Cinta Dalam Hati Suamiku
Bab 32
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Februari 2017
Cinta dalam hatimu, untuk siapa suamiku?
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
481

Bacaan






RAJA ARIF mengangguk perlahan, mendengar dengan teliti apa yang Raja Agong Amirul sedang katakan kepadanya.

Agak terkejut dia pada mulanya apabila mendapat tahu Raja Agong Lafiya ingin berjumpa dengannya. Fikirnya hal negara atau negeri sehingga menyebabkan Ketua Negera itu ingin berjumpa dengannya, rupanya hal peribadi.

Namun demikian, dia tetap bersetuju untuk berjumpa. Lagipun tidak baik menghampakan permintaan atau harapan orang terhadap kita. Meskipun kita tak dapat menghulurkan bantuan seperti yang diinginkan, kita mungkin bolah memberi cadangan atau jalan untuk keluar dari masalah tersebut.

Tidak menyangka dia yang Raja Agong Amirul mengamalkan poligami. Baru hari ini dia mengetahuinya. Ada desas-desus dia dengar yang raja di depan matanya ini mempunyai isteri yang di'sorok', namun dia malas mahu ambil tahu. Baginya itu hal peribadi. Hak raja tersebut nak kahwin berapa sekalipun. Kenapa mahu masuk campur?

Raja Agong Amirul mengeluh panjang. "Beta tak tahu dah tuanku nak buat macam mana lagi. Beta fikir, beta dah jaga hati mereka dengan baik namun tetap ada jugak hati yang terluka."

"Biasalah tuanku, hati perempuan ni mudah sangat. Mudah tersakiti, mudah terguris, mudah dalam banyak benda. Sampai terkadang niat kita nak jaga hati seseorang, telah menjadi satu perkara yang melukakan hati yang lain sama ada kita sedar ataupun tak sedar."

Raja Agong Amirul mengangguk, setuju. Dia teringat masa mula-mula dia bernikah dengan isteri mudanya. Kerana ingin menjaga hati Permaisuri Agong Jannah, dia telah melukakan hati Permaisuri Agong Nafisah dalam keadaan dia sedar. Bukan sekali, bukan dua kali, tapi berkali-kali. Sehingga tak terhitung banyaknya luka yang dia sudah palitkan dalam hati isteri keduanya itu.

"Hati ni tuanku... Allah yang pegang. Doa adalah jalan yang paling baik bila melibatkan soal hati. Kita, tak boleh tahu apa isi hati orang lain. Even kalau tanya sekalipun, mereka boleh menipu soal hati mereka kepada kita. Hanya Allah yang tahu apa dalam hati kita ni. Doalah tuanku. Mintak agar Allah jaga kita sebagai suami ni agar sentiasa jaga hati isteri. Biar kita tak melukakan hati isteri dalam segi percakapan, layanan dan perbuatan."

"Doa..." Raja Agong Amirul mengulang kata Raja Arif.

"Dengan doa, kita boleh dapat macam-macam tuanku. Sabar, tabah, ikhlas, tak putus asa... pendek kata macam-macam kita boleh dapat. Bila doa dimakbulkan, kita rasa gembira. Bila tak dimakbulkan, kita akan usaha lagi dan lagi. Sebab tu, kita ni kena banyak sangat berdoa."

"Masa Tuanku Syarina masih ada, tuanku berdoa?"

Raja Arif mengangguk. "Doa tu tak semestinya sebab kita amalkan poligami semata. Doa tu... unlimited. Infiniti. Kita bebas untuk berdoa. Selagi tak bercanggah dengan syariat Islam."

"Bagi tuanku la kan, antara tanggungjawab menguruskan hal negeri dan urus keluarga, ye la sebab poligami kan... mana lagi susah?"

"Bagi beta, poligami ni tanggungjawabnya lebih besar dari kita uruskan negara dan negeri. Sebab... dalam konsep poligami Islam, suami kena berlaku adil. Adil dalam semua benda dan segi. Malam giliran, nafkah zahir dan batin, layanan, cara percakapan, cara kita bergaul dan macam-macam lagi. Berbeza dengan memerintah. Kita menjadi ketua mengikut sistem pemerintahan dan ada ramai pembantu untuk membantu kita. Kalau buat silap, kita ada pembantu untuk membetulkannya. Contoh, beta tersalah membuat keputusan untuk ekonomi Negeri Kota, tuanku boleh bantu beta untuk membetulkannya tak pun raja-raja lain ataupun orang lain yang boleh membantu. Dalam poligami, TERsalah sikit sahaja seperti tak adil pada isteri-isteri... siapa yang nak bantu untuk betulkan?" Raja Arif menekan perkataan 'ter'. "Isteri? Anak? Tak... Kita sendiri. Diri sendiri. Tapi secara keseluruhannya... semuanya tanggungjawab besar la nak pikul di atas bahu."

"Antara kedua-dua permaisuri tuanku... tuanku pernah tak alami perasaan cenderung lebih kepada seseorang?"

Raja Arif mengangguk.

Raja Agong Amirul merenung lama wajah raja di depan matanya.

"Kita ni manusia biasa, tuanku. Dalam kalangan anak pun, kita pasti TERlebih beri perhatian dan kasih sayang, apatah lagi bila melibatkan isteri." Sekali lagi perkataan 'ter' ditekankan. "Pasti akan ada yang kita paling suka dan cinta meskipun semuanya kita sayang dan cinta." Raja Arif tersenyum.

"Aa... habis tu... dikira tak adil la kan? Kita tak cinta sama rata."

"Ada ke manusia yang boleh beri rasa cinta yang sama rata?" Soalan dibalas dengan soalan.

Raja Agong Amirul terdiam.

"Biarkan itu menjadi rahsia hati kita dengan Allah. Tak perlu beritahu sesiapa yang mana satu paling dekat di hati. Meskipun pada si dia. Biar hanya Allah dan kita saja yang tahu."

"Tuanku cenderung pada yang seorang yang seorang lagi macam mana tuanku buat? Maksud beta, tuanku jaga hati mereka macam mana?"

"Beta tak pernah beritahu pada Aida ataupun pada Syarina siapa yang lebih beta sayang. Beta selalu cakap kepada keduanya yang beta sayang dan cintakan mereka. Full stop. Beta jugak selalu berdoa agar Allah kekalkan rasa cinta dalam hati beta untuk mereka. Beta cuba sekeras yang boleh dan semampu yang boleh agar setiap layanan yang beta berikan pada mereka itu sama rata. Kalau yang seorang beta ajar mengaji, yang seorang lagipun beta akan ajarnya mengaji. Kalau yang seorang tu beta ajak bangun pagi untuk solat sunat, yang seorang lagipun beta ajak sama. Macam tu la."

"Hanya itu?"

"Hm... Beta selalu minta pada mereka sekiranya hati mereka terpalit rasa terluka, terasa... beritahu beta. Tapi mereka ni tak cakap pada beta, sampailah bila beta cakap... kalau sayangkan beta ni dan nak sama-sama dalam syurga nanti, bantulah beta agar jadi suami yang adil. Bantulah beta agar bahu beta tak senget sebelah. Dan alhamdulillah, mereka ada jugak meluahkan rasa hati mereka. Tapi sebagai suami, kita tak boleh mengharap pada isteri untuk meluahkan semata. Terkadang, kita kena tahu sendiri."

Raja Agong Amirul mengangguk-angguk.

"Ikut apa yang tuanku cerita tadi... beta rasa emosi Tuanku Nafisah dah banyak terdera. Perkahwinan pertama gagal, anak hilang, alahan mengandung, dan macam-macam dugaan yang isteri tuanku tanggung. Usianya pula... masih muda. Orang yang terlalu banyak hatinya terluka ni tuanku, kita kena pegang dan urus betul-betul. Sebab TERsalah sikit... hancurnya, rosaknya hati tu... sampai tak terjangkal dek akal kita." 'Ter' dalam ayat ditekankan. "Emosi Tuanku Jannah pulak, emosi biasa seorang insan yang bergelar ibu. Merindui anak yang pernah hadir dalam rahimnya. Tapi kedua-dua permaisuri tuanku, merupakan wanita yang kuat."

"Kuat?"

Raja Arif mengangguk. "Beta kagum dengan mereka. Tak semua orang boleh kuat seperti Tuanku Nafisah bila menghadapi dugaan seperti itu. Tak semua wanita mampu kuat seperti Tuanku Jannah yang sanggup berkongsi suami. Jadi, tuanku jagalah kedua-duanya dengan baik. Tuanku patut bersyukur mendapat kedua-dua permaisuri yang cantik wajahnya, akhlaknya dan sangat kuat jiwanya."

Raja Agong Amirul tersenyum.

*****

"BUKA mulut." Raja Agong Amirul menyua tangan kanannya yang ada nasi ke arah isteri keduanya.

Permaisuri Agong Nafisah hanya menurut. Dalam diam, dia memandang anak mata suaminya. 'Ya Allah... aku sayang dia, tapi hati aku sering terluka disebabkan dirinya. Mengapa dia sering melukakan aku, Ya Rabb?' Air matanya mengalir perlahan. Cepat-cepat tangannya mengelap air mata yang mengalir itu. Tidak mahu dikesan oleh si suami yang sedang menyuapkan nasi ke dalam mulutnya sendiri.

Hari ini, sakit kepalanya sering menjadi-jadi sehingga seharian dia di dalam bilik. Tidak keluar langsung! Apa yang dia tahu, bangun dari tidur untuk makan sebagai alas perut dan solat kalau sudah masuk waktu kemudian tidur semula. Itulah aktivitinya. Sungguh dia tak larat langsung!

Dan dia tidak tahulah mengapa Dayang Ita sekarang suka sangat menjadi reportertak berbayar. Setiap minit, ada je aduan atau laporan yang diberikan kepada suaminya mengenai dirinya. Nak marah, tak larat. Nak halang pun, dia tak larat. Hanya mempu mengeluh dalam hati sahaja.

"Nah." Raja Agong Amirul mengunyah nasi di dalam mulutnya sambil tangan kanan disua ke mulut si isteri.

"Dah tak larat. Tak nak."

"Baru dua suap. Banyak lagi ni. Tak kira, bukak mulut tu."

Permaisuri Agong Nafisah mengeluh panjang. Matanya merenung nasi di dalam pinggan yang dipegang si suami. Masih banyak. Dalam sepuluh suap besar ni baru habis.

"Jangan bantah cakap suami. Berdosa. Bukak mulut tu."

Dibuka juga mulutnya untuk membenarkan tangan si suami menyuapnya makan. Tangan tau, bukan sudu. Kata suaminya makan pakai tangan lebih puas dari makan pakai sudu. Dan suaminya itu menyuruh ambil berkat dari tangan seorang suami supaya dirinya sihat.

Sebaik sahaja dia menyuap si isteri makan, laju tangannya menyuap mulutnya makan juga. Lapar! Belum habis satu suap ditelan dalam mulut, dia masuk suapan yang baru ke dalam mulut.

Permaisuri Agong Nafisah menggelengkan kepalanya. 'Teruk betul makan. Dua suap sekali masuk pulak tu. Cuba kunyah perlahan-lahan, tercekik nanti padan muka!'

"Nak lagi?"

Permaisuri Agong Nafisah menggeleng.

"Betul? Tak nak saya habiskan. Saya lapar gila ni."

"Habiskanlah tuanku. Patik dah tak larat dah nak kunyah lagi."

"Okey." Sisa baki nasi di dalam pinggan disuap ke dalam mulut.

Perlahan-lahan Permaisuri Agong Nafisah menarik senyuman. Suka dia melihat suaminya seperti itu. Gelojoh bila makan. Tangan kanannya mengusap perutnya.

"La.. sorry."

Permaisuri Agong Nafisah mengangkat wajahnya. Memandang si suami yang duduk di hujung katil bersebelahan dengannya.

"Saya terhabiskan air la. Awak tunggu sekejap ye, saya ambil air baru." Raja Agong Amirul mengangkat punggung dari hujung katil dan melangkah keluar dari bilik.

Permaisuri Agong Nafisah hanya diam. Tidak bercakap apa-apa. Matanya sahaja yang bergerak. Memandang susuk tubuh si suami yang semakin jauh darinya.

*****

"NAFISAH."

Mata Permaisuri Agong Nafisah membalas pandangan suaminya.

"Awak marah saya lagi? Tak maafkan saya lagi ke?"

Permaisuri Agong Nafisah mengeluh berat. Tangannya yang memegang gelas air suam, bergerak mendekati dulang. Diletakkan gelas yang masih berisi separuh air suam di atas dulang.

"Okey, tak apa saya faham. Ambillah masa awak untuk maafkan saya. Saya tunggu."

Permaisuri Agong Nafisah diam.

"Nafisah."

"Hm."

"Hujung minggu ni... saya kena kerja luar dengan Jannah. Kali ni agak lama. Ada kerja dan lawatan rasmi ke luar negara. Ada jemputan. Awak nak ikut?"

"Tuanku, patik tak sihat. Lagipun orang awam tak tahu siapa patik dengan tuanku."

"Biarlah. Saya boleh beritahu masa tu, kan?"

"Alahan saya teruk. Sorry. Bawaklah Kanda Jannah."

"Hm... nanti awak kesunyian."

"Mak dan Dinda Mawar ada."

"Tak ada kawan borak. Mak kan kena ada dengan Dinda Mawar je. Mak tak boleh nak dengan awak 24 jam."

"Dayang Ita ada. Bonda pun ada. Bonda boleh jenguk patik di sini."

"Nanti awak rindukan Khalil... lepas tu... stress..."

Air mata Permaisuri Agong Nafisah mengalir.

"Nafisah. Sorry. Saya tak ada niat nak buat awak sedih. Saya cuma cakap... saya... saya..."

Permaisuri Agong Nafisah menyembamkan wajahnya ke bantal kecil yang dipegangnya.

"Nafisah..." Tangan sang raja bergerak menuju ke atas kepala si isteri. "Sorry..." Diusap lembut kepala itu. "Saya tak sengaja."

"Walau tuanku nampak patik tersenyum sepanjang hari... jangan katakan patik tak rindu pada Khalil. Patik rindu, rindu sangat. Dan bukan Khalil yang patik rindu. Patik rindukan Kabir jugak. Patik rindukan anak-anak patik. Ya Allah aku rindukan mereka..."

Raja Agong Amirul mengangkat wajah isterinya yang menangis pada bantal, ditarik ke arah dadanya. "Nafisah... saya mintak maaf..."

"Umi rindu anak umi..." Permaisuri Agong Nafisah menhemburkan tangisannya pada dada suaminya.

"Nafisah... saya nak... Ridzuwan dan Hisham teman awak di sini sepanjang saya dan Jannah pergi, boleh?"

Permaisuri Agong Nafisah melepaskan dirinya dari pelukan suaminya. Mata basahnya memandang wajah suaminya.

"Saya tak boleh nak bawa mereka bersama, sebab mereka ada sekolah. Saya tinggalkan mereka di sini dengan awak ye? Boleh buat peneman awak."

Permaisuri Agong Nafisah diam.

"Nafisah, jangan salah faham. Saya tak bermaksud apa-apa untuk lukakan hati awak, saya cuma nak awak ada peneman. Memang Ridzuwan dan Hisham budak kecil, tapi sekurangnya awak terhibur sikit ada mereka. Mereka pun boleh teman awak dan ubat rindu awak pada anak-anak awak. Walau saya tahu... tempat Kabir dan Khalil tu, tak boleh digantikan sama sekali sampai bila-bila."

Air mata Permaisuri Agong Nafisah mengalir lebat.

----- BERSAMBUNG -----



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku