Cinta Dalam Hati Suamiku
Bab 12
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Februari 2017
Cinta dalam hatimu, untuk siapa suamiku?
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
455

Bacaan






RAJA AGONG AMIRUL menghampiri isteri keduanya yang sudah tidur beralaskan lengan di sisi katil yang ada di dalam wad. Punggungnya dilabuhkan di sisi katil Khalil sambil matanya tidak lepas dari terus memandang wajah lena isteri mudanya.

"Nafisah..." rengek Putera Mahkota Agong Amirul sambil memandang wajah temannya di sisi kanannya. "Nafisah... Na... fi... sah..."

Puteri Syarifah Nafisah mengecilkan kedua kelopak matanya sambil memandang temannya. "Nak apa!"

"Garangnya bakal isteri saya ni. Janganlah garang sangat, takut saya tau." Mengekek bakal pemerintah Raja Agong Lafiya itu ketawa selepas berkata sedemikian.

"Baiklah, tuanku. Tuanku nak apa?" soal Puteri Agong Nafisah dengan lembut. Tapi, riak wajahnya mempamerkan ketidakpuasan hatinya. Mengapalah dia ditakdirkan bertemu putera manja ni! Argh! Rimasnya!

"Macam tu lah. Baru beta bertambah suka pada kamu."

Puteri Syarifah Nafisah mempamerkan senyum plastiknya. 'Kalau ikutkan hati... nak je aku menghempuk badan si putera manja dan mengada ni. Biar padan muka!'

Kalau tidak kerana putera itu menyelamatkannya sehingga menyebabkan tangan kanan putera itu retak, tidak ingin dia mahu datang melawat! Tapi... rasanya itu tidak akan terjadi. Dia pasti akan melawat juga kerana walidnya guru mengaji putera di depannya ini. Nak tak nak, dia kena juga hadap muka Putera Mahkota Agong Lafiya yang manja dan mengada ni.

"Nafisah... saya nak makan. Tolong suapkan."

Puteri Syarifah Nafisah mengeluh. "Kecik besar je tengok putera gatal ni."

"Tolonglah. Tangan kanan saya kan kena balut ni. Sakit, tak boleh gerak. Tolonglah kawan awak ni. Pleasee... Tak kesiankan saya ke?"

"Ye la!"

"Yesz. Thank you bakal pengantinku yang cantik dan baik hati."

Puteri Syarifah Nafisah menjulurkan lidahnya.

Perlahan-lahan tangan Raja Agong Amirul mara ke depan. Ke arah isterinya yang masih lagi lena. Tak sampai lagi tangannya menyentuh tudung di kepala isteri mudanya, dia pantas menarik tangannya ke sisinya semula.

"Em..."

Raja Agong Amirul menoleh ke arah Khalil.

"Sa... sakit..." ujar Khalil dengan perlahan. Matanya masih tertutup rapat.

Pantas sang raja bangun dari sisi katil dan pergi ke kepala anak tirinya. Kini, posisinya sudah bertentangan dengan tempat Permaisuri Agong Nafisah tidur. "Khalil..." Tangan kirinya menyentuh kepala Khalil yang berbalut.

"Ayahanda tak datang ke bonda?" soal Putera Mahkota Agong Amirul. Dia memandang tangan kanannya yang sudah berbalut. Kemudian diangkat kepalanya ke atas, memandang wajah Permaisuri Agong Jelita.

Permaisuri Agong Jelita tersenyum pahit. Air matanya mengalir perlahan. "Sakit lagi ke sayang?" Dibelek tangan si anak yang berbalut itu.

"Sampai hati ayahanda tak datang. Ayahanda memang tak sayang kita... ayahanda jahat. Anakanda tak suka ayahanda."

"Jangan cakap macam tu, ayahanda sayang anakanda. Ayahanda sibuk sikit."

"Sibuk dengan isteri muda dia. Anakanda benci dia!"

Air mata Raja Agong Amirul mengalir perlahan saat dia teringat ketika dia dimasukkan ke dalam wad. Keadaan Khalil di depan matanya, seakan sama dengan dirinya yang dulu. Dicederakan oleh ayah sendiri. Dia memandang wajah isteri yang masih tidur.

'Kau pernah tanya kenapa aku selamatkan kau waktu tu. Sebab, ayahanda aku yang nak cederakan kau. Aku tak nak kau sakit dicederakan ayah aku sendiri. Tapi akhirnya... aku yang sakit. Ayahanda tak jenguk aku sekalipun dekat wad. Tak pernah. Dia sibuk dengan isteri muda dia sampai lupa anak-anak dia.'

"Umi..."

"Khalil nak apa-apa?" soal si raja dengan lembut.

Khalil perlahan-lahan membuka kedua kelopak matanya. "Pening... lapar..."

Raja Agong Amirul tersenyum nipis. "Lapar? Nak makan?"

Khalil mengangguk.

"Ayahanda suapkan, nak?"

Khalil mengerutkan dahinya.

Raja Agong Amirul kekal tersenyum. Kedua tangannya diletakkan di bawah tangan anak tirinya. Dibetulkan posisi Khalil yang sudah bersandar di kepala katil itu agar lebih selesa. Kemudian dia mengambil dulang makanan. "Baca doa."

Khalil mengangguk. Setelah selesai, matanya terkebil-kebil memandang wajah ayah tirinya.

"Buka mulut. Ayahanda suap." Sudu berisi bubur disua ke mulut anak tirinya.

Khalil hanya memerhati.

"Kenapa?"

"Dalam hidup Khalil, cuma umi je suap Khalil makan," ujar Khalil dengan lemah.

Raja Agong Amirul tersenyum pahit. "Papa?"

Khalil menggeleng laju.

"Tak apa, ayahanda kan ayah Khalil jugak. Mari kita makan. Ayahanda suapkan."

"Umi?"

"Umi tidur. Umi letih."

Khalil memusingkan kepalanya ke kiri. Memandang si umi yang tidur.

"Jadi, kita makan. Jangan kacau umi. Ayahanda suap Khalil ye?"

"Ayah?"

"Ayahanda." Raja Agong Amirul membetulkan panggilannya.

Khalil mengukir senyuman lebar. Mulutnya diluaskan.

*****

PERLAHAN-LAHAN Permaisuri Agong Nafisah membuka kedua kelopak matanya. Dipandang Khalil yang tersenyum ke arahnya. "Khalil... sayang umi nak makan?" Tangannya membelai kepala anaknya.

Khalil menggeleng. "Dah makan dah."

"Khalil makan sendiri ke?"

"Tak. Ayah suap."

Permaisuri Agong Nafisah mengerutkan dahinya. 'Ayah?' Kepalanya ditoleh ke arah sofa, ingin melihat suaminya. Namun tiada.

"Ayah jumpa doktor. Tadi doktor datang."

"Maksud Khalil... tuan..."

Pintu bilik wad dibuka dari luar.

"Ayah!"

Permaisuri Agong Nafisah menoleh ke arah pintu. Bulat matanya melihat suaminya di situ sambil melemparkan senyuman manis ke arah Khalil.

"Khalil." Raja Agong Amirul menghampiri anak tirinya. "Bukan ayah tapi ayahanda. Cuba sebut, ayahanda." Punggung dilabuhkan di sisi katil.

Khalil tersengih.

Raja Agong Amirul mengusap kepala anak tirinya. Kemudian dia menoleh ke arah isterinya sekilas. "Khalil, ayahanda nak cakap dengan umi sekejap, boleh?"

"Boleh!"

"Good boy." Rambut Khalil diusap-usap. "Kalau baik macam ni selalu, nanti ayahanda bagi upah nak?"

Khalil mengangguk laju. "Nak, nak!"

"Okey, sekarang Khalil baring... rehat dulu. Tidur. Doktor pesan Khalil kena banyak rehat, baru boleh keluar. Cepat sihat."

"Okey!"

"Nanti ayahanda bawak Khalil, Hisham dengan Ridzuwan jalan-jalan."

"Siapa tu?"

"Anak-anak ayahanda yang lain. Nak jumpa mereka tak?"

"Nak!"

"Kena jadi budak baik dulu. Cepat sembuh, baru ayahanda bawak Khalil jumpa anak ayahanda."

Permaisuri Agong Nafisah mengerutkan dahinya. Berfikir sesuatu. 'Kenapa dia pelik ni?'

*****

"AKU pernah berada di tempat Khalil. Dicederakan oleh ayah sendiri, tak rasa hidup ada ayah bila ayah sendiri lebihkan orang lain. Aku tak nak Khalil rasa apa yang aku rasa dulu. Rasa sakit. Khalil tu budak baik, tak patut biarkan dia hidup macam tu."

Perlahan-lahan Permaisuri Agong Nafisah mengukir senyuman bila dia mendengar apa yang suaminya katakan.

"Khalil tak pergi sekolah ke? Kau tak sekolahkan dia?" Dipandang wajah isteri mudanya.

"Tak."

"Kenapa? Tak mampu?"

"Bukan tak mampu tapi sebab lain. Khalil pernah teruk kena buli kat taska dia. Tak sampai hati nak terus biarkan dia terus kena dera secara fizikal dan mental oleh kawan-kawan dia."

"Khalil tu... bijak. Tak patut kau tamatkan sekolah dia macam tu. Pelajaran penting untuk dia. Masa depan dia."

Permaisuri Agong Nafisah mengangguk, setuju. Dia tahu pelajaran penting, tapi bila sering sahaja Khalil kena pukul dan ejek dia tak sanggup. Anaknya pula jenis pendiam, jarang bercerita halnya di sekolah. Dia tahu anaknya kena buli pun, bila dia melihat sendiri masa dia ambil Khalil untuk pulang awal hari itu. Lepas itu, terus diberhentikan. Pernah dia cari sekolah lain untuk anaknya, tapi kosnya teramat mahal.

"Tahun depan, aku nak dia sekolah dengan anak aku. Sama ada ketika itu kita masih suami isteri atau tak."

Permaisuri Agong Nafisah hanya diam.

"Doktor kata Khalil kena duduk wad lagi. Bila dia dah betul-betul pulih baru dia boleh balik. Sekarang, kita balik rumah kau ambik barang."

"A...a... tak payah la, tuanku."

"Apasal!"

"Tak kan patik nak tinggalkan Khalil sorang-sorang?"

Raja Agong Amirul mengeluh kasar. "Boleh tak dengar cakap aku! Madu kau tu... selagi tak nampak beg kau dalam istana, selagi tu dia bebel kat aku. Dah selesai nanti, aku hantarlah kau kat sini balik."

"Tapi..."

"Zafrul ada kat luar! Dia akan temankan Khalil selama kau tak ada."

Permaisuri Agong Nafisah mengeluh panjang.

******

"IKUT aku!" arah sang raja dengan tegas kepada isteri mudanya sebaik sahaja mereka sudah sampai ke halaman Istana Agong Lafiya.

"Beg?"

"Nanti! Dengar arahan, boleh tak!"

Permaisuri Agong Nafisah mengeluh panjang. Kepalanya diangguk.

*****

"INI... Puteri Halimahtus Sa'diah binti Raja Ahmad Amirul Mukminin." Permaisuri Agong Jannah menghulur bayi ke arah madunya. "Anak bongsu kanda dengan arwah Kanda Alia."

Permaisuri Agong Nafisah mengambil huluran bayi tersebut. Senyuman terukir di bibirnya. "Comelnya dia. Macam ayahanda dia waktu kecil."

Permaisuri Agong Jannah hanya tersenyum. Ditarik tangan madunya agar membontotinya ke arah katil miliknya. "Dinda... dinda boleh susukan Halimah, kan?"

"Ha?"

"Susukanlah. Dinda ada anak lelaki, tak salah kita jadikan Halimah adik Khalil. Adik yang tak batal air sembahyangnya dengannya bila mereka besar nanti."

Lama Permaisuri Agong Nafisah memandang wajah lena anak tirinya. "Tapi... tuanku mesti marah."

"Kenapa nak marah? Bukan susukan anak orang lain. Anak dia sendiri."

"Takut."

"Tak payah takut la."

Permaisuri Agong Nafisah tersenyum kelat.

"Khalil macam mana?"

"Kena duduk wad lagi."

"Ooo, habis kenapa datang sini?"

"Sebab tuanku..."

"Kakak!" Tubuh Permaisuri Agong Nafisah dipeluk erat oleh Puteri Agong Mawar yang entah dari mana muncul pun tidak diketahui. "Miss you."

Permaisuri Agong Nafisah ketawa kecil. Lengan adik ipar di lehernya, diusap perlahan. "Rindu jugak."

"Tak sabar nak pergi istana dengan kakak. Kita akan tinggal sama-sama tau."

"Pergi istana? Tak faham..."

Permaisuri Agong Jannah mengambil Puteri Agong Halimah dalam dukungan madunya.

"Ye la. Tuanku kata... nanti, Mawar dengan mak akan ikut kakak tinggal dekat Istana Rehat."

"Istana rehat?" Serentak Permaisuri Agong Nafisah dan Permaisuri Agong Jannah mengulang kata.

Puteri Agong Mawar mengangguk laju.

Kedua-dua Permaisuri Agong Lafiya itu berpandangan sesama sendiri.

******

"KENAPA tak dekat sini je?"

Raja Agong Amirul menyandarkan tubuhnya ke belakang. Biar bersandar di sofa.

"Kenapa hantar Dinda Nafisah kat Istana Rehat?"

"Tak elok madu duduk satu bumbung! Nabi pun tak buat macam tu."

"Nabi pun tak pernah tak ambil tahu hal isteri-isteri dia."

Raja Agong Amirul pantas menoleh ke arah isteri pertamanya.

"Nabi adil dengan isteri-isterinya."

"Perli kanda?"

"Terasa ke? Ada dinda mention nama kanda ke tadi?" Diambil tempat duduk di sofa bertentangan dengan suaminya.

Permaisuri Agong Nafisah ke bilik Puteri Agong Mawar. Membantu apa yang patut untuk urusan pindah hari ini.

"As long as it was a palace, tak apa kan? Istana tu bukan rumah hantu. Ada pangawal, dayang, dan ciri-ciri keselamatan yang sama dengan Istana Agong. Tak adil celah mana lagi?"

Riak wajah Permaisuri Agong Jannah berubah. "A...a... betul ke?"

"Ye la, lagipun kanda janji dengan dinda kanda akan bawak dia tinggal kat istana. Istana Rehat tu, istana lah."

"Kanda akan bagi kami malam bergilirkan?"

"Ye!"

"Janji?"

"Peninglah kanda nak layan dinda ni. Apa yang dinda nak pun kanda tak tahu la." Raja Agong Amirul bangun dari sofa dan berlalu ke bilik air.

*****

PERMAISURI AGONG NAFISAH memandang suaminya yang sedang mengemaskan baju yang dipakai di badan. "Kata benci, tapi mengapa patik juga yang tuanku cari?"

"Benci, memang benci. Tak nafikan. Tapi dah Jannah dah tak boleh layan aku. Jadi... aku carilah kau." Selamba sahaja Raja Agong Amirul menjawab. "Tak kan nak langgan benda haram."

"Patik bukan pelacur." Air matanya ditahan agar tidak jatuh. Sakit! Terluka! Sebab dari awal dia tahu suaminya itu tidak ikhlas terimanya sebagai isteri. Bahkan sering memberitahunya agar hubungan mereka jangan sampai membuahkan hasil.

"Ada aku kata kau pelacur? Tak. Kita suami isteri, kan? Salah ke apa aku mintak? Cuma... tu la, jangan mengandung." Raja Agong Amirul memandang si isteri yang masih di atas katil.

Tajam Permaisuri Agong Nafisah memandang suaminya. "Memang tuanku tak cakap patik pelacur, tapi cara tuanku tu!"

"What ever. Dah pergi mandi. Kita nak pergi hospital balik jumpa Khalil," ujar sang raja sebelum keluar dari Bilik Peraduannya dengan Permaisuri Agong Nafisah di Istana Rehat. "Jangan lambat!"

Air mata yang ditahan, sudah mengalir laju. 'Aku benci kau, Amirul! Kenapa kau buat aku macam ni! Kau nak, kau cari aku. Pada masa yang sama, kau selalu sakitkan hati aku!'

Permaisuri Agong Nafisah sudah merasakan tarafnya sebagai isteri lebih rendah dari taraf seorang pelacur. Dia hanya dicari bila diperlukan untuk itu. Dan itu hanya kerana madunya tidak boleh berikan kepada suami mereka buat masa sekarang. Dia tak dapat bayangkan hidupnya bagaimana selepas ini, bila madunya sudah dapat berikan itu kepada suami mereka. Pastinya hidupnya akan jauh lebih menderita.

----- BERSAMBUNG -----



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku