Cinta Dalam Hati Suamiku
Bab 14
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Februari 2017
Cinta dalam hatimu, untuk siapa suamiku?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
691

Bacaan






PERMAISURI AGONG NAFISAH mengangguk perlahan. Memberi respon kepada madunya yang sedang memberi penerangan kepadanya tentang majlis pemerintahan.

Tiga minggu selepas dia sah menjadi isteri kedua Raja Agong Amirul, Permaisuri Agong Jannah sudah mulai mengajarnya cara-cara untuk menjalankan tugas sebagai seorang permaisuri. Dia belajar dalam diam, tanpa pengatahuan suaminya. Bimbang kena marah. Lagipun ini telah menjadi rahsianya dengan madunya.

"Untuk hari ni, dinda dah faham ke untuk majlis rasmi negara?"

Permaisuri Agong Nafisah mengeluh. "Tuanku bukan bawak dinda pergi majlis negara pun. Rugi je belajar."

"Insya-Allah, satu hari nanti. Setiap majlis yang melibatkan pemerintah, isteri kena pergi. Kalau ditakdirkan kanda sakit, dinda wajib pergi. Dan kalau kanda tak sakit pun, dinda kena pergi."

"Tapi... rakyat tak tahu pun yang tuanku ada dua permaisuri. Kan tuanku tak nak hal tu diketahui orang ramai."

Permaisuri Agong Jannah tersenyum. "Nanti mereka akan tahu."

"Tapi tuanku pernah cakap, nak ceraikan dinda."

"Ala... tu dulu. Jangan risaulah. Yang penting dinda tahu tatacara dan tugas basic seorang permaisuri. Kalau tak faham, tanya kanda. Ye?"

Permaisuri Agong Nafisah mengangguk, faham. Kemudian dia menjeling kelander yang ada di atas meja pejabat madunya.

"Kenapa dinda?"

"Kanda, hari ni sepuluh haribulan satu ke?"

"Ye."

Permaisuri Agong Nafisah mengukir senyuman.

"Kenapa ni? Senyum, senyum," usik Permaisuri Agong Jannah. Jarang dia melihat madunya itu tersenyum.

"Ulang tahun perkenalan dinda dengan tuanku." Niat dihati sekadar ingin berkongsi sahaja. Lagipula mereka kan teman baik.

"Ooo... really. Kalau macam tu, dinda nak beri Kanda Amirul apa sebagai hadiah?" soal Permaisuri Agong Jannah dengan teruja.

Permaisuri Agong Nafisah mengangkat kedua bahunya.

*****
TERHENTI gerakkan tangan Raja Agong Amirul apabila pembantunya memberitahu tarikh hari ini.

"Kenapa tuanku?"

Kepala sang raja digeleng laju. "Tak ada apa." Tangannya kembali laju menurunkan tanda tangan pada dokumen penting. Dihulur dokumen tersebut kepada pembantunya. Kemudian badannya disandarkan ke belakang kerusi.

"Ada apa-apa lagi tuanku?"

Raja Agong Amirul menggelengkan kepalanya.

"Patik undur diri dulu, tuanku."

"Silakan."

Pembantu Raja Agong Amirul pantas menunduk hormat dan keluar dari pejabat Raja Agong Amirul dengan penuh tatatertib.

"Sepuluh haribulan satu..." Otak sang raja mulai memutar kejadian beberapa tahun yang lalu.

"Nah." Puteri Syarifah Nafisah menghulur satu bekas makanan yang dihias dengan reben merah ke arah Putera Mahkota Agong Amirul. "Selamat ulang tahun perkenalan."

"Ulang tahun?" Tangan kiri sang putera meletakkan kertas kanvas di sebelah kiri manakala tangan kanannya pula mengambil huluran bekas makanan dari temannya.

"Ye la. Lupa ke? Sepuluh hari bulan satu adalah tarikh mulanya perkenalan kita?"

"Ooo... mulanya kita berjumpa kan? Dekat istana."

"Ye. Masa mula-mula walid saya dan saya masuk istana."

"Saya ingat la. Mana saya lupa. Saya tengah nak siapkan hadiah untuk awak ni." Diangkat kertas kanvas yang diletakkan di sisinya ke arah temannya. Sudah separuh siap lukisan itu.

Puteri Syarifah Nafisah mengukir senyuman manis.

"Saya bukak ye?" Penutup bekas makanan dibuka. Berkerut dahi sang putera melihat makanan di dalamnya. "Apa ni?"

"Magie."

"Makanan segera ke?"

"Ye."

Riak wajah sang putera bertukar menjadi masam. "Nafisah, saya tak makan makanan segera la."

"Ala... rasalah. Sikit je. Saya buat untuk awak."

"Tak. Saya tak makan." Penutup bekas makanan diambil dan ditutup semula.

"Makanlah sikit. Saya buat khas untuk awak. Umur saya baru sepuluh tahun, awak ingat saya boleh masak apa? Nak buat sandwich tadi, roti kat rumah dah habis. Saya buat la magie. Sampai hati, tak nak jamah sikit pun. Hadiah untuk ulang tahun perkenalan kita pulak tu."

Putera Mahkota Agong Amirul mengeluh. Dipandang wajah temannya. "Kalau saya makan, janji sesuatu dengan saya dulu."

"Apa?"

"Awak akan jadi isteri saya, ibu kepada anak-anak saya. Lepas tu setiap kali tiba sepuluh haribulan satu... awak kena masak makanan special untuk saya. Boleh?"

"Kalau saya janji, awak akan makan?"

"Ye."

"Okey. Janji."

"Janji tau. Awak dah janji akan kahwin dengan saya."

Puteri Syarifah Nafisah menjulurkan lidahnya. "Putera gatal."

*****

"MASAKLAH."

Permaisuri Agong Nafisah menoleh ke arah madunya. "Tak apa ke?"

"Apa pulak tak apa ke? Nak masak untuk suami kan? Masaklah. Mesti Kanda Amirul suka. Inikan ulang tahun perkenalan korang."

"Tapi..."

Permaisuri Agong Jannah menggelengkan kepalanya berulang kali. "Tak ada tapi-tapi." Tangannya mengambil apron yang tergantung di dapur istana. "Ambik apron ni... pakai. Kanda akan jadi pembantu dinda."

"Ha?"

"Cepat lah. Nanti Kanda Amirul balik."

Permaisuri AGong Nafisah mengukir senyuman.

*****

RAJA AGONG AMIRUL melontarkan pandangannya ke arah luar jendela. Dilihatnya begitu banyak deretan kedai di sepanjang jalan. Matanya menangkap satu gubahan bunga yang dipamerkan diluar salah satu kedai. "Berhenti."

Pemandu istana memberhentikan kereta yang dipandunya di bahu jalan.

"Kenapa tuanku?" soal Pembantu Raja Agong yang duduk di sebelah pemandu istana.

Raja Agong Amirul mengeluarkan beg duitnya. Diambil beberapa keping duit kertas lalu dihulur kepada pembantunya. "Belikan beta gubahan bunga yang terbaik dan tercantik dalam kedai bunga itu."

"Baik, tuanku." Tangan embantu sang raja baru mahu membuka pintu kereta.

"Satu lagi."

Terkaku badan dan perbuatan pembantu sang raja untuk keluar dari perut kereta. "Ye, tuanku."

"Tulis, Selamat Ulang Tahun Perkanalan, yang ke-18 tahun."

"Baik, tuanku."

Raja Agong Amirul menyandarkan tubuhnya ke belakang. Matanya tidak lepas dari melihat pembantunya yang sedang bersembang dengan salah seorang pekerja kedai bunga. Senyuman terukir di bibirnya.

Tingkah laku sang raja, menjadi perhatian pemandu istana dalam diam. 'Angau ke tuanku ni?'

"Suka apa?" soal Putera Mahkota Agong Amirul.

Puteri Syarifah Nafisah mengerutkan dahinya. "Kenapa tanya?"

"Adalah. Cakapla."

"Bunga."

"Sama macam Dinda Mawar."

Puteri Syarifah Nafisah hanya tersenyum. "Awak boleh tak..."

"Tak boleh!" Putera Mahkota Agong Amirul berpura-pura marah.

"Awak! Jahat. Tak nak kawan." Puteri Syarifah Nafisah sudah mengembungkan kedua pipinya dengan angin. Merajuk!

"Ala... merajuk la pulak bakal isteri saya yang cun ni. Hm... cakaplah apa?"

Puteri Syarifah Nafisah menarik senyumannya tatkala mendengar apa yang temannya katakan. "Kalau kita dah kahwin nanti... awak dah jadi suami saya... boleh tak awak belikan bunga yang cantik untuk saya bila kita sambut ulang tahun perkenalan kita yang pertama sebagai suami isteri. Boleh tak?"

"Amboi... ada orang berangan nak kahwin dengan kita la," usik sang putera.

"Awak!"

"Awak suka saya, kan?"

"Dia yang suka kita, kata kita pulak."

"Okey, tak apa. Tunggu kahwin nanti baru tahu. Tapi ingat tau, awak dah janji nak kahwin dengan saya."

"Eee... putera ni, tengoklah kalau masa tu dah tak ada orang nak dekat saya, baru saya kahwin dengan awak ye."

"Awak dah janji!" ungkit si putera.

Puteri Syarifah Naisah menjulurkan lidahnya.

"Tuanku," panggil pembantu sang raja.

"Ye."

"Patik dah belikan gubahan bunga, tuanku."

Raja Agong Amirul mengangguk. "Berikan kepada Nafisah."

"Maksud tuanku... Tuanku Permaisuri Nafisah?"

"Ye."

"Kalau macam tu, kita perlu ke Istana Rehat atau terus ke tempat mesyuarat tuanku?" soal pemandu istana.

"Tempat mensyuarat. Lepas tu, kamu hantarkan bunga ni pada dia, boleh?" Mata sang raja memandang tepat ke arah pemandunya.

Pemandu istana mengangguk. "Boleh tuanku."

*****

"AMBILLAH, tuanku bagi."

Tangan Permaisuri Agong Nafisah mengambil huluran gubahan bunga yang dihulur oleh Dayang Ita. "Untuk apa?"

"Entah. Mood tuanku baik kut," duga Dayang ita.

Dia tahu bagaimana sebenarnya layanan Raja Agong Amirul terhadap Permaisuri Agong Nafisah. Kasar. Makian dan cacian dah jadi santapan permaisuri muda itu setiap hari. Kini dah hampir dua bulan mereka menjadi suami isteri. Sering je telinga dia mendengar raja itu mengamuk tak tentu pasal, menghina dan mencaci isteri keduanya itu di dalam bilik bila tiba malam giliran raja itu dengan Permaisuri Agong Nafisah. Tak tahulah dia bagaimana permaisuri itu bertahan. Kalau dia, dah awal lagi cabut lari.

Permaisuri Agong Nafisah mengeluh perlahan.

"Saya pergi dulu. Nak siapkan kerja yang lain."

Permaisuri Agong Nafisah mengangguk.

"Mintak diri. Assalamualaikum," ujar Dayang Ita sebelum berlalu dari kawasan Kamar Peraduan Diraja itu.

Permaisuri Agong Nafisah menutup pintu bilik. Langkah kaki dibawa ke arah sofa. Punggung dilabuhkan di salah satu sofa yang ada. 'Pelik. Dia dah boleh terima aku ke? Adakah ini bermakna dia nak mulakan hubungan kami dengan baik? Atau... hm...'

Kad diselitkan, diambil.

Selamat Ulang Tahun Perkanalan,
Yang ke-18 tahun.

*****

RAJA AGONG AMIRUL mengerutkan dahinya tatkala pembantunya menghulur bekas makanan kepadanya. Dilihat bekas makanan itu ada reben sebagai penghias di atasnya.

Pembantu Raja itu, meletak bekas makanan itu di atas meja. Diukir senyuman buat sang raja.

"Dari siapa?"

"Tuanku Permaisuri Jannah."

Raja Agong Amirul memandang sahaja bekas makanan itu. Rasa pelik. Seperti ada yang tak kena.

"Patik mintak diri, tuanku."

Kepalanya diangguk, memberi izin. Tatkala telinga menangkap bunyi pintu pejabatnya ditutup, dia pantas mengambil bekas makanan tersebut. Dibuka penutupnya dengan perasaan yang penuh debar. Bulat matanya melihat isi bekas makanan itu.

Pandangannya beralih ke arah telefon bimbit yang berbunyi. Nama isteri pertamanya terpampar di skreen. Lantas diambil dan menekan punat menjawab.

"Kanda."

"Ye, dinda. Mimpi apa kirim makanan dekat kanda ni? Kan tinggal 30 minit lagi untuk kanda balik istana." Bekas makanan di depan matanya dipandang. Nasi putih, telur goreng, sedikit sambal belacan. Simple.

"Bila pulak dinda hantar makanan kat kanda?"

Riak wajah si suami sudah mulai berubah mendengarnya. Dada sang raja sudah mulai berombak. Dia mulai dapat meneka siapa sebenarnya yang hantar bekas makanan itu.

"Sebut pasal makanan... mungkin dari Dinda Nafisah. Ka..."

Tut... tut... tut...

Berkerut dahi sang raja tatkala panggilan antaranya dengan isterinya secara tiba-tiba sahaja terputus. Dilihat skreen telefon. 'Bateri ada lagi.;

Satu keluhan berat dilepaskan. 'Mesti Jannah marah, kecewa dan cemburu. Sebab tu panggilan terputus. Ni semua Nafisah punya pasal!'

*****

PERMAISURI AGONG JANNAH mengeluh panjang. Dipandang lama skreen telefon bimbitnya. "Habis bateri la pulak. Baru nak cakap aku yang suruh Nafisah gunakan nama aku untuk hantar makanan tu. Tak nak dia mengamuk bila orang tahu dia ada isteri lain. Haih...'

*****

TERKEJUT Permaisuri Agong Nafisah tatkala mendengar pintu biliknya dibuka dari luar dengan kasar. "Tuanku."

Raja Agong Amirul mendekati isterinya dengan perasaan marah. "Kau memang sengaja, kan!" jerkah si suami.

Tersentak si isteri. "Maksud tuanku?"

Raja Agong Amirul pantas mengangkat tangan kanannya dan melayangkannya tepat ke pipi kiri isteri mudanya sehingga terjatuh Permaisuri Agong Nafisah di atas lantai.

Permaisuri Agong Nafisah meraba pipinya yang baru sahaja menerima penampar dari suaminya. Air matanya mulai bergenang. 'Aku buat salah apa?' Dipandang wajah suaminya.

"Penampar tu belum cukup untuk bagi pengajaran dekat kau! Kau memang sengaja nak rosakkan hubungan aku dengan Jannah kan!"

Permaisuri Agong Nafisah menggelengkan kepalanya.

Raja Agong Amirul pantas membuka bekas makanan yang diterimanya di Pejabat Pemerintahan tadi. Dituang semua makanan tersebut ke atas kepala isterinya yang tidak berbalut tudung itu. "Ni apa!"

Permaisuri Agong Nafisah hanya berdiam.

"Apa!"

"Patik masak.. untuk tuanku, sempena Ulang Tahun Perkenalan kita..."

Bulat mata Dayang Ita melihat adegan pergaduhan majikannya di depan pintu Kamar Peraduan Diraja yang kebetulan tidak tertutup itu.

"Masakkan kau ni, layak untuk golongan kelas bawahan macam kau je!" hina Raja Agong Amirul.

Perlahan-lahan air mata yang ditahan oleh si isteri, mengalir.

"Kau memang sengaja nak sakitkan hati Jannah, kan? Kau tahu tak perbuatan kau ni boleh lukakan hati isteri aku!"

"Patik mintak maaf..."

Raja Agong Amirul mendengus kasar. Pandangannya beralih ke atas meja. Gubahan bunga yang dibelinya untuk isteri mudanya sempena Ulang Tahun Perkenalan mereka diambil. Lalu dicampak ke lantai. Betul-betul di depan isteri mudanya.

'Ya Allah...' Makin lebat air mata hati si isteri yang terluka itu mengalir.

Langkah kaki sang raja diatur ke muka pintu. Ingin meninggalkan Istana Rehat. Lagipula malam ini giliran Permaisuri Agong Jannah. Matanya merenung tajam ke arah Dayang Ita yang masih di muka pintu. "Jangan sibuk urusan rumah tangga orang!"

Dayang Ita menunduk. Memandang lantai.

Raja Agong Amirul pantas berlalu dari situ. Sakit hati! Panas hati! 'Aku tak nak lukakan hati Jannah, sesenang hati dia je nak lukakan hati isteri aku!'

Tergetar-getar tangan Permaisuri Agong Nafisah mengutip gubahan bunga yang berterabur di atas lantai. Air matanya mengalir semakin lebat. Hatinya terluka! Pedih! Perit rasanya!

"Kalau awak masak untuk saya, saya teringin nak makan masakan golongan bawahan. Telur goreng... sambal belacan dengan nasi putih. Awak ingat tau, nanti dah kahwin senang nak masak untuk saya."

Bagai teriang suara suaminya memberitahunya hal itu semasa mereka masih kecil. Dipeluk gubahan bunga yang sudah hancur itu. 'Ya Allah... kuatkan aku...'

"Nafisah... awak okey?" Dayang Ita menghampiri majikannya. Disentuh bahu isteri muda sang raja itu.

"O... okey."

Air mata Dayang Ita mengalir perlahan. "Sampai hati tuanku buat awak macam ni."

"Tak baik kata buruk pasal dia." Satu senyuman plastik diukir buat temannya. "Dia suami saya, Ita."

"Saya panggilkan dayang, datang kemas ye?"

Permaisuri Agong Nafisah mengangguk.

******

"DINDA!"

Terkejut Permaisuri Agong Jannah mendengar suara suaminya memanggilnya. Puteri Agong Halimah yang dalam dukungannya di letak elok di tengah-tengah atas katil miliknya.

"Dinda, kanda mintak maaf. Kanda tak ada niat nak lukakan hati dinda. I'm sorry. Really sorry," ujar sang raja sambil menghampiri isteri pertamanya.

Tercengang Permaisuri Agong Jannah. Tapak tangannya diletakkan di atas kepala suaminya. "Are you okay?"

Raja Agong Amirul mengangguk. Diambil kedua tangan isterinya. Dicium satu-satu jari milik wanita itu. "Maafkan kanda. Sumpah kanda tak ada niat nak lukakan hati dinda."

"Kenapa? Jap... kanda dah kenapa sebenarnya ni?"

"Dinda marah kanda kan. Nafisah..."

"Ooo tu ke? Mana ada."

"Habis, telefon terus mati je tadi?"

"Habis bateri. Sorry, lupa nak charge."

Raja Agong Amirul melepaskan satu keluhan lega. Mati-mati dia ingat isteri pertamanya ini marah dan merajuk.

"So, how's your anniversary dengan Dinda Nafisah?"

Berkerut dahi si suami mendengarnya.

"Hari ni Ulang Tahun Perkenalan kanda dengan Dinda Nafisah, kan? Apa jadi? Kanda bagi apa kat Dinda Nafisah?"

Raja Agong Amirul terdiam. Dia teringat 'hadiah' yang dia beri kepada isteri mudanya tadi.

"Kanda... kenapa termenung ni?"

"Ha... tak ada apa."

"Ceritalah, apa jadi? Kanda sambut macam mana dengan Dinda Nafisah?" soal Permaisuri Agong Jannah.

Raja Agong Amirul memandang lama anak mata isteri pertamanya. "Kanda... kanda... hm... kanda nak mandi."

"Oookey. Kanda letih ye?"

Raja Agong Amirul mengangguk perlahan.

"Pergi mandi, lepas tu boleh rehat. Nanti dinda urut kanda." Permaisuri Agong Jannah mengukir senyuman manis buat suaminya.

----- BERSAMBUNG -----



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku