwin dengan aku. Dulu, walau kami dah bertunang... dia tak nak kahwin dengan aku. Dia lari ke Malaysia dan berkahwin kat sana sampailah bekas suami dia meninggal. Dia balik, dia mintak maaf kat aku dan dia susukan anak aku; Halimah. Anak aku tu kecik sangat bila Alia mangkat. Baru je lahir. Kami berkahwin demi anak aku, Nafisah. Anak aku dengan Alia. Aku sayang Jannah sebab dia sayang anak-anak aku. Cinta aku untuk kau hanya akan melukakan hati Jannah. Dan aku tak nak lukakan hati dia.' Raja Agong Amirul memejam rapat matanya.

----- BERSAMBUNG -----



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku