Cinta Dalam Hati Suamiku
Bab 23
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Februari 2017
Cinta dalam hatimu, untuk siapa suamiku?
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
508

Bacaan






PUAN SUHANA memutar-mutar pendrive di tangannya. Satu senyuman jahat terukir di bibirnya. "Welcome to the hell, Nafisah," ujarPuan Suhana sendirian dan ketawa bagai orang tidak waras.

Hanim memeluk kedua kakinya. Dia mengigil ketakutan. "Papa..." rintihnya.

Puan Suhana memusingkan tubuhnya ke belakang. Tajam matanya melihat anak tirinya susuk di hujung sudut. Lantas didekati anak tirinya itu.

"Sakit... ma," rintih Hanim saat mama tirinya itu menarik kuat rambutnya.

"Aku bukan mama kau la!" herdik Puan Suhana.

Hanim menangis teresak-esak.

Puan Suhana pantas menghadiahkan cubitan demi cubitan dibadan kecil Hanim. Sama seperti apa yang dia sering lakukan kepada Khalil dan Kabir.

"Sakit... ma..."

"Kau panggil aku mama lagi, aku potong lidah kau!" ugut Puan Suhana

Tiba-tiba pintu rumahnya dikuak dari luar.

"Ya Allah! Cucu aku!" Ayah Encik Fuad pantas mendapatkan satu-satunya cucu perempuan yang dia ada. Dipeluk tubuh Hanim yang menangis. Sayu dia mendengar tangisan cucunya yang baru berusi empat tahun itu. Kemudian dia memandang wajah menantunya. "Dah gila ye? Pukul anak sendiri!"

Puan Suhana mengeluh kasar. Dijeling ayah mertuanya sebelum mengatur langkah naik ke tingkat atas rumah.

"Atok..." Hanim memeluk tubuh tua itu. Wajahnya disembamkan pada dada atoknya. "Atok... Hanim takut."

"Syuhh..."

"Atok..." Hanim mengangkat wajahnya ke atas.

"Jangan nangis sayang. Atok kan ada."

"Papa... papa tak ada." Hanim mengadu. Dia rindukan Encik Fuad.

Ayah Encik Fuad terus memeluk tubuh kecil Hanim. Tidak tahu bagaimana dia mahu menjelaskan hal sebenar kepada cucunya yang seorang ini. Anaknya ditangkap kerana menganggu kehidupan pemerintah. Itu sahaja yang dia tahu.

"Atok... papa mana?" soal Hanim. Dia merenggangkan pelukan.

Ayah Encik Fuad menguir senyuman kelat. "Papa... papa ada. Nanti papa balik ye sayang," pujuk ayah Encik Fuad. Tangannya membelai rambut nipis Hanim. Dipandang wajah satu-satunya cucu perempuannya. Jarinya mengelap air mata Hanim yang mengalir.

"Hanim lapar atok. Mama tak bagi Hanim makan. Hanim, lapar..." adu Hanim siap menggosok-gosok perutnya lagi. Tanda terlalu lapar.

Ayah Encik Fuad memandang ke arah tangga. 'Gila ke apa budak ni. Anak sendiri tak bagi makan. Entah apa la yang ada dekat kau sampai anak aku gilakan kau.'

"Atok..." Hanim mengoncangkan lengan atoknya. "Hanim lapar."

Ayah Encik Fuad mengangguk. "Atok tahu. Kita pergi makan ye?"

Hanim mengukir senyuman.

*****

PERMAISURI AGONG NAFISAH mengetuk pintu pejabat milik suaminya. Terkejut dia tadi apabila dia dapat tahu dari Dayang Ita bahawa suaminya mahu berjumpa dengannya di pejabat yang ada di Istana Rehat.

Sejak suaminya membawanya tinggal di Istana Rehat, kini suaminya sudah ada dua pejabat dalam istana. Satu di Istana Agong dan satu lagi di sini; Istana Rehat. Namun suaminya jarang menggunakan pejabat dalam Istana Rehat. Mungkin tidak biasa dan kurang rujukan yang ada di situ untuk menyiapkan kerja. Berbeza dengan pejabat Raja Agong Amirul di Istana Agong. Banyak rujukannya.

Kalau diikutkan sekarang suaminya perlu ada Istana Agong kerana hari ini giliran Permaisuri Agong Jannah. Tapi menurut suaminya, ada hal yang perlu diselesaian di dalam pejabat itu sebelum dia ke Istana Agong.

"Masuk!"

Permaisuri Agong Nafisah memulas perlahan tombol pintu bilik. Dia menolak perlahan-lahan pintu pejabat itu. Berdebar kuat dadanya ketika ini. Terasa mahu pecah! Entah kenapa dia rasa mahu menangis pun ada. Dia takut sekiranya suaminya itu betul-betul mahu menceraikannya. Manalah tahu.

"Ha, Nafisah. Duduk." Raja Agong Amirul membetulkan posisi duduknya. Tangannya menutup fail yang berselerak di atas meja. Tadi dia mengemas sedikit pejabatnya ini. Tidak suka dia sekiranya dayang istana yang mengemas. Habis hilang nanti maklumat rahsia.

Permaisuri Agong Nafisah menurut. Kerusi di depan meja si suami ditarik. Punggung dilabuhkan di situ.

"Dah jumpa bonda?" soal si suami. Dia tahu aktiviti waktu siang isteri keduanya iaitu melawat Permaisuri Agong Jelita di Istana Agong. Melihat pemakaian di tubuh badan si isteri dia sudah tahu pasti isterinya baru sahaja pulang dari berjumpa bondanya.

"Dah."

"Okey." Mata sang raja memandang wajah isterinya. "Sebenarnya, aku nak tanya sesuatu dekat kau." Posisi duduknya dibetulkan. Biar lebih selesa.

"Apa?"

"Kau ada keluar istana tanpa Zafrul ke?"

Menurut Panglima Zafrul, isterinya ini kalau keluar dari istana, sering bersama dengan panglima itu. Tak pun dengan Dayang Ita. Tidak pernah keseorangan untuk kemana-mana.

"Tak." Permaisuri Agong Nafisah menggelengkan kepalanya. "Kalau patik keluar sekalipun, patik akan mintak izin dari tuanku dulu. Kenapa?"

Raja Agong Amirul mengangguk-angguk. "Bagus."

"Ada yang tak kena ke, tuanku?"

"Nafisah. Listen. Kau jangan keluar dari istana tanpa Zafrul. Bahaya."

"Bahaya?" Hampir bercantum dahi si isteri mendengarnya.

"Jangan kau berani nak keluar selangkah pun dari pintu utama istana ni tanpa izin dari aku. Dan ingat Nafisah, kau jangan cuba nak buat aku mengamuk!" Tajam si suami memandang wajah isterinya.

Permaisuri Agong Nafisah diam. Takut dia melihat pandangan membunuh suaminya itu.

"Faham tak!" Raja Agong Amirul meninggikan suaranya tatkala isterinya memilih langkah untuk membisu.

"Faham, faham..." Kepala diangguk beberapa kali saat dia menjawab persoalan suaminya.

"Bagus."

Permaisuri Agong Nafisah menahan air matanya dari tumpah. Dia agak terasa apabila suaminya itu bercakap dengan nada kasar dengannya. Kepalanya ditunduk ke bawah. Dia bermain dengan jari-jarinya yang berada di atas ribanya.

Raja Agong Amirul memandang wajah sungul isteri mudanya. "Aku tak tahu nak cakap macam mana. Nak terang macam mana dekat kau pasal masalah ni. Apapun masalah ni dah selesai. Cuma aku mintak jangan keluar tanpa Zafrul. Nak keluar, beritahu aku dulu. Ni untuk keselamatan kau jugak."

Permaisuri Agong Nafisah mengangguk perlahan.

"Aku harap kau faham."

"Ye."

Suasana, menjadi sepi antara mereka berdua.

Raja Agong Amirul menggunakan peluang itu untuk menatap lama wajah isteri mudanya. Meskipun isterinya itu menunduk, dia tetap ingin melihat Permaisuri Agong Nafisah. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini dia rasa lain sahaja bila berdua dengan isterinya itu.

'Kenapa dia diam? Dah tak nak cakap ke?' soal hati kecil Permaisuri Agong Nafisah.

'Cantik isteri aku ni,' puji sang raja dalam hati.

'Hm... aku kena gunakan peluang ni untuk jujur dengan dia.' Perlahan-lahan Permaisuri Agong Nafisah mengangkat kepalanya. Dipandang wajah suaminya.

Kini mata mereka saling bertatapan antara satu sama lain. Masing-masing terdiam, terkelu dan mengambil langkah untuk membisu seketika.

"Aa... patik nak cakap sesuatu."

Raja Agong Amirul hanya menanti dalam penuh debar.

"Patik tak kisah la tuanku nak fikir apa, tapi patik cuma jujur."

Mata sang raja terus menerus memandang anak mata isterinya.

"Pasal perbualan kita beberapa hari lepas, sebelum tuanku kerja luar."

"Hm. Kenapa?" Tangan Raja Agong sudah mula mengambil fail yang berada di atas meja. Sengaja berpura-pura menyibukkan diri. Dia tidak mahu mendengar apa-apa mengenai itu. Dia belum bersedia untuk itu. Untuk dengar keputusan isteri mudanya.

Satu nafas panjang diambil sebelum memulakan pertanyaan. "Tuanku... betul-betul nak lepaskan patik... ke?" soal Permaisuri Agong Nafisah lambat-lambat.

"Terpulang kepada kau." Tangan sang raja menyelek helaian dokumen di depan matanya. "Nak ke jadi janda buat kali kedua?" Hujung mata Raja Agong Amirul memandang reaksi dari Permaisuri Agong Nafisah. Terhenti gerakan tangannya untuk terus membelek fail.

Permaisuri Agong Nafisah menggeleng-gelengkan kepalanya.

Bagai tidak percaya Raja Agong Amirul melihat reaksi isteri mudanya. 'Geleng, maksudnya... dia tak nak jadi janda kan? Jadi... dia nak terus jadi isteri aku?'

"Patik... hm... patik keluar dulu la. Nak tengok Dinda Mawar." Permaisuri Agong Nafisah meminta diri. Dia tidak betah lama-lama di situ. Takut. Malu. Semuanya ada. Punggung sudah jauh dari kerusi dan kini langkah kakinya tinggal beberapa langkah sahaja lagi untuk keluar.

Raja Agong Amirul pantas berdiri. Dia mengejar perlahan isterinya. Disambar lengan kanan isterinya dengan kuat sehinga terpusing tubuh itu. Dipegang kedua-dua bahu milik Permaisuri Agong Nafisah saat isterinya itu sudah berdepan dengannya.

"Tuanku..."

Raja Agong Amirul hanya diam.

"Tuanku nak cakap apa-apa ke?" soal Permaisuri Agong Nafisah lambat-lambat.

'Janganlah dia mintak nak cerai jugak. Tak sanggup nak dengar!' jerit batin Permaisuri Agong Nafisah.

Raja Agong Amirul terus memeluk tubuh wanita yang dicintainya itu.

"Tuanku..."

Makin erat sang raja memeluk tubuh isterinya. Air mata jantannya mengalir perlahan.

Permaisuri Agong Nafisah terkaku. Kini dia langsung tidak tahu mahu berbuat apa. Membalas pelukan itu, atau menolak tubuh suaminya agar jauh darinya. Dia tidak tahu yang mana satu dia harus lakukan.

Tapi... dia rasa tenang. Sangat tenang berada dalam dakapan suaminya. Bau badan suaminya, menambahkan lagi ketenangan yang dia rasa. 'Wangi.'

"Aku... sayang kau, Nafisah," luah sang suami. "Sayang sangat."

Air mata Permaisuri Agong Nafisah mengalir mendengar pengakuan dari suaminya itu. Senyuman gembira terlakar di wajahnya.

"Terima kasih sebab beri aku peluang untuk jadi suami kau lagi. Aku janji, tak akan siakan peluang yang kau bagi ni. Aku akan jadi suami yang terbaik untuk kau dan Jannah."

Perlahan-lahan dia membalas pelukan suaminya.

----- BERSAMBUNG -----



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku