Cinta Dalam Hati Suamiku
Bab 31
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Februari 2017
Cinta dalam hatimu, untuk siapa suamiku?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
643

Bacaan






Seminggu kemudian...

RAJA AGONG AMIRUL merenung imbasan wajahnya di cermin meja solek. Lama sekali dia menilik wajahnya di situ. Dia teringat akan hari-harinya dengan isteri mudanya dalam masa seminggu ini.

Isteri keduanya itu, bila bersamanya tahunya diam sahaja. Sunyi sepi sahaja antara mereka berdua. Tiada gurau senda, berborak atau apa sahaja bunyi antara mereka. Bila dia pulang kerja, pasti isterinya itu sudah tidur. Bila dia bangun pagi, pasti isterinya itu meluangkan masa dengan adiknya tak pun duduk termenung di bilik Khalil.

Ye, Khalil masih hilang. Hilang tanpa jejak. Tanpa khabar berita. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia menggunakan media untuk mencari Khalil. Namun dia khuatir keselamatan Khalil sekiranya Khalil bersama dengan orang yang berniat jahat. Statusnya dengan Khalil perlu dirahsiakan. Kalau orang awam tahu siapa Khalil, nyawa Khalil boleh terancam sekiranya ada orang yang berniat jahat terhadap keluarganya mempergunakan Khalil. Itu yang merunsingkan hatinya.

Tapi dia tahu, sebenarnya Permaisuri Agong Nafisah jadi begitu... diam dan banyak termenung adalah kerana tidak sihat selain misteri kehilangan Khalil yang masih menjadi tanda tanya. Alahan mengandung yang dialami oleh isteri keduanya itu juga semakin teruk sehingga dia terpaksa menyuruh Doktor Daniel memerhati dan memantau kesihatan isteri mudanya itu dari masa ke semasa. Dan perlu khabarkan kepadanya apa-apa sahaja progress kesihatan isteri dan adiknya.

"Nafisah." Raja Agong Amirul teringat akan insiden pagi semalam. Dia ingin membantu isterinya itu di saat isterinya sudah terkulai lemah di dalam bilik air kerana morning sickness.

"Pergilah. Jangan pegang patik." Dalam keadaan Permaisuri Agong Nafisah yang masih lemah, boleh lagi dia menepis tangan suaminya yang cuba membantunya.

"Salah ke saya tolong?"

"Patik tak suka. Pergi... buek." Permaisuri Agong Nafisah mencari oksigen. Letih rasanya muntah sebegini. Pengalaman dia mengandung sebelum ini, tidak pernah teruk sampai begini.

"Nafisah... jangan macam ni. Awak muntah, sebab awak mengandungkan anak saya. Bagilah saya bantu awak. Saya urut belakang awak ye?" Tangan si suami sudah bergerak ke belakang untuk mengurut.

"Pergi." Permaisuri Agong Nafisah menolak tangan suaminya jauh darinya.

"Nafisah. Jangan macam ni. Saya sedih tengok awak susah dan sakit macam ni."

Permaisuri Agong Nafisah kembali menghadap mangkuk tandas. Dibuang apa yang mahu keluar. Tangan kanannya masih bergerak-gerak, menghalang si suami mendekati dirinya.

"Anak kita..."

Permaisuri Agong Nafisah menoleh ke arah suaminya saat dia mendengar apa yang suaminya katakan. Air matanya mengalir. "Jadi, tuanku dah tahu patik mengandung?"

Raja Agong Amirul mengangguk. "Dah... tujuh minggu usia anak kita, kan?"

Air mata Permaisuri Agong Nafisah masih mengalir perlahan. Tangan kanannya mengusap perutnya.

"Kenapa rahsiakan?"

Permaisuri Agong Nafisah diam.

"Tujuh minggu, maknanya awak dah mengandung sebelum saya pergi kerja luar dulu. Masa saya mintak awak fikirkan hubungan kita. Bercerai atau tak. Masa tu awak dah tahu ke awak mengandung?"

Permaisuri Agong Nafisah mengesat mulutnya dengan belakang tapak tangannya.

Raja Agong Amirul pantas mendekati isterinya. Tangannya sendiri digunakan untuk mengelap mulut isterinya.

"Pergilah." Permaisuri Agong Nafisah menolak tubuh suaminya agar jauh darinya. Sebenar dia mahu sahaja berada di sisi suaminya, namun hatinya sakit!

Raja Agong Amirul hanya buat tidak peduli. Kemudian dia menarik wajah isterinya agar memandang wajahnya. Kedua tangannya memegang erat kedua-dua bahu isterinya yang duduk di atas lantai bilik air. "Kenapa rahsiakan dari saya?"

Permaisuri Agong Nafisah melarikan matanya ke arah lain.

"Nafisah. Tell me."

"Tuanku tahu sebabnya apa."

"Marahkan saya sebab saya tuduh awak bagi Khalil hilang?"

Diam.

"Nafisah."

Permaisuri Agong Nafisah menjatuhkan kedua-dua tangan suaminya dari memegang bahunya. Dipandang tajam wajah suaminya. "Sebab sehari selepas tuanku sentuh patik sebagai isteri dulu, tuanku dah pesan jangan mengandung. Hubungan kita tak boleh sampai mengandung. Tak-boleh. Tuanku tak sudi ada anak dengan patik."

Terduduk terus Raja Agong Amirul ke lantai bila dia mendengar apa yang dikatakan oleh isterinya. Sakit bila dia dengar kenyataan itu. Kenyataan yang pernah dilontarkan olehnya dulu.

"Patik tahu yang patik mengandung masa tuanku pergi kerja luar. Siang malam, patik fikir macam mana nak teruskan hidup ni. Mengandung lagi. Anak dari benih lelaki yang tak sudi ada anak dengan kita. Sampai patik rasa, patik perlu gugurkan kandungan ni sebelum ayah dia suruh gugurkan."

Raja Agong Amirul mengangkat wajahnya memandang wajah si isteri yang masih lagi duduk di depannya.

"Tapi... patik tak sanggup nak bunuh dia." Makin lebat air mata Permaisuri Agong Nafisah mengalir.

'Allah!' Air mata mulai kelihatan di tubir mata sang raja.

"Tuanku mengelak dari patik bila tuanku balik. Patik simpan je rasa sakit tu. Simpan sorang-sorang walau tuanku nampak patik senyum dan kekadang saja tunjuk manja dengan tuanku. Tapi hakikatnya, jiwa patik sakit."

Raja Agong Amirul sudah menangis.

"Sampailah saat tuanku kata nak mulakan hubungan kita balik. Jadi lebih baik. Patik rasa gembira masa tu. Patik mulai nampak hikmah semua ni jadi, jadi patik tahan nak beritahu berita ni pada tuanku. Berita yang patik mengandung masa tu. Patik nak tunggu hari jadi tuanku. Nak jadikan berita ni sebagai 'hadiah' untuk tuanku. Tapi lain yang harap, lain yang jadi." Permaisuri Agong Nafisah cuba bangun dari terus duduk di atas lantai bilik air. Tangannya cuba berpaut dengan apa yang ada.

Raja Agong Amirul lekas-lekas menghulurkan tangan untuk membantu. Namun tidak disambut apatah lagi dipandang oleh isteri yang sudah dia lukakan hatinya itu.

"Pergilah kerja. Jangan buang masa dekat sini," ujar Permaisuri Agong Nafisah sebelum kakinya melangkah keluar dari bilik air.

Satu keluhan berat dilepaskan oleh Raja Agong Amirul. Insiden itu terpahat kemas dalam kotak memorinya. Sejak semalam, bila dia mahu buat kerja fikirannya asyik teringat akan insiden itu sahaja.

'Teruknya aku lukakan hati dia. Dia cuba nak gembirakan aku, tapi aku selalu balas dengan menyakitkan hati dia.' Mata dipejam rapat.

Tangan Raja Agong Amirul bergerak ke depan sedikit, ingin mengambil sikat rambut. Matanya terus dibuka saat dia rasa ada sepucuk surat di situ. Laporan kesihatan kandungan isteri mudanya. Doktor Daniel beri kepadanya semalam, tapi dia belum ada kesempatan masa untuk membukanya.

Kerusi di depan meja solek di tarik. Dari posisi berdiri di depan meja solek yang selalu isteri pertamanya gunakan, kini dia sudah berada dalam posisi duduk di atas kerusi itu. Tangannya mula membuka kertas A4 itu.

Satu senyuman ditarik bila dia membaca maklumat itu. "Twins. Macam aku dan Amira." Air mata Raja Agong Amirul menitis kegembiraan bila dia melihat dan membaca maklumat itu.

Meskipun jantina janin dalam kandungan Permaisuri Agong Nafisah masih belum diketahui, tapi dia sudah gembira. Tangannya mula mengusap gambar ultrasound yang diberikan oleh Doktor Daniel. "Anak-anak ayahanda... tak sabar ayahanda nak tunggu kalian lahir." Ditekapkan gambar tersebut di dadanya.

Bunyi pintu bilik air, membuatkan sang raja berpaling ke belakang. Satu senyuman diukir buat isteri pertamanya.

"Happy nampak." Permaisuri Agong Jannah menutup pintu bilik air dan melangkah masuk ke dalam bilik pakaian.

"Mestilah." Raja Agong Amirul menyimpan kembali gambar dan maklumat yang diberikan oleh Doktor Daniel. Diletak elok di atas meja solek.

"Kanda nampak gembira sangat bila dinda beritahu pasal kehamilan Dinda Nafisah." Permaisuri Agong Jannah bersuara dari dalam bilik pakaian.

"Mestilah kanda gembira. Cuma... susah nak dapat Nafisah yang dulu." Satu keluhan berat dilepaskan.

Permaisuri Agong Jannah melangkah keluar dari bilik pakaian. Dia melabuhkan punggung di hujung katil mudah untuknya memakai stoking.

"Dinda nak tahu sesuatu?"

"Apa?" Permaisuri Agong Jannah membetulkan posisi duduknya di atas katil. Tangannya bergerak membetulkan baju di badan.

"Doktor Daniel beritahu kanda yang Nafisah mengandung anak kembar sekarang. Kanda gembira sangat. Teringat pada arwah Amira; kembar kanda."

Tangan Permaisuri Agong Jannah terus mengusap perutnya bila dia dengar apa yang suaminya katakan. Terus dia teringat akan kandungannya tahun lepas. Dia keguguran sebab terjatuh akibat ditolak oleh adik iparnya yang ketika itu sedang mengamuk.

Raja Agong Amirul mengerutkan dahinya. Pelik, mengapa isteri pertamanya itu diam. Dia pantas menoleh ke belakang. Wajah isteri pertamanya nampak begitu sedih. Kaki diatur ke tempat duduk si isteri. "Dinda kenapa ni?"

"Tak ada apa."

"Dinda sedih? Sebab Nafisah mengandung?"

Permaisuri Agong Jannah mengangguk perlahan. "Dinda rindu... anak kita, kanda."

Raja Agong Amirul terus memeluk bahu isterinya itu.

"Kalau masa Dinda Mawar mengamuk tu dinda tak ada, mesti kita dah dapat rasa dia tendang sekarang. Kandungan dinda mesti dah enam bulan kan, kanda?" Air mata mengalir.

"Dinda... dinda terasa hati ke sebab Nafisah mengandung?"

Permaisuri Agong Jannah hanya diam.

"Dinda... cemburu?"

Permaisuri Agong Jannah mengangguk perlahan. "Kanda banyak luangkan masa dengan Dinda Nafisah."

"Dinda Nafisahkan masih marahkan kanda. Lagipun alahan dia teruk sangat."

"Tahu. Tapi hati ni... sedih. Rasa macam kanda tak sayang dinda dah."

"Kanda tetap sayang dinda. Dinda kena sentiasa ingat benda tu."

"Betul?"

"Ye. Kanda sayang dan cintakan dinda. Dinda, jangan sedih." Air mata si isteri yang mengalir dilap dengan jarinya. "Dinda bukan tak boleh mengandung lagi, kan?" Lembut sang raja memujuk. "Dinda tahu tak, bila kanda dengan Nafisah, kanda teringatkan dinda tau."

Permaisuri Agong Jannah mulai mengukir senyuman. "Kanda..."

"Hm."

"Dinda... nak ada babyjugak macam Dinda Nafisah. Dinda nak mengandung lagi. Bila agaknya ada rezeki tu untuk kita?"

"Insya-Allah. Kita doa sama-sama ye?"

"Kanda gembira tak ada anak dengan dinda kalau ditakdirkan dinda mengandung lagi?"

"Mestilah."

"Betul?"

"Ye. Kanda tak sabar nak ada baby dengan dinda."

"Walau kanda akan ada babydengan Dinda Nafisah?"

Raja Agong Amirul terdiam. Terkelu lidahnya.

*****

"PENING dah kepala beta ni." Raja Agong Amirul mula memicit kepalanya.

"Kenapa tuanku?"

"Nafisah tak dapat maafkan beta, Jannah pula cemburu dengan Nafisah." Raja Agong Amirul mengangkat kepalanya. Memandang wajah pembantunya. "Salah ke beta jenguk Nafisah? Dia mengalami alahan teruk. Tak sihat je memanjang. Bukan beta tak ambil tahu Jannah bila dengan Nafisah. Argh, beta runsing begini."

Pembantu sang raja mengeluh. Patutlah dari tadi dia lihat raja di depan katanya ini mengelamun sahaja tadi.

"Masalah Khalil hilang belum selesai, dah ada masalah baru. Macam ni selalu, botak kepala beta. Habis gugur semua rambut!"

"Sabarlah tuanku. Emosi orang perempuan. Patik tak rasa Tuanku Jannah berniat jahat. Barangkali baginda cuma rindukan kandungannya dahulu sehingga menyebabkannya cemburu dengan Tuanku Nafisah sekarang. Itu sahaja." Pembantu sang raja meluahkan pendapatnya.

"Ye beta tahu, tapi tak boleh ke dia faham beta dalam situasi kelam kabut ni sekejap."

"Hm... apakata tuanku cuba minta pendapat dengan Tuanku Arif. Tuanku Arif kan pernah berpoligami. Mungkin... Tuanku Arif dapat beri nasihat yang berguna untuk tuanku."

Raja Agong Amirul diam. Otaknya mula menjalankan tugas untuk berfikir.

Suasana sunyi seketika.

"Okey jugak. Setkan appointment beta dengan Tuanku Arif."

"Baiklah, tuanku."

----- BERSAMBUNG -----



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku