Cinta Dalam Hati Suamiku
Bab 30
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Februari 2017
Cinta dalam hatimu, untuk siapa suamiku?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
926

Bacaan






"BONDA." Raja Agong Amirul meletakkan kedua kepala lututnya di atas karpet. Matanya memandang wajah Permaisuri Agong Jelita yang sedang menitiskan air mata. "Bonda..."

Permaisuri Agong Jelita hanya berdiam.

"Kenapa bonda nangis?" Raja Agong Amirul mengelap air mata di wajah si bonda dengan jarinya. "Sebab anakanda?"

"Anakanda kan dah janji, tak akan buat macam apa yang ayahanda dah buat." Permaisuri Agong Jelita merenung anak mata milik Raja Agong Amirul. "Dah janji, kan?"

Raja Agong Amirul menunduk.

"Bonda ni, dah gagal ke anakanda dalam cara mendidik anakanda?"

"Bonda... tak, bonda. Bonda tak gagal. Bonda lihat anakanda, anakanda kan dah jadi salah seorang raja yang hebat?"

"Bonda gagal jadikan anakanda suami yang baik unuk isterinya." Lirih suara si bonda.

Terkelu lidah Raja Agong Amirul.

"Bonda dah gagal. Gagal."

"Bonda..." Kepala sang raja diletakkan di atas riba si bonda. "I'm sorry, bonda."

"Cakap maaf bukan pada bonda, tapi pada Anakanda Nafisah."

"Anakanda ucap kata maaf pada bonda, sebab mungkir janji dengan bonda. Anakanda buat bonda sedih. I'm sorry."

Permaisuri Agong Jelita mengeluh panjang. Tangan kanannya mengusap kepala anaknya. "Jangan terikut sangat rasa marah tu. Cukuplah dengan apa yang anakanda dah buat pada Anakanda Nafisah. Tak kan nak buat lagi? Tak kesian ke dengan anak dalam kandungan dia tu? Tu anak anakanda tau. Tak kesian ke dengannya?"

Raja Agong Amirul menitiskan air matanya.

"Kesianlah dengan anak tu. Kesiankanlah dekat Anakanda Nafisah. Anakanda Nafisah dah banyak sangat menderita. Janganlah buat dia lebih menderita. Kalau anakanda tak anggap dia isteri..."

"Bonda, Nafisah isteri anakanda. Isteri anakanda sampai bila-bila." Laju Raja Agong Amirul bercakap. Memotong kata-kata dari bondanya. Matanya merenung wajah sedih Permaisuri Agong Jelita.

"Kalau begitu, jangan buat dia menderita."

Raja Agong Amirul mengangguk.

"Mak dah balik?"

"Dah. Lepas mak dengan Dinda Mawar makan, mereka terus balik. Nak teman Nafisah."

Permaisuri Agong Jelita mengangguk. "Pergilah berehat. Tenangkan fikiran kacau anakanda tu. Bonda nak beristirehat."

*****

RAJA AGONG AMIRUL memandang pintu Kamar Peraduan Diraja di hadapannya. Tangan kanannya mara ke depan, bahagian tombol pintu. Ingin melangkah masuk untuk melihat keadaan isteri keduanya.

Selalunya waktu pagi begini, isterinya pasti sedang menahan rasa sakit, pedih dan pening di dalam bilik air. Muntah tak berhenti-henti sampailah tubuh isterinya itu lembik.

Baru sahaja tangannya ingin memulas ada suara menegurnya.

"Tuanku, Tuanku Permaisuri... tak nak jumpa tuanku."

Raja Agong Amirul menoleh ke arah Dayang Ita.

"Baginda dah pesan pada patik kalau tuanku datang sini," tambah Dayang Ita.

Sang raja menganggukkan kepalanya. Tangan yang memegang tombol pintu, ditarik ke sisinya semula.

"Maaf tuanku. Tapi ini perintah Tuanku Permaisuri."

"Tak apa. Tuanku Permaisuri macam macam mana hari ni?"

"Muntah macam biasa la, tuanku. Teruk jugaklah sampai pengsan dalam bilik air tadi."

"Nanti, tolong ada di sisi dia masa muntah ye? Buat apa yang patut. Urut ke."

"Baiklah, tuanku."

"Tuanku Permaisuri dah makan?"

"Belum."

"Pastikan Tuanku Permaisuri makan, dan mendapat rehat secukupnya. Beta tak nak Tuanku Permaisuri sakit. Jangan beri ruang padanya untuk rasa tertekan kerana kehilangan Khalil. Beritahu padanya, beta akan terus cari sampai jumpa. Itu janji beta."

Dayang Ita mengangguk.

"Beta pergi dulu." Raja Agong Amirul mulai mengatur langkah untuk turun dari tingkat itu. Dia perlu melaksanakan tugasnya sebagai pemerintah seperti biasa.

*****

BARU sahaja Permaisuri Agong Nafisah mahu menyuapkan nasi ke dalam mulutnya, hujung matanya menangkap susuk tubuh Raja Agong Amirul mendekatinya di meja makan. Dia melihat baju dibadan suaminya. 'Baru balik kerja rupanya.'

"Assalamualaikum," tegur Raja Agong Amirul sambil melabuhkan punggung di tempat duduk khasnya.

"Waa'laikumussalam," jawab Permaisuri Agong Nafisah dengan lembut. Nada suaranya senada dan perlahan. Wajahnya tiada senyuman dan kelihatan seperti orang sakit.

"Mak dengan Dinda Mawar mana? Tak makan sekali?" Raja Agong Amirul mengukir senyuman kepada sang dayang yang menghulur mangkuk untuk basuh tangan kepadanya.

"Dah makan dah."

"Ooo, jadi awak baru nak makan?" Raja Agong Amirul mengangkat tangannya kepada sang dayang yang menyendukkan nasi putih kepinggannya. Tanda sudah cukup.

Dayang tersebut menunduk hormat sebelum berlalu.

Permaisuri Agong Nafisah mengambil langkah untuk diam. Tangannya menyuap nasi ke dalam mulut. 'Dah kenapa ni, tiba-tiba 'awak' pulak?'

"Saya teman awak makan ye?"

Diam.

"Rindukan nak guna 'saya-awak' macam masa kita kecik dulu. Mulai hari ni, kita guna ganti nama diri tu, nak?"

Diam lagi.

"Awak masak ke hari ni?"

"Tak. Tak larat nak masak pun."

"Ooo. Patutlah. Tengok je lauk ni semua, saya dah tahu bukan awak yang masak."

Permaisuri Agong Nafisah hanya buat tidak dengar. Dia mengunyah perlahan nasi dan lauk di dalam mulutnya.

"Saya rasa rindu pulak nak makan masakan awak. Ye la setiap kali giliran saya dekat sini, awak selalu masak untuk saya. Nanti kalau awak larat, masakkan untuk saya, boleh?"

Permaisuri Agong Nafisah mengambil sambal di depan pinggan nasinya.

Melihat si isteri hanya diam sahaja, Raja Agong Amirul mengeluh perlahan. "Hm... boleh tolong letakkan lauk?"

Permaisuri Agong Nafisah menyenduk lauk sayur yang tidak jauh darinya dan diletakkan di atas pinggan makan Raja Agong Amirul.

"Nak ayam," pinta sang raja.

Permaisuri Agong Nafisah mengambil seketul ayam goreng dan diletakkan di atas pinggan suaminya. Dia menurut apa sahaja yang suaminya katakan, tapi tidak dipandang langsung wajah suaminya dan mulutnya kekal terkunci.

Dipandang wajah isterinya. "Terima kasih."

Permaisuri Agong Nafisah kekal diam. Tangan kirinya memicit kepalanya yang tiba-tiba sakit.

"Awak okey?" Dia menyentuh tangan kiri isterinya.

Permaisuri Agong Nafisah mengangguk. Tangan kirinya yang memicit kepala diturunkan. Diletakkan di atas riba.

Raja Agong Amirul menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Pada masa yang sama, hujung matanya mencuri pandang isterinya.

Permaisuri Agong Nafisah mula membasuh tangannya. Nasi di dalam pinggannya sudah habis. Baru sahaja si isteri ingin mengangkat punggung dari kerusi, Raja Agong Amirul bersuara.

"Teman saya sampai saya habis makan, ye?"

Permaisuri Agong Nafisah melabuhkan semula punggungnya ke kerusi.

'Amirul, tengoklah isteri kau. Kau lukakan hati dia tapi dalam marah-marah dia... dia tetap ikut cakap kau,' bisik hati kecil Raja Agong Amirul.

"Jom, saya dah habis makan." Raja Agong Amirul mengelap mulutnya menggunakan kain yang disediakan setelah dia membasuh tangannya.

Permaisuri Agong Nafisah bangun dari kerusi dan mengatur langkah ke muka pintu Dewan Santapan. Langkahnya terhenti akibat suaminya menarik lengan kirinya dengan lembut.

"I'm sorry."

Permaisuri Agong Nafisah menarik lengan kembalinya dari pegangan suaminya. Tanpa dipandang muka Raja Agong Amirul, dia mengatur langkah untuk keluar dari Dewan Santapan.

*****

RAJA AGONG AMIRUL meletakkan baju kotornya di tempat yang disediakan. Tuala diparas pinggang dibetulkan. Langkah kaki mula melangkah masuk ke dalam bilik pakaian. Tangannya membuka almari yang menyimpan bajunya. Sempat hujung matanya merenung ke tepi almari baju milik isterinya. Ada kotak.

Gerakkan tangan sang raja yang mahu mencari pakaian tadi terhenti. Dia mengatur langkah ke situ dan menunduk untuk mengambil kotak yang berada di tepi almari pakaian Permaisuri Agong Nafisah. Ada kad di atasnya.

Happy bornday, suami.
Semoga rumah tangga kita kekal sampai syurga.
Amiin.

Raja Agong Amirul mengukir senyuman. Tangannya membelek-belek kotak bewarna biru gelap yang dihiasi reben itu. 'Mesti dalam ni Nafisah ada beritahu yang dia mengandung.' Kotak tersebut dibuka penutupnya.

Riak wajahnya yang tadi ceria, riang dan gembira bertukar suram. Tanda tidak gembira. Lain yang diharapkan, lain yang dia dapat Senyuman di wajahnya mati perlahan-lahan. Tangannya menarik keluar isi dalam kotak. 'Baju?'

Dikibas-kibas baju bewarna hitam tersebut. Berharap adalah nota yang terselit ke, ujian kehamilan ke, laporan kesihatan ke atau apa sahaja yang berkemungkinan ada didalam lipatan baju. Namun hampa.

"Tuanku cari apa?"

Raja Agong Amirul menoleh ke pintu bilik pakaian. Dia menarik kembali senyuman. Biar terhias cantik di wajahnya untuk isterinya.

Permaisuri Agong Nafisah memandang kotak yang sudah dibuka oleh suaminya. Wajahnya serius sahaja meskipun ada riak tidak sihat. "Dah bukak rupanya. Maaflah hadiah murah je." Senada sahaja intonasi suara si isteri.

"Tak apa. Cantik. Saya suka. Mana beli ni?"

"Buat sendiri."

"Ooo..." Raja Agong Amirul mengangguk perlahan. Dia terlupa akan kemahiran isterinya yang seorang ini. Pandai juga menjahit selain dari memasak. "Hm... ni je ke hadiah awak untuk saya?"

"Ada nampak yang lain ke dekat situ?" Berdebar jantung si isteri. Rasa mahu tercabut jantungnya ketika ini. Dalam hati terus-terus berdoa agar suaminya tidak tahu dia kini mengandung enam minggu. Bukan dia tidak mahu beritahu, tapi dia rasakan mood gembiranya dan cerianya untuk berkongsi berita itu sudah tiada.

Sebenarnya dalam kotak itu, dia ada letak laporan kesihatan yang mengatakan dia mengandung. Siap ada gambar ultrasound lagi. Tapi dia sudah keluarkan semua itu sebaik sahaja dia sampai istana semalam. Dia masih kecil hati dengan kata si suami semalam.

Raja Agong Amirul mengeluh kecewa. 'Apa kata aku tanya je?'

"Kecewa nampak? Tuanku harap patik nak bagi apa?" Langkah kaki diatur mendekati suaminya. Tiba-tiba muncul pula rasa ingin memeluk tubuh itu. Tapi ditahan sahaja keinginannya itu.

"Saya tak kisah pasal hadiah. Apa awak bagi dekat saya, saya simpan dan jaga elok-elok."

"Dulu patik bagi benda mahal, tapi dibuat sampai pecah benda tu sebab marah sangat dengan patik kan bila kena kahwin dengan patik. Jadi sekarang patik sengaja bagi benda murah sebab kalau tuanku bakar sekalipun, hati ni... tak la rasa sakit sangat."

Berubah riak wajah si suami mendengarnya. 'Dia tahu? Maknanya malam tu... dia nampak la yang aku mengamuk sampai campak barang yang dia bagi dulu, kan?'

"Baju tu... tak suka... silakanlah bakar. Nak bakar depan mata ni pun boleh. Tak kisah."

"Nafisah..."

Permaisuri Agong Nafisah menjeling menyampah. "Tepi." Tangannya menolak sedikit tubuh suaminya yang berada di depannya itu. Menghalang laluannya untuk ke almari pakaian Raja Agong Amirul.

Raja Agong Amirul memandang sahaja gelagat isteri keduanya itu memilih pakaian untuknya. Rasa gembira dan bahagia bila melihat isterinya buat semua itu untuknya. Almaklumlah, hanya isteri mudanya ini sahaja yang pandai menguruskan makan dan pakaiannya.

Permaisuri Agong Nafisah menarik seluar yang berlipat elok. Tangannya mula bergerak, mencari baju untuk suaminya pula.

"Saya nak pakai baju yang awak buat."

Permaisuri Agong Nafisah hanya diam. Tangannya mengambil pakaian dalam suaminya. Kemudian dia menghulurkan pakaian yang sudah diambil kepada si suami.

"Terima kasih."

Permaisuri Agong Nafisah mengambil kotak yang ada di tangan suaminya. Kemudian dia meletakkannya tidak jauh dari mereka. Disusun bagi lebih kemas.

"Saya nak tanya." Raja Agong Amirul melabuhkan punggungnya di ruang tengah bilik pakaian. Ada kerusi di situ.

"Apa?"

"Awak mengandung ke?"

Permaisuri Agong Nafisah menoleh ke arah suaminya. "Kenapa tanya?"

"Er... awak asyik tak sihat."

"Tak sihat, tak semestinya mengandung, tuanku."

"Dulu, Alia mengandungkan Sham pun macam awak. Muntah, pening dan tak sihat."

"Itu Tuanku Permaisuri Alia, bukan patik!" Langkah kaki diatur untuk keluar dari Bilik Pakaian. Takut lama-lama sangat berdua dengan si suami, makin banyak lah dosanya terkumpul.

Lagipun rasa sakit hati disebabkan semalam masih ada. Masih berbekas. Kalau suaminya tak bersikap seperti semalam, pasti semalam akan jadi hari yang mengembirakan untuknya dan mungkin juga untuk satu keluarga mereka.

'Dia masih terluka. Padanlah muka aku.'

*****

RAJA AGONG AMIRUL memegang kedua-dua bahu isterinya. Dipandang anak mata Permaisuri Agong Nafisah. "I'm sorry, sayang."

Permaisuri Agong Nafisah menolak tangan kanan dan kiri suaminya yang ada di atas bahunya. "Tolong ke tepi, tuanku. Patik mengantuk," ujarnya tanpa perasaan. Senada sahaja intonasi suaranya.

"Please, don't call me 'tuanku'. I'm your husband."

Permaisuri Agong Nafisah memandang wajah suaminya tanpa perasaan. Tangan kanan dan kirinya digunakan untuk menolak lembut tubuh suaminya. Dia mahu ke katil.

"Nafisah."

"Patik mengantuk." Langkah kaki diatur ke arah katil. Baring sahaja dia di katil, terus tubuh mengiring ke arah dinding.

Raja Agong Amirul turut naik ke atas katil dan terus dia memeluk tubuh isteri kedua yang baring membelakangkan dirinya.

Tersentak Permaisuri Agong Nafisah. Dikeraskan badannya. Dadanya sudah berdebar kencang. 'Jangan dia mintak layan malam ni. Tak ada mood.'

"Nafisah, I'm sorry."

Permaisuri Agong Nafisah hanya diam. Matanya dipejamkan. Biarlah suaminya menganggapnya sedang tidur.

"Thanks untuk hadiah saya. Saya suka sangat. Baju yang awak buat, masakan awak malam semalam, dan..." Tangan Raja Agong Amirul menyentuh perut kempis isterinya.

'For the baby,' sambung sang raja dalam hati.

"Tuanku nak apa? Nak patik layan tuanku ke sekarang?"

"Taklah. Saya tak nak awak layan saya."

"Habis?"

"Ayat tadi... terima kasih sebab sudi layan saya hari ni walaupun awak marah dan sakit hati dengan saya sebab semalam. Layan saya makan, teman saya makan, pilihkan baju saya. Terima kasih."

'Ayahanda sayang sangat dengan anak ayahanda yang ada dekat dalam ni. Jaga umi tau. Jangan bagi umi sedih. Cukuplah ayahanda dah buat umi sedih. Dan, doakan agar Abang Khalil dijumpai semula ye. Kesian umi.'

Permaisuri Agong Nafisah mengeluh perlahan. 'Tangan dia ni. Potong kang. Dia ni tahu ke... aku mengandung?'

"Tak baikkan tidur belakangkan saya."

Terus Permaisuri Agong Nafisah menelentangkan dirinya. Kini, posisinya dalam keadaan memandang syiling walaupun matanya tetap dipejamkan.

Raja Agong Amirul tersenyum, dia tahu isterinya itu akan menuruti katanya. "Tidurlah. Assalamualaikum." Dikucup dahi isteri keduanya.

"Waa'laikumussalam."

"Peluk saya. Awakkan tak boleh tidur kalau tak peluk saya."

Permaisuri Agong Nafisah hanya menurut. Badannya dipusing menghadap si suami namun pada masa yang sama matanya kekal terpejam rapat. Bau sahaja bau badan suaminya, terus matanya terpejam. Lena tanpa dia sedar.

Melihat si isteri sudah tidur dan lena, dirungkaikan pelukan isterinya pada tubuhnya. Kemudian dia turun dari katil perlahan-lahan, tidak mahu lena si isteri terganggu. Dia mahu ke pejabat Istana. Misi mencari Khalil perlu diteruskan.

----- BERSAMBUNG -----



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku