Cinta Dalam Hati Suamiku
Bab 34
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Februari 2017
Cinta dalam hatimu, untuk siapa suamiku?
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
563

Bacaan






PERMAISURI AGONG NAFISAH mengucup tangan suaminya. Kepalanya kekal menunduk ke bawah meskipun acara salam-menyalam sudah pun beberapa saat selesai.

"Awak nak ikut saya?"

Permaisuri Agong Nafisah menggeleng.

"Betul?"

Permaisuri Agong Nafisah mengangguk perlahan.

Raja Agong Amirul mengucup lama ubun-ubun isteri keduanya. Ditarik tubuh itu agar lebih dekat. Tangan memeluk tubuh si isteri. "Jaga diri tau. Saya izinkan awak keluar. Jangan stress. Ingat, saya sayang awak."

Permaisuri Agong Nafisah hanya diam. Namun tangannya membalas pelukan tersebut.Pelukan direngangkan. Raja Agong Amirul mendongakkan sedikit kepala si isteri ke atas, agar si isteri memandang anak matanya. "Apa-apa... call saya tau. Anytime."

"Ye."

Raja Agong Amirul melihat jam di pergelangan tangannya. "Masih ada masa lagi ni." Dipandang wajah Permaisuri Agong Nafisah. "Awak sure nak biar saya pergi dengan Jannah berdua? Tak nak ikut?"

Permaisuri Agong Nafisah menjawab soalan suaminya dengan anggukkan.

"Okey. Saya pergi memang atas urusan kerja, tapi kalau apa-apa jadi... tolong... tolonglah callsaya, ye?"

"Baiklah."

"Awak jangan lupa makan vitamin. Ingat, jangan ikut perasaan sangat. Awak tu kena makan tau. Awak dah la ada alahan teruk. Ingat tu. Ada babies yang awak kena jaga dalam perut ni." Tangan si suami sudah mendarat pada perut isterinya.

Permaisuri Agong Nafisah mengeluh panjang. "Ye, ingat."

"Kalau nak keluar..."

"Pergi dengan Dayang Ita, tak pun dengan Panglima Zafrul, mak ke... bonda ke, semuanya boleh, asalkan berteman. Kan?"

Raja Agong Amirul tersenyum lalu mengangguk.

"Patik ingatlah. Tuanku tu asyik pesan benda yang sama je."

"Patik? Tuanku? Kata... dah maafkan saya."

"Sorry. Tak biasalah nak tukar panggilan. Dah terbiasa bertuanku dan berpatik."

"Nanti orang tak percaya yang awak ni isteri saya, Nafisah."

"Bagi masa ye?"

"Hm... okeylah."

*****

PERMAISURI AGONG JANNAH menoleh ke arah suaminya yang duduk termenung di sisinya. Tangan kanannya menyentuh lengan kiri si suami.

Raja Agong Amirul berpaling. Cepat-cepat dia mengukir senyuman buat si isteri.

"Kenapa ni? Termenung je dinda tengok. Kanda tak sihat ye?" Tapak tangannya diletakkan di atas dahi si suami. Mana tahu suaminya ini demam ke.

Raja Agong Amirul menyentuh tangan si isteri yang ditekap di atas dahinya. "Kanda sihat." Tangan tersebut diturunkan. Digengam kemas.

"Habis, kenapa kanda termenung jauh? Dinda rasa macam cakap sorang-sorang je tadi."

"Sorrysayang. Kanda letih sikit. Banyak nak kena fikir."

"Kanda fikir pasal apa? Kesihatan Dinda Mawar? Kehilangan Khalil?"

Raja Agong Amirul mengangguk. "Pasal negara, pasal negeri-negeri dalam Lafiya, pasal anak-anak kita. Semuanya lah. Haih..."

"Kanda..." Diusap perlahan tangan si suami. Kepala dilentokkkan di atas bahu Raja Agong Amirul. "Janganlah selalu banyak fikir. Tak eloklah. Nanti kanda sakit."

Raja Agong Amirul tersenyum. Perlahan-lahan dia mengucup kepala isteri pertamanya yang berbalut tudung itu dengan penuh kasih sayang.

Permaisuri Agong Jannah mengangkat kepalanya dari bahu si suami. "Kanda tidurlah. Nanti dah sampai, dinda kejut."

"Okey. Thank you, sayang."

"Welcome my king." Dicubit pipi suaminya.

Raja Agong Amirul ketawa kecil.

"Kanda termenung tadi... ada fikirkan Dinda Nafisah ye? Risau tinggalkan dia dalam keadaan macam ni?" duga si isteri.

Raja Agong Amirul diam, tidak memberi sebarang reaksi.

"Kanda kenalah selalu call dia, ye? Tak eloklah bagi Dinda Nafisah tertekan selalu. Kesian dinda."

"Baiklah sayang."

Permaisuri Agong Jannah mengukir senyum lebar. Kedua-dua matanya jatuh kepada telefon bimbit dalam genggaman si suami. "Kalau nak call, callje lah kanda. Sebelum kita sampai lapangan terbang ni."

Raja Agong Amirul mengangguk perlahan. Tangannya membuka skreen lock pada telefon bimbitnya.

Senyuman Permaisuri Agong Jannah semakin pudar saat dia melihat wallpaper telefon bimbit suaminya. Gambar madunya. Matanya terus memerhati gelagat si suami yang sedang menghantar pesanan. Kepada siapa dia tidak tahu. Dia masih lagi terbayang-bayangkan skreen wallpaper milik suaminya.

Badannya membelakangkan suaminya sedikit. Perlahan-lahan tangan kanannya menyentuh dadanya. 'Ya Allah, jauhkanlah syaitan dalam hubungan kami bertiga. Aku ni manusia biasa dan suamiku turut manusia biasa. Aku tak dapat nak lari dari cemburu terhadap maduku, Ya Allah. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui apa dalam hatiku ini.'

"Dinda... kenapa?"

Terkejut Permaisuri Agong Jannah saat dia berasa tangan suaminya menyentuh bahu kanannya. Kepala digeleng perlahan. "Dinda rasa nak lelap mata sekejap, kanda."

"Dinda menangis ye?" Raja Agong Amirul cuba mencari wajah isteri pertamanya yang duduk membelakangkannya itu.

"Tak lah. Mana ada nangis."

"Jangan tipu kanda." Dipeluk bahu isterinya. "Tak baik menipu suami tau." Dibisik perlahan ditelinga Permaisuri Agong Jannah.

Air mata Permaisuri Agong Jannah menitis.

Raja Agong Amirul cuba memusingkan tubuh isterinya agar memandangnya. Susah sedikit kerana mereka berdua berada di dalam kereta. Namun dicuba juga sehingga berjaya. "Kenapa menangis ni? Kanda buat dinda menangis ye?"

Permaisuri Agong Jannah mengelap air matanya.

"Dinda... janganlah menangis." Ditarik kepala si isteri ke arah dadanya.

"Kanda sayang dinda tak?"

"Mestilah sayang. Tak kan tak sayang."

"Cinta?"

"Mestilah kanda cintakan dinda. Kenapa dinda tanya soalan macam ni, ni?"

Permaisuri Agong Jannah menggelengkan kepalanya. Dipeluk erat tubuh suaminya. 'Aku kena percayakan dia. Dia pun cinta dan sayangkan aku. Aku tak boleh terikut emosi. Aku kena percayakan suami aku sendiri yang dalam hati dia ada jugak cintanya untuk aku.'

Otak Raja Agong Amirul cuba memutar kembali setiap saat yang berlaku tadi. Berfikir mengapa isterinya ini berubah laku. Dilihatnya isterinya ini baik sahaja pada mulanya. Mula berubah sikap bila...

Pelukan direngangkan. Dipandang anak mata Permaisuri Agong Jannah. "Dinda terasa hati sebab kanda letak gambar Nafisah jadi wallpaper ye?"

Permaisuri Agong Jannah hanya diam.

Telefon bimbit dibuka semula oleh sang raja. Disapu kiri dan kanan telefon bimbitnya di depan mata isteri pertamanya. "Tengok ni sayang. Bukan gambar Nafisah je, gambar dinda pun ada sama."

Terkebil-kebil Permaisuri Agong Jannah melihatnya. Rupanya ada gambarnya juga di wallpapersuaminya tapi perlu disapu ke kiri dan kanan skrenn telefon bimbit terlebih dahulu baru boleh lihat gambar wajahnya di wallpaper.

"Gambar ni kanda edit sendiri sebab kita bertiga tak pernah bergambar bersama. Gambar ni saiz besar sikit sayang, sebab tu dekat page ni ada gambar Nafisah, page lain gambar dinda. Kanda letak gambar kedua-dua isteri kanda. Bukan gambar Nafisah je."

Permaisuri Agong Jananh terus memeluk tubuh suaminya. "Maafkan dinda."

Raja Agong Amirul tersenyum. "Tak apa. Dinda ni, kalau terasa hati beritahu la ye?"

Permaisuri Agong Jannah mengangguk dalam pelukan suaminya.

*****

PERMAISURI AGONG JANNAH mengeluh panjang. Dipandang pintu bilik air yang ditutup dari dalam itu. Suaminya baru sahaja masuk ke situ untuk membersihkan diri. Dia sudah selesai lebih awal.

Kepala direbahkan di atas bantal. Matanya kini merenung dinding kosong di depan matanya. Otaknya mula mengimbas sesuatu. Detiknya bersembang dengan Puan Melati sebelum dia bertolak untuk lawatan rasmi bersama suaminya hari ini.

"Jannah beruntung tau." Puan Melati tersenyum manis.

"Kenapa mak cakap macam tu?"

"Amirul sayang sangat dengan Jannah... dengan Nafisah. Untung ada suami yang sayang isterinya sangat-sangat walaupun amalkan poligami."

Permaisuri Agong Jannah tersenyum. Tangannya mengambil cawan di depan mata untuk diminum.

"Mak dulu... hm. Raja Shafiq tak pernah sayang mak."

Terkaku Permaisuri Agong Jannah mendengarnya.

"Bukan niat mak nak burukkan sesiapa. Tapi ini peringatan untuk Jannah. Masa mak masih isteri Raja Shafiq, baginda sikitpun tak pernah jaga hati mak. Mak mengandungkan anak dia masa tu, tapi dia layan mak macam sampah. Jannah tahukan kenapa mak kahwin dengan baginda dulu?"

Permaisuri Agong Jannah mengangguk. "Mak... diperkosa..." Perlahan sahaja dia menyebut perkataan itu.

Puan Melati mengangguk. "Mujurlah Kanda Jelita ada. Bonda kamu tu lah yang banyak tolong mak. Mak sakit, bonda kamu tu lah yang bantu mak." Tangan isteri pertama Raja Agong Amirul dipegang. "Amirul sayang kamu tau. Mak nampak cara layanan dia pada kamu."

"Tapi Kanda Amirul selalu kasar dengan Dinda Nafisah. Orang kata kalau kita kasar dengan seseorang... maknanya itu yang lebih kita sayang."

"Jannah, Amirul memang suka menafikan rasa hati dia. Tapi tak bermakna dia tak sayang kamu. Dia sayang. Sayang sangat. Kamu kena yakin dan percaya apa yang mak cakap ni."

Permaisuri Agong Jannah mengangguk.

Satu keluhan kasar dilepaskan oleh si permaisuri yang terbaring di atas katil. Kini dia teringat pula perbualannya dengan Permaisuri Agong Jelita.

"Bonda... bonda sangat terkilan dengan layanan Raja Shafiq dulu. Bonda ni, macam patung. Hati bonda tersiksa. Bonda tak dapat nafkah batin yang sempurna darinya, anakanda." Menitis air mata Permaisuri Agong Jelita saat dia bercerita kisah rumah tangga yang dilaluinya dahulu.

Permaisuri Agong Jannah menggengam tangan mak mertuanya. "Sabarlah bonda."

"Masa Bonda Shima mengandungkan Anakanda Amirul dan kembarnya... hati bonda dah tawar sangat dengan perkahwinan bonda ni. Bonda ni isteri baginda, bonda nak ada anak jugak. Nak rasa mengandung. Bonda ada, tapi kenapa baginda cari lain? Alasan, perkahwinan tu sebab negara. Bonda tak larang baginda nak kahwin berapa banyak pun, tapi bonda cuma nak dia berlaku adil. Adil dengan kami, isteri-isteri dia. Hari-hari bonda berendam air mata, fikir kenapalah nasib bonda macam ni. Sampai bonda rasa, aku dah salah pilih untuk masuk Islam."

"Bonda..." Permaisuri Agong Jannah menggosok belakang tubuh mertuanya.

"Tapi pada masa yang sama, bonda gembira." Permaisuri Agong Jelita mengukir senyuman manis. "Anakanada tahu... baginda... suka sangat dengan masakan bonda. Baginda tak suka dayang masakkan untuknya kecuali bonda sendiri. Tambah-tambah bila Bonda Shima mengandung. Setiap tengah malam, dikejutnya bonda untuk masak. Baginda makan dengan penuh selera sekali. Bonda gembira melihatnya. Saat tu bonda rasa nak masa tu terhenti je. Sebab bonda tahu, bonda tak akan dapat rasa semua tu kecuali pada waktu itu sahaja."

Air mata Permaisuri Agong Jannah menitis mendengarnya.

"Bonda teman Bonda Shima bersalin. Masa tu baginda sibuk sangat. Bonda dengar Anakanda Amirul menangis lepas dia lahir. Bonda gembira sangat mendengarnya. Bonda peluk, cium Anakanda Amirul... seolah-olah Anakanda Amirul tu anak bonda. Anak yang lahir dari rahim bonda."

'Ya Allah....'

"Sebaik sahaja Anakanda Amira lahir lepas beberapa minit Anakanda Amirul lahir... Bonda Shima pesan pada bonda. Tolong jaga, didik dan sayang Anakanda Amirul dan Anakanda Amira macam anak bonda sendiri. Bonda Shima mintak bonda bertahan dengan perkahwinan bonda dengan Raja Shafiq demi anak-anaknya yang memerlukan bonda sebagai mak mereka sebab hayat Bonda Sima tak panjang. Bonda janji, untuk tunaikan semua tu. Sebab tu sampai sekarang, bonda masih lagi isteri Raja Shafiq meskipun dah bertahun-tahun baginda mangkat."

"Bonda kuat dan bertahan selama ni demi Kanda Amirul dan adik-beradiknya?"

Permaisuri Agong Jelita mengangguk.

"Patutlah mereka semua rapat dan sayangkan bonda."

Permaisuri Agong Jelita senyum. "Anakanda, Anakanda Amirul tu... sikapnya sikit sama macam arwah ayahandanya. Tapi... Anakanda Amirul sangat sayangkan isteri-isterinya. Bonda nampak dalam matanya. Caranya pandang dan layan anakanda dan Anakanda Nafisah, menunjukkan dirinya sayang anakanda berdua."

Permaisuri Agong Jannah tersenyum mendengarnya.

"Hidup bermadu ni... tak lari dari cemburu. Anakanda dan Anakanda Nafisah patut beruntung sebab nama kalian berdua ada dalam hati Anakanda Amirul."

"Tapi mesti ada yang lebih Kanda Amirul sayang, kan?"

"Tapi... bonda yakin Anakanda Amirul sayang dan cintakan anakanda."

"Mana bonda tahu?"

"Bonda yang besarkan Anakanda Amirul selama ni. Bonda tahu la nak baca sikapnya tu."

Permaisuri Agong Jannah diam.

"Percayakan Anakanda Amirul. Dia sayang dan cintakan isteri-isterinya. Lebih cenderung kepada siapa... biarlah jadi rahsia. Jangan biarkan syaitan bertepuk tangan gembira kerana krisis rumah tangga kalian. Ingat tu."

"Baiklah bonda."

"Dinda..."

Permaisuri Agong Jannah memusingkan kepalanya ke belakang. Dia dapat melihat suaminya sudah terbaring di situ. "Kanda." Badannya dipusing menghadap si suami.

"Tadi cakap dengan siapa? Bonda ke?"

Berkerut dahi si isteri.

"Kanda dengar dinda cakap 'baiklah, bonda'. Cakap dengan bonda ke... atau... flashback ni? Ye la, handphone dinda dekat atas meja tu." Bibir sang raja dimuncungkan sedikit dan menghala ke atas meja.

Permaisuri Agong Jannah tersengih. "Dinda... flashback. Teringat pesanan bonda dan mak."

"Apa bonda dan mak pesan?"

"Bonda dan mak suruh dinda percayakan kanda."

"Mean?"

"Yang kanda sayang dan cintakan dinda jugak selain Dinda Nafisah. Bonda dan mak pesan, dinda jangan biarkan fikiran dinda asyik memikirkan siapa yang lebih kanda cenderung supaya rumah tangga kita aman hingga akhir hayat. Insya-Allah."

Raja Agong Amiru tersenyum mendengarnya. Dia mengucup ubun-ubun Permaisuri Agong Jannah. "Kanda sayang dan cintakan dinda."

Permaisuri Agong Jannah tersenyum gembira.

*****

RAJA AGONG AMIRUL perlahan-lahan mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluarnya. Matanya tidak lepas memandang si isteri yang tidur di sebelahnya.

Ditekan butang di tepi telefon bimbit. Terpampar gambar isteri mudanya. 'I miss you.' Diusap gambar Permaisuri Agong Nafisah.

"Kanda." Permaisuri Agong Jannah terus memeluk tubuh suaminya. Matanya kekal terpejam.Cepat-cepat Raja Agong Amirul meletakkan telefon bimbitnya ke atas kabinet di sisi katil. Matanya merenung wajah isteri pertamanya. Masih tidur. Tangannya menyelak rambut di depan wajah si isteri.

*****

PERMAISURI AGONG NAFISAH memeluk baju suaminya. "Saya rindukan awak." Air matanya mengalir.

Baru sehari suami dan madunya bertolak untuk lawatan rasmi, dia sudah kerinduan yang menggila di sini. Mahu ditelefon, malu dan segan rasanya.

Mujurlah baju yang suaminya pakai semalam, dia sudah ambil awal-awal sebelum dayang istana ambil untuk dibasuh. Boleh dibuat peneman malam dan harinya.

"Rindu sangat." Dicium baju suaminya. "Awak dah selamat sampai ke? Awak tengah buat apa? Amirul..."

Tit.

Permaisuri Agong Nafisah pantas mengambil telefon bimbitnya. Senyuman terukir di bibir saat dia melihat suaminya menghantar pesanan.

+ Assalamualaikum. Saya dah sampai petang tadi. Tengah rehat sekarang ni. Maaflah baru beritahu, tadi badan saya letih sangat. Awak okey je kan dekat sana tu?

Permaisuri Agong Nafisah mula menaip.

+ Waa'laikumussalam. Alhamdulillah, lega dengar. Tuanku rehatlah ye. Patik okey je cuma... rindukan... tuanku.

Send.

Baru sahaja dia meletakkan telefon bimbit, telefon bimbitnya berbunyi. Tanda ada pesanan masuk.

+ Saya pun rindu awak. Jaga diri ye? Apa-apa hal, call saya. Selamat malam, sayang.

+ Selamat malam, tuanku.

Diletakkan telefon bimbit miliknya di atas dadanya bersama baju suaminya. Matanya mulai terpejam.

----- BERSAMBUNG -----



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku