Cinta Dalam Hati Suamiku
Bab 21
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Februari 2017
Cinta dalam hatimu, untuk siapa suamiku?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
772

Bacaan






PANGLIMA WARDI menghulurkan tangannya kepada seorang lelaki yang hampir seusia dengan ayah kandungnya. "Saya, Wardi."

Lelaki tua yang berusia dalam lingkungan 60-an, menyambut huluran salam dari lelaki muda yang tidak dikenalinya itu. Dia agak terkejut saat lelaki muda yang memperkenalkan diri sebagai Wardi mencium hormat tangannya.

"Saya yang call pak cik, mintak mahu jumpa."

"Ooo, duduk la."

Panglima Wardi menarik kerusi di hadapan seorang lelaki tua. Ditarik satu senyuman untuk lelaki yang kini duduk berhadapan dengannya.

"Ada apa ye Wardi nak jumpa pak cik ni?"

Panglima Wardil menghulur sekeping gambar milik Permaisuri Agong Nafisah kepada lelaki tua dihadapannya. "Pak cik kenal dengan orang yang dalam gambar ni?" soal Panglima Wardi. Dia telah mendapat tugasan dari Pembantu Raja Agong Amirul untuk menyiasat setiap gambar yang dikirim oleh Encik Fuad kepada sang raja.

Lelaki tua itu mengambil huluran tersebut. Ditarik satu senyuman. "Kenal. Sangat kenal. Kenapa ye?"

"Apa namanya?" Panglima Wardi menyoal. Ingin tahu, takut lelaki dihadapannya ini mengenali orang yang lain tapi mempunyai wajah yang seiras dengan Permaisuri Agong Nafisah.

"Nafisah. Puteri Syarifah Nafisah binti Syed Fathul."

Panglima Wardi mengangguk perlahan. "Boleh saya tahu, apa hubungan pak cik dengan orang dalam gambar tu?" Tidak berani dia untuk membocorkan status sebenar yang dipegang oleh Permaisuri Agong Nafisah sekarang kepada lelaki itu. Ini, demi keselamatan Keluarga Diraja Agong Lafiya.

"Nafisah ialah bekas menantu pak cik."

Sekali lagi satu keping gambar lain dihulur kepada ayah Encik Fuad.

Ayah Encik Fuad mengambil huluran tersebut. Dahinya berkerut-kerut. Dia pelik mengapa lelaki itu memberi gambarnya yang sedang berbual mesra dengan bakas menantunya.

"Bila kali terakhir pak cik berjumpa dengan bekas menantu pak cik?"

"Dah sebulan lebih pak cik tak jumpa Nafisah."

"Dalam gambar tu, pak cik dan dia nampak sangat rapat. Kan dia cuma bekas menantu pak cik?"

"Kami memang rapat. Tambah-tambah selepas Syed Fathul meninggal dunia. Nafisah tu seorang anak dan menantu yang sangat baik. Meskipun dia dah bercerai dengan Fuad, dia tetap jaga hubungan keluarga yang pernah terjalin dengan pak cik. Pak cik ni kawan baik arwah walid dia. Jadi dia dah macam anak pak cik sendiri. Selalu ambil berat pasal pak cik."

"Ada dia cerita apa-apa kepada pak cik?"

Ayah Encik Fuad mengangguk. "Dia beritahu, sekarang dia dah berkahwin. Dia minta pak cik doakan kebahagiaan dia."

"Itu je?"

Ayah Encik Fuad mengangguk. "Itu sahaja."

"Ada tak dia beritahu siapa suami baru dia sekarang atau cerita hal yang tak elok tentang suami dia ke?"

"Itu bukan diri Nafisah. Nafisah tak akan cerita hal buruk seseorang kepada orang lain. Semasa dia masih menantu pak cik pun, dia tak pernah bawa cerita tak baik pasal Fuad. Padahal Fuad tu, teruk orangnya. Pak cik tak faham macam mana Nafisah boleh tahan untuk hampir enam tahun untuk perkahwinan mereka."

"Pak cik kata Fuad tu teruk, habis kenapa kahwinkan Fuad dengan dia? Sebab harta keluarga dia?"

"Bukan sebab harta, nak. Tapi sebab onar yang dibuat oleh Fuad. Nafisah mengandung disebabkan tu. Kesian Nafisah. Dia baru 17 tahun masa tu. Keluarga dia dihina, dicaci oleh orang kampung. Dia pula dibuli teruk di sekolah sehingga menyebabkan dia terpaksa berhenti sekolah sebab tak tahan dek dibuli orang."

"Terlalu muda tu."

"Ye, sangat muda. Nafisah korbankan masa muda dan belajar dia demi jaga air muka keluarga dia dan juga keluarga pak cik. Cuba anak bayangkan, dia mengandung pada usia yang sangat muda. Sebab peristiwa gelap pulak tu. Tabah betul dia lalui dugaan tu."

"Kesian. Dia tak sambung belajar ke lepas berkahwin?"

"Fuad melarang. Dia dikurung dalam rumah. Tapi lepas Fuad berkahwin lain, Nafisah terpaksa bekerja. Kesian dia."

"Diakan ada harta warisan yang banyak. Kenapa nak susah-susah kerja?"

"Nak, harta ni banyak mana pun akan habis kalau diguna selalu, kan?"

Panglima Wardi mengangguk, setuju.

"Nafisah sekeluarga orang yang tak pernah pentingkan harta. Harta mereka banyak digunakan untuk bantu orang lain. Tapi sayang, bila Nafisah mengandung sebab perangai setan Fuad tu semua orang yang pernah dibantu oleh keluarganya macam lupa daratan. Merekalah yang paling teruk hina keluarga Nafisah."

"Pak cik tak cuba bantu?"

"Dah macam-macam pak cik cuba. Tapi orang kampung, tak nak dengar. Mereka anggap keluarga Nafisah pembawa malang dekat kampung."

"Astagfirullah Hala'zim."

*****

RAJA AGONG AMIRUL memicit kepalanya. Penat sungguh dia sehari ini. Akhirnya, tugas luarnya sudah selesai. Dapatlah dia pulang di samping keluarga. Matanya memandang permandangan di luar kereta. Ingin menenangkan fikiran.

"Tuanku nak balik Istana Rehat atau Istana Agong?" soal pemandu istana.

"Istana Agong."

"Baiklah, tuanku."

"Dinda Nafisah tak sihat."

Bagai teriang suara Permaisuri Agong Jannah di gegendang telinga sang raja. Satu nafas berat dilepaskan. "Kita pergi Istana Rehat sekejap. Lepas tu ke Istana Agong."

"Baik, tuanku."

*****

RAJA AGONG AMIRUL mengusap kepala Khalil yang sedang lena tidur di sebelah isteri keduanya dengan penuh kasih sayang. Satu senyuman ditarik perlahan. Setiap kali dia memandang Khalil, dia teringatkan dirinya sendiri semasa kecil. Tidak mendapat kasih sayang seorang ayah.

Khalil menggerakkan badannya. Tangannya bagai menepis-nepis sesuatu di hadapannya. Mengingau barangkali.

"Syuhhh... tidur, tidur." Raja Agong Amirul menepuk peha anak tirinya perlahan-lahan. Bimbang sekiranya lena anak tirinya itu terganggu.

Khalil kembali tenang. Dia terus memusingkan badannya ke arah Permaisuri Agong Nafisah dan memeluk tubuh uminya yang lena.

Raja Agong Amirul menundukkan kepalanya ke pipi kanan Khalil. Dikucup pipi itu dan tidak lupa ubun anak tirinya. Saat dia mengangkat kepalanya dari ubun Khalil, bebola matanya tidak lepas memandang wajah pucat Permaisuri Agong Nafisah. Kaki diturunkan ke bawah, ingin mendekati tempat isterinya tidur pula.

Tangannya menguak ke belakang sedikit rambut isteri mudanya yang menutup sedikit bahagian wajah. Dipandang lama wajah cinta pertamanya itu. 'Lenanya dia tidur.'

Senyuman yang terukir di bibir, mati perlahan-lahan. Dia tiba-tiba teringat akan kata-katanya sebelum dia bertolak kerja luar. 'Nafisah, cerai ke yang awak pilih?' Dada sang raja menjadi senak seketika.

'Nafisah... tolong... jangan beri jawapan untuk cerai. Please,' rayu sang raja dalam hati.

Tangan kanannya diletak perlahan di pipi kiri Permaisuri Agong Nafisah. 'Panasnya.'

Perlahan-lahan kepalanya menurun ke bawah. Bibirnya mendekati dahi isterinya yang lena itu. Dia ingin melakukan hal yang sama yang dia lakukan kepada Khalil sebentar tadi. 'Panasnya dahi.' Belakang tapak tangannya diletak di atas dahi Permaisuri Agong Nafisah.

*****

PERLAHAN-LAHAN Permaisuri Agong Nafisah membuka kedua kelopak matanya di saat dia terasa ada sesuatu diletakkan di atas dahinya. Matanya tidak dapat dibuka seluasnya memandangkan dia sangat mengantuk dan tidak sihat. Kepalanya masih lagi terasa beratnya. Dalam keadaannya seperti itu, dia seakan-akan melihat seseorang yang sedang duduk di sisinya. Bergerak-gerak.

"A...mi... rul..." Terkeluar nama suaminya dari bibir pucatnya. Entah, dia tidak pasti mengapa dia menyebut nama suaminya. Tapi dia dapat rasa satu kekurangan bila suaminya itu tiada di depan matanya.

Tingkah laku Raja Agong Amirul yang baru sahaja mahu mengambil kain di atas dahi isteri keduanya untuk dilembapkan semula, terhenti tatkala dia mendengar Permaisuri Agong Nafisah menyebut namanya. Meskipun suara isterinya itu seperti angin, lembut sangat dan boleh dikategori sebagai suara yang terlalu perlahan, tapi dia dapat dengar dengan jelas

Permaisuri Agong Nafisah menyebut namanya. Satu senyuman nipis ditarik.

"Si... a... pa... tu?" soal Permaisuri Agong Nafisah dengan lemah. Tangan kanannya perlahan-lahan naik ke atas. Ingin menurunkan benda yang ada di atas dahinya. Ingin tahu, apakah itu.

"Jangan." Halang Raja Agong Amirul. Dia memegang tangan kanan isterinya. Tidak mahu isterinya itu menutunkan kain lembap yang dia sendiri letakkan di atas dahi itu.

"Si... a... pa?"

Raja Agong Amirul hanya mendiamkan dirinya. Tangannya masih lagi memegang tangan kanan isterinya.

"A... mi... rul ke?"

Raja Agong Amirul kekal diam. Matanya tidak lepas memandang wajah isteri keduanya.

"Tu... an... ku?"

Perlahan-lahan bibir merah Raja Agong Amirul, turun mendarat di wajah Permaisuri Agong Nafisah. Dikucup antara kening isterinya itu dengan lembut. "Tidur. Jangan buat apa-apa atau fikir apa-apa lagi," bisik Raja Agong Amirul di telinga kiri isterinya.

"Ha?"

"Tidur... sayang..." Raja Agong Amirul tersenyum. Hatinya dijentik rasa kelakar melihat isteri keduanya sebegitu.

"O... key..." Permaisuri Agong Nafisah kembali memejamkan matanya. Tangan kanannya perlahan-lahan turun ke bawah. Kembali di sisi tubuhnya.

Raja Agong Amirul membetulkan gebar yang menyelimuti tubuh isterinya.

"A... mi... rul..."

Mata sang raja kembali memandang wajah si isteri. "Ye."

"Saya... rindukan... awak. Sangat... sangat." Air mata Permaisuri Agong Nafisah mengalir perlahan. Meskipun suaminya itu melayannya dengan kasar, tetapi rasa sayang, cinta dan rindu ada dalam hatinya untuk suaminya itu.

Raja Agong Amirul tersenyum gembira mendengarnya. Terbit rasa bahagia dalam hatinya. "Saya rindukan awak jugak, Nafisah." Air matanya turut mengalir perlahan.

'Mengapa kita dipertemukan dalam keadaan sebegitu, Nafisah? Kenapa kita kena tangkap basah? Mengapa kita kena kahwin hanya sebab nak jaga air muka kita? Bukan kahwin kerana cinta yang pernah ada antara kita?' bisik hati kecil Raja Agong Amirul.

'Kalau kalian bertemu selain dari keadaan itu, adakah kalian akan bersama sebagai suami isteri seperti sekarang?' Bagai ada satu suara asing berbisik sebegitu di telinga Raja Agong Amirul. 'Kamu pasti tidak mahu mengahwininya kerana ingin menjaga hati dan perasaan Jannah meskipun dalam hati kamu ada rasa cinta untuk dia.'

Tangan kanan Raja Agong Amirul mengelus lembut pipi kiri isterinya.

'Amirul, terimalah semua ni dengan hati yang terbuka. Kesian isteri kamu. Dia terseksa. Kalau kamu tak sanggup nak teruskan semua ni, lepaskanlah dia. Jangan terus seksa dia macam ni.'

Terpukul hati Raja Agong Amirul dengan kata-kata itu. Kata-kata yang wujud di dalam hatinya, yang hanya dia sahaja boleh mendengarnya. 'Aku sayang dia. Aku tak nak lepaskan dia, mahupun Jannah. Aku tak nak lepaskan sesiapa.' Raja Agong Amirul membalas kata-kata hatinya.

'Kalau begitu, adillah kepada Nafisah dan Jannah.'

Perlahan-lahan bibir Raja Agong Amirul turun mendekati bibir pucat isterinya. Tapi belum sempat ianya mendarat terus Raja Agong Amirul mengangkat wajahnya. Satu nafas berat dilepaskan. Dipandang sekali lagi wajah pucat isteri mudanya. Dia meletakkan jari telunjuk kanan dan jari tengah kanannya di atas bibir merahnya dan diletak perlahan di atas bibir pucat Permaisuri Agong Nafisah. 'Saya sayangkan awak. Sayang sangat.'

"Selamat malam, my first love. Semoga cepat sembuh dan mimpikan yang indah." Raja Agong Amirul tersenyum sendiri. Dia memandang jam tangannya. "Jannah mesti dah tunggu."

Punggung di angkat dari terus duduk di sisi katil, baru sahaja dia ingin memulakan langkahnya untuk keluar dari Kamar Peraduan Diraja, langkah mati. Bulat matanya melihat Khalil duduk di sisi Permaisuri Agong Nafisah sambil memandang ke arahnya. Mukanya terus merah. 'Khalil, nampak semua ke? Nampak ke yang aku nak cium bibir umi dia tadi?' soal Raja Agong Amirul dalam hatinya.

"Khalil..."

Khalil memandang lama wajah ayah tirinya.

"Kenapa tak tidur? Bila Khalil terjaga ni?" soal Raja Agong Amirul sambil mendekati katil di tempat Khalil baring yang sepatutnya itu tempat tidurnya. Tangannya mengusap kepala Khalil dengan penuh kasih sayang.

Khalil terus memeluk tubuh ayah tirinya sebaik sahaja sang raja itu berdiri di sisi katil. Tempatnya tidur.

"Kenapa ni?"

"Khalil rindu dengan ayahanda."

Raja Agong Amirul mengusap kepala Khalil. Senyuman gembira ditarik. "Ooo... ayaanda pun rindukan Khalil jugak."

Khalil mendongakkan kepalanya ke atas. Memandang wajah ayah tirinya. "Tidurlah sini. Khalil tak pernah ada peluang nak tidur sebelah ayahanda," ujar Khalil dengan manja.

"Tak boleh, sayang."

"Boleh la. Tidur la sini. Malam ni je. Pleasee..."

"Esok, insya-Allah. Ayahanda akan tidur dengan Khalil, ye?"

Khalil menggelengkan kepalanya. "Tak nak esok. Nak hari ni."

Raja Agong Amirul merengangkan pelukan. Perlahan-lahan dia merendahkan dirinya di hadapan anak tirinya itu. "Jangan macam ni. Malam ni ayahanda kena bermalam dengan bonda, bukan dengan umi. Esok baru ayahanda akan tidur sini. Masa tulah Khalil boleh tidur dengan ayahanda."

"Esok boleh tidur dengan ayahanda?"

Raja Agong Amirul mengangguk perlahan.

"Janji?"

"Insya-Allah."

"Khalil boleh tidur dengan umi dan ayahanda, esok?"

"Ye sayang. Tapi ada syarat."

"Apa?"

"Sekarang Khalil tidur dulu, boleh? Esok sekolah, kan?"

Khalil mengangguk. Laju dia merebahkan kepala di atas bantal.

"Good boy." Raja Agong Amirul membetulkan gebar di tubuh anak tirinya. Satu kucupan hangat dihadiahkan di ubun Khalil. "Dan syarat yang terakhir..."

"Hm..."

"Jagakan umi untuk ayahanda. Boleh?"

"Boleh."

"Khalil memang anak yang baik." Dikucup sekali lagi ubun Khalil. "Ayahanda pergi dulu. Jaga diri baik-baik, jaga umi. Selamat malam."

"Assalamua'laikum, ayahanda."

"Waa'laikumussalam."

******

"KANDA!"

Terkejut Raja Agong Amirul tatkala berasa ada seseorang memeluknya saat dia baru sahaja mahu menyidai tuala yang digunakannya di tempat khas. Mujurlah dia tiada sakit jantung.

"Rindu dengan kanda," ujar isteri pertama Raja Agong Amirul dengan manja.

"Dinda?"

Permaisuri Agong Jannah makin mengeratkan pelukannya.

Raja Agong Amirul memegang kedua tangan isterinya yang melilit di pinggangnya. Dilonggarkan sedikit dan dipusingkan badannya ke belakang. "Bukan dah tidur ke permaisuri kanda ni?" Tangannya mengusap pipi isteri pertamanya.

Permaisuri Agong Jannah tersenyum. "Kandakan balik hari ni. Dinda tunggu kanda la."

"Tadi kanda masuk bilik, tengok dinda dah tidur."

"Saja je. Mana tidur lagi. Dinda tunggu kanda."

"So sweet la dinda ni." Ditarik tangan isteri pertama ke katil. Dilabuhkan punggungnya di sisi katil. Kedua-dua tangan Permaisuri Agong Jannah dipegang.

"Kerja macam mana?" soal si isteri. Dia berdiri di depan suaminya.

"Sakit kepala kanda dibuatnya." Digoyangkan sedikit tangannya dengan tangan isteri pertamanya.

"Kesiannya suami dinda ni."

Raja Agong Amirul tersenyum.

"Kanda dah jumpa Dinda Nafisah?"

Raja Agong Amirul hanya diam.

Pertama, dia mahu lihat reaksi dan sikap prihatin isteri pertamanya terhadap isteri keduanya. Kedua, dia tidak mahu melukakan hati isterinya itu sekiranya Permaisuri Agong Jannah tahu dia lewat sangat tiba di Istana Agong kerana melawat Permaisuri Agong Nafisah tadi.

"Kalau belum, esok sebelum pergi kerja kanda jumpa ye? Kesian isteri muda kanda sakit rindukan kanda."

"Mana dinda tahu Nafisah sakit rindukan kanda?"

"Ye la, Dinda Nafisah sakit sebaik sahaja kanda bertolak untuk kerja luar. Apa maknanya tu?" Keningnya dijongket-jongket ke atas.

Raja Agong Amirul menarik tangan isterinya ke arahnya. Dipeluk tubuh itu seeratnya. "Habis, dinda?"

"Dinda sihat je."

"Dinda tak sakit rindukan kanda?"

"Oh.. sakitnya tuh di sini, kanda." Tangan kanan Permaisuri Agong Jannah diletakkan di atas dada kanannya.

Raja Agong Amirul ketawa mendengarnya.

----- BERSAMBUNG -----



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku