Cinta Dalam Hati Suamiku
Bab 35
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Februari 2017
Cinta dalam hatimu, untuk siapa suamiku?
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
783

Bacaan






SENYUMAN Permaisuri Agong Nafisah terukir lebar. Ditatap sekali lagi mesej malam semalam. Perkataan 'sayang' yang ditulis oleh si suami berjaya membuatnya bagai terbang di awangan sampai ke detik ini.

"Lebarnya senyuman kakak."

Permaisuri Agong Nafisah mengangkat wajahnya dari terus merenung skreen telefon bimbit. "Eh! Dinda Mawar. Duduklah." Tangannya menepuk ruang di sebelahnya. "Duduk sini."

Puteri Agong Mawar melabuhkan punggungnya di sebelah kakak iparnya. Dipeluk lengan kiri Permaisuri Agong Nafisah. "Ingat dekat tuanku ye?"

"Ha'ah."

"Kenapa kakak tak ikut Tuanku sama?"

"Kakak letih."

Puteri Agong Mawar mengangguk. Tangannya dikemaskan untuk memeluk lengan kakak ipar kesayangannya.

"Dah makan ubat?"

Puteri Agong Mawar mengangguk.

"Alhamdulillah. Kalau dinda makan ikut masa, cepat sembuh tau. Insya-Allah." Bahu si adik ipar diusap perlahan.

Alhamdulillah, selama dia dan adik iparnya ini tinggal bersama belum pernah lagi dia mendengar adik kesayangan suaminya ini mengamuk. Cuma... banyak termenung dan diam sahaja. Kalau bercakap hanya dengannya, Khalil, Doktor Daniel ataupun dengan Puan Melati. Sesekali dengan Raja Agong Amirul.

Puteri Agong Mawar diam buat seketika.

"Kenapa datang cari kakak?" soal isteri muda Raja Agong Amirul.

"Saja. Bosan."

"Bosan rupanya. Kita tengok TV nak?"

Puteri Agong Mawar mengangguk laju. Pelukkan pada tangan kakak ipar dilepaskan. Laju dia bangun dari duduk di sofa dan menuju ke arah televisyen untuk mengambil alat kawalan jauh di situ. Dihulur kepada Permaisuri Agong Nafisah sekembalinya di tempat duduk.

"Terima kasih."

Puteri Agong Mawar tersenyum.

Permaisuri Agong Nafisah menekan punat 'on'. Terpamparlah wajah yang sangat dirinduinya di skreen televisyen itu. Siaran langsung khas dari Malaysia.

"Tuanku berdua nampak manis dan sweet sangat." Puji salah seorang wartawan di situ.

Raja Agong Amirul dan Permaisuri Agong Jannah hanya tersenyum.

"Agak-agak, bila agaknya akan hadir orang baru dalam rumah tangga tuanku berdua?" Microphone menghala ke arah Raja Agong Amirul.

Tangan kanan Permaisuri Agong Nafisah mengusap perutnya.

"Insya-Allah tak lama lagi." Raja Agong Amirul membalas.

"Maknanya, Tuanku Jannah berisi la ye sekarang ni?" soal wartawan tersebut.

Raja Agong Amirul dan Permaisuri Agong Jannah berbalas pandang sesama sendiri.

"Aa... tak. Beta belum ada rezeki lagi." Permaisuri Agong Jannah menggelengkan kepala smabil tersenyum.

"Ooo. Kami rakyat semua, mendoakan kesejahteraan tuanku berdua. Semoga mendapat putera atau puteri yang soleh dan solehah. Amiin."

"Amiin." Serentak pasangan diraja tersebut membalas.

"Kenapa tuanku tak cakap je yang kakak tengah mengandung erk?" Puteri Agong Mawar bersuara tiba-tiba.

Tersentak Permaisuri Agong Nafisah mendengar soalan tersebut. "Entah la. Kakak kan... isteri simpanan je. Isteri tanpa rela. Isteri... yang tak dicintai agaknya." Kendur suara Permaisuri Agong Nafisah. Entah kenapa hatinya terdetik rasa sedih.

"Kakak." Puteri Agong Mawar memandang wajah sungul kakak iparnya.

"Hm."

"Kita tengok cerita lain. Drama, nak?"

Permaisuri Agong Nafisah mengangguk. Dipaksa dirinya mengukir senyuman.

*****

PERMAISURI AGONG NAFISAH mengambil telefon bimbitnya yang dari tadi menjerit, minta diangkat. Terpampar nama suaminya di skreen telefon bimbit. Menandakan panggilan tersebut dari suami yang berada di negara orang itu.

Satu keluhan berat dilepaskan sebelum menyentuh bahagian menjawab. Ditekap telefon bimbit ke telinga kanannya.

"Assalamualaikum."

"Waa'laikumussalam."

"Assalamualaikum, rindu."

Mata Permaisuri Agong Nafisah sudah berpusing ke atas. "Waa'laikumussalam."

"Waa'laikumussalam je? Mana 'cinta'nya?"

Diam.

"Tak apalah. Awak... saya rindu... awak tau."

"Hm."

"Hm je? Kenapa tak caya erk?"

"Musykil jap. Rindu tiba-tiba."

"Betulllah. Tak percaya ke?"

Permaisuri Agong Nafisah, diam lagi.

"Kenapa diam? Tak rindu saya ke?"

Permaisuri Agong Nafisah masih lagi mengambil langkah untuk terus berdiam. Hatinya terluka lagi terhiris tatkala dia teringat akan berita lawatan suaminya keluar di kaca TV. Rasa menyesal menolak ajakan suaminya pun ada

Tapi sebenarnya, dia cemburu melihat suami dan madunya tersenyum gembira melayan wartawan tadi.

"Nafisah sayang... saya cakap dengan isteri saya ke, dengan angin ni? Kesian saya tau. Rindu isteri tapi isteri saya di sana tu, diam je bila saya call. Nafisah..."

"Rindu konon. Muka tersenyum bahagia je dalam TV tadi." Intonasi suara Permaisuri Agong Nafisah perlahan sahaja, namun terselit rasa cemburu.

Raja Agong Amirul ketawa. "Sayang, tak kan lah saya kena masamkan muka saya pulak."

"Dulu dengan patik, susah nak tengok tuanku senyum macam dalam TV tadi."

"La... wife saya ni. Merajuk ke? Marah? Terasa hati?"

"Fikir sendiri."

Satu keluhan berat dilepaskan oleh si suami. "Nafisah. Jangan macam ni sayang. Saya pergi bawa nama negara. Kenalah jaga riak wajah tampan saya ni."

"Perasan!"

Ketawa si suami di corong telefon.

Perlahan-lahan Permaisuri Agong Nafisah menarik senyuman tatkala mendengar suara suaminya ketawa. 'Aduh... susahnya nak marah lama-lama dekat dia ni.'

"Awak okey ke kat sana, sayang?"

"Okey je."

"Tengah buat apa tu?"

"Baring. Baru lepas muntah."

"Aik!. Bukan awak morning sickness je ke? Sekarang kan tengah hari."

"Entahlah. Masuk angin kut perut ni. Kepala pun sakit." Dari intonasi suara senada berbaur cemburu, kini sudah berubah. Intonasi suaranya kini lebih manja dan lembut sahaja.

"Dah makan dah?"

"Dah. Tapi keluar balik."

"Jangan lupa makan vitamin. Muntah teruk macam mana pun, kena makan. Tau?"

"Ye." Bosan sudah Permaisuri Agong Nafisah mendengar pesanan si suami. Niat di hati mahu bermanja sudah tergantung. Perkara yang dia tidak suka mengenai suaminya sekarang ialah ceramah kesihatan tidak berbayar.

"Awak nak saya pendekkan lawatan saya ni tak?"

"Tak payah la."

"Betul?"

"Ye."

"Awak okey?"

"Patik okey je la."

"Okey. Sayang, saya nak pergi makan ni. Malam nanti saya mesej ye? Bye, sayang. Assalamualaikum."

"Waa'laikumussalam."

"Sayang awak. Muah!"

Merah terus muka Permaisuri Agong Nafisah ketika ini. Terus diputuskan panggilan telefon. Tangannya mengambil bantal dan menekup mukanya. Malu!

*****

FOKUS benar mata Permaisuri Agong Nafisah mengait. Penuh perhatian dan tumpuan. Maklumlah, dia mahu kerjanya kemas lalu dapat menghasilkan kerja tangan yang cantik, menarik dan sedap mata memandang.

"Cantiknya, awak." Dayang Ita meletakkan kepala lututnya di depan Permaisuri Agong Nafisah. Tangannya menyentuh sebahagian hasil kaitan yang sudah siap.

Permaisuri Agong Nafisah tersenyum. "Terima kasih."

"Kait apa ni? Alas meja? TV?"

Permaisuri Agong Nafisah menggeleng. "Baju babies."

"Ooo. Babies yang ada kat dalam ni ke yang punya?" Tangan Dayang Ita menyentuh perut majikannya.

Permaisuri Agong Nafisah mengangguk sambil tersenyum lebar.

"Untungnya anak-anak awak. Baju mereka awak buat sendiri. Cantik pulak tu. Ni kalau jual, mesti laku."

"Tak lah semua saya buat, sikit je. Kalau buat semua, pengsan saya." Permaisuri Agong Nafisah cuba berseloroh.

"Tapikan... cantiklah. Pandai awak buat."

Permaisuri Agong Nafisah hanya tersenyum.

"Dah la pandai masak, pandai jahit, pandai buat baju, pandai mengait, pandai ambil hati orang, serba serbi pandailah. Tuanku untung tau jadikan awak sebagai permaisuri."

"Apalah awak ni. Puji lebih-lebih pulak. Saya ni biasa je."

"Eleh. Mana ada biasa. Ni luar biasa."

"Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya. Saya ni... sekolah pun tak habis. Bodoh. Tak pandai."

"Ish. Ada cakap macam tu. Dah la tengah mengandung. Cakaplah yang elok-elok. Ala... pasal tak habis sekolah tu, ramai je orang yang tak habis sekolah berjaya. Jadi jutawan. Semuanya antara nak dan tak nak je."

"Ye lah. Dah. Sila diam. Saya nak fokus ni. Boleh?"

Dayang Ita mengangguk. "Saya nak tengok boleh?"

"Boleh. Tapi diam."

"Okey!" Dayang Ita menunjukkan thumbs up kepada majikannya.

Permaisuri Agong Nafisah ketawa kecil. Senang hatinya mempunyai pembantu seperti Dayang Ita.

----- BERSAMBUNG -----



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku