Cinta Dalam Hati Suamiku
Bab 24
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Februari 2017
Cinta dalam hatimu, untuk siapa suamiku?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
603

Bacaan






BUNYI telefon bimbit berjaya mengalihkan perhatian sang raja dari terus fokus terhadap dokumen kerajaan di depan matanya. Tangan kirinya mengambil telefon bimbit. Dilihat ada satu pesanan ringkas masuk, dan ianya datang dari nombor yang tidak dikenali.

Raja Agong Amirul menghembus nafas berat. Badan disandarkan ke belakang kerusi. Tangan kanannya mula bergerak untuk membaca mesej yang dihantar.

+ Hello tuanku. Patik ada sesuatu nak beri kepada tuanku.

Raja Agong Amirul mula menekan gambar yang dihantar bersama. Bulat matanya melihat gambar isteri mudanya dengan lelaki yang tidak dapat dia lihat wajahnya di dalam gambar. Keadaan mereka sangat tidak senonoh dan sungguh mengaibkan.

Dada sang raja mula berombak kuat. Marah. Geram. Benci. Semuanya menjadi satu. Tangan kirinyanya sudah mengengam kuat seperti mahu menumbuk orang sahaja lagaknya."Tak guna!" Terus dia mencampakkan telefon bimbitnya ke dinding. Hancur telefon bimbit tersebut.

Tiba-tiba pintu dikuak dari luar.

"Tuanku, tak apa-apa?" soal pembantu Raja Agong Amirul. Tangannya masih memegang tombol pintu pejabat. Risau dia dengan keadaan pemerintah tertinggi Lafiya itu. Tiada angin, ribut tiba-tiba dia dengar suara mengamuk dan benda pecah.

Raja Agong Amirul merenung tajam wajah pembantunya. "Siapa beri keizinan untuk kamu masuk!" tengking sang raja.

"Aa... ampunkan patik."

"Keluar!"

Pembantu sang raja terus menunduk hormat sebelum dia menutup semula pintu pejabat Raja Agong Amirul.

Raja Agong Amirul terus meraup wajahnya dengan kedua tapak tangannya.

*****

AYAH Encik Fuad membuka pintu rumahnya. "Ha, ada apa datang ni?" Tangannya sudah mencekak pinggangnya.

"Nak ambik Hanim, ayah," jawab Puan Suhana.

Ayah Encik Fuad mencebik mendengar apa yang menantunya katakan.

"Tolonglah ayah. Saya nak ambik anak saya semula." Puan Suhana merayu.Mahu tak mahu dia terpaksa mengambil Hanim untuk tinggal bersama dengannya semula. Sama ada dia suka ataupun tidak, dia terpaksa menjaga Hanim untuk melunaskan dendamnya terhadap bekas madunya.

Dia masih ingat kata-kata Encik Fuad, tiada siapa yang tahu Hanim ialah anak kandung Permaisuri Agong Nafisah termasuklah ayah mertuanya sendiri. Semua orang fikir Hanim ialah anaknya. Anak yang lahir dari rahimnya.

Ayah Encik Fuad mengeluh berat. "Susah aku nak pulangkan Hanim dekat kau la. Kau seksa dia, pukul dia. Kau ingat dia tu anak patung ke? Tak ada perasaan."

"Ayah." Tangan ayah Encik Fuad dipegang. "Tolong lah. Saya nak bawak Hanim balik. Saya tak boleh hidup tanpa dia. Tolonglah ayah. Hanim satu-satunya anak saya."

"Aku risau la nak biarkan Hanim tinggal dengan kau meskipun dia tu anak kau."

"Tolonglah ayah. Bagi saya peluang. Saya, saya tertekan sebenarnya bila abang kena tangkap. Jadi..."

"Jadi kau lepaskan rasa kau pada Hanim. Budak yang baru empat tahun. Macam tu ke?"

Puan Suhana terdiam.

"Aku, boleh bagi Hanim tinggal semula dengan kau. Tapi dengan satu syarat."

"Apa dia?"

"Kau kena tinggal dengan aku. Aku nak tengok perangai kau dulu macam mana. Bila aku dah yakin kau boleh jaga Hanim, aku akan lepaskan dia pada kau. Boleh?"

Puan Suhana mengangguk perlahan.

*****

"LAMBATNYA tuanku balik hari ni." Permaisuri Agong Nafisah mendekati suaminya yang baru masuk ke dalam Kamar Peraduan Diraja. Sempat hujung matanya memandang jam di dinding. Sudah hampir lewat malam.

Raja Agong Amirul mengeluh panjang. Tangannya menutup semula pintu bilik. "Banyak kerja." Kaki diatur melangkah masuk ke dalam bilik pakaian. Ingin bersihkan diri.

Permaisuri Agong Nafisah mengikuti langkah suaminya. "Tuanku, patik nak cakap sesuatu boleh tak?"

"Aku penat la." Raja Agong Amirul memandang wajah isterinya. "Letih sangat ni. Nanti-nanti lah beri tahu aku. Tepi, aku nak mandi." Tangannya menolak sedikit bahu isteri mudanya yang menghalang laluannya untuk ke bilik air.

Permaisuri Agong Nafisah hanya memandang sahaja susuk tubuh suaminya yang hilang di balik pintu bilik air. Hatinya, mulai rasa tidak enak. Kepalanya digelengkan. Menidakkan apa yang terlintas dalam fikirannya ketika ini. "Tak ada apalah. Mungkin betul dia penat. Nanti-nanti je aku beritahu pasal Fuad tu."

*****

RAJA AGONG AMIRUL menyandarkan tubuhnya ke kepala katil. Kemudian dia menoleh ke arah isteri mudanya yang sudah lena. 'Kau tak curang dengan aku, kan Nafisah?' soal hati kecil sang raja. 'Mungkin itu semua fitnah lagi. Lagipun Nafisah tak pernah keluar sorang-sorang. Tapi... mungkin jugak tu gambar sebelum aku bawak dia tinggal sini. Mungkin ye, mungkin tak. Argh!' Dihempuk tilam di sebelah kirinya sekuat hati. Melepaskan rasa marahnya.

Permaisuri Agong Nafisah membuka kedua kelopak matanya. Tidurnya terganggu. "Tuanku." Dia bangun dari posisi baringnya tadi. "Kenapa? Ada yang tak kena?"

"Tak lah," nafi si suami.

"Habis, kenapa tak tidur lagi?"

"Banyak benda nak kena fikir."

"Pasal apa?"

"Lafiya. Tengah cari jalan penyelesaian untuk masalah ekonomi."

"Tak mintak pandangan Raja-Raja Lafiya yang lain?"

"Dah. Tengah fikir la ni, nak guna cadangan yang mana satu. Kena fikir baik buruk sesuatu cadangan tu. Salah pilihan nanti, rakyat akan jadi mangsa."

Satu keluhan berat dilepaskan oleh Permaisuri Agong Nafisah. Dipusingkan badannya ke kiri, ingin mengambil telefon bimbit. "Dah lewat sangat. Tidur la dulu. Esok fikir balik."

"Hm." Dipandang wajah isteri mudanya. "Kau tidur la dulu. Aku masih tak boleh nak tidur selagi tak habis fikir."

"Hm. Ye la." Dibaringkan dirinya semula. Badannya mengiring memandang si suami. "Jangan tidur lewat. Nanti cepat jatuh sakit," pesan si isteri. Tangannya menarik gebar ke paras dada.

"Ye. Jangan risau. Tidur lah."

Permaisuri Agong Nafisah kembali memejamkan matanya.

Raja Agong Amirul menyilangkan tangannya ke dada. 'Terlampau banyak benda nak kena fikir. Buang masa je fikir pasal gambar tu. Negara ni, lagi penting nak kena fikir.'

*****

PUAN SUHANA mengeluh panjang. Dipandang lama telefon bimbit miliknya. "Aku terfikir-fikir, apa dia tengah buat ye? Perang ke dorang sekarang?"

Kepala direbahkan di atas bantal. Matanya merenung syiling rumah ayah mertuanya. "Sabar, tak lama pun kena tinggal sini. Dapat Hanim balik, aku blah la."

*****

RAJA AGONG AMIRUL mengiringkan tubuhnya ke sebelah. Ingin memandang wajah tidur isteri mudanya. 'Aku percaya, kau tak curang dengan aku.' Tangannya mengusap lembut pipi Permaisuri Agong Nafisah yang sudah lena.

"Hm... wanginya," ujar Permaisuri Agong Nafisah tiba-tiba. Hidungnya makin mendekat dengan dada suaminya.

Berkerut dahi sang raja mendengarnya. 'Mengigau ke dia ni?'

----- BERSAMBUNG -----



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku