Cinta Dalam Hati Suamiku
Bab 18
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Februari 2017
Cinta dalam hatimu, untuk siapa suamiku?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
662

Bacaan






RAJA AGONG AMIRUL mengeluh perlahan. Badan disandar ke belakang, ingin merehatkan dirinya barang sesaat. Mata dikerling ke jam yang ada di dalam pejabatnya. Sudah tiba masa untuk makan tengah hari. Mata dipejam.

Bunyi ketukan pintu, membuatkan sang raja yang baru sahaja mahu melepaskan lelah membuka kedua kelopak matanya. Posisi duduk dibetulkan. Kepala diangkat, memandang ke arah pintu. "Masuk."

Pembantu sang raja masuk. Dia meletakkan fail yang Raja Agong Amirul minta kepadanya sebentar tadi. "Ini, fail yang tuanku mahu."

"Okey. Duduk lah." Fail yang di depan mata dibelek. Beberapa kepingan gambar yang ada disertakan di setiap halaman, dipandang sepintas lalu. "Kau ada cadangan untuk beta?"

"Tuanku dan Tuanku Permaisuri Nafisah mahu suasana yang bagaimana?"

Pergerakkan tangan sang raja terhenti. Otaknya mula bekerja. Mencari memori bersama Permaisuri Agong Nafisah, semasa mereka masih kecil.

"Kalau keluarga diraja ada majlis bersanding kan... macam mana ye suasana? Mesti meriah, kan?" Puteri Syarifah Nafisah memandang wajah si putera.

Putera Mahkota Agong Amirul menarik senyuman nakal. "Nak tahu suasananya macam mana?"

Puteri Syarifah Nafisah mengangguk.

"Kalau nak...."

"Ye..."

"Kena tunggu masa nikah kita. Saya akan pastikan detik itu akan dicatat dalam sejarah Lafiya. Perkahwinan Keluarga Diraja yang paling meriah sekali."

Merah muka Puteri Syarifah Nafisah mendengarnya. Malu. "Tapi... kalau nak kahwin dengan saya, saya suka yang simple. Macam perkahwinan umi dan walid saya."

"Simple? Hello, saya bakal Raja Agong Lafiya tahu. Tak kan nak simple je. Kahwin dengan saya kenalah mewah dan gah."

"Simple pun kalau kena cara boleh jadi gah."

"Nafisah sukakan sesuatu yang simple tetapi menarik," jawab Raja Agong Amirul. Dibibirnya, terukir senyuman lebar tatkala teringat saat itu semasa dirinya kecil.

Pembantu sang raja mengangguk-angguk perlahan. Matanya dijatuhkan memandang ke arah helaian yang dibuka dihadapan sang raja. "Yang itu nampak simple, tuanku. Menarik pun ye."

Mata sang raja menunduk, memandang helaian muka surat bergambar yang dikatakan oleh pembantunya. Senyuman ditarik. "Cantik. Beta suka. Nafisah pasti suka."

"Tuanku, izinkan patik bertanya tuanku sesuatu."

"Silakan."

"Dah dua bulan tuanku bernikah dengan Tuanku Permaisuri Nafisah. Mengapa tuanku mahu mengadakan walimatul urusnya sekarang? Maksud patik, jadual tuanku untuk beberapa minggu ni sangat padat. Patik bimbang tuanku akan terlampau..."

"Tak apa." Laju sahaja sang raja memintas kata. "Lagipun, sampai bila nak sorok, kan? Kelak boleh mendatangkan fitnah nanti. Tak pun, huru-hara. Cuma satu je yang beta bimbangkan sekarang."

"Apa dia tuanku?"

"Nafisah. Dia tak tahu yang beta mahu kenalkannya kepada umum sebagai permaisuri muda beta."

Pembantu sang raja tersenyum. "Tuanku nak buat kejutan untuk Tuanku Permaisuri ye?"

"Ye. Tapi beta takut nanti beta pula yang terkejut nanti."

Pembantu Raja Agong Amirul hanya mendengar. Sebagai pembantu, dia tahu masalah peribadi sang raja itu. Dia mulai dapat mengagak masalah yang difikirkan oleh pemerintah itu. Pasti berdebar menanti jawapan yang akan diberikan oleh Permaisuri Agong Nafisah. Mahu kekal bersama atau berpisah.

"Beta dah tak banyak masa dah sekarang. Kalau beta terus diam diri dan tak hebahkan kepada umum mengenai perkahwinan kedua beta ni, masalah peribadi beta boleh menjadi masalah negara. Rakyat akan meragui beta. Beta tak boleh biarkan ianya terjadi." Kalau dulu, dia bertegas tidak mahu kenalkan isteri keduanya kepada rakyat, kini dia mulai berubah fikiran. Bila difikirkan sedalamnya dan semasaknya, tindakannya itu sebenarnya boleh membuatkan rakyat Lafiya kurang yakin dengannya kebolehannya untuk memerintah.

Bila hal peribadi, dicampur aduk dalam hal urusan negara dia perlu fikirkan jalan penyelesaian dengan segera. Tambahan pula Majlis Raja-Raja pun sudah mulai bertanya tentang Permaisuri Agong Nafisah. Jadi, lebih baik dikenalkan sahaja isteri mudanya itu kepada umum. Dia tidak rugi apa-apa.

"Tuanku jangan risau. Insya-Allah semuanya baik sahaja."

"Kalau Nafisah minta pisah, bagaimana?"

"Tuanku, fikirkan yang baik sahaja. Patik doakan kedua-dua rumah tangga tuanku bahagia sampai syurga. Amiin."

Raja Agong Amirul tersenyum pahit. Bagaimana dia mahu fikirkan hal yang baik kalau di dalam kepalanya berserabut dengan pelbagai masalah yang menuntut perhatiannya. Dia ada masa dua hari lagi sebelum pulang ke sisi isteri-isterinya. Di kala itu, dia akan menerima keputusan dari isteri mudanya. Mahu terus bersamanya atau berpisah. Bagaimana sekiranya Permaisuri Agong Nafisah memilih untuk berpisah dengannya? Sedangkan persiapan majlis mereka sedang berjalan. Dan dia... tidak mahu melepaskan cinta pertamanya itu pergi.

"Patik rasa, lebih baik tuanku berehat seketika. Kurangkan tekanan dalam fikiran tuanku."

Raja Agong Amirul mengangguk.

"Patik mintak diri dulu, tuanku."

"Silakan."

Sebaik sahaja pembantunya keluar dari pejabatnya. Kerusi yang didudukinya dipusing ke belakang. Kelihatan kerusi tersebut ke belakang sedikit. Kedua kelopak mata sang raja ditutup rapat. Ingin berehat seketika.

Baru beberapa minit urat kepalanya mulai kendur, bunyi telefon bimbitnya kedengaran. Kerusi dipusing ke belakang. Dipandang nombor telefon yang terpampar di skreen. Hanya nombor. Kemudian dia membuat sambungan dengan komputer riba. Semua itu demi keselamatannya dan juga negara.

"Ni siapa?" soal si pemanggil sebaik sahaja sang raja menyambung panggilan.

Raja Agong Amirul mengerutkan dahinya. Sudah la nombor yang menelefon, nombor yang tidak dikenali. Terus si panggil bertanya siapa dia? 'Biadap!' Itu sahaja yang terlintas dalam hati sang raja.

"Ni betul ke Raja Amirul?" soal si pemanggil lagi.

"Kalau betul, kenapa?" Mata sang raja mulai beralih ke arah skreen komputer riba yang di sisinya. Terpampar butir-butir peribadi si pemanggil. Satu senyuman ditarik.

'La, laki gila talak ni ke yang call. Hm...' Dia sangat kenal dengan pemanggil ini. Bekas suami Permaisuri Agong Nafisah.

"Woi. Cakap la. Betul ke?" Si pemanggil sudah mula berkata dengan kasar.

"Kamu ni tahu dengan siapa kamu sedang bercakap sekarang ni, kan?"

Encik Fuad terdiam buat seketika. Meskipun suara pemerintah itu bercakap dengan lembut, tapi penuh dengan makna yang tersurat lagi tersirat.

"Kalau tak tahu sekalipun, mana budi bahasa kamu? Jangan biadap sangat bila bercakap dengan beta; pemerintah kamu sendiri. Tahu sikit etika bersopan. Kenalkan diri dulu, sebelum nak bercakap apa-apa." Serius sang raja mulakan bicaranya.

Encik Fuad tersenyum mendengar suara itu. Jadi memang betul la nombor yang dia perolehi itu nombor peribadi Raja Agong Amirul. Tidak salah lagi. "Maafkan patik tuanku."

"Hm."

"Patik, Fuad. Bekas suami kepada isteri kedua tuanku."

"Permaisuri ye bukan isteri. Hormat sedikit status permaisuri beta sebagai isteri pemerintah."

"Okey, bekas suami kepada permaisuri kedua tuanku."

Raja Agong Amirul mula memberi isyarat tangan kepada pembantunya agar masuk ke dalam pejabatnya.

"Patik ni nak tanya, kenapa tak kenalkan permaisuri tuanku tu kepada rakyat? Permaisuri muda tuanku. Malu ke tuanku? Malu... sebab poligami? Or malu sebab kahwin kena tangkap basah?"

Raja Agong Amirul mengertap bibirnya. Menahan marah. "Kesian kamu, Fuad. Tak ada kerja kamu ye sampai ambil tahu hal dunia peribadi beta. Mana nak kerja kan kalau dah kena buang. Bagus sikap kamu ni. Kamu sedar tak apa yang kamu buat ni satu kesalahan, Fuad. Sibuk hal dunia kelambu beta."

Pembantu sang raja sudah berdiri di depan meja Raja Agong Amirul. Dia dapat mendengar setiap butir perbualan sang raja dengan pemanggil dengan jelas melalui earphone yang dipakainya. Ini kerana sambungan yang sang raja buat, turut membuat sambungan kepadanya.

"Patik cuma..."

"Hal peribadi beta tak dibenarkan untuk ambil tahu. Beta nak kenalkan permaisuri kepada umum atau tak, hak beta. Bukan kamu. Jaga je isteri kamu kat rumah tu baik-baik dan beta akan jaga kedua-dua permaisuri beta dengan baik."

"Tuanku bukan layan permaisuri tuanku dengan baik pun," perli Encik Fuad. "Tuanku layan dengan sangat... baik." Ditekankan perkataan 'baik' dalam katanya. Memerli sikap sang raja dalam diam. "Siap ada kesan merah di wajah bekas isteri patik tu lagi, tuanku. Kesian."

Berubah riak wajah Raja Agong Amirul mendengarnya. Dadanya mulai berombak menahan marah yang makin lama makin membara.

Pembantu Raja Agong Amirul memberi isyarat agar bertenang. Dia tahu raja dihadapannya ini sedang menahan rasa marah. Silap haribulan, satu Bangunan Pemerintahan ini dengar amukan sang raja.

"Fuad... beta masih sabar dengan kamu lagi ni walau sebenarnya, tak. Jangan sampai ada pengawal tahan kamu ye. Maaf beta sibuk nak urus hal negara ni, tak macam kamu sibuk nak ambil tahu dunia peribadi beta. Assalamualaikum." Raja Agong Amirul pantas mematikan perbualan. Buang masa rasanya bercakap dengan manusia spesis Encik Fuad.

Dipandang wajah pembantunya. "Beta nak tahu every single thing pasal dia. Beta rasa tak sedap hati. Sampai nombor peribadi beta dia boleh dapat. Ni bahaya. Dia tahu masalah peribadi beta pulak tu. Beta kena tahu niat dia."

"Baik tuanku."

"Lagi satu... perhatikan Nafisah. Laporkan setiap gerak gerinya. Mana dia pergi, dengan siapa dia keluar, berjumpa siapa, semuanya. Faham?"

Pembantu sang raja mengangguk.

"Kamu boleh keluar."

Pembantu sang raja keluar dari pejabat. Meninggalkan sang raja dengan kerjanya.

'Macam mana Fuad tahu? Nafisah bagi tahu ke? Tapi untuk apa dia bagi tahu Fuad? Mereka dah lama bercerai. Tak kan saling cinta pulak? Kalau bukan Nafisah... tak kan Khalil. Khalil kecik lagi. Hm...'

*****

TUALA disangkut di tempat khas. Langkah kaki kemudian diatur ke katil, ingin melepaskan lelah setelah seharian menguruskan pemerintahan dan terkadang menguruskan majlisnya dengan Permaisuri Agong Nafisah yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Baru mahu lena, telinganya menangkap bunyi pesanan ringkas masuk. Telefon bimbit di atas meja kecil, di sisi katil diambil.

Satu keluhan berat dilepaskan tatkala melihat nama yang terpampar di skreen telefon bimbitnya. 'Orang gila'. Dia sengaja meletakkan nama itu untuk menunjukkan nombor telefon Encik Fuad. Baginya lelaki itu memang kurang waras. Layak masuk hospital sakit jiwa.

Mana tidaknya, petang tadi sekali lagi Encik Fuad menghubunginya dan memintanya menceraikan Permaisuri Agong Nafisah. Dek kerana terlalu marah, dia terus letak nombor telefon Encik Fuad sebagai 'orang gila'.

+ Nafisah, bukan isteri yang baik pun. Nama je anak ustaz, tapi hm... Kalau dia baik, macam mana anak dia sendiri bencikan dia? Dan kalau dia baik, solehah... dia tak akan mintak cerai dekat suami dia. Cuba fikir baik-baik. Dia pergunakan persahabatan dia dengan Tuanku Jannah untuk dapatkan tuanku. Mungkin dia hasut atau ugut. Mana tahu, kan? Sebab mana ada isteri yang rela berbagi? Fikir... Kenapa dia sanggup hidup susah jadi dayang sedang dia ada berlambak harta pusaka? Boleh je jadi dayang istana lain tapi kenapa nak dekat dengan tuanku? Niat dia tak lain tak bukan nak rampas suami orang dan nak musnahkan keluarga tuanku. Ye la, walid dia pernah dimalukan oleh Raja Shafiq. Mana tahu, ada dendam dalam hati dia. Lagipun, satu Lafiya tahu la kekayaan dia macam mana. Fikirlah banyak-banyak tuanku... jangan menyesal sebab terus jadikan dia isteri. Baik lepaskan je isteri macam tu. Tuanku Jannah, berganda baik dari dia.

Habis sahaja dia membaca, terus dicampakkan sahaja telefon bimbitnya di sisinya. Malas mahu fikir lebih-lebih isi yang 'orang gila' hantar kepadanya. Kemudian telefon bimbitnya sekali lagi berbunyi, menjerit minta diangkat. Tangan kirinya, meraba mencari kedudukan telefon.Tanpa memandang skreen telefon terus sahaja sang raja bersuara. "Nak apa? Tak ada kerja ke asyik nak kacau dunia kelambu beta, ha?"

"Kanda.."

Bulat mata sang raja mendengar suara isteri pertamanya di corong telefon bimbit. Bukan suara si penganggu rumah tangganya; Encik Fuad. Terus dia dari posisi baring, kini sudah berada dalam kedudukan posisi separuh duduk. "Dinda."

"Kanda, kanda kenapa? Sapa yang kacau dunia kelambu kanda?" soal Permaisuri Agong Jannah ingin tahu.

"Adalah orang gila ni. Dia baru je terlepas dari wad gila, dinda. Ni kanda rasa nak sumbat dia masuk balik, jangan bagi keluar-keluar."

"Kanda. Bad mood ye?"

"Tak, penat dan letih sangat ni."

"Ooo, kesian suami dinda. Nanti bila dinda dah boleh kerja semula, dinda bantu kanda menguruskan hal negara ye. Tak pun kanda mintalah bantuan dari Dinda Nafisah."

"Nafisah masih baru, dia masih perlu banyak belajar lagi. Apa yang dinda ajar padanya belum cukup lagi tu. Kena bagi lagi."

"Kanda tahu?"

"I'm your husband. Mesilah tahu."

"Hehe... pasal Dinda Nafisah tu, apa kata, kanda ajar Dinda Nafisah?"

"Dinda, kanda sibuk sangat sekarang ni sayang."

"Sorry. Kanda... dinda call ni sebab... dinda nak beritahu kanda yang dinda tengah rindu kanda. Bila kanda nak balik?"

Raja Agong Amirul tersenyum. Sepanjang pernikahannya dengan Permaisuri Agong Jannah, inilah kali kedua mereka berjauhan. Kali pertama semasa dia ada buruan di dalam hutan. Itu pun tak sampai sehari dia pergi, isteri pertamanya ini datang menunjukkkan diri di depan matanya. Kata Permaisuri Agong Jannah ketika itu, rindu dan bimbang akan dirinya sebab bekas Perdana Menteri mereka pengkhianat.

"Tak rindu dinda ke?" Permaisuri Agong Jannah menyoal.

"Rindu. Dinda macam mana? Sihat?"

"Sihat. Kanda?"

"Sihat. Semua... sihat?"

"Alhamdulillah. Hm... kanda."

"Ye?"

"Dinda Nafisah rindukan kanda tau." Sengaja Permaisuri Agong Jannah berkata sedemikian. Entah betul atau tidak madunya rindukan suami mereka, dia tidak tahu. Tapi apa yang dia mahu tahu sekarang, perasaan suaminya terhadap madunya.

Terdiam si suami mendengarnya.

"Tak rindukan Dinda Nafisah?"

Raja Agong Amirul masih lagi diam.

"Kesian isteri muda kanda tu tau. Termenung je sejak semalam. Khalil beritahu dinda yang umi dia dah tak banyak makan. Asyik termenung je. Termenung, menangis je."

"Nafisah tak sihat ke?"

"Entah. Hati dia sakit kut. Sakit rindu kanda ke. Cuba kanda call Dinda Nafisah. Tapi... apa-apa, dinda memang rindu kanda."

"Ye. Kanda rindu dinda jugak." Tangan kanan sang raja menekup mulutnya yang menguap.

"My king mengantuk ye? Tidurlah kanda. Mimpikan dinda dan Dinda Nafisah ye. Love you! Muah!"

"Love you." Talian dimatikan.

Telefon bimbit masih dalam pegangan sang raja meskipun taliannya dengan isteri pertamanya tadi sudah putus beberapa saat yang lalu. Kepalanya mulai menerawang memikirkan isteri keduanya.

'Dia sakit ke?' Telefon bimbit dipandang lama. 'Nak call tak?'

*****

"HELLO..." Permaisuri Agong Nafisah memulakan bicaranya setelah menyambungkan panggilan. Dia terus menjawab panggilan telefon yang berbunyi tanpa melihat gerangan si pemanggil.

Diam.

"Siapa ni..." soal si permaisuri dalam nada suara yang mamai.
Diam lagi.

"Cakaplah. Orang mengantuk tahu?"

Sang raja yang masih dihujung talian masih diam. Lidahnya terkaku, terkelu bila mendengar suara serak isteri keduanya.

Permaisuri Agong Nafisah pantas melihat skreen telefon bimbitnya tatkala suasana asyik sunyi sahaja di sebelah sana. Bulat matanya melihat suaminya menelefonnya. Telefon bimbit pantas ditekap ke telingga kanannya semula. "Tuanku?" panggil si isteri.

Raja Agong Amirul masih lagi mendiamkan diri.

Permaisuri Agong Nafisah terkebil-kebil. Matanya dikerlip beberapa kali. Tangan kirinya mencubit pipinya. Sakit. Dia tidak mimpi. Suaminya benar-benar menghubunginya. "Tuanku, maaf patik tak tahu tuanku call. Maaf."

"Tidurlah, Nafisah. Selamat malam," ujar sang raja dan terus mematikan panggilan telefon.

Permaisuri Agong Nafisah memandang telefon bimbitnya. 'Dia callaku? Rindu ke?' Satu senyuman nipis di tarik.

Air mata sang suami yang jauh dari kedua-dua isterinya jatuh perlahan. 'Aku rindukan dia Ya Allah. Tolong jangan pisahkan kami lagi. Bantulah aku. Selamatkanlah kedua-dua rumah tanggaku.'

----- BERSAMBUNG -----



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku