Cinta Dalam Hati Suamiku
Bab 29
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Februari 2017
Cinta dalam hatimu, untuk siapa suamiku?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
568

Bacaan






4 Febuari.

PERMAISURI AGONG JANNAH mengukir senyuman tatkala dia melihat tarikh hari ni pada kalender. Telefon bimbit yang berada tidak jauh darinya diambil. Nombor telefon madunya dicari.

Tut... tut...

Satu keluhan kasar dilepaskan. Dia menekan sekali lagi nombor telefon madunya setelah panggilannya tadi akhirnya masuk peti simpanan suara.

Tut... tut...

"Mana dia ni? Tak angkat call." Telefon sekali lagi ditekap pada telinga kanan. Dia menanti penuh sabar agar panggilannya itu berjaya. Namun, hampa.

*****

RAJA AGONG AMIRUL mengurut belakang leher Permaisuri Agong Nafisah yang sedang muntah di dalam mangkuk tandas. Tadi dia setia menemani isteri mudanya itu muntah di sinki, entah macam mana dek dah tak tahan berdiri isteri mudanya itu muntah pula ke dalam mangkuk tandas sambil melutut.. "Dah habis?"

Permaisuri Agong Nafisah menggelengkan kepalanya. "Ada... buek..." Dia muntah sekali lagi. "Pening... tak larat..."

Raja Agong Amirul menarik kepala isterinya agar bersandar pada dadanya. "Lega?"

Kepala Permaisuri Agong Nafisah digelengkan beberapa kali.

"Teruk sangat dah kau ni. Dah berminggu dah aku tengok. Bila tanya, kau asyik kata yang kau kata kau sihat. Tak ada apa-apa, jangan risau. Tapi aku tengok, makin lama makin teruk sangat kau muntah ni."

"Janganlah bising... tak larat nak dengar..."

"Sorry." Tangan Raja Agong Amirul mengurut sedikit kepala isterinya yang bersandar pada dadanya.

Permaisuri Agong Nafisah menolak dada suaminya jauh darinya. "Buek..."

"Kau mengandung ke?" soal si suami sambil mengurut belakang isterinya tanpa jemu. Dia pernah bertanya, namun Permaisuri Agong Nafisah diam sahaja.

Permaisuri Agong Nafisah hanya diam. Tidak dapat fokus dia untuk menjawab soalan suaminya. Dia tak larat. Sungguh!

"Ayahanda, umi."

Raja Agong Amirul menoleh ke arah pintu bilik air yang memang sengaja dia biarkan terbuka. Mudah nanti dia mahu bawa isterinya keluar dari bilik air. "Ada apa Khalil?"

"Umi tak sihat ke?" Khalil membetulkan beg sekolahnya sambil mendekati uminya yang sedang muntah dalam mangkuk tandas.

"Ha'ah, umi tak sihat. Khalil tunggu ayahanda ke? Untuk makan sama-sama?"

Khalil mengangguk.

"Tuanku..." Permaisuri Agong Nafisah menyentuh lengan suaminya. Matanya nampak kecil sahaja ketika ini. Seakan hampir untuk ditutup.

Raja Agong Amirul kembali fokus kepada misi utamanya mengapa dia berada di dalam bilik air. "Nak baring?"

Permaisuri Agong Nafisah mengangguk lemah.

Raja Agong Amirul membersihkan mulut isterinya sambil diperhati oleh Khalil. Tangan kanannya diletakkan di bawah leher si isteri dan sebelah tangan lagi diletakkan dibawah lutut isterinya. Dibetulkan posisi isterinya yang dicempung agar tidak terjatuh. "Khalil tutup pintu bilik air." Kaki semakin mendekati katil.

Khalil menurut. Pintu bilik air ditutup. Kemudian dia turut membontoti langkah ayah tiri dan uminya ke katil.

Setelah membaringkan Permaisuri Agong Nafisah di atas katil, dia memberi ruang kepada Khalil untuk mencium pipi isteri keduanya. Tahu sudah tabiat Khalil yang pasti akan mencium wajah uminya sebelum ke tadika.

"Tuanku..."

"Dah la, jangan cakap apa-apa. Rehat je. Kau tu lemah sangat dah."

Permaisuri Agong Nafisah mengangguk lemah. Matanya semakin rapat ditutup.

"Aku pergi dulu, tau." Dicium dahi Permaisuri Agong Nafisah sebelum membetulkan gebar yang menyelimuti tubuh si isteri.

"Ayahanda, nanti umi dengan Khalil kena datang jugak ke untuk makan dekat Istana Agong lepas habis tadika?" soal Khalil di saat tangan Raja Agong Amirul sedang mengusap pipi isterinya.

"Ye. Tapi kalau umi tak larat, umi dengan Khalil tak payah la datang. Ayahanda, nenda dengan yang lain datang makan sini. Okey?" Raja Agong Amirul tersenyum. Tangan kanannya mula mengusap kepala Khalil.

Khalil mengangguk.

"Datang... tapi lambat..." sampuk Permaisuri Agong Nafisah.

"Janganlah paksa diri. Kau tak sihat, kan?"

"Kan... hari keputeraan... tuanku..."

"Tak pe la. Tak payah kalau tak larat."

"Nanti patik datang..."

"Degillah kau ni. Ye la, tapi datang dengan Khalil tau."

Permaisuri Agong Nafisah mengangguk lemah.

"Aku pergi Dewan Santap. Kau nanti, jangan tak makan pulak."

"Ye..."

"Jom Khalil." Tangan kecil Khalil diraih. "Bagi umi rehat."

*****

"KHALIL, kalau umi tak sihat... jangan datang Istana Agong ye. Bagi tahu dekat Nenek Melati, nanti ayahanda yang datang sini. Tau?"

Khalil mengangguk.

"Janji?"

"Janji."

"Good boy. Dah makan sampai kenyang."

*****

PUAN MELATI memulas tombol pintu Kamar peraduan Diraja yang dihuni oleh Raja Agong Amirul dan Permaisuri Agong Nafisah. Senyuman ditarik saat dia melihat ada susuk tubuh sedang berbaring di atas katil.

"Ada je ni. Tapi nampak macam tak sihat je. Ni Melati tanya dululah kanda. Nafisah nak pergi ke tak. Ye?" Telefon bimbit yang ditekap di telinga dibetulkan sambil kakinya melangkah mendekati katil tempat Permaisuri Agong Nafisah berbaring.

"Nafisah..." Puan Melati menyentuh lembut tangan menantunya yang berada di atas perut. Punggung dilabuh di sisi katil.

Permaisuri Agong Nafisah membuka kedua kelopak matanya. "Mak..."

"Maafkan mak kacau rehat. Tapi ni ha, bonda kamu on call ni, tanya kamu nak join tak persiapan hari jadi Amirul?"

Permaisuri Agong Nafisah mengeluh seketika. Dia bangun dari posisi baringnya. Kepalanya diangguk lemah.

"Betul ke ni? Kamu nampak tak sihat sangat."

"Ye ma..." kata-kata Permaisuri Agong Nafisah tidak dapat dihabiskan. Terus sahaja Permaisuri Agong Nafisah memuntahkan segala isi perutnya di tepi katil. Habis lantai.

"Ya Allah." Telefon bimbit di tangan kembali ditekapkan telinga. "Kanda, Nafisah tak sihat la. Dia muntah..."

Permaisuri Agong Nafisah cuba mengapai tangan Puan Melati. Kepalanya digelengkan. "Tak.... Saya okey..."

"Nafisah..."

"Okey..."

Puan Melati mengeluh panjang. "Kanda, nanti saya call balik." Telefon bimbit yang sudah diputuskan panggilannya diletakkan di atas kabinet kecil yang ada di sisi katil tempat Permaisuri Agong Nafisah baring. Leher Permaisuri Agong Nafisah diurut lembut. "Lega?"

Permaisuri Agong Nafisah memicit kepalanya. Tidak memberi reaksi untuk pertanyaan Puan Melati.

"Nafisah, kamu... tengah mengandung ke?"

Permaisuri Agong Nafisah mengangguk lemah.

"Dah berapa minggu?" Dipeluk bahu menantunya itu.

Permaisuri Agong Nafisah melentokkan kepala pada bahu Puan Melati. "Hari ni... genap enam minggu, mak."

"Amirul tahu?"

Permaisuri Agong Nafisah menggelengkan kepalanya. Dipandang wajah Puan Melati. "Mak jangan bagitahu ye? Saya nak bagitahu sendiri."

Puan Melati mengangguk. Tangannya memicit kepala menantu. "Patutlah asyik muntah je, Amirul pulak asyik makan je, rupanya dah ada isi."

Permaisuri Agong Nafisah tersenyum.

*****

PERMAISURI AGONG JANNAH pantas memeluk tubuh madunya saat dia melihat madunya itu tiba di Istana Agong. "Mak kata dinda tak sihat, kenapa datang?" Pelukkan direngangkan. Matanya merenung anak mata madunya.

Permaisuri Agong Nafisah tersenyum. "Hari jadi tuanku, setahun sekali je. Rugilah rasanya kalau asyik layan sakit."

"Sakit berisi ni pelik tau." Permaisuri Agong Jannah turut tersenyum.

"Kanda dah tahu?"

Permaisuri Agong Jannah mengangguk. "Mak beritahu tadi. Bonda pun tahu."

"Jangan bagi tahu tuanku ye? Dnda nak beri kejutan."

"Okey. Dah jom masuk." Tangan madunya ditarik masuk ke dalam istana.

*****

"UMI!" Ungku Ridzuwan dan Putera Agong Hisham terus memeluk tubuh Permaisuri Agong Nafisah di saat mereka melihat umi mereka baru sahaja melangkah masuk ke Ruang Tamu Istana Agong.

"Hai..." Permaisuri Agong Nafisah merendahkan dirinya. Dicium ubun-ubun Ungku Ridzuwan dan Putera Agong Hisham. Senyuman terukir di bibir pucatnya.

"Umi tak sihat ke?" soal anak sulung Raja Agong Amirul.

"Umi sihat."

"Habis kenapa muka umi macam orang tak sihat?" soal Putera Agong Hisham lagi.

Permaisuri Agong Nafisah mengusap kepala anak tirinya dengan lembut. "Umi macam ni, sebab tak lama lagi... Sham dengan Ridz, akan dapat adik."

"Umi mengandung ye?" Ungku Ridzuwan bersuara dengan nada ceria.

Permaisuri Agong Nafisah mengangguk. "Tapi... korang jangan bagitahu ayahanda tau. Ni rahsia kita."

Ungku Ridzuwan dan Putera Agong Hisham mengangguk.

"Khalil... mana?" soal Permaisuri Agong Nafisah. Kepalanya meninjau-nijau belakang Ungku Ridzuwan dan Putera Agong Hisham. Mencari anaknya.

"La, Khalil kan dah balik. Umi yang ambik tadi. Umi lupa ke?" Ungku Ridzuwan memandang wajah Permaisuri Agong Nafisah.

Terkejut Permaisuri Agong Nafisah mendengarnya. "Mana... ada. Umi dekat sini je."

"Nafisah."

Permaisuri Agong Nafisah mengangkat kepalanya ke atas. "Tuanku." Dia berdiri tegak. Tangan suaminya diambil dan dicium.

"Dah okey?"

"Dah."

"Khalil mana?" tanya si suami.

"Tak tahu."

Raja Agong Amirul memandang wajah Ungku Ridzuwan dan Putera Agong Hisham. "Khalil mana?"

"Tadi umi dah ambik bawak balik, ayahanda," ujar Putera Agong Hisham.

"Eh. Tak la. Umi dekat sini je. Tak pergi mana-mana pun," ujar Permaisuri Agong Nafisah.

"Nafisah, jangan main-main."

"Tak, betul. Patik tak nampak pun muka Khalil hari ni kecuali dia pergi tadika tadi. Itu last."

Putera Agong Hisham dan Ungku Ridzuwan memandang wajah mereka antara satu sama lain. Siap digaru kepala lagi. Tidak faham dengan situasi yang sedang berlaku. Mana Khalil?

"Nafisah. Ini tak lawak. Tolong jangan nak prank aku melalui kehilangan Khalil. Please. Panggil anak kau sekarang. Ada benda aku nak cakap dengan dia."

"Tuanku, patik tak bergurau. Patik cakap betul ni."

"Sham dengan Ridz baru cakap tadi. Kau sendiri dengar apa yang mereka cakap, kan? Kau dah ambik Khalil dari tadika. Aku sendiri tengok tadika dah kosong tau masa aku dalam perjalanan balik ni."

"Patik tak ambik Khalil pun dari tadika. Seharian patik dekat sini. Tanya bonda, mak dan Kanda Jannah kalau tuanku tak percaya."

"Habis kau nak kata anak-anak aku ni penipu? Mereka sendiri cakap mereka nampak kau ambik Khalil tadi." Intonasi nada suara Raja Agong Amirul sudah berubah menjadi tegas.

"Ya Allah... tuanku. Patik tak ambik Khalil dari tadika."

"Sekarang masa yang sangat tak sesuai untuk bergurau. Please."

Permaisuri Agong Nafisah mengeluh berat. "Tak bergurau, tuanku."

"Dinda Nafisah memang seharian dengan dinda, kanda," sampuk Permaisuri Agong Jannah yang baru memunculkan diri di Ruang Tamu Istana.

Raja Agong Amirul mengeluh perlahan. Matanya memandang wajah Ungku Ridzuwan dan Putera Agong Hisham.

"Tak tipu. Betul. Kami nampak umi yang ambil Khalil tadi. Tak caya (percaya) tanya pengawal," ujar si putera. Tangannya menunding ke arah pengawal yang berdiri tidak jauh dari mereka.

"Benar tuanku. Patik turut melihatnya. Khalil telah diambil oleh Tuanku Permaisuri sewaktu masa tadika habis tadi."

"Yang sebelah kata macam ni.." Tangan Raja Agong Amirul dituju ke arah anak-anaknya. "Siap ada saksi. Yang sebelah sini..." Sebelah tangannya dituju ke arah Permaisuri Agong Nafisah. "Kata lain, ada saksi jugak. Mana satu yang betul ni? Tak kan ada dua Nafisah pulak!" Raja Agong Amirul sudah mahu mengamuk. "Tak kelakar la kalau nak buat prank hari jadi macam ni!"

"Kanda..."

"Apa ni bising-bising?" Permaisuri Agong Jelita dan Puan Melati mula memunculkan diri mereka di Ruang Tamu Istana Agong.

"Tanya Nafisah ni! Main-main pulak dia. Orang tanya, jawab betul-betul. Aku dah tengah letih ni. Serabut dengan macam-macam hal." Raja Agong Amirul sudah mula naik angin.

Permaisuri Agong Nafisah sudah menitiskan air matanya. "Tuanku, patik tak akan sama sekali gunakan kehilangan Khalil hanya semata-mata nak buat prank hari jadi tuanku."

"Masalahnya, Ridz dengan Sham cakap kau ambik Khalil tadi."

"Habis tuanku nak kata patik menipu ke sekarang ni?" Permaisuri Agong Nafisah sudah mula beremosi.

"Ye la! Kau saja nak tipu aku, bagi aku gelabah sebab Khalil hilang tapi sebenarnya kau yang sorok Khalil," tuduh Raja Agong Amirul.

"Pening kepala la. Macam ni, apa kata kita pergi tadika check CCTV." Permaisuri Agong Jelita memutuskan jalan terbaik.

"Ada sesuatu yang pelik di sini," Pengawal Diraja mula bersuara.

Semua mata memandang ke arah pemilik suara.

"Masa Khalil balik tadi, patik perasan ada yang pelik. Ada yang tak kena. Sikap tuanku lain." Mata pengawal tersebut memandang ke arah Permaisuri Agong Nafisah.

"Lain?"

"Tuanku Permaisuri tadi, keseorangan sedangkan kemana sahaja tuanku pergi pasti ditemani Panglima Zafrul. Patik tengok, tuanku memandu masa bawak Khalil balik tadi. Sedangkan kita semua sedia maklum, tuanku tak ada lesen memandu apatah lagi memiliki kereta. Yang menganggu fikiran patik, tuanku hanya senyum kepada Tuan Putera dan Ungku. Selalunya kalau tuanku jumpa mereka, tuanku akan peluk mereka," panjang lebar pengawal memberitahu. "Rasanya... ada orang cuba nak kenakan tuanku."

"Anakanda Nafisah." Permaisuri Agong Jelita menghampiri menantunya.

"Ye, bonda."

"Kamu betul-betul tak ada adik-beradik? Yang muka sama dengan kamu ke? Kembar maybe?"

Permaisuri Agong Nafisah menggelengkan kepalanya. "Tak. Saya anak tunggal."

"Kenalan?"

"Tak. Kenapa bonda tanya pasal adik-beradik ni?"

Permaisuri Agong Jelita mengeluh panjang. "Kalau bukan anakanda yang ambil Khalil dari tadika, mungkin saudara-mara anakanda?"

"Tak mungkinlah. Anakanda dah tak ada saudara. Kalau ada semuanya dekat mesir, bonda. Keluarga belah umi dah tak ada sesiapa."

"Ooo ye ke?"

"Bawa beta ke tadika. Beta nak tengok CCTV," ujar Raja Agong Amirul kepada pengawal. Kakinya mula melangkah diatur keluar dari pintu utama istana.

"Baiklah, tuanku."

Mata Raja Agong Amirul memandang tajam wajah isteri keduanya saat dia sudah berada di depan muka pintu. "Kalau kau main-main, siap. Aku tak akan main-main. Dan aku tak izinkan kau keluar dari istana ni sampai aku balik."

Permaisuri Agong Nafisah hanya berdiam.

"Mari pergi."

Kaki Permaisuri Agong Nafisah mulai lemah. Terjelupuk dia di Ruang Tamu Istana itu. Air matanya mengalir laju. "Khalil... Khalil..."

Permaisuri Agong Jannah terus memeluk tubuh madunya itu. "Sabar ye? Kanda yakin, Khalil ada tu."

Permaisuri Agong Nafisah membalas pelukan madunya. Selang beberapa saat, tangan yang membalas pelukan sebentar tadi terkulai lemah.

"Dinda..." Pelukan dileraikan oleh Permaisuri Agong Jannah. Bulat matanya saat dia melihat kepala madunya sudah mahu menyembah lantai. "Doktor!"

****

"NAFISAH, tolonglah. Aku merayu dengan kau. Mana Khalil?"

"Patik tak tahu."

Raja Agong Amirul mengigit hujung bibirnya. Diraup wajahnya dengan kedua-dua tapak tangannya. "Jangan tipu la. Aku tanya elok-elok ni."

"Ya Allah... tuanku patik tak tahu."

"Tak tahu apa!" Raja Agong Amirul sudah berdiri. Dadanya berombak kuat tanda marah. "Dalam CCTV tadi, muka kau tahu tak! Ada nama penuh kau, nombor kad pengenalan kau dalam Rekod Pengambilan Anak tadi! Siap ada tanda tangan kau! Boleh tak jangan menipu!"

"Patik tak tahu... Demi Allah!"

"Jangan sebut nama Allah la sekarang. Tak kelakar!"

"Patik tak tipu..." Permaisuri Agong Nafisah sudah mula menangis.

"Nafisah!"

"Ya Allah, kanda." Permaisuri Agong Jannah mendekati suaminya yang berdiri. "Apa ni marah-marah. Cuba bawak bertenang sikit."

"Macam mana kanda nak tenang? Banyak masalah dalam kepala nak kena fikir, nak kena buat, ingat hari ni balik boleh happy dengan semua. Tapi hancur! Dah cakap datang sini dengan Khalil, tak nak dengar. Tengok, Khalil dah hilang!" Raja Agong Amirul merenung tajam wajah isteri mudanya yang sudah kembali menunduk.

"Kanda. Ni bukan salah Dinda Nafisah. Kesian Dinda Nafisah. Khalil tu anak Dinda Nafisah tau. Hilangnya Khalil beri kesan lebih pada dia, bukan pada kita. Kita sedih, tapi hati Dinda Nafisah terluka terus. Lagipun, Dinda Nafisah tak boleh tertekan sekarang ni kanda. Kanda tolonglah jangan nak mengamuk tak tentu pasal," tegas Permaisuri Agong Jannah katakan.

Bimbang betul dia dengan sikap suaminya sekarang ini. Risau sekiranya itu memberi tekanan kepada madunya yang sedang mengandung. Sudah la tadi Doktor Daniel memberitahu bahawa kandungan madunya itu lemah.

"Betul tu, anakanda. Lagipun bonda yang suruh Anakanda Nafisah datang ke sini dulu. Biar Khalil datang kemudian selepas balik sekolah dengan Hisham dan Ridzuwan." Permaisuri Agong Jelita memandang wajah cucu-cucunya. "Kalian tahu mana Khalil pergi?"

"Kami tak tahu nenda. Masa kelas akhir tadi pun... Khalil tak masuk," ujar Putera Agong Hisham.

Raja Agong Amirul melabuhkan punggungnya di sofa yang berada di tengah-tengah Ruang Istirehat Istana itu semula. Matanya memandang wajah Permaisuri Agong Nafisah. "Kau ni, isteri tak guna! Anak sorang pun boleh hilang. Macam mana ni? Mak macam apa kau? Anak kau sendiri pulak tu! Bukan anak orang lain. Bukan anak aku, bukan anak Jannah. Sampai hilang Khalil kau buat. Haih... kalau macam ni la, memang aku tak teringin nak ada anak dengan kau, tahu!"

Permaisuri Agong Nafisah terus mengangkat wajahnya dari terus memandang lantai. "Tuanku..." Air matanya makin deras mengalir.

"Kanda."

"Diam, dinda." Tajam pandangan sang raja itu jatuh kepada isteri pertamanya.

"Kalau aku ada anak dengan kau... aku rasa habis anak aku! Malang mereka dapat umi macam kau! Malang jugak pada aku sebab jadi suami kau! Malang pada Sham dan Ridz yang anggap kau macam mak mereka sendiri! Malang semua orang! Kesian Khalil dapat umi macam kau!"

Permaisuri Agong Nafisah menahan rasa sakit hatinya bila dia dihina suaminya. Digigit hujung bibirnya. Kedua tangannya sudah mengempal penumbuk. Kemudian diangkat kepalanya ke atas. Memandang suaminya.

"Kenapa? Tak puas hati!"

"Yang hilang tu anak aku! Aku yang mengandungkan dia, lahirkan dia, jaga dia selama ni... kau sesuka hati nak tuduh aku biarkan anak aku hilang!"

Tercengang semua orang di dalam bilik itu bila melihat Permaisuri Agong Nafisah sudah berubah.

Dada Permaisuri Agong Nafisah berombak kencang.

Keadaan di dalam Dewan Istirehat itu sunyi buat seketika. Masing-masing terkedu bila buat pertama kalinya Permaisuri Agong Nafisah, seorang yang lemah-lembut tiba-tiba bertukar rupa.

Ungku Ridzuwan sudah memeluk tubuh bondanya. Takut melihat wajah garang uminya.

"Patik... nak mintak izin balik istana Rehat." Intonasi nada suara Permaisuri Agong Nafisah sudah berubah seperti biasa. Saat dia bersuara, dia langsung tidak dipandang wajah suaminya.

"Hm. pergilah."

Permaisuri Agong Nafisah pantas bangun dari sofa dan keluar.

Permaisuri Agong Jannah mengusap kepala Ungku Ridzuwan yang masih memeluknya. "Ridz dengan Sham pergi Dewan Santapan. Teman Mak Engku Mawar."

Ungku Ridzuwan dan Putera Agong Hisham mengangguk.

"Bonda dengan mak pun, keluar jugaklah. Jom dinda." Permaisuri Agong Jelita menarik tangan Puan Melati agar mengikutinya.

Permaisuri Agong Jannah mengeluh panjang sebelum kembali melabuhkan punggungnya di sofa. Matanya merenung wajah suaminya. "Kanda memang, kan. Asyik nak marah tak berhenti. Kesian Dinda Nafisah. Antara kita semua... kehilangan Khalil tu, dialah yang paling terkesan, kanda."

Raja Agong Amirul mengeluh. "Kanda tak suka ditipu. Terang-terang dalam CCTV tadi muka dia."

"Masalahnya Dinda Nafisah dengan dinda dari pagi tadi. Tak lepas dari dinda pun."

Raja Agong Amirul mula memicit kepalanya.

"Dinda Nafisah tak sihat tau kanda. Tapi dia sanggup datang sini, buat sama-sama dengan dinda majlis kanda ni. Kanda pulak, marah dia. Tak pasal-pasal dia dia berubah macam tadi. Takut tau Sham dengan Ridz tadi."

Raja Agong Amirul melepaskan satu keluhan berat.

"Dalam keadaan macam ni pun, kanda tergamak lukakan hati Dinda Nafisah lagi. Kanda... Dinda Nafisah tu tengah mengandung tau. Tolonglah jaga hati dengan perasaan Dinda Nafisah sikit. Nak cakap tu, fikir dulu."

Bulat mata Raja Agong Amirul mendengarnya. "Mengandung?"

Permaisuri Agong Jannah mengangguk. "Dinda Nafisah tak bagi dinda beritahu, tapi dinda beritahu ni sebab nak kanda fikir. Dinda Nafisah pengsan tau tadi. Doktor Daniel cakap kandungan dia lemah. Kanda pulak bagi dia stress. Tolonglah kanda. Jangan macam ni."

"Nafisah... mengandung? Kanda... tak tahu."

"Dia nak beritahu kanda hari ni. Sebagai hadiah hari jadi untuk kanda. Tapi lain yang jadi. Dah la dinda lapar, nak makan. Entah apa yang isteri kanda seorang lagi tu makan. Makan ke tak." Punggung diangkat dari sofa. Langkah kaki diatur ke pintu.

"Jangan bagi Dinda Nafisah tahu yang dinda beritahu ni pada kanda." Sempat Permaisuri Agong Nafisah menitip pesanan sebelum menutup pintu Bilik Istirehat.

"Nafisah... mengandung? Ya Allah. Apa aku dah buat?" Wajahnya diarup dengan tapak tangan. "Patutlah dia tak sihat. Muntah... aku asyik nak makan. Sebab dia mengandung. Allah... Amirul, once again kau lukakan hati dia lagi."

*****

AIR mata mengalir laju pada wajah Permaisuri Agong Nafisah. Tangan kanannya mengusap perutnya. 'Sampai hati dia hina aku. Sampai hati dia...'

"Tuanku..." panggil Pemandu Istana ingin memecah kesunyian yang melanda.

"Ye?"

"Tuanku, patik lapar ni. Boleh tak tuanku izinkan patik beli makanan bungkus sekejap? Sebab jalan sehala ni nak ke Istana Rehat." Sengaja Pemandu Istana berkata sebegitu. Dia tahu majikannya ini belum makan.

Lagipun Raja Agong Amirul ada hantar pesanan ringkas kepadanya semasa dia memandu tadi agar memastikan Permaisuri Agong Nafisah makan. Dia mulai baca pesanan itu semasa kereta berhenti akibat lampu jalan bertukar merah.

"Boleh. Tapi, boleh tolong belikan untuk saya sekali, tak?"

"Mestilah boleh tuanku. Nak banyak ke?"

"Jangan banyak. Sikit je cukup."

"Baiklah, tuanku."

"Terima kasih." Permaisuri Agong Nafisah cuba menarik senyuman.

"Sama-sama, tuanku."

----- BERSAMBUNG -----



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku