Cinta Dalam Hati Suamiku
Bab 19
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Februari 2017
Cinta dalam hatimu, untuk siapa suamiku?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
438

Bacaan






RAJA AGONG AMIRUL dia menyandarkan badannya ke belakang kerusi sekejap. Melepaskan lelah. Pagi tadi dia sibuk dengan mesyuarat bersama menteri-menteri Lafiya. Tengah hari, barulah dia berpeluang untuk berehat seketika. Petang dan malam nanti, dia ada mesyuarat lagi. Untuk beberapa minggu ini jadualnya penuh dengan mesyuarat.

Knok, knok, knok.

"Masuk."

Pintu pejabat milik Raja Agong Lafiya dibuka dari luar. Tersembul wajah pembantu sang raja di depan pintu. Dia menunduk hormat seketika sebelum meneruskan langkahnya ke depan lagi. Di depan meja sang raja.

"Duduklah." Raja Agong Amirul membetulkan posisi duduknya.

Buku catatan di tangan, dibuka setelah punggung dilabuhkan di atas kerusi berdepan dengan sang raja.

"Buat masa sekarang ni, tolong jangan beritahu beta apa-apa info mengenai manusia bernama Fuad. Beta letih sangat. Kecuali hal tentang negara, raja Lafiya, hal yang berkait dengan negara dan keluarga beta sahaja."

"Baiklah, tuanku."

"Macam mana keadaan Negeri Utara? Beta dengar, Raja Negeri Utara ada masalah dalam pemerintahan. Tapi beta lihat negeri jajahannya baik sahaja." Tangannya membelek fail milik Negeri Utara.

"Mengenai itu, sebenarnya Negeri Utara dalam keadaan baik, tuanku. Tak ada masalah kecuali masalah pewarisan tahkta negeri sahaja."

"Ooo. Beta terlupa mengenai itu, Negeri Utara belum ada pewaris tahkta. Tak apa. Tentukan temu janji beta dengan Raja Negeri Utara secepatnya untuk menyelesaikan masalah ini."

"Baiklah tuanku."

"Macam mana dengan..." Fail yang berada di depan mata ditolak ketepi. "Pemerintahan Raja Arif? Raja Negeri Kota itu." Tangannya mula menggerakkan tetikus. Mata difokuskan pada skreen komputer pula.

"Alhamduillah, tanah jajahannya dalam keadaan baik. Tuanku Arif, menjemput tuanku sekeluarga untuk Majlis Tahlil Tuanku Permaisuri Syarina nanti."

Raja Agong Amirul memusingkan kerusinya ke belakang. Menghadap kabinet yang penuh dengan fail dan dokumen Lafiya. "Bila tu?" soal sang raja. Tangannya mengambil satu fail lalu dia membaca seimbas lalu. Disimpan semula fail tersebut ditempatnya dan mengambil fail yang lain.

"Bulan depan. 25 haribulan sempena ulang tahun kelahiran Tuanku Permaisuri Syarina."

"Okey, nanti ingatkan beta semula mengenai itu." Fail diambil lagi dan dibelek kemudian diletak di atas meja. Tangannya mencari-cari fail yang lain. Yang berkaitan dengan fail yang perlu disemaknya.

"Baiklah tuanku."

"Satria pula."

Satria dan Lafiya mempunyai hubungan baik dalam pemerintahan dan diplomatik. Tambahan pula Keluarga Diraja untuk kedua-dua negara itu, mempunyai hubungan keluarga. Bonda saudara Raja Agong Amirul berkahwin dengan Raja Satria; Raja Hamid. Sepupunya pula, Puteri Alijah pula, berkahwin dengan salah seorang Raja Lafiya iaitu Raja Iman; Raja Negeri Selatan.

"Satria?" ulang pembantu sang raja.

Raja Agong Amirul mengangkat kepalanya dari merenung fail. "Ye, Satria." Matanya merenung wajah pembantunya. "Satria bagaimana? Ada Raja Hamid meyampaikan pesan? Atau berita apa-apa dari bonda saudara beta?"

Baru sahaja pembantu sang raja mahu berkata, telefon bimbit milik Raja Agong Amirul berbunyi.

Raja Agong Amirul hanya membiarkan.

"Aaa... tuanku, panggilan."

Raja Agong Amirul menjeling skreen telefon bimbitnya. "Biarkan dia meroyan."

"Siapa tuanku?"

"Manusia yang sibuk nak tahu dunia kelambu beta. Tak henti-henti nak kacau beta. Ingat beta ta ada kerja lain."

"Encik Fuad?"

"Siapa lagi." Tangan sang raja terus menekan punat off apabila sekali lagi telefon bimbitnya berbunyi. "Teruskan." Sang raja meneruskan kerjanya seperti biasa.

*****

"HAISH! Berani tak angkat!" marah Encik Fuad. Telefon bimbit dicampak ke atas sofa. Kedua tangannya mencekak pinggang.

"Siapa? Tuanku ke?" soal Puan Suhana yang baru memunculkan diri dari dapur.

"Ye la!"

"Dah nama pun raja. Raja Agong pulak tu. Ingat ada masa, nak angkat call, layan rakyat yang tak penting macam kita ni?" Punggung dilabuh ke sofa. Matanya merenung si suami.

"Abang akan pastikan satu hari nanti, dia akan jugak layan. Terpaksa... layan." Satu senyuman jahat terukir di bibirnya.

*****

"HAI."

Permaisuri Agong Nafisah terpingga-pingga. Mulutnya sedikit tergangga melihat seorang wanita berpakaian cantik di depan matanya. Matanya dikelip beberapa kali.

"Dah tak ingat la tu. Ni Kanda Alijah la, puteri raja dari Satria. Sepupu Tuanku Amirul. Ingat tak?" Permaisuri Alijah cuba mengingatkan dirinya kepada Permaisuri Agong Nafisah. "Mesti tak ingat, kan?" duga si permaisuri dari Negeri Selatan itu.

Permaisuri Agong Nafisah mengalihkan pandangannya ke arah madunya. Yang berdiri di sisi permaisuri itu. Direnung semula wajah Permaisuri Alijah. "Macam... kenal."

"Bukan macam, tapi memang kenal. Masa kecil dulu, Tuanku Nafisah selalu dengan Tuanku Amirul. Beta pulak kalau ada masa akan ke sini. Kita pernah mengaji sama-sama. Remember?"

Perlahan-lahan Permaisuri Agong Nafisah menggeleng.

"What? How could you." Permaisuri Alijah mencekak pingangnya. "Masih ingat dengan Tuanku Amirul, tapi kakak sepupu dia yang satu-satunya ni dah tak ingat. Ala, beta kalau datang sini, selalu melukis dengan Tuanku Amirul."

Permaisuri Agong Nafisah ketawa kecil. "Ingat lah. Saja je nak test kanda. So, how's Satria?"

"Satria? Hm... good. Entah lama tak balik sana bila kita kahwin dengan raja sini."

Bulat mulat Permaisuri Agong Nafisah mendengarnya. Kemudian barulah dia teringat sesuatu. Dia belum habis menghafal nama raja-raja dan permaisuri-permaisuri lain yang ada dalam Lafiya. Baru tengok senarai nama, matanya dah berpinar. Lebih-lebih lagi bila melihat nama Permaisuri Negeri Utara. Ada empat.

"Tuanku Nafisah, dah jadi Permaisuri Agong Lafiya pun, tak tahu ke siapa beta ni? Beta permaisuri Negeri Selatan. Haih... tuanku ni."

Permaisuri Agong Nafisah tersengih-sengih.
"Dinda Nafisah masih baru belajar, kanda. Kita bagi masa pada dirinya. Pasti nanti Dinda Nafisah pasti akan jadi permaisuri yang hebat," sampuk Permaisuri Agong Jannah dengan senyuman.

"Tuanku Nafisah memang cepat belajar, dari kecil lagi sudah begitu." Permaisuri Alijah tersenyum buat seketika Senyumannya mati bila dia merenung dalam-dalam wajah isteri kedua sepupunya. "Kenapa muka tuanku pucat? Tuanku Amirul buli ye?"

Permaisuri Agong Nafisah menggeleng perlahan. "Tak lah. Demam."

"Demam? I thought you're pregnant."

Terbatuk Permaisuri Agong Nafisah mendengarnya. 'Mengandung? Mustahil, mustahil...'

"Demam rindu Kanda Amirul la tu," usik Permaisuri Agong Jannah.

"Apa kanda ni. Tak lah. Banyak benda nak fikir, tu yang jadi tak sihat," jawab Permaisuri Agong Nafisah. Malu dia diusik sebegitu oleh madunya di depan sepupu suaminya. "Bukan mengandung atau apa la."

"Ye la banyak fikir pasal suami sebab tu demam, kan? Kanda dah cakap, rindu tu... call je. Tak kena baham la dengan Kanda Amirul. Kanda Amirul tu manusia bukan harimau nak baham-baham." Selamba sahaja Permaisuri Agong Jannah bercakap. Dia tahu, madunya itu rindukan suami mereka. Mana tidaknya, Khalil ada memberitahunya bahawa madunya ini sering mengingau malam-malam menyebut nama suami mereka. Rindu la tu, apa lagi.

Muka Permaisuri Agong Nafisah merah menahan malu.

"Dah jadi isteri, mestilah akan hadir rasa rindu buat suami. Tak telefon?" soal Permaisuri Alijah.

"Em..." Tangan Permaisuri Agong Nafisah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Matanya tiba-tiba jatuh kepada perut bonyot Permaisuri Alijah. "Dah berapa bulan?"

"Tukar topik je." Tangan Permaisuri Alijah mengusap perutnya. "Dah tujuh bulan dah. Nanti bila beta bersalin, tuanku berdua kena datang tau. Tak datang, beta tak datang sini dah."

Permaisuri Agong Nafisah dan Permaisuri Agong Jannah mengangguk.

"Bila tuanku berdua nak menambah umat? Kalau nak tambah kan, kasi tambah putera. Tuanku Amirul suka dengan putera."

Gulp! Permaisuri Agong Nafisah sudah rasa mahu pitam mendengarnya. 'Tambah umat? Maksudnya... anak? Hm.. Dia tak nak pun ada anak dengan aku. Macam mana nak tambah umat?'

"Insya-Allah nanti," jawab Permaisuri Agong Jannah dengan senyuman manis.

Permaisuri Agong Nafisah menoleh ke arah madunya. "Kanda... dah berisi ke?" Pelik dia dengar jawapan madunya tadi. Seakan memberitahu bahawa berita gembira akan tiba tak lama lagi.

Permaisuri Agong Jannah ketawa kecil. "Apa dinda ni. Kanda baru habis pantang tak kan terus mengandung. Kalau ye sekali pun, mestilah dinda, kan? Dinda dah berisi ye..." usik Permaisuri Agong Jannah.

Permaisuri Agong Nafisah pantas menggelengkan kepalanya. "Tak lah. Mana ada. Dinda kan baru nikah dengan tuanku, tak kanlah... dah mengandung. Baru dua bulan, enam hari kami nikah tau."

"Ye ke ni? Jangan-jangan dah ada."

"Mana tahu bunting pelamin ke, tuanku?" Permaisuri Alijah menyampuk.

"Tak la. Mana ada. Hm... dinda nak pergi dulu la. Nak jenguk bonda. Assalamualaikum." Cepat-cepat Permaisuri Agong Nafisah ingin berlalu dari situ.

"Dinda! Check dengan Doktor Daniel. Kalau ye, beritahu ye?" pesan Permaisuri Agong Jannah.Permaisuri Agong Nafisah cepat-cepat melangkah pergi. "Tengoklah..."

*****

TANGAN Permaisuri Agong Nafisah memulas pili air. Ditadahkan air dibawah pili dan dibawa ke wajahnya. Segar! Kemudian dia merenung imbasan wajahnya pada cermin.

'Mengandung?' Tangannya mulai mengusap perlahan perut ratanya. 'Tak mungkin lah. Awal sangat. Lagipun... Amirul tak nak aku mengandung.' Air mata mengalir perlahan.

'Kalau betul, macam mana? Hm...' Kepalanya digeleng perlahan. 'Tak, tak mungkin aku mengandung! Tak mungkin!'

*****

"MENGANDUNG?" soal Permaisuri Agong Nafisah sekali lagi. Tangannya turut mengambil laporan kesihatannya dari tangan Doktor Daniel, Doktor Istana Agong.

Doktor Daniel mengangguk.

"Tak... tipu?"

"Tahniah tuanku. Dah tiga minggu usia kandungan tuanku." Doktor Daniel tersenyum manis. "Mesti Tuanku Amirul akan gembira dengan berita ni."

Pucat terus Permaisuri Agong Nafisah mendengarnya. Wajahnya sudah seperti tiada darah mengalir di situ. Air matanya mulai bergenang. Meniti masa sahaja untuk tumpah.

"Aku tak nak ada anak dengan kau!" Bagai teriang suara amukan Raja Agong Amirul di telinganya.

Permaisuri Agong Nafisah mengalirkan air matanya. Kedua tangannya menekup mulutnya. Kertas laporan mengenai ujian kehamilannya terjatuh di atas ribanya.

"Tuanku... tuanku tak apa-apa?" soal Doktor Daniel kehairanan.

Air mata Permaisuri Agong Nafisah mengalir lebat. "Tak." Dilap air matanya yang mengalir.

"Lagi dua atau tiga minggu, tuanku kena buat pemeriksaan sekali lagi."

Permaisuri Agong Nafisah mengangguk. "Doktor, tolong jangan beritahu sesiapa pasal ni. Sesiapa pun."

"Tapi... kenapa? Ini hal yang mengembirakan."

"Tolonglah, doktor. Saya merayu."

"Baiklah, tuanku."

*****

RAJA AGONG AMIRUL mengeluh kasar. Tangannya memicit-micit kepalanya. Terasa tegang urat kepalanya saat ini. Sudah la dia penat seharian menguruskan hal negara, Encik Fuad tidak henti-henti menganggunya. Pening kepala! Stress!

Satu nafas panjang diambil. "Untuk pengetahuan kamu ye Fuad, beta percayakan permaisuri beta. Beta tahu, permaisuri beta tak akan curang di belakang beta. Kamu cuma tahu memfitnah dia tanpa henti. Sebelum kesabaran beta habis, baik kamu jangan sibuk lagi dunia peribadi beta. Kalau tidak, beta akan ambil tindakan berat atas kamu. Beta tak main-main." Terus sahaja panggilan telefon dimatikan. Telefon dicampak ke tepi. Matanya dipejam rapat.

Telefon bimbit milik sang raja sekali lagi berbunyi. Kali ini pesanan ringkas pula yang masuk.

Raja Agong Amirul mengeluh. Diambil telefon bimbit tersebut dan dibaca isinya.

+ Jangan terlampau yakin dengan kebaikkan Nafisah. Setianya dia. Isteri yang baik, tak akan keluar rumah tanpa izin. Tak akan jumpa lelaki lain tanpa izin. Tengok gambar yang patik kirim ni. Macam mana tuanku jaga isteri muda tuanku ni, ye?

Satu-satu gambar yang dikirim melalui mesej itu dibuka. Bulat matanya melihat gambar Permaisuri Agong Nafisah berdua dengan seorang lelaki yang agak berusia. Dia tidak dapat melihat wajah lelaki itu namun melalui gambar itu mereka kelihatan sangat rapat dan mesra.

Dada Raja Agong Amirul mulai berombak. Marah! Tertekan!

Satu lagi pesanan masuk.

+ Itu baru sikit tuanku. Ni, gambar yang terbaru. Semalam punya cerita. Kami dating. Dia siap bagitahu macam mana menderitanya dia hidup dengan tuanku pada patik lagi. Padahal semalam, tuanku baru je tinggalkan dia untuk kerja luar, dah mula dah... perangai curang dia keluar. Terpulang nak percaya atau tidak. Apa-apa pun, tangan isteri tuanku tu kan... lembut dan wangi.

Makin besar mata Raja Agong Amirul melihat gambar isteri mudanya dengan Encik Fuad. Mereka seperti sedang bersembang sesuatu. Dia dapat melihat mata isteri mudanya itu merah. Pasti menangis. Pandangannya jatuh kepada tangan isterinya yang dipegang Encik Fuad. Terus dia mencampak telefon bimbitnya ke bawah. Mujurlah lantai itu berkapet tebal, tidak pecahlah telefon sang raja.

"Tak guna!" jerit Raja Agong Amirul. Sudah lah dia keletihan teramat menguruskan hal negara satu hari suntuk, boleh pula orang bagi dia bertambah tertekan sekarang.

Dadanya turun, naik. "Sabar Amirul. Sabar." Sang raja cuba bertenang. "Nafisah tak macam tu." Dia cuba bertenang setenang yang boleh. "Tak. Muslihat je semua ni."

Sesudah dia dapat bertenang, diambil semula telefon bimbitnya dan nombor pembantunya didail. "Datang bilik beta sekarang," ujar sang raja sebaik sahaja panggilannya dapat disambungkan.

"Baik, tuanku."

*****

RAJA AGONG AMIRUL merenung wajah pembantunya sebaik sahaja pembantunya itu sampai ke biliknya seperti yang diarahkan. "Dah tengok gambar tu?"

"Dah, tuanku."

"Siasat siapa lelaki bersama Nafisah tu. Beta nak tahu secepatnya. Lepas tu, keluarkan notis penangkapan Fuad dengan segera. Dia dah melampau!" ujar sang raja dengan perasaan marah.

"Baiklah, tuanku."

"Siasat jugak... gambar Nafisah dan Fuad."

Pembantu raja itu mengangguk, faham.

*****

"KALAU kena tangkap macam mana?" soal Puan Suhana. Dia sudah mulai risau dengan segala kemungkinan yang mungkin akan terjadi. Tadi dia lihat suaminya menghantar gambar Permaisuri Agong Nafisah kepada sang raja.

Encik Fuad menghulur pendrive kepada isterinya. "Teruskan buat hati raja tu panas membara. Hantar gambar panas tu pulak."

"Kalau saya pulak kena tangkap?" Puan Suhana menggelengkan kepalanya. "Haish. Tak nak la saya."

"Rileks."

"Tak nak lah!" Ditepis tangan suami yang menghulurkan pendrive itu.

"Akan ada yang bantu kita."

"Siapa?"

"Datin Maimunah."

"Siapa tu?"

"Isteri bekas Perdana Menteri Lafiya; Dato' Kamal. Dato' Kamal Perdana Menteri yang kena hukum pancung tahun lepas sebab mengkhianati Lafiya dan tuanku. Dia jugak, bekas suami Puteri Agong Mawar. Adik tuanku yang dah gila tu."

Puan Suhana mengerutkan dahinya. "Kata Datin Maimunah tu isteri Dato' Kamal."

"Datin Maimunah isteri pertama. Puteri gila tu isteri kedua tapi lepas beberapa tahun, mereka bercerai. Sebab tu puteri tu jadi gila."

Puan Suhana mengangguk.

"Jadi, kalau abang kena tangkap, buat je hati raja tu panas dan panas sentiasa."

"Datin tu... dia boleh ke tolong kita, bang? Suami dia pengkhianat. Ada kuasa ke dia? Dia cuma bekas isteri kepada arwah Perdana Menteri yang pengkhianat."

"Don't worry. Hanim... kan ada."

"Hanim?"

"Nafisah dan Khalil tak akan biarkan Hanim hidup terumbang-ambik. Hanim masih kecil dan perlukan kita. Nafisah bodoh tu, akan tetap tolong kita kalau datin tu tak tolong."Isteri Encik Fuad mengeluh. Dia mengambil juga pendrive yang dihulur suaminya.

----- BERSAMBUNG ------



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku